Tuesday, 28 August 2012

Meroboh Sangat Mudah. Membina Semula, Itu Yang Payah : Siri 2


 Meroboh Sangat Mudah. Membina Semula, Itu Yang Payah

SIRI 2



Harus diingat sewaktu ketika dahulu, orang-orang Melayu telah bersatu hati, senada, seiya sekata, kerana menentang Malayan Union. Orang-orang Melayu terdahulu ini bukannya golongan yang hidup dalam kemewahan, taraf pendidikan pula tidak setinggi mana bahkan hanya segelintir sahaja yang tahu menulis dan membaca, walaupun demikian faktor-faktor diatas tidak menjadi penghalang untuk mereka memperjuangkan nasib bangsa Melayu serta tanah air.

Hasil perjuangan mereka yang jitu itulah akhirnya tanah air ini memperolehi kemerdekaan daripada British. Rentetan daripada itu, mereka kemudiannya berjaya memiliki kuasa eksekutif untuk mentadbir sendiri tanah air. 

Walaupun telah lama dipinggirkan melalui dasar pecah dan perintah yang diamalkan penjajah, mereka telah berjaya membuktikan bahawa penyatupaduan bangsa sebenarnya adalah asas kekuatan Melayu. 

Tiada bangsa lain mahu membantu bangsa Melayu, selain bangsa Melayu itu sendiri bukan?

Mendapat segala nikmat, kepujian, pangkat ataupun darjat sehingga kaya raya sehingga mampu menggemgam kuasa untuk mula perintah sebilangan besar orang, kemampuan berkenaan dilihat telah menjadi rebutan segelintir orang Melayu sekarang. 

Maka tidak hairanlah wujud individu tertentu yang sanggup memperjudikan nasib bangsanya. Demi meraih undi kaum-kaum lain sanggup dijanjinya untu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Ekoran itu juga, hampir semua perkara-perkara yang sudah sedia termaktub di dalam perlembagaan turut dipersoal. 

Tidak cukup dengan itu, agama pula dipolitikkan. Lalu timbullah pelbagai persoalan serta kekeliruan. Tanpa mereka sedari kesannya terhadap golongan orang muda yang pastinya akan menyambung kepimpinan negara ini kelak.

Sebagai individu yang tidak berkecimpung didalam arena politik, penulis melahirkan rasa amat khuatir dan juga kesal, kerana terkesan mengenai perpecahan orang-orang Melayu ini. Orang Melayu sekarang ini seharusnya bersikap profesional ketika berpolitik, dan bukannya semberono. 

Lagipun mereka-mereka yang terjun ke dalam bidang ini semuanya mempunyai profile yang tinggi. Maknanya, mereka antara individu yang berpendidikan tinggi serta luas pengetahuan.

Oleh itu, untuk orang-orang Melayu kembali bersatu sebenarnya masih lagi belum terlambat. Ini kerana, kesan daripada perpecahan yang dirasai sekarang dirasakan lebih membawa kepada kemudaratan kepada bangsa Melayu itu sendiri. Maka, kesedaran daripada kelompok-kelompok Melayu yang berpecah diminta supaya untuk memikirkan juga nasib pelapis yang akan datang. 

Wajarkah kamu mewariskan kepimpinan negara ini dalam keadaan kucar kacir kepada mereka? dan inikah contoh yang kamu berikan?
Bertolak ansur, merendah diri, menjaga antara satu sama lain, memelihara hak bersama supaya kekal terpelihara, membuang sikap tamak haloba, mementingkan diri serta mampu mengikis sifat ego,bongkak,sombong merupakan antara elemen di dalam diri orang Melayu yang harus diperbaiki mulai sekarang. 

Wakima mereka yang berpangkat besar, kaya raya, berkuasa, berpengaruh dan lain-lain, mengembleng usaha kearah itu adalah perkara yang perlu dititikberatkan semua.

Sedarlah Wahai Melayu, Perjuangan Kita Belum Selesai.

Monday, 27 August 2012

BENARKAH PAS DOMINAN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG?

Sumber :


BENARKAH PAS DOMINAN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG?


images (1)

Setinggi-tinggi penghargaan harus diberikan kepada kepimpinan Pas kerana ‘istiqamah’ dalam perjuangan bersama-sama pakatan pembangkang yang di ketuai oleh DAP. 

Walaupun Hadi Awang selaku Presiden Pas berulang kali menegaskan antara parti gabungan di dalam pakatan pembangkang, Pas adalah merupakan parti politik yang paling ‘KUAT’ sekiranya dinilai dari bilangan ahli dan petugas gerak kerja parti. 

Walaupun ada yang bersikap skeptical terhadap kenyatan itu namun PAS melalui Hadi Awang dan Nik Aziz yakin mereka merupakan parti dominan di dalam pakatan.

Antara sedar atau tidak, Pas sebenarnya sedang bermimpi untuk menjadi dominan kerana pada hakikatnya PKR dan DAP sudah pasti tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku. Sebab itulah ramai pemerhati politik melihat impian Pas untuk bertanding 80 kerusi hanyalah satu impian yang tidak akan kesampaian.

Ini memandangkan PKR biar pun sedang menghadapi pelbagai kemelut dalaman dan luaran serta semakin terhakis sokongannya di kalangan rakyat, namun parti itu tetapi mahu menjadi pemimpin utama dalam pakatan pembangkang. 

Impian PKR sudah tentulah bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan kerana parti itu mempunyai hubungan rapat dengan DAP dan ia jauh lebih erat berbanding hubungan PKR dengan Pas.

Sebab itulah kita menyaksikan bagaimana dalam apa juga isu, pemimpin-pemimpin PKR dikatakan lebih menyebelahi DAP biar pun ia boleh menyinggung perasaan Pas. 

Walaupun dari satu sudut kita melihat PKR agak dominan, namun antara sedar atau tidak, hakikat sebenarnya PKR hanyalah merupakan alat dan menjadi kuda tunggangan DAP semata-mata. 

Perkongsian kuasa ini buat seketika dilihat akan menguntungkan PKR, namun untuk jangka masa panjang ia sebenarnya merugikan PKR dan PAS sendiri.

Ini kerana DAP hanya bermodalkan persetujuan untuk memberikan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dan sebagai timbal balik sedikit demi sedikit keistimewaan dan kekuatan orang Melayu akan ditarik pelah-lahan tanpa sedar. 

Dengan penarikan itu, secara tidak langsung akan merugikan Islam secara keseluruhan. Kerana tonggak kekuataan Islam di negara ini terletak kepada Melayu yang dianggap sebagai ‘Assabiyah’ oleh Pas melalui Nik Aziz.

Sebagai contoh selaku Mursyidul Am atau merupakan pimpinan tertinggi ‘Ulama’ di dalam Pas, Nik Aziz sering menegaskan dia menolak dan tidak percaya kepada pengertian kebangsaan – atau dalam konteks gagasan perpaduan, Melayu. 

Melayu baginya adalah merupakan elemen assabiyah yang menurut pengertiannya tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Dia berpegang kepada Teras Islam semata-mata dan perjuangan Melayu itu tidak seharusnya wujud.
Pernah suatu ketika Nik Aziz memarahi Nasharuddin kerana dilihat mahu membuka ruang perbincangan dengan UMNO yang dilihat begitu tebal semangat kebangsaan. T

idak cukup dengan itu Nik Aziz juga pernah menjadi terlalu emosional sehingga meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk UMNO.

Itulah perwatakan sebenar Nik Aziz, ahli politik totok yang kita kenali sejak lama dulu. Seorang yang kononnya berperwatakan lembut, tapi sebanarnya amat keras pemikiran berpolitiknya. Dia pernah menyamakan UMNO seperti Ayah Pin dan menyamakan UMNO seperti pengganas komunis. 

Demi perkongsian kuasa itu juga Pas terpaksa mengugurkan matlamat negara Islam kepada Berkebajikan dan yang terbaru melupakan hasrat memartabatkan undang-undang Hudud kerana ingin terus berada dalam ‘dakapan mesra’ PKR dan DAP.

Ramai yang mengenali Nik Aziz secara dalaman mengatakan dia bukan tok guru yang mengajar untuk mengaji semata-mata, tapi merupakan ahli politik totok yang berjuang atas nama prinsipnya yang tersendiri. Tanpa sedar dia telah membawa PAS yang suatu ketika dahulu dibina atas pendirian ulama yang ingin memperjuangkan Islam ke lembah kehancuran.

Persoalannya apakah ia mampu membuatkan para pengikut dan penyokong mereka sedar? Atau terpaksa mendiamkan diri untuk bersetuju kerana patuh dan akur dengan pemimpin yang bertopengkan ‘Ulamak’?

Penulis - Warisan Bonda

Sunday, 26 August 2012

Anwar Tolak Hudud

SUMBER :


Anwar Tolak Hudud

ANWAR

Di sebalik perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang buat masa ini.

Menurut Anwar, undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.

Katanya, walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP.
Ini kerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, pakatan pembangkang memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

“kita menghormati hak (Pas) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetap pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu ragu, sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (Pakatan Pembangkang) dan Penentangan DAP boleh dihormati dan diambik kira,” katanya.

Anwar berkata demikian pada siding ahkbar selepas mempengurusikan mesyuarat pakatan Pembangkang di ibu pejabat Pas di sini pada 28 september 2011 seperti dipetik dalam video siaran blog propembangkang http://suarapakatanrakyat.com hari ini.

Video tersebut boleh ditonton di dalam entri bertajuk hudud: Mufti kedah elok diam, jauhkan diri dari politik.

Ia disiarkan berikutan ketidakpuasn hati pengendali blog itu terhadap kenyataan tegas mufti kedah, Datuk Shiekh Muhamad Baderudin Ahmad yg meminta pengerusi DAP, Karpal Singh menghentikan segala kritikan berkaitan agama islam kerana tindakan karpal menentang hudud di lihat tidak menghormati sensitivity umat islam.

Menurut pengendali blog berkenaan, Sheikh Muhamad tidak sepatutnya masuk campur dalam soal politik yang hanya layak didebatkan oleh orng politik sahaja dan bukan pegawai kerajaan biasa yg ‘makan gaji’ seperti beliau
Perbalahan di antara Pas dan DAP dalam isu hudud muncul kembali apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam satu debat baru baru ini mendakwa karpal Sedia berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud namun pekara itu segera dinafikan oleh karpal.

Sementara itu, dalam entri sama, blog berkenaan turut memaparkan video sidang akhbar setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng berkenaan isu hudud tanpa menyatakan tarikh serta tempat siding akhbar itu berlansung.
Kata Guan Eng, isu hudud tidak timbul kini kerana ai bukan merupakan sebahagian daripada dasar yang dipersetujui pakatan Pembangkang.

“jika nak dilaksanakan sesuatu seperti hudud, sekiranya munkin kalau PKR atau Pas setuju tapi DAP tidak bersetuju, ia tidak boleh dilaksanakan dalam pakatan rakyat. Ia mesti dibincangkan dahulu sehingga ketiga tiga pihak bersetuju,” Tegasnya..

– Petikan dari Utusan



Friday, 24 August 2012

Meroboh Sangat Mudah. Membina Semula, Itu Yang Payah : Siri 1


 Meroboh Sangat Mudah. Membina Semula, Itu Yang Payah

SIRI 1

umnoprotest2

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” perumpamaan tepat untuk penulis  menggambarkan situasi politik yang berlaku di arus perdana ini. Situasi yang dimaksudkan adalah mengenai pepecahan yang membimbangkan dari kalangan orang-orang Melayu. 

Kegusaran dan marah antara perasaan yang amat jelas dirasai dari kalangan-kalangan mereka yang sedar dan khuatir isu kronik ini dari terus berlarutan. Hal ini kerana berlakunya pepecahan secara serius, jika gagal disatukan semula impaknya kepada negara akan jelas kelihatan.

Sejarah sebenarnya telah banyak mengajar kita. Antaranya, memberi iktibar dan pengajaran keatas peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. Natijahnya untuk menyedarkan kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. 

Itu yang kita dapat melalui pendidikan, diperolehi hasil daripada pembelajaran kita mengenai subjek Sejarah di sekolah. Adakah kita semua peka mengenai kelebihan subjek ini?

Dewasa ini,  pengajaran seperti itu sebenarnya bukan perkara baru yang harus kita sedari. Walhal saranan seperti ini dapat juga kita perolehi apabila kita menghayati semula karya klasik Melayu seperti pak pandir, si luncai yang terjun dengan labu-labunya, syair, pantun, gurindam dan pelbagai lagi di dalam prosa tradisional, yang jelas turut menyelitkan kesedaran untuk ditanamkan didalam diri orang Melayu. 

Rupa-rupanya sejak dahulu lagi orang Melayu sudah diberi nasihat, teguran, serta sindiran. Oleh itu, berapa ramaikah diantara kita yang sedar tentang perkara ini?

Walaupun penyampaian kedua-dua kaedah diatas nyata berbeda, namun kebaikan dan kesedaran yang terkandung di dalamnya jelas untuk kebaikan orang Melayu itu sendiri. Lantaran itu jugalah, sajak yang bertajuk Melayu Mudah Lupa telah dihasilkan oleh negarawan ulung negara Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Isinya mudah difahami kerana teguran didalamnya, ditafsirkan sebagai direct to the point. Walaupun pahit ditelan, tetapi itulah hakikat sebenarnya. Jelas, tujuannya tetap satu, untuk orang Melayu sedar.

GELOJOH

Mengoncang struktur yang menjadi tulang belakang Malaysia semata-mata mahu menjadi peneraju nombor 1 negara, rupanya telah dilakukan orang Melayu. Struktur yang digoncang hebat itu, akhirnya telah mengakibatkan perpaduan bangsa Melayu, roboh. 

Kesan daripada itu, kelompok-kelompok orang Melayu kemudiannya berpisah mengikut haluan dan agenda masing-masing. Kini, Melayu tidak satu lagi, tidak pada satu matlamat dan tujuan dan tidak pula sefahaman antara satu sama lain. 

Akhirnya, keluarga besar Melayu ini sudah porak peranda.
1 jawapan sahaja kepada penyebab orang Melayu ini berpecah, iaitu politik. Kegairahan segelintir orang Melayu kerana mendambakan laba politik yang sedikit, dilihat sudah ada yang hilang jatidiri bangsanya. 

Mereka terpekik terlolong, menfitnah sesama sendiri, bertelagah dalam banyak hal, mengungkit-ungkit, kasar, celupar, serta mudah dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan antara bukti cukup jelas bahawa indentiti Melayu semakin luntur sedikit demi sedikit. 

Bukankah tingkah laku orang Melayu yang kita ketahui sebagai kaum yang bersopan santun serta elok tutur bicaranya?. Mengapa zaman sekarang sikap bersopan santun itu kian pudar?

Profile Picture

Thursday, 23 August 2012

Dong Zong Mahu Laksanakan Agenda Aparteid

sumber :


mole-yap-sin-tian

Dong Zong mula menakutkan kaum Cina yang rasional, menimbulkan kemarahan kaum Melayu dan menjengkelkan semua warganegara yang patriotik dan mencintai keamanan. Kita tahu pada hakikatnya, tidak semua kaum Cina itu bersifat perkauman seperti Dong Zong. Kebanyakan kaum Cina telah menerima hakikat bahawa mereka adalah warga Malaysia dan untuk memperjuangkan sebuah negara China di dalam Malaysia seperti Dong Zong, adalah mengarut.

Kerajaan telah menerima atau sekurang-kurangnya cuba sedaya upaya untuk menerima semua tuntutan Dong Zong walaupun ia tidak praktikal dan membawa risiko kepada perpaduan rakyat. Kementerian Pelajaran telah pun meluluskan Sekolah Cina Persendirian di Kuantan walaupun ia bertentangan dengan aspirasi negara kerana memisahkan lagi kaum Cina dari kaum lain serta meningkatkan prasangka antara kaum.

Bagaimanapun, tiada yang dapat memuaskan hati puak pelampau Cina ini. Tidak selagi mereka tidak dapat melaksanakan sistem Aparteid seperti yang dilalui oleh Afrika suatu ketika dulu di mana rakyat diasingkan mengikut warna kulit dan dipisahkan di sekolah-sekolah, pusat peranginan, kenderaan awam dan berbagai-bagai lagi. Dengan itu, sesiapa yang memiliki kuasa ekonomi akan dengan secara automatic menjadi kuasa mutlak dan secara automatic juga pihak yang lemah dan kurang bernasib baik akan terpaksa mengalah dan menderita.

Jelas, Dong Zong bertekad untuk mengambil kesempatan atas kuasa ekonomi yang ada pada kaum Cina untuk memenuhi kepentingan diri mereka melalui perlaksanaan sistem aparteid ini di Malaysia.
Cara Dong Zong menekan dan mengugut kerajaan dengan agenda rasis mereka menyerlahkan sifat ‘hati-kering’ atau ‘tiada hati perut’ sepertimana pihak komunis dan kongsi gelap yang begitu sinonim dengan kaum Cina. Oleh itu, bagaimana kita boleh menjamin sistem aparteid yang diimpikan mereka tidak akan menjejaskan sesiapa?

Tuntutan terbaru Dong Zong telah meletakkan sifat perkauman mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi. Puak ektremis ini kini menuntut agar pelajar di sekolah persendirian Cina tidak perlu menduduki SPM. Pada ketika ini, mereka punya pilihan untuk tidak menduduki Unified Examination Certificate (UEC) di tingkatan 6 jika mereka menduduki SPM. Tetapi, kerajaan bimbang jika tanpa SPM, dan hanya UEC maka mereka akan punya masalah untuk mendapat pekerjaan di Malaysia.

Tentu sekali, Dong Zong tidak bimbang tentang hal itu kerana pasaran kerja adalah dibawah kawalan kaum Cina. Jika para pelajar tersebut tidak fasih berbahasa kebangsaan kerana sistem ini, maka itu lebih bagus bagi Dong Zong kerana itulah matlamat mereka sebenarnya – iaitu melahirkan generasi baru yang tidak patriotik yang mana akan membina sebuah negara Cina baru di dalam Malaysia.

Seolah-olah itu belum cukup rasis lagi, Dong Zong juga menuntut agar semua guru-guru di sekolah persendirian mereka tidak berdasarkan kelulusan SPM dan PMR. Malah mereka hanya menerima guru-guru dengan latarbelakang pendidikan Cina seratus-peratus atau dalam ertikata lain, menolak mentah-mentah sistem pendidikan nasional.

Sifat rasis, pentingkan diri dan kegilaan Dong Zong nampaknya tidak akan berkesudahan dan tindakan kerajaan terus melayan mereka, mula menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat.
Untuk Malaysia mempunyai sekolah yang berasingan mengikut kaum sudah cukup pelik di mana tiada satu pun negara di dunia membenarkannya. Dan untuk membiarkan puak pelampau untuk menolak sistem pendidikan nasional mentah-mentah adalah amat keterlaluan.

Bukanlah satu pilihan bagi mana-mana pihak, kumpulan atau individu untuk menolak atau menafikan segala perkara yang penting yang menjadikan mereka warganegara sesebuah negara, seperti bahasa kebangsaan dan sistem pendidikan.

Bagi Dong Zong untuk membuat tuntutan atas perkara ini menunjukkan betapa mereka langsung tidak menghormati kerajaan dan betapa mereka langsung tidak mempunyai kesetiaan terhadap negara ini tetapi sentiasa mendambakan negara ‘China’ sepanjang hidup mereka.

Dong Zong adalah ancaman kepada negara seperti juga semua puak pelampau lain. Kerajaan perlu menghentikan kegilaan mereka serta merta kerana setiap perkara ada hadnya, termasuk kegilaan dan kemarahan. Mungkin ada yang tidak dapat menahan kemarahan melihat semua kegilaan ini. 

Justeru, beringatlah bahawa Dong Zong mungkin telah menghidupkan suis bom jangka dan sudah menjadi lumrah ciptaan bom jangka di mana ia telah dijadualkan untuk meletup jua lambat-launnya.

Wednesday, 22 August 2012

Ustaz Nasharuddin Dan PAS

SUMBER :






Ustaz Nasharuddin Dan PAS





ust_nasharudin-pas1-321x215


Penulis merujuk kepada tulisan seorang ahli PAS Melaka untuk ditujukan khas buat Ustaz Nasharudin Mat Isa. Beliau seorang penyokong kuat parti PAS dan merupakan pemimpin di salah satu cawangan di Melaka. Sudah 30 tahun menjadi ahli PAS. Besarnya pengorbanannya dan kesetiaannya.

Beliau menulis menyatakn keresahannya terhadap 2 perkembangan yang berlaku dalam PAS (walaupun banyak perkembangan lain yang melanda PAS). Pertamanya apabila beliau melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apabila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor.

Keduanya merujuk kepada percakapan bohong oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama (dituliskan beliau jijik dan tak sanggup beliau nak tulis namanya di sini), di hadapan jutaan umat Islam lain kononnya DAP telah bersetuju untuk melaksanakan hudud. Penulis menambah yang Ketua Pemuda Ustaz Nasaruddin Tantawi juga berbohong.

Penulis tidak akan merasa terkilan jika yang berbohong itu seorang pencuri atau yang yang kurang berpendidikan agama Islam.
Beberapa hari yang lalu dengan tersiarnya gambar Ustaz Nasha bersama Perdana Menteri Malaysia di Mekah. Ada pemimpin PAS seperti Tok Guru Nik Aziz dan Khalid Samad meroyan dan mengacau.
Keluarlah kenyataan seperti `Ustaz Nasha baik keluar PAS’, `Ustaz Nasha tidak dapat jawatan’, `Ustaz Nasha akan masuk UMNO’ dan sebagainya. Begitulah `buruk sangkanya’ pimpinan PAS terhadap Ustaz Nasha.
Sekembalinya dari Mekah tadi beliau mengadakan siding akhbar dan menjelaskan kekeliruan dikalangan pimpinan PAS. Antaranya beliau menjelaskan:-

“Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam”

Ustaz Nasha juga menafikan khabar angin yang beliau akan masuk UMNO.  Jelas sekali Ustaz Nasha berusaha menyatukan umat Islam di Malaysia dan di dunia Islam antarabangsa. Biarlah Ustaz Nasha memainkan peranan di sana kerana di Malaysia dah terlalu ramai player.

Berbalik kepada penulisan ahli PAS dari Melaka tadi, beliau tidak terjawab satu soalan daripada anak beliau yang menanyakan “benarkah apa yang kita (PAS sebagai parti politik dan ahli PAS) sema ini wahai ayah?”.
Penulis berpendapat ini adalah realiti PAS dan kebanyakan ahli PAS (Ahli PAS dan penyokong PAS di Kelantan majoritinya masih setia (taksub) dengan pimpinan). Ahli PAS berada di dalam keadaan `confusion’ dalam banyak isu atau perkara termasuklah fatwa oleh Tok Guru Nik Aziz yang berubah ubah dan ada yang bertentangan.

Pemecatan Dato Hassan Ali yang cuba mempertahankan akidah Islam, penjenamaan semula negara Islam ke negara kebajikan, perlaksanaan hudud serta penetangan keras DAP, rakan PAS dalam Pakatan Rakyat dan sebagainya. Dalam banyak hal, kepimpinan PAS terpaksa tunduk pada DAP, pembohongan oleh Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Ulamak Kelantan.

Tok Guru Nik Aziz pula berkata Pakatan Rakyat akan laksana hudud selepas PRU13 jika dapat 2/3 majoriti. Jangan berbohong dengan ahli PAS dan penyokong PAS (dan perbezaan. Jikalau ahli PAS sudah confuse, penyokong PAS akan lebih confuse dan boleh tukar sokongan)dalam semua perkara. Pembohongan begini dilaknati Allah dan berdosa.

Penulis turut berpendapat pimpinan UMNO jangan meneguk di air yang keruh. Jangan tarik Ustaz Nasha ke dalam UMNO kerana Ustaz Nasha berpotensi dan berkeupayaan menyatupadukan umat Islam di Malaysia, jika kita semua menyokong dan mendoakan Ustaz Nasha menjadi Presiden PAS selepas Tok Guru Haji Hadi.
Jika Ustaz Nasha masuk UMNO, beliau dan mungkin pengikutnya 10,000 atau 100,000 ahli dan penyokong PAS (unjuran optimis) atau 1,000 ahli dan penyokong PAS (pesifmis) akan menjadi ahli UMNO tetapi UMNO gagal dalam penyatuan umat Islam.

– PENULIS BEBAS

Tuesday, 21 August 2012

Ramai Saudaraku Yang Baik Telah Dipijak! – Siri 2



SIRI 2 : PENINDASAN TERHADAP ORANG ISLAM MINORITI DI ASIA TENGGARA. APA KESUDAHANNYA?


DILEMMA PRIMADONA


Berlarutannya krisis kemanusiaan di Myanmar tanpa jalan penyelesaian yang konkrit merupakan kegagalan utama pemimpin pro-demokrasi, Aung San Suu Kyi. Walaupun kerajaan junta tentera tidak lagi mempunyai kuasa autokratik yang sepenuhnya ke atas pemerintahan namun ianya seolah-olah tidak memberi apa-apa makna kepada golongan minoriti seperti etnik Rohingnya dan Karen. Sikap membisu pemimpin pro-demokrasi itu juga turut dipersoal banyak pihak kerana sehingga kini beliau masih enggan mengkritik penindasan yang dilakukan.

Taraf ekonomi, sosiopolitik dan pendidikan pula dilihat masih lagi jauh ketinggalan di belakang dan ini jelas membuktikan penganiayaan sekarang semakin teruk khususnya ke atas umat Islam minoriti. Dakwaan ini disokong berikutan etnik Rohingya dan Karen dikatakan gagal menyediakan wakil daripada etnik mereka yang fasih berbahasa Inggeris berikutan kunjungan wakil PBB ke Myanmar. Rundingan yang diadakan oleh PBB itu, adalah bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung konflik berdarah yang berlaku di Myanmar.

Ketidakupayaan Aung San Suu Kyi untuk menyelesaikan krisis ini mungkin disebabkan terhadnya kuasa untuk membuat keputusan kerana Myanmar masih ada lagi pelobi di dalam kerajaan yang cenderung ke arah proksi junta yang lama. Selain beralasankan mahu menghormati undang-undang negaranya mengenai keperluan penguatkuasaan undang-undang imigresen yang lebih jelas. Campur tangan kuasa luar seperti China dan Amerika Syarikat yang memberi kesedian untuk membantu Myanmar pula sebenarnya telah memburukkan lagi keadaan.

Beralasankan mahu menegakkan demokrasi, hanyalah tipu-helah semata-mata kerana masalah dalaman sesebuah negara tidak boleh diselesaikan oleh sebuah negara asing yang sudah pasti mempunyai budaya dan pemikiran yang berlainan. Lagipun kita sedia maklum, negara Amerika Syarikat bukan contoh terbaik untuk membawa proses kedamaian kerana imejnya sudah terkenal sebagai samseng besar. 

Tambahan pula, China juga turut melakukan penindasan yang sama juga terhadap golongan Islam minoriti di dalam negaranya yang selama ini “dibungkus kemas”.


SEANTERO

Dalam konteks yang lebih global, organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sepatutnya memainkan peranan yang lebih dalam menangani isu kemanusiaan yang berlaku di serata dunia. Simbol zaitun di atas peta dunia yang menjadi logo rasmi pertubuhan sepatutnya menjalankan peranan yang lebih serius dan tidak mengamalkan berat sebelah dalam menjalankan tugas.

Sejak penubuhannya selepas Perang Dunia Ke-2, pemberian kuasa veto kepada lima kuasa bersekutu yang memenangi perang tersebut iaitu negara Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Rusia dan China memberikan mereka kuasa yang lebih untuk menyokong atau membantah sesuatu usul yang dicadangkan oleh perwakilan yang bersidang. Ini bermakna sebarang resolusi yang tidak menguntungkan pihak yang berkepentingan akan segera ditolak seperti yang berlaku ke atas isu Syria baru-baru ini.

Situasi sebegini sudah pasti menimbulkan persoalan tentang keupayaannya untuk menegakkan demokrasi kerana suara majoriti boleh ditolak bulat-bulat oleh sebarang negara yang mempunyai kuasa veto. Kesannya dapat dilihat pada isu Israel-Palestin yang berlarutan sejak dari tahun 1948 sehingga hari ini kerana dasar luar Amerika Syarikat yang melindungi saudaranya Israel dari dikenakan sebarang tindakan atau sekatan walaupun terang-terangan rejim zionis membunuh rakyat Palestin.

DIMENSI MEMBUTAKAN MATA, MEMEKAKAN TELINGA.

Kesatuan umat Islam yang berjumlah 1.5 bilion di bawah naungan Pertubuhan Negara Islam (OIC) pula hanyalah seperti “melukut di tepi gantang” yakni mengambil sikap “tunggu dan lihat”. Berpuluh persidangan yang dianjurkan tidak membawa apa-apa makna tanpa sebarang penyelesaian yang tuntas.

Faktor ini disebabkan tiadanya perpaduan dan kesepakatan dalam kalangan negara anggota mahupun sikap tidak ambil tahu ke atas bangsa seagamanya di tempat lain menjadi punca permasalan umat Islam kini.OIC tidak mempunyai sebarang kuasa baik dari segi teori mahupun praktikal seperti kuasa ketenteraan untuk menghentikan kekejaman yang berlaku, tidak seperti Kesatuan Eropah (EU) yang mempunyai Kesatuan Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Afrika yang memiliki Tentera Pengaman Afrika.

Jangan lupa bahawa, dahulu kita terpaksa bergantung kepada bantuan kuasa Barat untuk menyelamatkan umat Islam di Bosnia daripada terus disembelih tentera Kristian Serb melalui bantuan NATO dan juga peranan ISAF (International Security Asistant Force) untuk menjaga keamanan di Afghanistan.Penyertaan dari negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia iatu Indonesia pula amatlah dialu-alukan kerana ianya adalah sesuatu yang pelik kerana ketiadaan negara `bakso` ini membuktikan segala cakap-cakap mereka untuk memajukan umat Islam hanyalah omong kosong.

Negara Iran yang menganut fahaman Syiah pula dibiarkan bersendirian menghadapi kuasa-kuasa Barat hanya kerana menganut mazhab yang berbeza. Contoh yang lain adalah Turki yang masih terus-menerus ingin melaksanakan impiannya untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) tanpa ada sebab yang jelas. Kesemua permasalah dalaman di negara Islam ini akan melemahkan struktur organisasi itu sendiri sekaligus memberi tiket kepada negara bukan Islam untuk terus menindas dan membuli umat Islam di Myanmar, China, Palestin, Iraq, Afghanistan dan berterusan ke seluruh dunia.

Blok Asia Tenggara yang mempunyai penduduk seramai 500 juta orang serta dikuniakan hasil bumi yang banyak dilihat mampu mengimbangi pengaruh India dan China yang dilihat semakin agresif dalam menyebarkan kekuatan ekonomi dan ketenteraan mereka khusunya di rantau Laut China Selatan dan Lautan Hindi. Negara ASEAN yang dianggotai 10 negara boleh menjadi sekuat Kesatuan Eropah (EU) jika perpaduan dan sengketa dalaman dapat diselesaikan dengan bijak. 

Prinsip ASEAN yang tidak mahu mencampuri urusan dalaman negara anggota inilah yang menjadi penyebab berlakunya campur tangan negara luar untuk menangani permasalahan yang berlaku. Polisi ini sebenarnya harus diubah supaya keupayaan ASEAN akan dilihat lebih proaktif dalam menyelesaikan pelbagai isu termasuk kemanusiaan. Selain hanya bertindak membuka pintu kepada pelarian yang memohon suaka politik selama ini dilihat bukan cara harus dikekalkan .

Ini kerana kebanyakan etnik dan suku kaum di setiap negara mempunyai kaitan dengan saudara mereka yang menetap di negara jiran. Sebagai contoh Indonesia, Malaysia, Singapura, selatan Thailand dan Filipina merupakan sebuah kepulauan Melayu pada zaman dahulu sebelum dipecah-belahkan oleh penjajah Barat. Begitu juga Indochina yang dibahagikan menjadi tiga negara oleh Perancis kepada Laos, Kemboja dan Vietnam untuk mengelakkan mereka bersatu. 

Sementara susur-galur penduduk Thailand dan Myanmar dikatakan berasal dari rumpun yang sama tetapi berpecah menjadi bangsa yang berlainan. Ini boleh dijadikan bukti betapa seharusnya nilai perpaduan boleh disemai melalui pertubuhan ASEAN seperti penganjuran Sukan SEA dan Kejohanan Bola Sepak AFF Suzuki.

Oleh itu, kebergantungan kepada kuasa Barat seharusnya dihentikan sama sekali khususnya dalam hal-ehwal ketenteraan. Keadaan ini menjadi tanda bahawa hormat-menghormati di antara negara jiran itu wujud seperti di Filipina yang membenarkan Amerika Syarikat membina pangkalan tentera laut di negara mereka walaupun dibantah oleh rakyat tempatan. 

Negara Brunei pula wajib keluar dari kepompongnya dan terbang ke dunia realiti kerana konflik yang berlarutan di negara serantau lambat-laun akan merebak ke negara mereka jika sikap tidak ambil tahu gagal dibuang. Peranan negara ASEAN yang lain boleh dimaksimakan melalui bantuan kepakaran untuk memajukan ekonomi negara yang kurang membangun seperti Timor Leste, Kemboja dan Laos. 

Walaupun perkara ini kedengarannya agak mustahil namun jika kita berusaha dan bertekad sudah pasti akan ada sedikit sinar harapan dan bantuan daripada-Nya. Amin.



Monday, 20 August 2012

Mercun Setiap Tahun “Makan” Tangan.



Mercun Setiap Tahun “Makan” Tangan.


Tiba sahaja Bulan Ramadhan, bunyi mercun sudah mula bersahut-sahutan. Malah dikatakan bertambah riuh rendah apabila selesai sahaja berbuka puasa dan solat Maghrib.  

Puncanya, bahan ini sangat mudah diperolehi. Sebab itulah, perniagaan menjual mercun dan bunga api di negara ini seperti “cendawan tumbuh selepas hujan”.
Jika dilihat dari sudut yang positif, benar dengan adanya bunga api dan mercun ini akan lebih memeriahkan lagi musim perayaan.

Lagi-lagi jika dimainkan di malam ambang Raya, dentuman bunyi mercun serta percikan bunga api yang menghiasi angkasaraya dengan serentak secara tidak lansung menggambarkan kemeriahan ketibaan Hari Raya. 

Maka tidak hairanlah setiap tahun kita disajikan bunyi-bunyian mercun, serta bergegas keluar rumah untuk melihat bunga api yang mekar dan berwarna warni. Disebabkan begitu ramai yang bermain bunga api dan mercun, asap yang terhasil pula menjadi jerebu. Perkara biasa.

Bagi peniaga mercun dan bunga api pula, ini adalah sumber rezeki tambahan untuk menampung keperluan di Hari Raya. Ekoran itulah, pembukaan gerai-gerai menjual bahan ini juga sangat mudah kita lihat di kiri dan kanan kita.

Tapi dari segi undang-undang negara, bahan ini diharamkan penjualannya sejak diwartakan pada tahun 1957 lagi. Ini kerana, mercun dan bunga api dikatakan lebih membawa kepada kesan negatif yang banyak berbanding kesan baiknya. 

Lantaran itu operasi demi operasi daripada pihak berkuasa mengawal kemasukan bahan ini ke dalam negara, selain giat bertindak merampas dan menahan individu yang mengedarnya kepada umum. Langkah ini diambil untuk mencegah berlakunya kemalangan jiwa disebabkan bahan itu.

PEMBAZIRAN

Bermain mercun seharusnya kena pada tempat dan waktunya. Ini tidak, kalau sudah tahu orang-orang sedang mengerjakan solat terawih, tadarus dan aktiviti keagamaan lain di dalam masjid mahupun surau, janganlah membakar mercun berhampiran dengan rumah ibadat tersebut. 

Ini kerana, dentuman mercun berkenaan akan menganggu jemaah yang sedang mengejarkan ibadat. Secara jujurnya, perbuatan tidak bertanggungjawab itu sangat menyakitkan hati.

Menjadikan mercun sebagai alat guraun dengan tujuan menakut-nakutkan individu lain, jangan sesekali dilakukan. Harus diingat, mercun boleh mendatangkan kecerderaan fizikal. Malahan ada yang berisiko cacat seumur hidup, ataupun hilang keupayaan pancaindera.

Lihat sahaja cerita di akhbar-akhbar perdana dan juga berita television baru-baru ini, beberapa orang telah hilang tangan akibat kecuaian bermain mercun. Tambahan pula, ini bukan insiden yang pertama dilaporkan di negara ini.

Kekerapan berlakunya insiden ini kepada orang Melayu terutamanya ketika di bulan Ramadhan sering berlaku saban tahun. Adakah orang kita tidak pandai bermain mercun? walhal sudah beberapa kali diberitahu, dinasihat serta ditunjukkan bukti implikasi bahana mercun ini.

Cukuplah, mercun bukan bahan yang sesuai untuk kita berseronok ataupun berlagak pandai membuat eksperimen keatasnya. 

Banyak lagi perkara lain yang boleh kita lakukan, malahan untuk tidak membelinya salah satu cara mengelak untuk hilang anggota tubuh badan selain mengelakkan pembaziran wang ringgit.

Prihatin~



Saturday, 18 August 2012

Tiada Kesepakatan Dalam Pakatan

kaldai-pas-pkr

Memang sudah sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat (PKR, PAS & DAP) masih lagi gagal mencari mekanisme.

Ini jelas terbukti berhubung beberapa kenyataan "orang kuat" di dalam DAP yang menolok dasar yang hendak dibawa oleh PAS.

Malahan kebisuan PKR pula telah menjadi tanda tanya, dan adakah mereka hanya fokus untuk merampas Putrajaya?

Dahulunya mereka tidak seGah ini. Ketiga-tiga parti pembangkang ini memilih untuk bersatu bagi menumbang BN dalam Pilihanraya pada 2008 dahulu. 

Kalau mereka tidak bersatu atas nama "Pakatan", sehingga kini mereka mungkin tidak boleh menerajui beberapa buah negeri yang mereka telah tawan. 

Namun kekeliruan mulai timbul apabila setiap parti yang bergabung ini tidak pada satu dasar. Yang di dengar, hanya mahu menawan Putrajaya setelah itu dijanjikan penurunan harga minyak serta mendakwa mereka lah yang layak memperjuangkan nasib rakyat.

Tetapi ada beberapa lagi dasar asal perjuangan parti gabungan masih lagi dipinggirkan malahan ditolak. Ternyata mengelirukan ramai pihak. Kalau sudah begini, wajarkah mereka melabel mereka sebagai orang yang layak untuk menerajui negara? Sedangkan tiada kesepakatan di dalam kalangan anggota parti?

Wednesday, 8 August 2012

Ramai Saudaraku Yang Baik Telah Dipijak! – Siri 1

burma


SIRI 1 : PENINDASAN TERHADAP ORANG ISLAM MINORITI DI ASIA TENGGARA.
Kepimpinan junta tentera tidak mengiktiraf kaum Rohingya sebagai pribumi Myanmar sebaliknya menganggap mereka sebagai pendatang dari negara Bangladesh sekaligus menanam mentaliti yang sama terhadap penduduk awam. Sekalipun, angin demokrasi telah bertiup dengan kencangnya baru-baru ini namun ianya tidak membawa apa-apa maksud kepada etnik Rohingnya.

Hak asasi dan kebebasan mer style="font-family: Geneva, Arial, Helvetica, sans-serif; padding: 0px;"> Apabila menyingkap jendela dunia, benua rantau Asia Tenggara di sekeliling kita ini sebenarnya tidak sunyi. Negara-negara Asia Tenggara yang kita sedia maklum, sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan sejak dari dahulu lagi. Bergelut dengan masalah ekonomi, politik tidak menentu, pengusaan junta tentera, masalah kemiskinan, pengangguran yang serius, puak pemisah yang bergiat aktif, kegiatan lanun yang beroperasi, aktiviti penyeludupan manusia, dan terkini iaitu rusuhan kaum.

PREJUDIS

Golongan Islam minoriti sewenang-wenangnya dikeronyok dan dipijak-pijak begitu sahaja di rantau ini. Satu bentuk penindasan yang ketara. Penindasan yang dimaksudkan, sememangnya diketahui umum sering berlaku sejak dahulu lagi. Faktor dihimpit kemiskinan serta hidup dalam serba kekurangan, telah menyebabkan golongan ini tidak terdaya untuk menahan segala asakan serta ancaman yang datang. 

Disebabkan itu, mereka tiada pilihan lain untuk menyelamatkan nyawa, selain memohon suaka politik di negara jiran. Itulah nasib yang terpaksa dihadapi golongan ini. Hidup dalam ketakutan di bumi sendiri sehingga terpaksa menagih simpati di negeri orang. Lebih malang, penindasan terhadap golongan ini berlaku ketika umat Islam mengejarkan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

MYANMAR, Etnik Rohingya telah ditakrikfkan PBB sebagai `minoriti yang paling tertindas di dunia. Populasi mereka yang berjumlah 800 000 orang tidak termasuk pelarian di negara-negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Bangladesh pula dianggarkan sebanyak 524 000 orang yang berdaftar di bawah UNCHR (Un Refugee Agency). Majoritinya beragama Islam dan hanya mewakili tidak sampai 1%  daripada keseluruha  60 juta rakyat Myanmar.

Kepimpinan junta tentera tidak mengiktiraf kaum Rohingya sebagai pribumi Myanmar sebaliknya menganggap mereka sebagai pendatang dari negara Bangladesh sekaligus menanam mentaliti yang sama terhadap penduduk awam. Sekalipun, angin demokrasi telah bertiup dengan kencangnya baru-baru ini namun ianya tidak membawa apa-apa maksud kepada etnik Rohingnya.

Hak asasi dan kebebasan mereka telah dicabul dengan sewenang-wenangnya sekaligus membuatkan etnik Rohingya begitu mundur dan daif kerana akses kepada pendidikan, ekonomi, politik, kebebasan beragama dan peluang pekerjaan telah disekat. Asas kepada kepercayaan bahawa mereka merupakan pendatang dari Bangladesh tidaklah diketahui tetapi faktor fizikal dan agama yang dianuti mungkin merupakan puncanya.

Karakter fizikal yang berkulit gelap dan mempunyai wajah seperti penduduk dari Asia Selatan jelas ketara bezanya mereka dari kaum pribumi Myanmar yang lain seperti Bamar, Shan dan Karen di mana majoriti mereka berkulit cerah dan beragama Buddha. Sungguhpun begitu, tuduhan bahawa etnik Rohingya merupakan pendatang dari Bangladesh hanyalah sebagai `kunci` untuk kepimpinan junta tentera untuk terus melakukan penindasan.

Buktinya, kerajaan Bangladesh sendiri dilihat berdiam-diri tatkala ribuan saudara seagama mereka disembelih dengan kejamnya oleh etnik Buddha Rakhine dalam konflik yang berlaku di Rakhine baru-baru ini. Bahkan kawasan sempadan dikawal ketat untuk mengelakkan pelarian dari melarikan diri dari konflik ke negara mereka. Sesiapa yang berjaya menyusup masuk pula akan ditangkap dan dihantar pulang. 

Situasi ini seperti menghantar makanan ke `kandang singa` kerana keselamatan mereke tidak terjamin kerana pihak berkuasa Myanmar hanya menutup mata bahkan sanggup bersekongkol untuk terus melakukan kekejaman ke atas etnik Rohingya.

CHINA, Permasalan yang dihadapi umat Islam di negara `Tembok Besar` ini tidak banyak diketahui masyarakat antarabangsa kerana dasar Parti Komunis China yang menapis dan menyekat sebarang berita yang boleh mencalarkan maruah mereka. Majoritinya merupakan etnik Uighur yang berbahasa Turki dan menetap di wilayah Xinjiang dengan ibu negerinya ialah Urumqi. 

Dianggarkan sebanyak 10 juta kaum Uighur menetap di China dan ini hanyalah satu jumlah yang kecil berbanding dengan keseluruhan rakyat China yang berjumlah 1.3 bilion. Etnik Han merupakan majoriti dengan mewakili 91 %.

Selama berdekad, etnik Uighur telah mengadu ditindas dari segi politik, ekonomi dan sosial. Punca permasalah ini disebabkan oleh kemasukan ribuan imigran Han dari wilayah lain ke kawasan mereka. Ini menyebabkan persaingan yang sengit di antara penduduk tempatan dan pendatang terhadap sumber seperti tanah dan air. 

Taraf ekonomi kaum Han yang lebih tinggi pula menyemarakkan lagi api kebencian kerana rata-ratanya etnik Uighur hidup tidak diberi peluang untuk memajukan diri mereka. Penganalisis berkata diskrimanasi terhadap peluang pekerjaan adalah penyebab ketidakadilan ini.

Kerajaan China pula dilihat cuba mengasimilasikan budaya kaum Uighur dengan kemodenan dengan menekan hak kebebasan bersuara dan beragama. Sebarang bentuk tindakan yang dianggap mencabar kedaulatan pula akan dibalas dengan hukuman keras yang boleh dipersoalkan mutu pengadilannya. 

Selama berdekad, penindasan ini berjaya disembunyikan hasil dari sistem penapisan yang begitu ketat.
Namun, pada Julai 2009 berpunca dari pembunuhan 2 orang etnik Uighur di sebuah kilang di provinsi Guangdong. Pembunuhan yang bermotifkan  kaum ini telah menyebabkan kaum Uighur melakukan protes. Mereka membalas dendam dengan menyerang kedai dan kepentingan kaum Han di Urumqi.

Sebagai membalas dendam, serangan balas pula dilakukan oleh etnik Han dan berlarutan ke seluruh kawasan Xinjiang. Konflik yang tercetus selama sebulan ini telah meragut lebih 200 nyawa.Tindakan keterlaluan pula diambil oleh kerajaan China dengan menahan mereka yang disyakit terlibat tanpa sebarang keadilan dan perbicaraan yang adil. 

Dianggarkan sebanyak 4000 orang ditahan di penjara kerana disyaki terlibat dalam konflik ini sekalipun tanpa bukti yang kukuh dan kerana kesalahan kecil seperti mengkritik kelemahan kerajaan China dalam menangani isu ini.



IMBAS KEMBALI

Mengenang kembali peristiwa yang berlaku di Tak Bai, Selatan Thailand. Pemuda-pemuda Islam yang diikat tangannya, kemudian dilonggok beramai-ramai begitu sahaja di dalam trak-trak tentera setelah ditahan berikutan insiden yang berlaku di hadapan Balai Polis Tak Bai. 

Peristiwa yang juga berlaku di bulan ramadhan itu, sangat menyayat hati apabila 78 orang pemuda yang ditahan didapati mati setelah diperiksa kerana sesak nafas dan lemas akibat dilonggak secara bertindih, ditambah pula mereka ketika itu sedang menjalani ibadah puasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRC), mereka yang ditahan itu dipukul dengan belantan, ditendang serta turut ditumbuk, malah ada juga antaranya diperlakukan begitu semasa terbaring di atas tanah dengan tangan diikat ke belakang. 

Tindakan kejam pihak berkuasa negara itu telah mendapat kritikan hebat dunia kerana mengambil tindakan yang keterlaluan. Walaupun peristiwa itu berlaku pada Oktober 2004, tragedi yang menyentuh perasaan itu harus diingati sebagai bukti jelas bahawa golongan minoriti Islam di rantau ini sememangnya ditindas!


KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA