SIRI 1 : PENINDASAN TERHADAP ORANG ISLAM MINORITI DI ASIA TENGGARA.
Hak asasi dan kebebasan mer style="font-family: Geneva, Arial, Helvetica, sans-serif; padding: 0px;">
Apabila menyingkap jendela dunia, benua rantau Asia Tenggara di sekeliling kita ini sebenarnya tidak sunyi. Negara-negara Asia Tenggara yang kita sedia maklum, sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan sejak dari dahulu lagi. Bergelut dengan masalah ekonomi, politik tidak menentu, pengusaan junta tentera, masalah kemiskinan, pengangguran yang serius, puak pemisah yang bergiat aktif, kegiatan lanun yang beroperasi, aktiviti penyeludupan manusia, dan terkini iaitu rusuhan kaum.
PREJUDIS
Golongan Islam minoriti sewenang-wenangnya dikeronyok dan dipijak-pijak begitu sahaja di rantau ini. Satu bentuk penindasan yang ketara. Penindasan yang dimaksudkan, sememangnya diketahui umum sering berlaku sejak dahulu lagi. Faktor dihimpit kemiskinan serta hidup dalam serba kekurangan, telah menyebabkan golongan ini tidak terdaya untuk menahan segala asakan serta ancaman yang datang.
Disebabkan itu, mereka tiada pilihan lain untuk menyelamatkan nyawa, selain memohon suaka politik di negara jiran. Itulah nasib yang terpaksa dihadapi golongan ini. Hidup dalam ketakutan di bumi sendiri sehingga terpaksa menagih simpati di negeri orang. Lebih malang, penindasan terhadap golongan ini berlaku ketika umat Islam mengejarkan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
MYANMAR, Etnik Rohingya telah ditakrikfkan PBB sebagai `minoriti yang paling tertindas di dunia. Populasi mereka yang berjumlah 800 000 orang tidak termasuk pelarian di negara-negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Bangladesh pula dianggarkan sebanyak 524 000 orang yang berdaftar di bawah UNCHR (Un Refugee Agency). Majoritinya beragama Islam dan hanya mewakili tidak sampai 1% daripada keseluruha 60 juta rakyat Myanmar.
Kepimpinan junta tentera tidak mengiktiraf kaum Rohingya sebagai pribumi Myanmar sebaliknya menganggap mereka sebagai pendatang dari negara Bangladesh sekaligus menanam mentaliti yang sama terhadap penduduk awam. Sekalipun, angin demokrasi telah bertiup dengan kencangnya baru-baru ini namun ianya tidak membawa apa-apa maksud kepada etnik Rohingnya.
Hak asasi dan kebebasan mereka telah dicabul dengan sewenang-wenangnya sekaligus membuatkan etnik Rohingya begitu mundur dan daif kerana akses kepada pendidikan, ekonomi, politik, kebebasan beragama dan peluang pekerjaan telah disekat. Asas kepada kepercayaan bahawa mereka merupakan pendatang dari Bangladesh tidaklah diketahui tetapi faktor fizikal dan agama yang dianuti mungkin merupakan puncanya.
Karakter fizikal yang berkulit gelap dan mempunyai wajah seperti penduduk dari Asia Selatan jelas ketara bezanya mereka dari kaum pribumi Myanmar yang lain seperti Bamar, Shan dan Karen di mana majoriti mereka berkulit cerah dan beragama Buddha. Sungguhpun begitu, tuduhan bahawa etnik Rohingya merupakan pendatang dari Bangladesh hanyalah sebagai `kunci` untuk kepimpinan junta tentera untuk terus melakukan penindasan.
Buktinya, kerajaan Bangladesh sendiri dilihat berdiam-diri tatkala ribuan saudara seagama mereka disembelih dengan kejamnya oleh etnik Buddha Rakhine dalam konflik yang berlaku di Rakhine baru-baru ini. Bahkan kawasan sempadan dikawal ketat untuk mengelakkan pelarian dari melarikan diri dari konflik ke negara mereka. Sesiapa yang berjaya menyusup masuk pula akan ditangkap dan dihantar pulang.
Situasi ini seperti menghantar makanan ke `kandang singa` kerana keselamatan mereke tidak terjamin kerana pihak berkuasa Myanmar hanya menutup mata bahkan sanggup bersekongkol untuk terus melakukan kekejaman ke atas etnik Rohingya.
CHINA, Permasalan yang dihadapi umat Islam di negara `Tembok Besar` ini tidak banyak diketahui masyarakat antarabangsa kerana dasar Parti Komunis China yang menapis dan menyekat sebarang berita yang boleh mencalarkan maruah mereka. Majoritinya merupakan etnik Uighur yang berbahasa Turki dan menetap di wilayah Xinjiang dengan ibu negerinya ialah Urumqi.
Dianggarkan sebanyak 10 juta kaum Uighur menetap di China dan ini hanyalah satu jumlah yang kecil berbanding dengan keseluruhan rakyat China yang berjumlah 1.3 bilion. Etnik Han merupakan majoriti dengan mewakili 91 %.
Selama berdekad, etnik Uighur telah mengadu ditindas dari segi politik, ekonomi dan sosial. Punca permasalah ini disebabkan oleh kemasukan ribuan imigran Han dari wilayah lain ke kawasan mereka. Ini menyebabkan persaingan yang sengit di antara penduduk tempatan dan pendatang terhadap sumber seperti tanah dan air.
Taraf ekonomi kaum Han yang lebih tinggi pula menyemarakkan lagi api kebencian kerana rata-ratanya etnik Uighur hidup tidak diberi peluang untuk memajukan diri mereka. Penganalisis berkata diskrimanasi terhadap peluang pekerjaan adalah penyebab ketidakadilan ini.
Kerajaan China pula dilihat cuba mengasimilasikan budaya kaum Uighur dengan kemodenan dengan menekan hak kebebasan bersuara dan beragama. Sebarang bentuk tindakan yang dianggap mencabar kedaulatan pula akan dibalas dengan hukuman keras yang boleh dipersoalkan mutu pengadilannya.
Selama berdekad, penindasan ini berjaya disembunyikan hasil dari sistem penapisan yang begitu ketat.
Namun, pada Julai 2009 berpunca dari pembunuhan 2 orang etnik Uighur di sebuah kilang di provinsi Guangdong. Pembunuhan yang bermotifkan kaum ini telah menyebabkan kaum Uighur melakukan protes. Mereka membalas dendam dengan menyerang kedai dan kepentingan kaum Han di Urumqi.
Namun, pada Julai 2009 berpunca dari pembunuhan 2 orang etnik Uighur di sebuah kilang di provinsi Guangdong. Pembunuhan yang bermotifkan kaum ini telah menyebabkan kaum Uighur melakukan protes. Mereka membalas dendam dengan menyerang kedai dan kepentingan kaum Han di Urumqi.
Sebagai membalas dendam, serangan balas pula dilakukan oleh etnik Han dan berlarutan ke seluruh kawasan Xinjiang. Konflik yang tercetus selama sebulan ini telah meragut lebih 200 nyawa.Tindakan keterlaluan pula diambil oleh kerajaan China dengan menahan mereka yang disyakit terlibat tanpa sebarang keadilan dan perbicaraan yang adil.
Dianggarkan sebanyak 4000 orang ditahan di penjara kerana disyaki terlibat dalam konflik ini sekalipun tanpa bukti yang kukuh dan kerana kesalahan kecil seperti mengkritik kelemahan kerajaan China dalam menangani isu ini.
IMBAS KEMBALI
Mengenang kembali peristiwa yang berlaku di Tak Bai, Selatan Thailand. Pemuda-pemuda Islam yang diikat tangannya, kemudian dilonggok beramai-ramai begitu sahaja di dalam trak-trak tentera setelah ditahan berikutan insiden yang berlaku di hadapan Balai Polis Tak Bai.
Peristiwa yang juga berlaku di bulan ramadhan itu, sangat menyayat hati apabila 78 orang pemuda yang ditahan didapati mati setelah diperiksa kerana sesak nafas dan lemas akibat dilonggak secara bertindih, ditambah pula mereka ketika itu sedang menjalani ibadah puasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRC), mereka yang ditahan itu dipukul dengan belantan, ditendang serta turut ditumbuk, malah ada juga antaranya diperlakukan begitu semasa terbaring di atas tanah dengan tangan diikat ke belakang.
Tindakan kejam pihak berkuasa negara itu telah mendapat kritikan hebat dunia kerana mengambil tindakan yang keterlaluan. Walaupun peristiwa itu berlaku pada Oktober 2004, tragedi yang menyentuh perasaan itu harus diingati sebagai bukti jelas bahawa golongan minoriti Islam di rantau ini sememangnya ditindas!
No comments:
Post a Comment