Meroboh Sangat Mudah. Membina Semula, Itu Yang Payah
SIRI 1
“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” perumpamaan tepat untuk penulis menggambarkan situasi politik yang berlaku di arus perdana ini. Situasi yang dimaksudkan adalah mengenai pepecahan yang membimbangkan dari kalangan orang-orang Melayu.
Kegusaran dan marah antara perasaan yang amat jelas dirasai dari kalangan-kalangan mereka yang sedar dan khuatir isu kronik ini dari terus berlarutan. Hal ini kerana berlakunya pepecahan secara serius, jika gagal disatukan semula impaknya kepada negara akan jelas kelihatan.
Sejarah sebenarnya telah banyak mengajar kita. Antaranya, memberi iktibar dan pengajaran keatas peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. Natijahnya untuk menyedarkan kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Itu yang kita dapat melalui pendidikan, diperolehi hasil daripada pembelajaran kita mengenai subjek Sejarah di sekolah. Adakah kita semua peka mengenai kelebihan subjek ini?
Dewasa ini, pengajaran seperti itu sebenarnya bukan perkara baru yang harus kita sedari. Walhal saranan seperti ini dapat juga kita perolehi apabila kita menghayati semula karya klasik Melayu seperti pak pandir, si luncai yang terjun dengan labu-labunya, syair, pantun, gurindam dan pelbagai lagi di dalam prosa tradisional, yang jelas turut menyelitkan kesedaran untuk ditanamkan didalam diri orang Melayu.
Rupa-rupanya sejak dahulu lagi orang Melayu sudah diberi nasihat, teguran, serta sindiran. Oleh itu, berapa ramaikah diantara kita yang sedar tentang perkara ini?
Walaupun penyampaian kedua-dua kaedah diatas nyata berbeda, namun kebaikan dan kesedaran yang terkandung di dalamnya jelas untuk kebaikan orang Melayu itu sendiri. Lantaran itu jugalah, sajak yang bertajuk Melayu Mudah Lupa telah dihasilkan oleh negarawan ulung negara Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Isinya mudah difahami kerana teguran didalamnya, ditafsirkan sebagai direct to the point. Walaupun pahit ditelan, tetapi itulah hakikat sebenarnya. Jelas, tujuannya tetap satu, untuk orang Melayu sedar.
GELOJOH
Mengoncang struktur yang menjadi tulang belakang Malaysia semata-mata mahu menjadi peneraju nombor 1 negara, rupanya telah dilakukan orang Melayu. Struktur yang digoncang hebat itu, akhirnya telah mengakibatkan perpaduan bangsa Melayu, roboh.
Kesan daripada itu, kelompok-kelompok orang Melayu kemudiannya berpisah mengikut haluan dan agenda masing-masing. Kini, Melayu tidak satu lagi, tidak pada satu matlamat dan tujuan dan tidak pula sefahaman antara satu sama lain.
Akhirnya, keluarga besar Melayu ini sudah porak peranda.
1 jawapan sahaja kepada penyebab orang Melayu ini berpecah, iaitu politik. Kegairahan segelintir orang Melayu kerana mendambakan laba politik yang sedikit, dilihat sudah ada yang hilang jatidiri bangsanya.
Mereka terpekik terlolong, menfitnah sesama sendiri, bertelagah dalam banyak hal, mengungkit-ungkit, kasar, celupar, serta mudah dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan antara bukti cukup jelas bahawa indentiti Melayu semakin luntur sedikit demi sedikit.
Bukankah tingkah laku orang Melayu yang kita ketahui sebagai kaum yang bersopan santun serta elok tutur bicaranya?. Mengapa zaman sekarang sikap bersopan santun itu kian pudar?
No comments:
Post a Comment