Meroboh Sangat Mudah. Membina Semula, Itu Yang Payah
SIRI 2
Harus diingat sewaktu ketika dahulu, orang-orang Melayu telah bersatu hati, senada, seiya sekata, kerana menentang Malayan Union. Orang-orang Melayu terdahulu ini bukannya golongan yang hidup dalam kemewahan, taraf pendidikan pula tidak setinggi mana bahkan hanya segelintir sahaja yang tahu menulis dan membaca, walaupun demikian faktor-faktor diatas tidak menjadi penghalang untuk mereka memperjuangkan nasib bangsa Melayu serta tanah air.
Hasil perjuangan mereka yang jitu itulah akhirnya tanah air ini memperolehi kemerdekaan daripada British. Rentetan daripada itu, mereka kemudiannya berjaya memiliki kuasa eksekutif untuk mentadbir sendiri tanah air.
Walaupun telah lama dipinggirkan melalui dasar pecah dan perintah yang diamalkan penjajah, mereka telah berjaya membuktikan bahawa penyatupaduan bangsa sebenarnya adalah asas kekuatan Melayu.
Tiada bangsa lain mahu membantu bangsa Melayu, selain bangsa Melayu itu sendiri bukan?
Mendapat segala nikmat, kepujian, pangkat ataupun darjat sehingga kaya raya sehingga mampu menggemgam kuasa untuk mula perintah sebilangan besar orang, kemampuan berkenaan dilihat telah menjadi rebutan segelintir orang Melayu sekarang.
Maka tidak hairanlah wujud individu tertentu yang sanggup memperjudikan nasib bangsanya. Demi meraih undi kaum-kaum lain sanggup dijanjinya untu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Ekoran itu juga, hampir semua perkara-perkara yang sudah sedia termaktub di dalam perlembagaan turut dipersoal.
Tidak cukup dengan itu, agama pula dipolitikkan. Lalu timbullah pelbagai persoalan serta kekeliruan. Tanpa mereka sedari kesannya terhadap golongan orang muda yang pastinya akan menyambung kepimpinan negara ini kelak.
Sebagai individu yang tidak berkecimpung didalam arena politik, penulis melahirkan rasa amat khuatir dan juga kesal, kerana terkesan mengenai perpecahan orang-orang Melayu ini. Orang Melayu sekarang ini seharusnya bersikap profesional ketika berpolitik, dan bukannya semberono.
Lagipun mereka-mereka yang terjun ke dalam bidang ini semuanya mempunyai profile yang tinggi. Maknanya, mereka antara individu yang berpendidikan tinggi serta luas pengetahuan.
Oleh itu, untuk orang-orang Melayu kembali bersatu sebenarnya masih lagi belum terlambat. Ini kerana, kesan daripada perpecahan yang dirasai sekarang dirasakan lebih membawa kepada kemudaratan kepada bangsa Melayu itu sendiri. Maka, kesedaran daripada kelompok-kelompok Melayu yang berpecah diminta supaya untuk memikirkan juga nasib pelapis yang akan datang.
Wajarkah kamu mewariskan kepimpinan negara ini dalam keadaan kucar kacir kepada mereka? dan inikah contoh yang kamu berikan?
Bertolak ansur, merendah diri, menjaga antara satu sama lain, memelihara hak bersama supaya kekal terpelihara, membuang sikap tamak haloba, mementingkan diri serta mampu mengikis sifat ego,bongkak,sombong merupakan antara elemen di dalam diri orang Melayu yang harus diperbaiki mulai sekarang.
Wakima mereka yang berpangkat besar, kaya raya, berkuasa, berpengaruh dan lain-lain, mengembleng usaha kearah itu adalah perkara yang perlu dititikberatkan semua.
Sedarlah Wahai Melayu, Perjuangan Kita Belum Selesai.
No comments:
Post a Comment