Thursday, 7 March 2013

Apa Itu KEMURUNGAN?


Kemurungan bukan penyakit yang diada-adakan atau terpendam dalam otak. Ia memang satu penyakit yang memerlukan rawatan dan mempengaruhi berjuta-juta manusia setiap tahun. Namun demikian, kemurungan selalu disalah tafsirkan, atau tidak disedari lansung.


Mengapa penyakit yang begitu umum ini sering tidak diubati? Banyak sebab yang boleh diberikan.
Sesetengah orang mungkin tidak mendapat rawatan kerana mereka rasa bahawa suatu hari nanti mereka akan bebes daripada belenggu kemurungan. Sesetengahnya pula mungkin menganggap kemurungan satu kelemahan atau kegagalan peribadai yang dapat ditangani sendiri. Manakala yang lain pula mungkin tidak sedar bahawa terdapat rawatan perubatan yang berkesan untuk kemurungan.

Justeru itu, individu yang mungkin dilanda kemurungan biasanya tidak membincangkan gejala-gejala yang dialami dengan doktor mereka. Akibatnya penyakit it terus tersembunyi.

APA ITU KEMURUNGAN?

Kemurungan ialah penyakit yang benar-benar wujud dan mempunyai punca-punca dan gejala-gejala yang nyata. Memandangkan setiap individu adalah berbeza, maka gejala-gejala yang dialami turut berbeza-beza antara satu sama lain. Malah bukan setiap orang akan mendapat kesemua gejala dan bukan semua orang akan mengalami gejala-gejala yang sama. Namun gejala-gejala ini biasanya akan mempengaruhi kehidupan seharian kita dan berkekalan.

Stress/Hilang tumpuan, Ingin bunuh diri, Sukar untuk tidur, TENSION, Tiada selera makan & Kecewa!

Kemurungan bukanlah khayalan atau sekadar bermain dalam fikiran anda. Ambil tindakan segera menangani kemurungan!

PUNCA KEMURUNGAN

Kebanyakkan doktor percaya bahawa ketidakseimbangan serotonin merupakan satu punca kemurungan. Serotin ialah sejenis bahan kimia yang wujud secara semula jadi dalam tubuh badan manusia.
Para penyelidik mendapati bahawa terdapat keluarga-keluarga yang cenderung kepda penyakit kemurungan ini kemungkinan disebabkan oleh keturunan, seperti penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan lain-lain.
Kemurungan boleh dicetuskan oleh beberapa faktor secara berasingan atau bersama. Faktor-faktor ini termaksuklah tekanan yang berpunca daripada perceraian, kematian ahli keluarga atau sahabat karib dan sebagainya.

Selain itu, penyakit kronik atau pembedahan utama juga boleh mengakibatkan kemurungan. Malah sesetengah rawatan perubatan termasuk ubat-ubat kardiovaskular, hormone, pil pencegahan kehamilan dan ubat-ubat penyakit Parkinson boleh menyebabkan kemurungan atau memburukkan keadaannya.

GEJALA KEMURUNGAN

  1. Kehilangan minat terhadap aktiviti yang biasa dinikmati, seperti hobi atau aktiviti harian.
  2. Mengalami kesedihan atau keresahan yang luar biasa. 
  3. Menghadapi masalah sukar masuk tidur, bangun terlalu awal atau lewat.
  4. Kemerosotan daya penumpuan.
  5. Perubahan selera makan.
  6. Berasa lebih letih daripada biasa. 
  7. Rasa bersalah atau tidak berguna.
  8. Gelisah atau pergerakkan menjadi lambat dengan ketara. 
  9. Berfikiran tentang keinginan membunuh diri atau mati.
  10. Jika anda berasa biasa dengan mana-mana gejala di atas,sila dapatkan kaunselor. 
LANGKAH PERTAMA, RUJUK KAUNSELOR.

Apabila anda berasa sesuatu yang kurang selesa dengan keadaan anda sila rujuk dengan kaunselor bagi melihat sejauh mana seriusnya permasalahan anda itu. Jika dengan kaunselor sudah memadai, cukup dengan kaunselor sahaja. Jika tahap kemurungan anda serius maka baiklah berjumpa dengan pakar psikiatri di Hospital Kerajaan mahupun swasta yang mempunyai kepakaran dalam menangai kes-kes kemurungan ini. Justeru itu, gunakan kemudahan ini untuk membantu diri anda atau mengesyorkan kepada individu lain yang mempunyai symptom kemurungan.


Iklan Berbayar


4 comments:

  1. saya tak tahu nak buat ape lagi..rasanya peluang hidup saya dah tipis..semua org bencikan saye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa khabar dania..masih di dalam keadaan yg sama? Harap sudah semakin pulih

      Delete

  2. Artikel yang menarik mengenai masalah kemurungan yang kian melanda rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Statistik ini kian meningkat disebabkan tahap sosio-ekonomi yang semakin mencabar dan hubungan kekeluargaan yang tidak rapat. Pada pendapat saya, masalah kemurungan ini sebaik-baiknya dirawat dengan kaedah-kaedah yang tidak melibatkan penggunaan ubat psikiatrik seperti mengadakan sesi kaunseling dan sebagainya. Ubat psikiatrik hanya diberi sekiranya masalah pesakit telah menjadi serius seperti ada perasaan membunuh diri atau mencederakan orang lain dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. Kemurungan tidak mempunyai satu alasan yang patut; Selalunya, ia dihasilkan oleh gabungan beberapa perkara. Anda mungkin tidak mempunyai idea mengapa kemurungan telah melanda anda.

    ReplyDelete

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA