Monday, 27 August 2012

BENARKAH PAS DOMINAN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG?

Sumber :


BENARKAH PAS DOMINAN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG?


images (1)

Setinggi-tinggi penghargaan harus diberikan kepada kepimpinan Pas kerana ‘istiqamah’ dalam perjuangan bersama-sama pakatan pembangkang yang di ketuai oleh DAP. 

Walaupun Hadi Awang selaku Presiden Pas berulang kali menegaskan antara parti gabungan di dalam pakatan pembangkang, Pas adalah merupakan parti politik yang paling ‘KUAT’ sekiranya dinilai dari bilangan ahli dan petugas gerak kerja parti. 

Walaupun ada yang bersikap skeptical terhadap kenyatan itu namun PAS melalui Hadi Awang dan Nik Aziz yakin mereka merupakan parti dominan di dalam pakatan.

Antara sedar atau tidak, Pas sebenarnya sedang bermimpi untuk menjadi dominan kerana pada hakikatnya PKR dan DAP sudah pasti tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku. Sebab itulah ramai pemerhati politik melihat impian Pas untuk bertanding 80 kerusi hanyalah satu impian yang tidak akan kesampaian.

Ini memandangkan PKR biar pun sedang menghadapi pelbagai kemelut dalaman dan luaran serta semakin terhakis sokongannya di kalangan rakyat, namun parti itu tetapi mahu menjadi pemimpin utama dalam pakatan pembangkang. 

Impian PKR sudah tentulah bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan kerana parti itu mempunyai hubungan rapat dengan DAP dan ia jauh lebih erat berbanding hubungan PKR dengan Pas.

Sebab itulah kita menyaksikan bagaimana dalam apa juga isu, pemimpin-pemimpin PKR dikatakan lebih menyebelahi DAP biar pun ia boleh menyinggung perasaan Pas. 

Walaupun dari satu sudut kita melihat PKR agak dominan, namun antara sedar atau tidak, hakikat sebenarnya PKR hanyalah merupakan alat dan menjadi kuda tunggangan DAP semata-mata. 

Perkongsian kuasa ini buat seketika dilihat akan menguntungkan PKR, namun untuk jangka masa panjang ia sebenarnya merugikan PKR dan PAS sendiri.

Ini kerana DAP hanya bermodalkan persetujuan untuk memberikan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dan sebagai timbal balik sedikit demi sedikit keistimewaan dan kekuatan orang Melayu akan ditarik pelah-lahan tanpa sedar. 

Dengan penarikan itu, secara tidak langsung akan merugikan Islam secara keseluruhan. Kerana tonggak kekuataan Islam di negara ini terletak kepada Melayu yang dianggap sebagai ‘Assabiyah’ oleh Pas melalui Nik Aziz.

Sebagai contoh selaku Mursyidul Am atau merupakan pimpinan tertinggi ‘Ulama’ di dalam Pas, Nik Aziz sering menegaskan dia menolak dan tidak percaya kepada pengertian kebangsaan – atau dalam konteks gagasan perpaduan, Melayu. 

Melayu baginya adalah merupakan elemen assabiyah yang menurut pengertiannya tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Dia berpegang kepada Teras Islam semata-mata dan perjuangan Melayu itu tidak seharusnya wujud.
Pernah suatu ketika Nik Aziz memarahi Nasharuddin kerana dilihat mahu membuka ruang perbincangan dengan UMNO yang dilihat begitu tebal semangat kebangsaan. T

idak cukup dengan itu Nik Aziz juga pernah menjadi terlalu emosional sehingga meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk UMNO.

Itulah perwatakan sebenar Nik Aziz, ahli politik totok yang kita kenali sejak lama dulu. Seorang yang kononnya berperwatakan lembut, tapi sebanarnya amat keras pemikiran berpolitiknya. Dia pernah menyamakan UMNO seperti Ayah Pin dan menyamakan UMNO seperti pengganas komunis. 

Demi perkongsian kuasa itu juga Pas terpaksa mengugurkan matlamat negara Islam kepada Berkebajikan dan yang terbaru melupakan hasrat memartabatkan undang-undang Hudud kerana ingin terus berada dalam ‘dakapan mesra’ PKR dan DAP.

Ramai yang mengenali Nik Aziz secara dalaman mengatakan dia bukan tok guru yang mengajar untuk mengaji semata-mata, tapi merupakan ahli politik totok yang berjuang atas nama prinsipnya yang tersendiri. Tanpa sedar dia telah membawa PAS yang suatu ketika dahulu dibina atas pendirian ulama yang ingin memperjuangkan Islam ke lembah kehancuran.

Persoalannya apakah ia mampu membuatkan para pengikut dan penyokong mereka sedar? Atau terpaksa mendiamkan diri untuk bersetuju kerana patuh dan akur dengan pemimpin yang bertopengkan ‘Ulamak’?

Penulis - Warisan Bonda

No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA