Tuesday 27 March 2012

Sembang-Sembang Belia DUN TUPONG

TUPONG – Program Sembang-sembang Belia di Kuching telah diadakan di Jeti Kampung Paroh, Tupong dan dihadiri oleh Encik Syed Zaid Bin Wan Asnawi Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching, Encik Mahdi Bin Tommy Ketua Pemuda PBB Kampung Paroh, pegawai-pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching dan belia di kawasan berkenaan.

Program sembang-sembang belia ini juga telah dihadiri seramai 50 orang belia di kampong berkenaan. Kebanyakkan mereka adalah berbangsa Melayu dan aktif bersukan iaitu lumba perahu.

Sesi sembang-sembang Belia telah digunakan oleh belia di kampong berkenaan untuk berinteraksi secara terus kepada pihak Belia dan Sukan bahagian Kuching. Antara permintaan belia di kawasan berkenaan adalah memohon padang futsal,balai raya,dewan masyarakat dan bantuan berbentuk peruntukkan untuk menjalankan aktiviti sukan air iaitu lumba perahu. Kebanyakkan belia di kampung ini aktif dalam sukan air ini dimana mereka banyak memenangi acara lumba perahu. Penulis juga diberitahu bahawa kedua-dua perahu panjang yang mereka gunakan untuk aktiviti sukan ini telah disumbangkan oleh Yang Berhormat Datuk Fadillah Yusuf Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia yang juga merangkap sebagai ahli parlimen bagi kawasan PetraJaya, Kuching. Diatas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Datuk Fadillah, belia di kampong Paroh ini sangat aktif dalam melibatkan diri dengan menyertai aktiviti sukan air bagi mengisi masa lapang mereka.  
Program berkenaan juga telah digunakan sepenuhnya oleh pegawai Belia dan Sukan bahagian Kuching untuk mendengar permasalahan belia di kawasan berkenaan dan juga turut mempromosikan bangunan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang baharu dan fungsinya untuk belia setempat. Program yang berbentuk santai dan mesra ini turut dimeriahkan aktiviti karaoke disamping kami juga disajikan dengan ikan tilapia bakar special di kampong berkenaan.




Sunday 25 March 2012

~MILANI KARANBOJIE~

Membersih bukan sahaja bermaksud membersihkan kotoran yang berada di tempat kita berada, tetapi ia juga bermaksud cara kita untuk mengenali diri kita yang sebenar dan bagaimana cara orang menilai kita. soalan paling sukar ialah "siapa anda sebenarnya?".
Setiap tempat memang bersih, kadang-kadang ia didatangi kekotoran. Mungkin sebab itu kita hendaklah kerap membersih bagi membuang kekotoran. Seperti hati kita :-)


Baju umpama kehidupan. Jika dilihat zahir ianya seperti kain yang menutup tubuh kita. Yang tersiratnya baju itu mengambarkan kehidupan seseorang. Kita tidak akan memakai baju yang sama setiap hari. Kenapa? kehidupan kita tidak akan sama tiap-tiap hari. Ianya seperti baju, bermacam-macam corak, lakaran dan kelembutan.


Hidup ini indah jika kehidupan kita berwarna-warni~ MILANI KARANBOJIE

Thursday 22 March 2012

MILANI KARANBOJIE~

Milani Karanbojie. menulis ketika duduk berseorangan dan mendapat ilham. nama Milani Karanbojie menjadi pilihan utk nama Pena.

Malam itu,sunyi dan sepi. sejuk dan suram. hitam yang begitu pekat kerana malam,ihsan yang sedikit dari lampu jalan. hitam dan kuning malap menjadi latar belakang setiap malam. di lorong inilah Milani Karanbojie tinggal dan masih menumpang.
ketika mengelamun teringat di satu ketika. Usia remaja itu sungguh singkat. Jadi Milani Karanbojie berkongsi sedikit.

Boleh dinilai seperti orang yang tidak mempunyai matlamat hidup dan cita-cita adalah di antara mereka yang pandai menikmati erti kehidupan. Kebebasannya seperti layang-layang yang dilambung angin,sehingga sangat selesa didodoi awan. Mereka menghirup udara segar dengan tenang dan dalam. Makan sesuatu dengan penuh kenikmatan. Mereka kreatif kerana mereka meneroka di dorong oleh perasaan ingin tahu yang kuat,lalu mereka mencoba. Mereka berkawan untuk masa suka dan mereka jadi sendiri ketika di belenggu waktu sulit. Berjaya di sebalik usaha yang terkapai-kapai. Gagal di anggap kecil, kerana yang difikir tidak sampai kepada penghujung. Mereka bijak membentuk komuniti kecil dan menjadikan muzik satu bentuk kegairahan. Pasangan adalah hiburan, rumah sebagai persinggahan, kebendaan menjadi perbandingan, kebanggaan ketika melanggar apa yang betul, kehidupan di luar rumah adalah rumah. Kerana di situ dianggap sebagai kehidupan.

MILANI KARANBOJIE~ sekadar berkongsi 

Thursday 15 March 2012

UBAH SIKAP KETIKA MENGGUNA JALANRAYA

Baru-baru ini insiden kemalangan jalan raya yang menyayat hati telah berlaku di Kuching. Mangsanya seorang pejalan kaki yang mahu melintas jalan raya, yang menyedihkan insiden itu merupakan kemalangan langgar lari. Kejadian yang menjadi perbualan orang ramai di sekitar Kuching dan juga telah mendapat perhatian media. Saya sungguh terkesan dengan berita berkenaan dan marah diatas tindakan si pelaku yang tidak bertanggungjawab itu. Pagi tadi saya tertarik dengan tajuk utama Berita Harian, tajuknya 25 laluan maut dan lebih 300 terbunuh sejak 2008. Jalan yang dimaksudkan adalah di negeri Sarawak. Satu fakta yang telah mengejutkan saya. Saya kongsikan sedikit jalan-jalan yang menjadi laluan maut di Sarawak, 

KUCHING
  • Jalan Sultan Tengah
  • Km 7 hingga km 15 Jalan Matang
  • Jalan Stephen Yong
  • Km 11 atau Batu 7 hingga km 24 
  • Jalan Kuching-Serian
  • Km 69 Tabuan Jaya-Kota Samarahan 
SAMARAHAN
  • Km 38 hingga km 59 Jalan Kuching-Serian,
  • Km 86 hingga km 87 Jalan Kuching-Serian
  • Jalan Tondong-Bau
SRI AMAN
  • Km 6 dan 106 hingga km 112 Jalan Sri Aman - Kuching, 
  • Km 20 Jalan Sri Aman-Sarikei 
  • Km 16 hingga km 19 Jalan Simpang Bukit Punda
MIRI
  • Km 40 Jalan Pantai Miri-Bintulu
  • Jalan Bakam-Luak
  • Km 9 Jalan Pujut-Lutong
  • Km 5 pintasan Miri
  • Km 13 Jalan Lambir-Niah-Bintulu
SARIKEI-SIBU-BINTULU
  • Km 33 hingga km 38 Jalan Saratok-Sarikei
  • Km 25 Jalan Bukit Sebangkoi di Sibu
  • Km 9 atau Batu 6 hingga km20 Jalan Oya
  • Km 51 atau Batu 32 hingga km59 Jalan Sibu-Bintulu
  • Km 23 Jalan Bintulu-Sibu
  • Km15 Jalan Kidurong-Bintulu
  • Km 30 Jalan Similajau-Niah
(sumber dipetik daripada akhbar Berita Harian)

Jadi saya berharap kepada semua pengguna jalanraya, hendaklah mempunyai sikap berhemah ketika berada di jalanraya dan sentiasa mengambil sikap berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa kecelakaan di jalan raya.

PANDU SELAMAT JIWA SELAMAT, INGATLAH ORANG-ORANG TERSAYANG.

~PRIHATIN

Wednesday 14 March 2012

SERTAI PELBAGAI AKTIVITI TAHUN INI!!!

Desas desus mengatakan tahun ini kita dimeriahkan dengan pelbagai program yang menarik menanti anda. Jadi luangkan lah masa anda untuk melihat di sekeliling-sekeliling anda,mahupun membaca iklan di mana-mana kerana aktiviti yang menarik khusus untuk Belia. Jangan ketinggalan untuk menyertainya kerana aktiviti berkenaan akan ke tempat anda. Mohon maaf kerana blog saya ini masih lagi dalam pembikinan, dan saya akan terus melaporkan dari semasa ke semasa mengenai aktiviti yang berlansung di tempat anda. See You All!!!

Saturday 17 December 2011

Di waktu malam semuanya indah..lagi2 di malam Sabtu! haha :-)

Lepak dan jalan2 adalah pasti bagi remaja di malam Sabtu..jika tidak keluar sudah pasti ada yang menderita kebosanan..bagi mereka yg bersosial,malam inilah yg ditunggu2..Ya Indah..kerana pelbagai jenis manusia,jantina,dan segala bentuk hiburan menjadi pengisian..jadi gunakanlah waktu anda dengan berkualiti di mlm yg indah ini! :-) take care~

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA