Wednesday 19 April 2017

Tulisan Mahathir Sudah Tidak Popular & Bukan Lagi Bahan Rujukan Rakyat



Suatu waktu dahulu ketika Mahathir memulakan serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, blog "Che Det" menjadi sangat popular.

Apa sahaja Che Det tulis, ramai yang percaya mentah mentah, tanpa menyemak fakta dan menanti respon pihak yang dituduh. Itulah situasi pada waktu itu.

Pada Julai 2015, ketika Mahathir mula "launch attack" terhadap Najib, ranking Che Det berada pada kedudukan 63,802 paling dilawati di dunia dan ke 403 di Malaysia.

Kini, pada April 2017. Kira kira hampir 1 tahun 9 bulan selepas itu, blog Che Det merosot pembacanya. Berada pada kedudukan 263,179 di dunia, turun 200,000 tangga.

Di Malaysia, turun dari kedudukan kedudukan ke 403 turun ke 2,839 pada hari ini, 10 April 2017. Dengan purata masa pembaca hanya 3 minit sahaja di blognya. 

3 minit bermakna, pembaca hanya "browsing" sambil lalu sahaja atau hanya baca tajuk tajuk sahaja. Mungkin letih bila membaca plot dan cerita yang sama diulang ulang banyak kali.

Hanya 67% pembaca dari Malaysia, selebihnya dari Arab Saudi, Singapura dan negara lain. Keyword paling popular dicari dalam blog Che Det adalah mahathir, chedet, che det, tun mahathir dan blog che det.

Tiada satu pun keyword berkaitan 1MDB, PPBM, GST atau isu isu lain. Bermakna orang luar yang pergi ke situ hanya mencari cerita cerita lama dalam arkibnya sahaja. 

1MDB tidak dicari dalam blog Mahathir. Bermakna pembaca pun sudah percaya Mahathir tiada krebiliti dan bukan sumber yang boleh dipercayai untuk menulis tentang 1MDB.

Seawal tahun 2015 ketika serangan kebenciannya bermula,  blog Che Det begitu dinanti nantikan seperti wayang “blockbuster” dari Hollywood.

Hits kepada blognya tinggi kerana selain dari pengunjung mahu melihat sama ada sudah ada entri baharu , mereka juga menjadikan blognya hits dengan berkongsi "link story" kepada ramai pihak lain.

Namun, masa berlalu , blog Mahathir “Chedet” terpinggir dan tidak lagi dihiraukan. Bolehlah dikatakan blognya dalam keadaan “pathetic”.

Selain dari ranking blognya merosot dengan teruk , ia juga bukan lagi menjadi blog yang diikuti atau dirujuk lagi.

Apakah sebab semuanya ini?

Banyak faktor boleh diberi berkenaan kedudukan yang teruk ini.

Pertama , mungkin perwatakan Mahathir yang sudah tidak dipercayai lagi kerana kerap berbohong dan suka mempermainkan pengikutnya.

Faktor kedua adalah tentang kebenaran. Pembaca yang pada awalnya menyangka ada kebenaran dari apa yang ditulis Che Det akan mencari kebenaran. 

Akhirnya bila satu demi satu kebenaran datang, maka pembaca akan mulai tidak mempercayai lagi tulisan Che Det.

Mahathir tahu dirinya sendiri terlalu banyak pincang dan punyai liabiliti yang besar. Jalan terbaik untuk alihkannya mata rakyat adalah dengan cara menyerang Najib.

Sampai hari ini, Mahathir tidak pernah jawab dengan bukti yang kukuh berkaitan BMF, Skandal Forex, isu Perwaja, Maminco dan kekayaan luar biasa anak anaknya.

"Ploy diversion" Mahathir ini hanya laku seketika sahaja. Ini kerana lambat laun rakyat akan menyedari ia cuma mainan minda dan persepsi semata mata.

Terlalu jelas fakta menunjukkan blog Mahathir tidak lagi diendahkan dan rakyat tidak lagi menunggu entri entrinya seghairah bermula serangan Mahathir dulu.

Serangan yang terlalu agresif dan "attacking below the belt" yang dibuat terhadap Najib dan isterinya telah mula mengundang simpati rakyat. Rakyat mula nampak sikap keterlaluan dan dengki Mahathir. 

“By turn of event” kini terlihat ramai pula yang menyokong Datuk Seri Najib. Bahkan yang menghentam Perdana Menteri akan diserang dan dibalun oleh banyak pihak. Hingga jadi "trending" di Twitter sebab Rafizi dibalun oleh penyokong kerajaan.

Akibat daripada itu , pihak Mahathir dan pembangkang terpaksa menuduh mereka yang menyokong Perdana Menteri ini dibayar untuk menutup hakikat bahawa Perdana Menteri memiliki penyokong yang sayang kepada UMNO dan Presidennya.

Selain itu jalan pintas untuk pembangkang dan Pro Mahathir untuk menutup rasa kalah adalah dengan menggelar mereka yang menyokong Perdana Menteri sebagai “pemakan dedak”.

Itulah alasan mereka. Bila kerap sangat diulang dan terjadi secara berlebih lebihan. Rakyat mula tahu siapa yang makan dedak sebenarnya. Puak Mahathir yang terlebih makan dedak atau terkurang dedak sebenarnya.

Sudah menjadi tanggungjawab setiap ahli UMNO mempertahankan institusi Presiden. Sama seperti mereka mempertahankan Mahathir ketika menjadi Presiden UMNO.

Apakah kesetiaan kepada Presiden bernama ‘Mahathir” waima kerajaan beliau membunuh mangsa Memali, memberi kekayaan kepada kroni dan anak beranak itu sebagai memakan “dedak” juga?

Mahathir nyata sekali semakin dipinggirkan. Mahathir telah menjual diri dan prinsipnya hanya sebab mengejar cita cita peribadinya. 

Hanya yang taksub sahaja yang masih buta kepada segala perkara yang terjadi di hadapan mata mereka. Mereka tidak sedar ini Mahathir lain dan bukan Mahathir yang dulu.

Benar juga ada orang berkata “Tun Mahathir overstay his welcome”. Dari menyanjung kini berubah kepada meluat kerana terlalu lama dalam persada politik.

Perjuangan Mahathir belum selesai selagi "Boboi" tidak berada di puncak kuasa. Selagi itulah Mahathir akan terus kacau dan kacau.

Tulisan : 
Beruang Biru
BB376, Isnin
10 April 2017

DAP Buat Pekak & Bisu Bila Pihak Lain Menuduh Mereka



Agaknya betul juga kata Sun Tzu iaitu “attack is the best form of defence”. 

Dengan menyerang bertubi tubi , pihak yang diserang akan tertumpu untuk mempertahankan diri dan tiada masa untuk menyerang.

Dalam 36 Strategem karangan Sun Tzu, ada juga strategi bila hendak kalah atau berada dalam keadaan "desperate". Ianya terkandung dalam bab 6 yang dipanggil "Desperate Strategem". 

DAP selalu gunakan "desperate strategem" ini sebagai "exit strategy" bila kena tuduh dan diserang.

DAP tahu kalau dijawab pun tetap akan kalah, maka dalam strategi "zou wei shang ce" ini, DAP pilih untuk "escape" daripada sebarang jawapan.

Bila buat pekak dan bisu atau "escape", maka DAP merasakan peluang masih ada biarpun mereka dalam keadaan kalah dan "desperate". 

Inilah cara mereka kendalikan isu CEC dan skandal banglo Guan Eng.

Selain daripada itu, DAP juga mempergunakan serangan Mahathir bertubi tubi terhadap BN dan Najib supaya isu sebenar DAP dapat dialihkan dan dilupai.

Akibatnya, seluruh negara tertumpu kepada isu 1MDB yang meleret leret dari tuduhan asal beralih kepada isu tiada kaitan 1MDB. Maka cerita CEC dan skandal banglo Guan Eng dapat dilupakan.

Inilah cara yang dibuat Tony Pua, strategi ke 24 dalam 36 Strategem iaitu "fu di chou xin", melarikan topik asal dan  membuat topik baru.

Cara Tony Pua adalah dengan menuduh Perdana Menteri membenarkan bil persendirian RUU355 dibentang. Sedangkan dalam sejarah sudah membuktikan Kit Siang juga pernah bentang usul persendirian di parlimen.

Mahu lari topik asal RUU355 dengan membuat tuduhan baru yang sebenarnya fitnah dan bohong semata mata.

Semalam Hadi Awang gunakan teknik nombor 24, dalam 36 strategem ini juga untuk kenakan balik DAP. Keras ayat Hadi Awang kali ini. Sebelum ini, pernah digelar barua, anjing, biawak tetapi kali ini terus digelar kepala taik.

Hadi Awang juga dedah DAP berpakat dengan negara asing untuk campur tangan dalam politik negara ini. Isu ini DAP hanya buat pekak dan bisu sahaja.

30 Disember 2015, Dr Zuhdi, Pengarah Penyelidikan PAS juga mendedahkan DAP mendapat dana dari Israel. Jumlahnya dikatakan RM1.2 billion.

Mulanya Kit Siang mahu saman, tetapi akhirnya Kit Siang biarkan sahaja isu ini. Buat pekak dan bisu sahaja. Dah dekat dua tahun, langsung DAP diam.

DAP hanya membuat ugutan untuk saman sahaja.  Ia hanyalah wayang opera sahaja untuk menunjukkan DAP tidak salah dan mereka difitnah. DAP tahu perangai rakyat Malaysia yang cepat lupa.

Boleh dikatakan serangan terhadap 1MDB dan derma Arab yang dibuat berlebihan juga adalah untuk menutup isu DAP sendiri.

DAP gagal menyaman mereka yang dikatanya memfitnah tetapi tidak melakukan apa apa selepas ugutan saman sehinggalah hari ini.

Boleh juga diandaikan Rafizi Ramli juga ada saham dalam kerja mengalihkan perhatian rakyat dari kesilapan DAP. Ini kerana Rafizi menumpang undi ahli dan penyokong DAP di kawasan yang dia menangi iaitu parlimen Pandan.

Umum boleh lihat sebaik sahaja isu 1MDB reda barulah segala taik dan sampah DAP dan PKR mulai timbul.

Isu terowong, isu tanah Taman Manggis, YAWAS, DEIG , rasuah banglo dan banyak lagi, semuanya mula muncul ketika isu 1MDB sudah dipenghujungnya. Bila 1MDB selesaikan semua hutangnya. 

Secara tidak langsung , Mahathir juga adalah penyebab banyak penyelewengan pembangkang tersorok , begitu juga dengan penyelewengan Mahathir sendiri.

Terkadang rakyat Malaysia amat perasan dengan kata kata “rakyat tidak mudah di tipu” dan "rakyat sudah pandai”.  Namun hakikatnya merekalah golongan yang  berjaya diperdaya oleh DAP dan puak puak pembangkang.

Pembangkang dengan mudah membuat himpunan “blackout” tanpa wujud pun peristiwa “blackout”. Tuduh "bangla" mengundi, padahal tiada seorang pun "bangla" yang mengundi. 

Pada ribuan orang yang datang ke stadium ketika acara himpunan “blackout” seorang pun tidak dapat menjawab di mana , pukul berapa , tarikh bila kejadian “blackout” berlaku. Namun mereka percaya ia terjadi. Ini samalah juga dengan cerita “bangla” yang dimainkan oleh pembangkang.

Selain itu , jutaan rakyat juga berjaya diperdayakan oleh Rafizi dan pembangkang dengan isu “Lynas” dan “Cincin Rosmah”.

Hanya kerana ego sahaja mereka enggan mengaku diri sudah tertipu dan sudah dipermainkan.

Itu agaknya definisi “rakyat tidak boleh dibodohkan” dan “rakyat sudah bijak”.

DAP tidak pernah menjawab pun semua dakwaan terhadapnya. DAP akan terus menjadi begitu selagi pasaran kebodohan masih laku.

Jika rakyat mengaku tidak suka kepada penyelewengan dan pembohongan sudah tentu  mereka mahu DAP menjawab kepada dakwaan menerima dana Israel dan bukan memainkan isu lain untuk kerja “diversion”.

Benar agaknya, semakin DAP tersepit , maka semakin kuatlah serangan DAP dan Rafizi kepada isu isu lain. 

Dengan tamatnya isu 1MDB di mana telah dibentangkan penyelesaian isu dan hutang 1MDB di parlimen, maka Rafizi muncul pula dengan isu PAS menerima wang 1MDB pula.

Apa apa isu yang dicipta, pembangkang mesti kaitkan ayat “1MDB” pada dakwaannya sebagai penyedap rasa sahaja. 

Peliknya kenapa tidak terus campak bukti dan tuduhan serentak? Kenapa mesti ugut akan dedah dan mahu dedah?

Dedah terus sahajalah kerana Mahathir sudah tidak sabar hendak jadikan Mukhriz sebagai PM , tunggu apa lagi?

Apa pun itulah cara DAP, survivalnya bukan berkenaan jasa kepada rakyat , tetapi berkenaan kisah buruk dan fitnah yang berjaya dicampakkan ke dalam minda rakyat.

DAP pada hakikatnya tidak pernah menjawab lagi isu menerima wang dari Israel.

DAP tidak pernah menjawab dengan fakta pun, apa apa isu berkenaan mereka. DAP hanya buat pekak dan bisu sahaja. Mereka ingat pengundi mudah lupa. Mereka ingat pengundi bodoh. Hanya yang bodoh sahaja akan terus terusan ditipu DAP. 

Tulisan : 
Beruang Biru
BB381, Rabu
12 April 2017

Guan Eng Kutuk Anwar, Tuduh Anwar Punca PAS Keluar Pakatan


Akhirnya bocorlah rahsia bahawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pernah meletakkan salah terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim apabila PAS keluar meninggalkan pakatan pembangkang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam dialog tertutup di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014 dilaporkan telah bersikap hipokrit dengan membuat pelbagai tuduhan keatas Anwar.

“Saya fikir sebab utama Hadi (berubah) adalah kemarahan terhadap Anwar. Anwar membuat Langkah Selangor tanpa merujuk kepada sesiapa. Mungkin saya tidak menganggapnya sebagai satu penghinaan. Selepas itu beliau keluar, beliau memanggil saya dan meminta maaf"

"Saya bersifat lebih pemaaf, jadi saya berkata, sangat malang kamu terpaksa memberi penjelasan. Saya fikir untuk Hadi ia adalah sesuatu yang beliau tidak boleh terima, kerana ini bukan kali pertama Anwar membuat sesuatu tanpa perundingan. Jadi dari satu segi saya fikir ini telah membuat Hadi hilang kawalan.” kata Guan Eng dalam dialog di Singapura itu.

Perkara ini baru sahaja didedahkan di media sosial oleh satu sumber yang katanya turut berada di majlis berkenaan semasa Guan Eng bertindak berkata sedemikian.

Inilah sikap sebenar Guan Eng. Di hadapan Anwar semasa mahu meraih sokongan dan undi, Guan Eng akan memuji dan memuja Anwar seolah-olah bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pemimpin agung masyarakat Melayu. 

Namun, di hadapan geng geng PAP Guan Eng di Singapura, Guan Eng tidak bersembunyi lagi mengutuk dan merendah-rendahkan Anwar. 

Bayangkan jika Pakatan Harapan dapat berkuasa di Malaysia, bagaimanalah agaknya Guan Eng atau DAP akan melakukan terhadap masyarakat Melayu?

DAP akan buat apa sahaja untuk parti mereka sahaja. DAP sanggup untuk tanam, terajang keluar dan timbus parti parti lain bila matlamat besar mereka sudah tercapai.

Bagaimana pula nasib-nasib parti seperi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) khususnya Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir? Sudah pasti tidak tahan lama, jika DAP berkuasa.

Jika tindakan PAS keluar Pakatan Rakyat kerana enggan bersekongkol dengan DAP pun Guan Eng salahkan Anwar. Apa akan jadi jika Pakatan Harapan bakal kalah teruk pada PRU14 nanti? Siapa pula yang akan dipersalahkan?

Sedarlah, DAP hanya mahukan orang Melayu dan parti politik bertunjangkan Melayu untuk mereka meraih pengaruh bangsa majoriti itu semata-mata sahaja. 

DAP bukan untuk membantu memartabatkan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun, mereka hanya mahu kuasa semata mata. 

Impian Malaysian Malaysia DAP masih belum terpadam.  Bocornya video Guan Eng kutuk Anwar ini menjelaskan apa sebenarnya agenda DAP. Kini DAP yang pimpin dan ketuai Pakatan Harapan.

DAP takut "declare" mereka ketua PH secara rasmi kerana takut orang Melayu marah. Sebab itu masih tiada jawatan no. 1 dan no. 2 dalam PH. Yang ada hanya dua orang boneka sahaja.


Tulisan : 
Beruang Biru
BB388, Isnin
17 April 2017

BN Diramal Menang, Pembangkang Sedang Berperang



BN Diramal Menang, Pembangkang Sedang Berperang

Laporan berita dalam portal 'mesra' pembangkang pada 17 April 2017 lalu jelas menunjukkan bahawa mereka terpaksa akui Barisan Nasional (BN) bakal mencapai kemenangan seterusnya dalam PRU14 akan datang.

Walaupun kewujudan parti politik pembangkang baharu sekarang ini tumbuh bagaikan 'cendawan tumbuh selepas hujan', namun BN masih tetap menjadi pilihan utama rakyat.

Ini berlaku kerana prestasi BN itu sekarang sedang berada di landasan baik. Pemimpin dunia luar menghormati kerajaan BN. Arab Saudi, China, India, Jepun malah institusi penyelidikan luar negara iktiraf Malaysia kini.

Malaysia menjadi destinasi pertama pelaburan asing di dunia mengikut kajian University Of Pennsylvania.  Malah Putera Naruhito dari Jepun baru baru ini memuji Malaysia sebagai negara contoh untuk perpaduan di dunia.

BN pada setiap masa tidak pernah melupakan segala janji kepada rakyat dan sentiasa ikhlas bekerja untuk rakyat.

Berbeza dengan pembangkang yang jelas sekadar mahu bermain persepsi sehingga berperang sesama sendiri. Rakyat menjadi saksi bagaimana PAS mengutuk DAP, PAN pula dan bertelagah dengan PAS. 

PAS kata DAP kena denggi berdarah. PAN pula ungkit semua dosa dosa PAS dan mengunakan itu untuk serang PAS balik.

Sesama komponen Pakatan Harapan juga saling 'tikam belakang' antara satu sama lain.

Lebih parah lagi apabila Pengerusi PPBM, Mahathir tampil mengutuk PAS secara terbuka. Ungkit balik isu kafir mengkafir. 

Mahathir menyerang PAS sehingga membuatkan parti itu semakin menjauh hati dengan Pakatan Harapan.

Anwar pula dipersalah dan dikutuk dalam siri dialog tertutup oleh Guan Eng. Konflik rebut kuasa dalam PH sekarang berada dalam situasi kronik kini, bisingnya pergaduhan di dapur itu boleh didengari satu kampung.

Semuanya makin menjadi parah dalam pembangkang. Sehinggakan mereka terpaksa menimbulkan isu lain untuk menggaburi mata rakyat dengan memburukkan BN dan Perdana Menteri.

Apapun PRU14 kali ini rakyat Malaysia sekali lagi akan memilih BN bukan kerana 'dedak', tetapi kerana khidmat yang cemerlang dengan janji yang sentiasa ditepati.

Sekali lagi pembangkang akan merasa detik-detik kehancuran dan kekalahan yang pahit pada PRU14 nanti.

BN akan kekal stabil dan perlu dipilih untuk kemakmuran ekonomi negara. Pemimpin BN kini bersungguh sungguh kerja untuk bangunkan ekonomi rakyat. Pemimpin pembangkang pula bersungguh sungguh kerja mahu jahanamkan ekonomi negara. 

Ini hujah terbaik mengapa pembangkang patut ditolak. Pembangkang sedang berperang untuk berebut kuasa dan harta. BN kekal fokus untuk buat kerja untuk rakyat. Sebab itulah BN diramal banyak pihak akan menang pada PRU14 nanti.


Tulisan :
Beruang Biru
BB389, Selasa
18 April 2017

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA