Monday 25 June 2012

SAIFUL APEK TIDAK BERSALAH!!!



PETALING JAYA: Pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama tiga rakannya dibebas dan dilepaskan tanpa perlu membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini berhubung tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka dua tahun lalu.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat percanggahan terhadap bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Ahmad Solihin berkata, percanggahan material iaitu sampel air kencing yang diambil daripada kesemua tertuduh dan disimpan terlalu lama telah menimbulkan keraguan dalam membuktikan mereka bersalah.
Tambahnya, percanggahan tarikh spesimen yang diambil itu juga telah melemahkan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa raya.
"Kelewatan ujian air kencing yang dilakukan dan percanggahan tarikh spesimen itu diambil selain beberapa faktor lain seperti kewujudan dua borang permohonan untuk melakukan ujian saringan dadah dan kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti lain telah menjadikan kes ini lemah," ujarnya.
Keempat-empat tertuduh diwakili oleh peguam Mohd Fadli Hashim sementara pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad.
Terdahulu, Ahmad Ishrakh memberitahu mahkamah berdasarkan keseluruhan keterangan saksi-saksi, pihaknya berjaya membuktikan bahawa kesemua tertuduh telah menggunakan dadah berbahaya kerana mereka disahkan positif kanabis menerusi hasil ujian pengesahan dadah yang dibuat terhadap sampel air kencing masing-masing.
Beliau berkata biarpun terdapat kesilapan penandaan tarikh pemungutan sampel pada label botol Saiful Apek dan Noremy, penjelasan sewajarnya telah diberi saksi pendakwaan kedua Sarjan M. Sanggar yang mengakui silap menulis tarikh pada botol berkenaan iaitu 12.9.2010 berbanding tarikh sebenar 12.6.10, yang mana kesilapan itu disedari saksi tersebut ketika memberi keterangan di mahkamah.
Mereka semua sebelum itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, dekat sini pada 12 Jun 2010 kira kira pukul 11 malam.
Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun pada 1 November tahun lepas, Saiful Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.
mStar Online

Friday 1 June 2012

HBN 2012 PENDEKATAN INDIKATOR TERBAIK KEPADA BELIA

Himpunan Jutaan Belia 2012 melabuhkan tirai pada 27 Mei yang lalu setelah berlangsung pada 23 Mei. Perhimpunan selama 5 hari ini mendapat sambutan khususnya belia. Ini kerana pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung yang hadir ke Putrajaya. 


Kementerian Belia dan Sukan Malaysia selaku penganjur boleh dikatakan  berjaya "menembak tepat pada sasaran" yakni visi dan misi mereka mencapai matlamat dengan cemerlang sekali. 


Feedback yang diterima daripada pengunjung yang hadir pula rata-ratanya menyarankan HBN "wajar diteruskan".


Penganjuran HBN 2012, boleh dikatakan sebagai  hari mengiktiraf penyertaan belia yang dinamik dalam proses pembangunan urbanisasi sosial.


Sekaligus minoriti daripada kita mampu mencapai, 


"Minda Tahap Pertama"







   



KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA