Saturday 18 August 2012

Tiada Kesepakatan Dalam Pakatan

kaldai-pas-pkr

Memang sudah sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat (PKR, PAS & DAP) masih lagi gagal mencari mekanisme.

Ini jelas terbukti berhubung beberapa kenyataan "orang kuat" di dalam DAP yang menolok dasar yang hendak dibawa oleh PAS.

Malahan kebisuan PKR pula telah menjadi tanda tanya, dan adakah mereka hanya fokus untuk merampas Putrajaya?

Dahulunya mereka tidak seGah ini. Ketiga-tiga parti pembangkang ini memilih untuk bersatu bagi menumbang BN dalam Pilihanraya pada 2008 dahulu. 

Kalau mereka tidak bersatu atas nama "Pakatan", sehingga kini mereka mungkin tidak boleh menerajui beberapa buah negeri yang mereka telah tawan. 

Namun kekeliruan mulai timbul apabila setiap parti yang bergabung ini tidak pada satu dasar. Yang di dengar, hanya mahu menawan Putrajaya setelah itu dijanjikan penurunan harga minyak serta mendakwa mereka lah yang layak memperjuangkan nasib rakyat.

Tetapi ada beberapa lagi dasar asal perjuangan parti gabungan masih lagi dipinggirkan malahan ditolak. Ternyata mengelirukan ramai pihak. Kalau sudah begini, wajarkah mereka melabel mereka sebagai orang yang layak untuk menerajui negara? Sedangkan tiada kesepakatan di dalam kalangan anggota parti?

Wednesday 8 August 2012

Ramai Saudaraku Yang Baik Telah Dipijak! – Siri 1

burma


SIRI 1 : PENINDASAN TERHADAP ORANG ISLAM MINORITI DI ASIA TENGGARA.
Kepimpinan junta tentera tidak mengiktiraf kaum Rohingya sebagai pribumi Myanmar sebaliknya menganggap mereka sebagai pendatang dari negara Bangladesh sekaligus menanam mentaliti yang sama terhadap penduduk awam. Sekalipun, angin demokrasi telah bertiup dengan kencangnya baru-baru ini namun ianya tidak membawa apa-apa maksud kepada etnik Rohingnya.

Hak asasi dan kebebasan mer style="font-family: Geneva, Arial, Helvetica, sans-serif; padding: 0px;"> Apabila menyingkap jendela dunia, benua rantau Asia Tenggara di sekeliling kita ini sebenarnya tidak sunyi. Negara-negara Asia Tenggara yang kita sedia maklum, sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan sejak dari dahulu lagi. Bergelut dengan masalah ekonomi, politik tidak menentu, pengusaan junta tentera, masalah kemiskinan, pengangguran yang serius, puak pemisah yang bergiat aktif, kegiatan lanun yang beroperasi, aktiviti penyeludupan manusia, dan terkini iaitu rusuhan kaum.

PREJUDIS

Golongan Islam minoriti sewenang-wenangnya dikeronyok dan dipijak-pijak begitu sahaja di rantau ini. Satu bentuk penindasan yang ketara. Penindasan yang dimaksudkan, sememangnya diketahui umum sering berlaku sejak dahulu lagi. Faktor dihimpit kemiskinan serta hidup dalam serba kekurangan, telah menyebabkan golongan ini tidak terdaya untuk menahan segala asakan serta ancaman yang datang. 

Disebabkan itu, mereka tiada pilihan lain untuk menyelamatkan nyawa, selain memohon suaka politik di negara jiran. Itulah nasib yang terpaksa dihadapi golongan ini. Hidup dalam ketakutan di bumi sendiri sehingga terpaksa menagih simpati di negeri orang. Lebih malang, penindasan terhadap golongan ini berlaku ketika umat Islam mengejarkan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

MYANMAR, Etnik Rohingya telah ditakrikfkan PBB sebagai `minoriti yang paling tertindas di dunia. Populasi mereka yang berjumlah 800 000 orang tidak termasuk pelarian di negara-negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Bangladesh pula dianggarkan sebanyak 524 000 orang yang berdaftar di bawah UNCHR (Un Refugee Agency). Majoritinya beragama Islam dan hanya mewakili tidak sampai 1%  daripada keseluruha  60 juta rakyat Myanmar.

Kepimpinan junta tentera tidak mengiktiraf kaum Rohingya sebagai pribumi Myanmar sebaliknya menganggap mereka sebagai pendatang dari negara Bangladesh sekaligus menanam mentaliti yang sama terhadap penduduk awam. Sekalipun, angin demokrasi telah bertiup dengan kencangnya baru-baru ini namun ianya tidak membawa apa-apa maksud kepada etnik Rohingnya.

Hak asasi dan kebebasan mereka telah dicabul dengan sewenang-wenangnya sekaligus membuatkan etnik Rohingya begitu mundur dan daif kerana akses kepada pendidikan, ekonomi, politik, kebebasan beragama dan peluang pekerjaan telah disekat. Asas kepada kepercayaan bahawa mereka merupakan pendatang dari Bangladesh tidaklah diketahui tetapi faktor fizikal dan agama yang dianuti mungkin merupakan puncanya.

Karakter fizikal yang berkulit gelap dan mempunyai wajah seperti penduduk dari Asia Selatan jelas ketara bezanya mereka dari kaum pribumi Myanmar yang lain seperti Bamar, Shan dan Karen di mana majoriti mereka berkulit cerah dan beragama Buddha. Sungguhpun begitu, tuduhan bahawa etnik Rohingya merupakan pendatang dari Bangladesh hanyalah sebagai `kunci` untuk kepimpinan junta tentera untuk terus melakukan penindasan.

Buktinya, kerajaan Bangladesh sendiri dilihat berdiam-diri tatkala ribuan saudara seagama mereka disembelih dengan kejamnya oleh etnik Buddha Rakhine dalam konflik yang berlaku di Rakhine baru-baru ini. Bahkan kawasan sempadan dikawal ketat untuk mengelakkan pelarian dari melarikan diri dari konflik ke negara mereka. Sesiapa yang berjaya menyusup masuk pula akan ditangkap dan dihantar pulang. 

Situasi ini seperti menghantar makanan ke `kandang singa` kerana keselamatan mereke tidak terjamin kerana pihak berkuasa Myanmar hanya menutup mata bahkan sanggup bersekongkol untuk terus melakukan kekejaman ke atas etnik Rohingya.

CHINA, Permasalan yang dihadapi umat Islam di negara `Tembok Besar` ini tidak banyak diketahui masyarakat antarabangsa kerana dasar Parti Komunis China yang menapis dan menyekat sebarang berita yang boleh mencalarkan maruah mereka. Majoritinya merupakan etnik Uighur yang berbahasa Turki dan menetap di wilayah Xinjiang dengan ibu negerinya ialah Urumqi. 

Dianggarkan sebanyak 10 juta kaum Uighur menetap di China dan ini hanyalah satu jumlah yang kecil berbanding dengan keseluruhan rakyat China yang berjumlah 1.3 bilion. Etnik Han merupakan majoriti dengan mewakili 91 %.

Selama berdekad, etnik Uighur telah mengadu ditindas dari segi politik, ekonomi dan sosial. Punca permasalah ini disebabkan oleh kemasukan ribuan imigran Han dari wilayah lain ke kawasan mereka. Ini menyebabkan persaingan yang sengit di antara penduduk tempatan dan pendatang terhadap sumber seperti tanah dan air. 

Taraf ekonomi kaum Han yang lebih tinggi pula menyemarakkan lagi api kebencian kerana rata-ratanya etnik Uighur hidup tidak diberi peluang untuk memajukan diri mereka. Penganalisis berkata diskrimanasi terhadap peluang pekerjaan adalah penyebab ketidakadilan ini.

Kerajaan China pula dilihat cuba mengasimilasikan budaya kaum Uighur dengan kemodenan dengan menekan hak kebebasan bersuara dan beragama. Sebarang bentuk tindakan yang dianggap mencabar kedaulatan pula akan dibalas dengan hukuman keras yang boleh dipersoalkan mutu pengadilannya. 

Selama berdekad, penindasan ini berjaya disembunyikan hasil dari sistem penapisan yang begitu ketat.
Namun, pada Julai 2009 berpunca dari pembunuhan 2 orang etnik Uighur di sebuah kilang di provinsi Guangdong. Pembunuhan yang bermotifkan  kaum ini telah menyebabkan kaum Uighur melakukan protes. Mereka membalas dendam dengan menyerang kedai dan kepentingan kaum Han di Urumqi.

Sebagai membalas dendam, serangan balas pula dilakukan oleh etnik Han dan berlarutan ke seluruh kawasan Xinjiang. Konflik yang tercetus selama sebulan ini telah meragut lebih 200 nyawa.Tindakan keterlaluan pula diambil oleh kerajaan China dengan menahan mereka yang disyakit terlibat tanpa sebarang keadilan dan perbicaraan yang adil. 

Dianggarkan sebanyak 4000 orang ditahan di penjara kerana disyaki terlibat dalam konflik ini sekalipun tanpa bukti yang kukuh dan kerana kesalahan kecil seperti mengkritik kelemahan kerajaan China dalam menangani isu ini.



IMBAS KEMBALI

Mengenang kembali peristiwa yang berlaku di Tak Bai, Selatan Thailand. Pemuda-pemuda Islam yang diikat tangannya, kemudian dilonggok beramai-ramai begitu sahaja di dalam trak-trak tentera setelah ditahan berikutan insiden yang berlaku di hadapan Balai Polis Tak Bai. 

Peristiwa yang juga berlaku di bulan ramadhan itu, sangat menyayat hati apabila 78 orang pemuda yang ditahan didapati mati setelah diperiksa kerana sesak nafas dan lemas akibat dilonggak secara bertindih, ditambah pula mereka ketika itu sedang menjalani ibadah puasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRC), mereka yang ditahan itu dipukul dengan belantan, ditendang serta turut ditumbuk, malah ada juga antaranya diperlakukan begitu semasa terbaring di atas tanah dengan tangan diikat ke belakang. 

Tindakan kejam pihak berkuasa negara itu telah mendapat kritikan hebat dunia kerana mengambil tindakan yang keterlaluan. Walaupun peristiwa itu berlaku pada Oktober 2004, tragedi yang menyentuh perasaan itu harus diingati sebagai bukti jelas bahawa golongan minoriti Islam di rantau ini sememangnya ditindas!


Sunday 29 July 2012

Sarawak : Internet Tidak Begitu Maju, Menyeluruh Dan Pesat.




Penggunaan kemudahan jalur lebar di kawasan bandar di bumi kenyalang peratusannya semakin meningkat. Gagal mencapai jaringan itu adalah satu perkara yang mustahil. Hal ini kerana, penempatan penduduk di kawasan Bandar adalah tersusun dan sebarang halangan pula tiada. Oleh sebab itu, kemudahan ini terdapat di mana-mana dan mudah diperolehi.

Keadaan yang amat baik ini, telah membantu memudahkan syarikat telekomunikasi menyalurkan perkhidmatan jalur lebar mereka. Cuma masalah kepantasan jalur lebar sahaja dicadangkan perlu dinaik taraf tanpa perlu dikenakan sebarang cas tambahan.

Bagi mereka yang menggunakan Broadband mudah alih pula, perkara yang mustahil ialah mendapat full bar dikawasan luar bandar. Dapat dua atau tiga bar sudah boleh dikira beruntung berbanding di sesetengah kawasan luar Bandar dan pendalaman. Liputan yang tidak meluas, bukan sahaja berlaku kepada pengguna internet bahkan talian telefon bimbit juga turut menghadapi masalah yang sama.

Geografi Fizikal

Keadaan muka bumi yang mencabar  telah menjadi rintangan dalam usaha memperluas liputan jalur lebar ke seluruh bumi kenyalang. Cabaran fizikal yang terpaksa dihadapi seperti gunung, bukit bukau, sungai, hutan tebal, selain berhadapan kepadatan jumlah penduduk di sesebuah kawasan yang dikatakan tidak mencukupi. 


Manakala, kos untuk menyebarkan jalur lebar ke semua bahagian di negeri Sarawak pula, amat tinggi.
Jika diperhatikan, masalah kepadatan jumlah penduduk ini adalah berpunca daripada penempatan penduduk itu sendiri yang tidak tersusun secara sistematik.

Penempatan yang terpisah oleh muka bumi sehingga sukar untuk diakses masih lagi wujud di beberapa bahagian. Hal ini kerana, kepelbagaian etnik penduduk bumi kenyalang yang sangat jelas berbeza dari segi pegangan agama dan kepercayaan, pertuturan, adat resam, menjadi faktor mengapa kemudahan jalur lebar tidak meluas penggunaannya di Sarawak.

Perkara ini dijelaskan dengan mengambil contoh penempatan orang Iban adalah di rumah panjang, begitu juga dengan orang Bidayuh. Namun mereka tidak duduk sebumbung walaupun ciri-ciri rumah panjang yang mereka duduki mempunyai banyak persamaan. 


Hal ini kerana, mereka mempunyai banyak perbezaan antara satu sama lain dan hanya bentuk kediaman sahaja yang hampir serupa. Jadi penempatan orang Iban dan Bidayuh sudah semestinya terpisah mengikut daerah ataupun kampung. Situasi ini, bukan sahaja berlaku kepada mereka bahkan turut berlaku kepada etnik-etnik yang lain.

Disebabkan itu, untuk membangunkan kemudahan jalur lebar secara menyeluruh di Sarawak boleh dikategorikan sangat perlahan. Manakala, usaha dari pemerintah pula dilihat “bergerak, bertungkus lumus dan bukannya bergelut”.

Kesedaran

Bukan bodoh mahupun jahil mengenai IT cuma kemudahan itu sahaja yang tidak sampai. Jadi, apalah gunanya memeliki komputer jika internet tiada.

Perkara yang jelas menjadi isu adalah kewujudan jurang yang besar. Jurang yang dimaksudkan ialah jurang untuk mendapatkan informasi dan maklumat oleh penduduk luar bandar dan pendalaman.

Isu ini telah menjadi antara masalah yang sering diluahkan di sesi dialog Program Sembang Mesra Belia di kawasan luar bandar dan pendalaman. 


Jadi, mereka memohon kepada pihak berwajib untuk mencari kaedah terbaik dalam memperluaskan kemudahan jalur lebar sekaligus menghapuskan jurang pengetahuan informasi maklumat antara penduduk.

Jelas, mereka juga tidak mahu ketinggalan. Luahan mereka itu sebenarnya telah membuktikan bahawa, mereka juga berhasrat untuk bersama-sama bergerak seiring bersama agenda kerajaan dalam proses pembangunan negara.

Sunday 22 July 2012

Program Kerjasama Jabatan Belia Sukan Negeri Sarawak Dan SABERKAS

DSC_0041



Perbincangan panjang lebar kemudiannya dimulai dengan penerangan serba ringkas daripada Yang Berbahagia Tuan Haji Razali kepada pihak exco SABERKAS. Selain menjelaskan peranan serta tanggungjawab yang di galas samaada telah dilaksanakan, sedang berjalan mahupun yang bakal dirancang, pihak Jabatan juga turut mewar-war kemudahan yang disediakan di bangunan KOMBES yang baharu siap dibina itu. Bangunan yang menjadi ibu pejabat kepada pihak jabatan pusat (negeri) dan bahagian Kuching itu memiliki ciri-ciri pelbagai fungsi kemudahan dan kegunaan untuk menganjurkan pelbagai bentuk aktiviti.
Kemudahan seperti bilik kuliah, hostel, dewan serbaguna, kantin, surau, padang futsal, gym, dan banyak lagi untuk sukan selain turut dilengkapi sebuah auditorium dan juga pusat akuatik. Kemudahan yang dimiliki oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada hari ini merupakan adalah kemudahan yang sangat diperlukan sejak dahulu lagi. Ini kerana, disebabkan kekurangan fasiliti seperti ini sangat jelas dirasakan sebagai halangan. Sebaik sahaja KOMBES beroperasi, banyak pihak menarik nafas lega terutamanya pihak SABERKAS kerana kedudukannya yang hanya sekangkang kera.

Berkemampuan daripada pelbagai segi dan sudut serta terletak di lokasi yang strategik untuk di akses, pihak jabatan dilihat sudah kehadapan dan lebih bersedia. Keyakinan itu sekaligus menjadikannya sebuah badan yang sangat progresif untuk menjalinkan usahasama selain berfungsi sebagai sumber rujukan.
Kunjungan exco SABERKAS pada kali ini, bukan sahaja sekadar lawatan. SABERKAS ditakrifkan sebagai “merangkumi atau menyerumpunkan” merupakan satu pertubuhan belia yang mewakili negeri Sarawak, sangat dikenali kerana keunikkan disebabkan kepelbagaiannya dan juga kemampuannya  sedia maklum mempunyai hubungan yang akrab dengan pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Hubungan yang telah terjalin sejak dahulu lagi inilah dilihat juga telah banyak membantu sedikit sebanyak kepada pertubuhan ini untuk bergerak seiring serta aktif dalam merencana aktiviti kepada belia.


Pada pertemuan kali ini, konsep “smart partnership” telah dikemukakan pertubuhan itu kepada pihak jabatan supaya konsep berkenaan diterapkan di masa kelak. Langkah ini dicadangkan bertujuan untuk menaikkan imej pertubuhan SABERKAS supaya lebih menonjol mahupun bergerak seiring lagi. Dalam erti kata lain, pengusulan cadangan ini berikutan pertubuhan ini dilihat masih lagi jauh ketinggalan di belakang sehingga dilabel tidak relevan.
Antara lain, masalah ini juga dilihat berpunca daripada pucuk pimpinan konservatif dimana telah mengakibatkan pertubuhan ini masih berada di takuk yang lama. Namun itu, kesedian daripada pucuk pimpinan tertinggi untuk menerima generasi Y untuk menjadi teraju kepada pertubuhan ini seterusnya turut menjadi yang topik perbincangan, mereka menyuarakannya dengan nada yang optimis.
Ini kerana, jika gagalnya untuk bergerak kearah proses itu, kesinambungan pertubuhan berkenaan akan berada di dalam keadaan yang samar-samar tanpa dan hala tuju. Oleh yang demikian, usahasama strategik yang dicadangkan dalam merencanakan agenda untuk belia di masa kelak ataupun tahun-tahun mendatang di negeri ini dirasakan mereka, mampu memberi impak sehingga membawa kesan kepada perubahan yang lebih positif.
Jelas mereka lagi, usahasama yang terjalin ini akan mewujudkan perkongsian ilmu, kebolehan serta kepakaran diantara kedua-dua pihak dimana hasilnya kemudian akan memberi manfaat bersama-sama.


Bercakap mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh SABERKAS yang telah ataupun sedang dirancang, tidak banyak mereka dapat bercakap mengenai hal itu. Perkara yang mereka sering titikberatkan adalah belia. Dicadangkan mereka, remaja luar bandar haruslah dibawa untuk menyertai program-program yang dianjurkan di bandar (merujuk kepada kemudahan yang disediakan oleh KOMBES)  supaya mereka juga turut berpeluang merasai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
Dalam pada itu, mereka turut meminta kerjasama daripada pihak media untuk menyokong usahasama yang bakal dilakukan kelak. Tambah mereka lagi, perhatian daripada pihak media amatlah penting untuk menyebarkan maklumat, memperkenalkan serta menaikkan imej sesebuah pertubuhan malah pihak media juga amat dialu-alukan untuk turut serta.

Artikel disiar pada July 22, 2012 - 11:17 am oleh SGBSARAWAK HAMRIZAN






Tuesday 17 July 2012

Melayu Tidak Rasis Apabila Bercakap Mengenai Hak Keistimewaan

poster


Mutakhir ini, perihal politik negara telah menjadi fenomena. Ini kerana, dari semasa ke semasa ada-ada saja berita mengisi ruangan tersebut. Baik dari akhbar, televisyen sehinggalah blog “rancak” mempermainkan isu politik.

Fenomena ini muncul berikutan tsunami politik yang telah melanda pada negara pada tahun 2008. Jadi tidak hairanlah pelbagai kelompok masyarakat mahupun genre umur mula berjinak-jinak bercakap hal politik. Sesetengah kelompok enggan mengaku ambil tahu perihal politik negara, alasannya kami di atas pagar. Itu bermakna mereka juga tahu perkembangan politik negara.

Namun apa yang menjadi kerisauan penulis, adakah “saluran informasi” mengenai politik yang mereka perolehi benar-benar jujur ataupun ikhlas memperjuangkan hak rakyat. Ini kerana, ramai di antara kita sering kali menerima informasi yang sangat mengelirukan. Malah ada yang sangsi, sehingga terjadinya persepsi. Bagi mereka yang matang mengenai isu politik sudah pastinya kebal, tetapi bagaimana pula mereka yang masih baru-baru ini? lebih jelas lagi, generasi muda kita. 

Penyebaran informasi yang kurang tepat ini oleh segelintir penglipur lara ini baik dari media cetak, elektronik mahupun mereka yang memberi ceramah berunsur politik dilihat sengaja memanipulasikan masyarakat.

Jelas, senario ini berpunca daripada keghairahan sesetengah pihak yang berpolitik dimana mereka ini tidak lansung memikirkan akibat jangka masa panjang. Apa yang menjadi perhatian penulis apabila isu sensitif disentuh dimana, Perlembagaan Negara yang sudah termaktub sekalipun dipersoal. Benar, kita sebuah negara demokrasi dimana kita berhak bersuara. Namun sejauh manakah kematangan kita memahami demokrasi?

HAK KEISTIMEWAAN

Mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera sepatutnya tidak masuk list. Malangnya, isu ini dipersoalkan dengan lantang sekali oleh pihak yang berpolitik. Penulis kehairanan mengapa ahli politik mempersoalkan isu ini, sedangkan mereka perlu memperjuangkan nasib rakyat?. 

Lebih memburukkan keadaan apabila hak keistimewaan ini disalah ertikan oleh kaum lain. Sehingga mereka beranggapan disebabkan keistimewaan itu, kaum mereka dipinggirkan di Malaysia. Berpolitik begini langsung tidak matang. Jika ahli politik mahu memperolehi undi dari kaum lain ini bukan caranya. Mencurah minyak keatas api lah jawabnya. Penulis sangat bersetuju saranan negarawan ulung negara Tun Mahathir Mohamad supaya kita belajar Sejarah. Apabila diamati saranan itu, besar maknanya.

Melayu dianggap rasis apabila bercakap mengenai nasib dan hak mereka, namun apabila kaum lain bercakap mengenai hak mereka tidak pula dilabel rasis. Orang Melayu akhirnya dilihat banyak mengalah, jika ada di antara kita bercakap mengenai Melayu terus dikatakan perkauman. Di dalam perlembagaan Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu, agama Islam pula agama rasmi dan agama-agama lain pula bebas untuk di amalkan. Manakala hak kedudukan keistimewaan orang Melayu pula dilindungi oleh perlembagaan dan orang bukan berbangsa Melayu juga dilindungi. Bangsa lain harus sedar, di negara kita ini mereka berhak menggunakan bahasa ibunda mereka, sekolah jenis kebangsaan dan budaya mereka dikekalkan.

Beranggapan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera meminggirkan kaum lain, adalah tidak benar sama sekali. Jika dibandingkan dengan negara serantau, kaum-kaum lain serta merta diasimilasikan sehingga bahasa dan budaya yang menjadi identiti kaum mereka lenyap. Sekiranya mahu hapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, kaum-kaum di Malaysia juga haruslah menghapuskan hak keistimewaan mereka juga. Mereka tidak boleh menggunakan bahasa ibunda mereka, sekolah jenis kebangsaan juga mestilah dihapuskan. Bukankah keadaan itu merugikan kita semua?

Tafsirkanlah intipati yang disampaikan oleh mereka-meraka yang bermain di dalam arena politik negara kita. Jika cadangan mereka membawa kepada kemakmuran untuk kita sajikan kepada generasi mendatang, sokonglah. Jika agenda mereka demi undi, kuasa, wang ringgit sehingga nasib negara kita diperjudikan, wajar kita tolak.  Junjunglah semangat 1 Malaysia. Ianya tidak sukar untuk dilakukan oleh kita semua, jika kita mengikiskan ego dan angkuh sesama kita.

“Perpaduan asas kemakmuran Negara”

Sunday 15 July 2012

CARA ANGKAT SUMPAH KONGSI GELAP DI MALAYA KURUN KE-19


GAMBAR HIASAN


  1. Lokasi di hutan, ladang, atau perkuburan Cina di tengah malam. Lokasi berkenaan diterangi lilin, ditanda dengan ranting dan tali, dihiasi jurai-jurai kertas merah bertulisan Cina dan sebuah altar yang diatasnya diletakkan mangkuk berisi beras serta dicacakkan padanya pembaris, gunting, cermin, atau pedang, di samping bendera-bendera kertas bewarna dan colok.
  2. Ketua kongsi gelap kemudiannya membacakan jampi serampah untuk menyeru roh nenek moyang dan para anggota lain masuk dan berdiri dalam kawasan yang ditentukan itu, mereka kemudiannya perlu menunggu dengan sabar bersama calon-calon anggota atau "kuda baru" yang lain di luar kawasan, memerhati dan mendengar.
  3. Kemudian mereka menanggalkan sepatu (selipar/kasut) dan jaket. Menanggalkan benda logam seperti perhiasan dan kepala tali pinggang. Sinting tangan baju sehingga bahu terdedah. Bersama calon lain, mereka kemudiannya mengikat kain putih di kepala.
  4. Mereka kemudiannya mengelilingi kawasan berkenaan  mengikut arah lawan jam sehingga sampai ke laluan terbuka. Setelah itu, mereka kemudiannya dihentikan dan disoal oleh dua pengawal anggota kongsi, soalan yang ditanyakan untuk menguji pengetahuan mereka mengenai kongsi gelap.
  5. Setelah berjaya menjwab soalan, mereka kemudiannya di bawa masuk ke dalam kawasan berkenaan dengan menundukkan kepala, sambil memegang colok. Salah seorang senior anggota kongsi gelap akan meletakkan sebilah parang di tengkuk, dan calon berkenaan hendaklah berikrar sumpah setia terhadap organisasi kongsi gelap serta bersumpah menjaga rahsia.
  6. Setelah itu, calon berkenaan dibawa mendekati altar bersama anggota baru yang lain. Mereka mencucuk jari hantu dengan jarum dan membiarkan darah mengalir ke dalam mangkuk. Proses berkenaan disusuli dengan bacaan doa serampah mengikut kepercayaan Cina.
  7. Ayam Putih disembelih (lambang pengkhianat), silang lengan dan memegang parang, mereka dikehendaki menyentuh bangkai ayam sambil bersumpah setia dan rahsia.
  8. Ketua Kongsi Gelap membaca "36 sumpah" mengenai pantang larang kongsi. Sebagai contoh "Di larang berzina dengan isteri atau saudara perempuan lain, untuk mengelak perkelahian antara anggota kongsi gelap. Juga anggota kerajaan di larang menyertai organisasi ini".
  9. Hukuman akan dikenakan seperti berikut sebagai contoh, "makan bihun" (diikat dengan tali), "mati dengan mandi" (diikat dalam guni dan dilemaskan dalam air) dan "mati dengan pisau".
  10. Apabila mangkuk darah diedarkan di atas bilah parang, mereka hirup sedikit darah berkenaan dan sekali lagi diminta untuk bersumpah setia dan rahsia.
  11. Sijil : sekeping kertas merah yang di atasnya tertulis nama calon, nama anggota-anggota yang hadir dalam upacara tersebut dan beberapa abjab Cina yang jika dipecahkan kodnya membentuk suatu ungkapan rahsia.
Sumber daripada THE IMPACT OF CHINESE SOCIETIES IN MALAYA, Wilfred Blythe, 1969.

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA