Sunday 22 July 2012

Program Kerjasama Jabatan Belia Sukan Negeri Sarawak Dan SABERKAS

DSC_0041



Perbincangan panjang lebar kemudiannya dimulai dengan penerangan serba ringkas daripada Yang Berbahagia Tuan Haji Razali kepada pihak exco SABERKAS. Selain menjelaskan peranan serta tanggungjawab yang di galas samaada telah dilaksanakan, sedang berjalan mahupun yang bakal dirancang, pihak Jabatan juga turut mewar-war kemudahan yang disediakan di bangunan KOMBES yang baharu siap dibina itu. Bangunan yang menjadi ibu pejabat kepada pihak jabatan pusat (negeri) dan bahagian Kuching itu memiliki ciri-ciri pelbagai fungsi kemudahan dan kegunaan untuk menganjurkan pelbagai bentuk aktiviti.
Kemudahan seperti bilik kuliah, hostel, dewan serbaguna, kantin, surau, padang futsal, gym, dan banyak lagi untuk sukan selain turut dilengkapi sebuah auditorium dan juga pusat akuatik. Kemudahan yang dimiliki oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada hari ini merupakan adalah kemudahan yang sangat diperlukan sejak dahulu lagi. Ini kerana, disebabkan kekurangan fasiliti seperti ini sangat jelas dirasakan sebagai halangan. Sebaik sahaja KOMBES beroperasi, banyak pihak menarik nafas lega terutamanya pihak SABERKAS kerana kedudukannya yang hanya sekangkang kera.

Berkemampuan daripada pelbagai segi dan sudut serta terletak di lokasi yang strategik untuk di akses, pihak jabatan dilihat sudah kehadapan dan lebih bersedia. Keyakinan itu sekaligus menjadikannya sebuah badan yang sangat progresif untuk menjalinkan usahasama selain berfungsi sebagai sumber rujukan.
Kunjungan exco SABERKAS pada kali ini, bukan sahaja sekadar lawatan. SABERKAS ditakrifkan sebagai “merangkumi atau menyerumpunkan” merupakan satu pertubuhan belia yang mewakili negeri Sarawak, sangat dikenali kerana keunikkan disebabkan kepelbagaiannya dan juga kemampuannya  sedia maklum mempunyai hubungan yang akrab dengan pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Hubungan yang telah terjalin sejak dahulu lagi inilah dilihat juga telah banyak membantu sedikit sebanyak kepada pertubuhan ini untuk bergerak seiring serta aktif dalam merencana aktiviti kepada belia.


Pada pertemuan kali ini, konsep “smart partnership” telah dikemukakan pertubuhan itu kepada pihak jabatan supaya konsep berkenaan diterapkan di masa kelak. Langkah ini dicadangkan bertujuan untuk menaikkan imej pertubuhan SABERKAS supaya lebih menonjol mahupun bergerak seiring lagi. Dalam erti kata lain, pengusulan cadangan ini berikutan pertubuhan ini dilihat masih lagi jauh ketinggalan di belakang sehingga dilabel tidak relevan.
Antara lain, masalah ini juga dilihat berpunca daripada pucuk pimpinan konservatif dimana telah mengakibatkan pertubuhan ini masih berada di takuk yang lama. Namun itu, kesedian daripada pucuk pimpinan tertinggi untuk menerima generasi Y untuk menjadi teraju kepada pertubuhan ini seterusnya turut menjadi yang topik perbincangan, mereka menyuarakannya dengan nada yang optimis.
Ini kerana, jika gagalnya untuk bergerak kearah proses itu, kesinambungan pertubuhan berkenaan akan berada di dalam keadaan yang samar-samar tanpa dan hala tuju. Oleh yang demikian, usahasama strategik yang dicadangkan dalam merencanakan agenda untuk belia di masa kelak ataupun tahun-tahun mendatang di negeri ini dirasakan mereka, mampu memberi impak sehingga membawa kesan kepada perubahan yang lebih positif.
Jelas mereka lagi, usahasama yang terjalin ini akan mewujudkan perkongsian ilmu, kebolehan serta kepakaran diantara kedua-dua pihak dimana hasilnya kemudian akan memberi manfaat bersama-sama.


Bercakap mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh SABERKAS yang telah ataupun sedang dirancang, tidak banyak mereka dapat bercakap mengenai hal itu. Perkara yang mereka sering titikberatkan adalah belia. Dicadangkan mereka, remaja luar bandar haruslah dibawa untuk menyertai program-program yang dianjurkan di bandar (merujuk kepada kemudahan yang disediakan oleh KOMBES)  supaya mereka juga turut berpeluang merasai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
Dalam pada itu, mereka turut meminta kerjasama daripada pihak media untuk menyokong usahasama yang bakal dilakukan kelak. Tambah mereka lagi, perhatian daripada pihak media amatlah penting untuk menyebarkan maklumat, memperkenalkan serta menaikkan imej sesebuah pertubuhan malah pihak media juga amat dialu-alukan untuk turut serta.

Artikel disiar pada July 22, 2012 - 11:17 am oleh SGBSARAWAK HAMRIZAN






No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA