Wednesday 9 May 2012

BELIA : Jadikan Bidang Perniagaan Sebagai Kerjaya Pilihan.


Kuching, Unit Pembangunan Sosioekonomi di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak baru-baru ini telah menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan Peringkat Negeri 2012 pada 4 hingga 6 Mei yang lalu.
Kursus yang dijalankan selama 3 hari itu telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan telah disertai 50 orang belia tempatan.

Menggunakan kaedah “mengalami dan memahami” melalui aplikasi dan simulasi perniagaan. Pendekatan ini dianggap mudah dan berkesan kerana belia dan usahawan belia boleh memahami konsep-konsep perniagaan melalui penglibatan aktif percambahan minda, tugasan, pelaksaan perancangan, pelan pemasaran dan kewangan, pengawasan dan penambahbaikkan perniagaan.
TEKUN ... Peserta Kursus Asas Keusahawanan sedang menyiapkan tugasan yang diberi. 
MEMBERI PERHATIAN ... Peserta Kursus fokus ketika sesi ceramah keusahawanan berlangsung.
KERJASAMA ... Peserta kursus turut diberi tugasan di dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah selain mengeratkan hubungan silaturahim diantara peserta.
BERKONGSI PENGALAMAN ... Penceramah jemputan sedang menyampaikan syarahannya mengenai bidang perniagaan kepada peserta kursus. 

Kursus yang memantapkan lagi ilmu keusahawanan ini, sangat jelas dalam memberi pelbagai pendedahan kepada peserta. Ianya juga sebagai satu usaha membentuk usahawan yang bertanggungjawab dalam aspek pengurusan kewangan dan pengurusan perniagaan. Sehingga mampu mewujudkan jaringan hubungan dan kerjasama antara usahawan dan perkongsian perniagaan. Objektifnya, supaya golongan belia lebih yakin untuk menjadikan bidang perniagaan sebagai kerjaya pilihan yang menjamin masa depan.  

Hal ini kerana, belia yang menceburi bidang perniagaan berfungsi menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Belia yang kreatif serta berinovatif dalam bidang perniagaan dilihat mampu membuka peluang baru. Keadaan ini secara tidak lansung menyumbang kepada bahagian perkhidmatan dan produk yang memenuhi kehendak pelanggan. 

TAHNIAH ... Tuan Haji Razali Bin Mohamad menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus pada majlis penutupan di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.


Monday 7 May 2012

Sarawak Intai Johan Paralimpik 2012 Di Pahang


Ahad, 6 Mei 2012. Negeri Sarawak berhasrat untuk terus mengungguli sebagai johan di Kejohanan Paralimpik Ke-10 di Pahang dalam bulan Oktober nanti.

Ahli Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi ADUN N.4 Pantai Damai berkata, tidak mustahil untuk Negeri Sarawak menjadi johan buat kali Ke-10, setelah 9 kali Johan Paralimpik Kebangsaan.

“Apa yang penting ialah kerjasama dan tolong menolong diantara agensi seperti JBS, MSN, JKM, dan PESRON Sarawak perlu ada disamping kerjasama pemimpin-pemimpin sukan”,katanya.

Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi juga menekankan perlunya perancangan yang rapi dan atlet yang berdisiplin dan berjiwa besar bagi mengibar bendera Sarawak di Pahang kelak.

Seramai 47 orang yang terdiri dari AJK PESRON dan wakil-wakil Persatuan Sukan dan atlit OKU telah menghadiri Seminar Pembangunan PESRON 2012 bertempat di Dewan Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

TAHNIAH ... Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi ADUN N.4 Pantai Damai bersama Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak menyampaikan sijil tamat kursus Seminar Pembangunan PESRON 2012 di Dewan Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Tuan Haji Razali Mohamad dan Presiden PESRON Sarawak Encik Ahmad Othman.

Thursday 3 May 2012

Anwar dan Azmin diasak wartawan! Jawab isu rempuhan di Dataran Merdeka.



SEKARANG, KITA LIHAT BAGAIMANA MEREKA MENJAWAB SEMUA INI.

FIKIR-FIKIRKANLAH.


DEMI MASA DEPAN MALAYSIA!

Komen Tun Dr. Mahathir mengenai BERSIH 3.0! Wajib dengar!




RENUNG-RENUNGKAN WAHAI RAKYAT MALAYSIA

Sembang Mesra Belia DUN Bengoh






DUN BENGOH – Balai Raya Kampung Punau telah menjadi vanue Program Sembang Mesra Belia peringkat DUN Bengoh, iaitu kawasan di dalam Parlimen P.198 Mambong.
Program ini telah dihadiri oleh Encik Wilson Anak Mapus, Ketua Pemuda SUPP DUN N.16 Bengoh. Turut hadir bersama pegawai-pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching. Jumlah belia yang hadir pada malam itu sebanyak 43 orang.
Antara isu-isu belia yang dibangkitkan di dalam sesi dialog antaranya memohon penglibatan belia di kawasan setempat untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ataupun mana-mana agensi yang berkaitan pembangunan belia. Dengan menyertai seumpama itu masalah sosial melibatkan belia setempat mampu dikurangkan.
Dari sudut sukan pula, belia setempat turut memohon kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak supaya membina Gelanggang Futsal 1 Malaysia di tempat mereka. Ini kerana, kemudahan seperti itu tidak terdapat di tempat mereka.
Menyentuh mengenai isu informasi dan maklumat, belia setempat memaklumkan penyebarannya tidak meluas. Sekaligus menyebabkan informasi mengenai peluang-peluang pendidikan mahupun kemahiran yang disediakan oleh pusat-pusat latihan kemahiran tidak sampai kepada mereka.
Kegagalan mendapat info terkini seperti itu telah menyebabkan belia setempat ketinggalan dalam arus pembangunan dari pelbagai sudut seperti pendidikan, pekerjaan, dan lain-lain yang berkaitan.
Keadaan ini jelas merugikan mereka disamping jurang antara belia luar Bandar dan Bandar dilihat semakin ketara.
Penyebaran informasi dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan seharusnya menyeluruh di kesemua tempat wakima kawasan itu jauh ataupun dekat. Penambahbaikkan saluran ini harus disegerakan supaya jumlah keciciran belia di luar Bandar dan juga belia di kawasan pendalaman dapat dikurangkan, ujar mereka.
Mereka juga menyambut baik pelaksanaan program sebegini (Program Sembang Mesra Belia) kerana kehendak dan keperluan belia setempat di dengar serta diambil kira. Ini kerana, keciciran di kalangan belia setempat dikatakan berpunca daripada penyebaran informasi dan maklumat yang tidak meluas. Disebabkan itu, pendekatan secara terus seperti kaedah yang diguna pakai Kementerian Belia dan Sukan ini dilihat sangat berkesan, kata mereka.
Ujar mereka lagi, sesi dialog bersama agensi berkaitan pembangunan belia seperti ini hendaklah diteruskan dari semasa ke semasa. 
Apabila medium ini digunapakai,  isu keciciran belia setempat dari pelbagai sudut diatasi dengan berkesan dan sistematik. Disamping,usaha bagi merapatkan jurang antara belia luar Bandar, belia kawasan pendalaman dan belia Bandar dapat direalisasikan.
Mereka berharap setelah tamatnya sesi dialog ini, segala perkongsian permasalahan yang mereka alami mampu memberi impak yang akan membawa kepada tindakan susulan pihak berwajib.
Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA