DUN BENGOH – Balai Raya Kampung Punau telah menjadi vanue
Program Sembang Mesra Belia peringkat DUN Bengoh, iaitu kawasan di dalam
Parlimen P.198 Mambong.
Program ini telah dihadiri oleh Encik Wilson Anak Mapus,
Ketua Pemuda SUPP DUN N.16 Bengoh. Turut hadir bersama pegawai-pegawai Belia
dan Sukan Bahagian Kuching. Jumlah belia yang hadir pada malam itu sebanyak 43
orang.
Antara isu-isu belia yang dibangkitkan di dalam sesi dialog
antaranya memohon penglibatan belia di kawasan setempat untuk menyertai aktiviti
yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ataupun mana-mana
agensi yang berkaitan pembangunan belia. Dengan menyertai seumpama itu masalah
sosial melibatkan belia setempat mampu dikurangkan.
Dari sudut sukan pula, belia setempat turut memohon kepada
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak supaya membina Gelanggang Futsal 1
Malaysia di tempat mereka. Ini kerana, kemudahan seperti itu tidak terdapat di
tempat mereka.
Menyentuh mengenai isu informasi dan maklumat, belia
setempat memaklumkan penyebarannya tidak meluas. Sekaligus menyebabkan
informasi mengenai peluang-peluang pendidikan mahupun kemahiran yang disediakan
oleh pusat-pusat latihan kemahiran tidak sampai kepada mereka.
Kegagalan mendapat info terkini seperti itu telah menyebabkan
belia setempat ketinggalan dalam arus pembangunan dari pelbagai sudut seperti
pendidikan, pekerjaan, dan lain-lain yang berkaitan.
Keadaan ini jelas merugikan mereka disamping jurang antara
belia luar Bandar dan Bandar dilihat semakin ketara.
Penyebaran informasi dan maklumat mengenai peluang-peluang
pendidikan seharusnya menyeluruh di kesemua tempat wakima kawasan itu jauh
ataupun dekat. Penambahbaikkan saluran ini harus disegerakan supaya jumlah
keciciran belia di luar Bandar dan juga belia di kawasan pendalaman dapat
dikurangkan, ujar mereka.
Mereka juga menyambut baik pelaksanaan program sebegini (Program Sembang Mesra Belia) kerana
kehendak dan keperluan belia setempat di dengar serta diambil kira. Ini kerana,
keciciran di kalangan belia setempat dikatakan berpunca daripada penyebaran
informasi dan maklumat yang tidak meluas. Disebabkan itu, pendekatan secara
terus seperti kaedah yang diguna pakai Kementerian Belia dan Sukan ini dilihat
sangat berkesan, kata mereka.
Ujar mereka lagi, sesi dialog bersama agensi berkaitan
pembangunan belia seperti ini hendaklah diteruskan dari semasa ke semasa.
Apabila medium ini digunapakai, isu keciciran belia setempat dari pelbagai
sudut diatasi dengan berkesan dan sistematik. Disamping,usaha bagi merapatkan jurang
antara belia luar Bandar, belia kawasan pendalaman dan belia Bandar dapat
direalisasikan.
Mereka berharap setelah tamatnya sesi dialog ini, segala
perkongsian permasalahan yang mereka alami mampu memberi impak yang akan
membawa kepada tindakan susulan pihak berwajib.
Pemuda Harapan
Bangsa, Pemudi Tiang Negara
No comments:
Post a Comment