Wednesday 9 May 2012

BELIA : Jadikan Bidang Perniagaan Sebagai Kerjaya Pilihan.


Kuching, Unit Pembangunan Sosioekonomi di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak baru-baru ini telah menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan Peringkat Negeri 2012 pada 4 hingga 6 Mei yang lalu.
Kursus yang dijalankan selama 3 hari itu telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan telah disertai 50 orang belia tempatan.

Menggunakan kaedah “mengalami dan memahami” melalui aplikasi dan simulasi perniagaan. Pendekatan ini dianggap mudah dan berkesan kerana belia dan usahawan belia boleh memahami konsep-konsep perniagaan melalui penglibatan aktif percambahan minda, tugasan, pelaksaan perancangan, pelan pemasaran dan kewangan, pengawasan dan penambahbaikkan perniagaan.
TEKUN ... Peserta Kursus Asas Keusahawanan sedang menyiapkan tugasan yang diberi. 
MEMBERI PERHATIAN ... Peserta Kursus fokus ketika sesi ceramah keusahawanan berlangsung.
KERJASAMA ... Peserta kursus turut diberi tugasan di dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah selain mengeratkan hubungan silaturahim diantara peserta.
BERKONGSI PENGALAMAN ... Penceramah jemputan sedang menyampaikan syarahannya mengenai bidang perniagaan kepada peserta kursus. 

Kursus yang memantapkan lagi ilmu keusahawanan ini, sangat jelas dalam memberi pelbagai pendedahan kepada peserta. Ianya juga sebagai satu usaha membentuk usahawan yang bertanggungjawab dalam aspek pengurusan kewangan dan pengurusan perniagaan. Sehingga mampu mewujudkan jaringan hubungan dan kerjasama antara usahawan dan perkongsian perniagaan. Objektifnya, supaya golongan belia lebih yakin untuk menjadikan bidang perniagaan sebagai kerjaya pilihan yang menjamin masa depan.  

Hal ini kerana, belia yang menceburi bidang perniagaan berfungsi menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Belia yang kreatif serta berinovatif dalam bidang perniagaan dilihat mampu membuka peluang baru. Keadaan ini secara tidak lansung menyumbang kepada bahagian perkhidmatan dan produk yang memenuhi kehendak pelanggan. 

TAHNIAH ... Tuan Haji Razali Bin Mohamad menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus pada majlis penutupan di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.


No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA