Sunday, 23 February 2014

KONTROVERSI TEKS UCAPAN KASSIM AHMAD


kassimahmad


Pendahuluan
Hari ini hari istimewa bagi saya. Hari ini saya akan meluahkan isi hati saya tanpa sekatan, insya Allah. Hari ini hari saya akan mempertanggungjawabkan kehidupan saya di dunia. Saya ada satu dua kerja lagi yang ingin saya lakukan , tetapi selepas hari ini, saya reda kalau dipanggil Tuanku untuk diadili.
Saya tidak mendakwa saya seorang yang baik. Saya melakukan banyak kesilapan dalam kehidupan saya. Saya jangka saya bukan keseorangan. Tidak ada manusia yang sempurna. Hanya Tuhan yang sempurna. Tetapi saya boleh mengatakan saya telah cuba hidup sebagai seorang patriot bagi bangsa saya dan bagi bangsa manusia. [1]
Ketika saya seorang muda, saya bersumpah untuk berkata-kata dengan bebas. [2] Saya bersumpah saya akan mendedahkan segala kepalsuan. [3]
Semua orang tahu saya bermula sebagai seorang remaja berhaluan kiri berjuang untuk rakyat marhaen menentang parti kebangsaan Melayu, UMNO, yang pada waktu itu saya anggap reaksioner, walaupun akhirnya saya pulang ke akar ke-Melayuan saya dan memasuki UMNO.
Pada 9 September tahun lalu, saya menjengkau umur 80 tahun tanpa apa-apa perayaan. Hanya sahabat-sahabat saya di Kuala Lumpur, antara lain Dr. Chandra Muzaffar, Sasterawan Negara Dato’ Baha Zain  dan Nik Aziz Hassan, telah bermuafakat untuk mera’ikan harijadi itu dengan satu majlis penilaian kritis terhadap karya-karya saya. Majlis ini dijadualkan pada 15 Februari, 2014.  Dalam pada itu, saya telah merancang untuk bercakap dalam satu Konferensi Politik Nasional tentang halatuju negara kita untuk tiga puluh tahun akandatang. Ucapan ini dijadualkan pada pada hari berikutnya, iaitu 16 Februari, 2014.
Inilah latar belakang majlis harijadi saya yang ke-80.
2.     Keadaan Dunia Sekarang
Negara kita Malaysia sedang melalui satu zaman yang penuh pancaroba. Sistem komunisme sudah runtuh pada akhir abad ke-20. Sistem liberalisme yang kita anuti sekarang juga sedang runtuh di depan mata kita—di Eropah dan Amerika Syarikat.
Keruntuhan sistem komunisme  kerana sistem ini menafikan hak kebebasan individu. Ia melebihkan hak kolektif, yang dipergunakan oleh kepimpinan untuk melaksanakan sistem diktator! Sistem liberalisme melebihkan hak kebebasan individu dengan menafikan hak kolektif.
Kedua-dua sistem ini melanggar konsep “sempadan Allah”, atau apa yang disalah-ertikan sebagai “hukum hudud”.  Konsep ini langsung tidak ada kena-mengena dengan hukuman. Ia merujuk kepada suatu undang-undang universal, iaitu dalam tiap-tiap perbuatan, manusia tidak boleh melampaui batasan undang-undang alamiah. [4] Umpamanya, dalam hal makan: mudarat kalau kita tidak makan, tetapi kalau kita makan terlalu banyak pun mudarat juga. Demikianlah bagi tiap-tiap perbuatan wujud suatu sempadan yang tidak boleh kita lampaui.
3.     Masa Depan
Apa akan berlaku dalam masa 30 tahun akan datang? Apakah sistem ganti yang harus kita pilih sekarang? Mengikut kitab suci yang terakhir kepada manusia iaitu Quran, satu-satunya kitab suci yang dijamin oleh Tuhan Sendiri [5], dan yang mengesahkan dan mengatasi semua kitab suci lain,[6] hanya ada satu jalan yang lurus yang Dia restui di antara jalan-jalan yang menyeleweng. Jalan-jalan yang menyeleweng itu disebut jalan-jalan mereka yang Dia murkai, dan jalan-jalan mereka yang sesat.
Apakah jalan yang Dia murkai? Tuhan pasti murkai kumpulan-kumpulan manusia yang memberontak terhadap-Nya. Dalam zaman moden, kumpulan itu kaum marxis komunis yang menafikan Dia serta mengamalkan cara hidup yang menafikan Dia. Dengan perkataan lain, dalam kehidupan mereka, mereka menafikan dimensi-dimensi moral dan spiritual. Oleh kerana ini, cara hidup ini berlawanan dengan undang-undang alamiah, dan pasti musnah. Sistem komunisme sudah pun musnah.
Satu lagi jalan menyeleweng kita panggil sistem teokrasi, yakni kepimpinan satu kasta paderi yang melantik diri mereka sendiri serta mendakwa mentadbirkan negara atas nama Tuhan. Contohnya dari zaman pertengahan Eropah, sistem Paus. Dalam dunia moden, Eropah sudah menyingkirkan sistem Paus ini, tetapi dalam dunia Islam, negara Iran dan Arab Saudi sedang melaksanakan sistem ini.
 Nyatalah sistem ini gagal menyelesaikan masalah-masalah  sosio-ekonomi menghasilkan pekerjaan dan makanan untuk rakyatnya dan dengan itu gagal menyelesaikan masalah-masalah lain dalam masyarakat.
4.     Negara Malaysia
Negara kita Malaysia, walaupun dikatakan negara Islam, sebenarnya mengamalkan sistem liberalisme. Mengikut kata-kata Kerajaan Pusat, ekonomi Malaysia baik dengan pengangguran sifar dan peratusan inflasi pada tahap minima. Namun demikian, Malaysia boleh dikatakan tiap-tiap hari menunjukkan ketegangan antara kaum dan agama. Apakah caranya untuk menyelesaikan perkara ini secara muktamad ?
Jalan yang lurus yang dirujuk dalam surah Al-Fatihah tadi – apakah jalan itu? Tadi telah kita nyatakan ada tiga jalan yang menyeleweng : sistem marxis komunis, sistem teokrasi dan sistem liberalisme. Seperti yang telah kita nyatakan, ketiga-tiga sistem ini telah atau sedang menuju kehancuran. Maka semestinyalah masyarakat manusia dalam abad-abad ke-21 dan mendatang mencari sistem jalan yang lurus ini. Dengan perkataan lain, inilah sistem hidup yang dirujuk dalam Quran dalam surah 3 ayat 19, yang berbunyi, “Sesungguhnya agama yang Tuhan reda itu Islam”.
5.     Keadaan Orang Islam Sekarang
Orang Islam berjumlah 2.1 bilion di seluruh dunia. Bolehkah kita katakan mereka semuanya mengikut cara hidup Islam yang sebenar? Sekiranya benar, umat Islam hari ini harus berada pada kedudukan nombor 1 dalam dunia, seperti yang berlaku dalam sejarah. Sejarah mencatat dalam zaman pemerintahan Uthman Ibni Affan, khalifah Islam ke-3, setelah 60 tahun Nabi Muhammad wafat , orang Arab yang tidak terkenal itu melonjak naik menjadi kuasa nombor satu dalam dunia, mengalahkan Empayar Parsi dan sebagian besar Empayar Baizantium, dua kuasa besar dunia pada zaman itu. [7]
Tetapi umat Islam sekarang duduk di bawah daripada Britain, Perancis,  Amerika Syarikat, Rusia, China dan India, semuanya  negara bukan Islam.
6.      Gerakan Pembaharuan Islam
Gerakan pembaharuan Islam moden, dikira dari Sheikh Muhammad Abduh (m.  1903) dan Jamaluddin Al-Afghani (m. 1897) yang diharapkan untuk membersihkan Islam dari kepercayaan-kepercayaan  khurafat dan membangkitkan semula Islam sudah berusia lebih 100 tahun, sedangkan umat Islam masih di tahap bawah di belakang negara-negara yang kita sebut tadi. Dengan sendirinya, ini bermakna umat Islam hari ini di seluruh dunia tidak mengikut sistem hidup Islam seperti yang diajar oleh semua nabi dan disempurnakan oleh Nabi Muhammad, penyudah segala nabi.
7.     Kesilapan-kesilapan Umat Islam
Di manakah kesilapan-kesilapan besar mereka? Saya akan senaraikan beberapa kesilapan besar itu di sini.
(1) Umat Islam pada hari ini tidak mengikut ajaran-ajaran nabi Muhammad dalam Quran. Inilah kesilapan yang besar yang telah mereka lakukan. Mereka ikut satu kasta paderi yang dipanggil ulama, seperti penganut-penganut agama Hindu dan Kristian dulu. Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat khalifah rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri mereka sendiri sebagai pentafsir ugama kepada umat Islam.
(2) Khususnya, kesilapan-kesilapan itu boleh saya senaraikan seperti berikut:
(a)  Mereka mendewa-dewakan pemimpin ugama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka – apa yang dikatakan ‘penutupan pintu ijtihad’. Dalam puak ahli sunnah wal jamaah, empat pemimpin besar boleh dikenal pasti, iatu : Imam Shafi’e (767-820), Imam Hanafi (699-767), Imam Hanbali (780-855) dan Imam Maliki (711-795). Dalam mazhab Syiah, mereka ada imam-imam mereka pula. Imam-imam ini telah mereka dewa-dewakan berlawanan dengan perintah Tuhan melarang pendewaan seseorang pemimpin atau sarjana, dan, malah, berlawanan dengan ajaran imam-imam besar itu sendiri.
(b) Mereka mendewa-dewakan Nabi Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. [8] Juga di kebanyakan rumah orang Islam, perkataan-perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ ditulis sama besar dan sama paras. Apabila disebut nama Muhammad, frasa ‘sa’al-Lallahu ‘alaihi wasallam’ (SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut ‘alihissalam’. Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran. [9] Juga perkataan ‘salla/yusalli’ bermakna ‘restu’, ‘bantu’ dan ‘sokong’, bukan selawat, seperti yang dibuat sekarang.
(c)  Perhatikan satu perubahan baru dalam ‘aurat wanita. Perkataan ‘aurat’ berasal dari bahasa Arab. Ertinya ‘kebogelan’. Tiga puluh tahun dulu, wanita-wanita Islam tidak memakai tudung. Mereka pakai selendang, sehelai kain yang mereka letak di bahu, atau pun di atas kepala tanpa menutup semua rambut, kerana rambut bukan ‘aurat wanita. Menutup rambut dengan bertudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk. Dengan lain perkataan, ia tidak sihat.
Anehnya, wanita-wanita yang bertudung menganggap diri mereka lebih suci! [10]
Sebab-sebabnya nyata mengapa umat Islam jatuh. Mereka telah mengabaikan ajaran-ajaran Tuhan yang sebenar serta mengikut ajaran-ajaran kasta paderi.
Tiap-tiap generasi diperintah oleh Tuhan mengkaji semula ajaran-ajaran pemimpin mereka yang terdahulu; yang betul diterima dan diteruskan, yang salah ditolak. Inilah yang seharusnya dilakukan oleh generasi-generasi Islam kemudian. Malangnya, penilaian semula ini tidak dapat mereka lakukan persis kerana pendewaan tadi. Maka itu apabila saya menulis buku  Hadis – Satu Penilaian Semula pada tahun 1986, langit Malaysia runtuh menimpanya! Selama dua bulan, perbincangan berlaku dalam televisyen, radio, akhbar dan majalah tentang buku ini. Sesetengah menyokong saya dan sesetengah membantah. Selepas dua bulan, buku ini diharamkan oleh pihak berkuasa atas hasutan pihak yang berkepentingan.
Siapakah yang mewajibkan hadis sebagai satu sumber undang-undang sama seperti Quran dalam masyarakat Islam? Jawabnya, Imam Shafi’e (767-820). Beliaulah yang bertanggungjawab membuat doktrin baru menyatakan hadis satu sumber hukum sama seperti Quran. [11]  Sebelum beliau, apa yang dikatakan hadis sudah muncul, tetapi bilangannya sedikit sekali dan tidak diwajibkan diikut oleh umat Islam. Sejarah mencatat khalifah-khalifah Abu Bakr, Omar Ibni Khattab, Uthman Ibni Affan dan Ali Abi Thalib memiliki buku-buku nota yang mereka tulis perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan Nabi. Catitan-catitan ini tidak banyak dan hanya menjadi ikutan, jika sesuai, tetapi tidak diwajibkan.
Setelah doktrin baru oleh Imam Shafi’e ini diterima oleh masyarakat Islam,  timbullah pengumpul-pengumpul hadis seperti Imam Bukhari (m. 870), Imam Muslim (m. 875) dan lain-lain. Imam Bukhari dilaporkan telah mengumpul 600,000 hadis dan beliau menapis hadis-hadis ini sehingga akhirnya tinggal 7,275  hadis yang beliau isytiharkan sebagai hadis sahih. [12]
ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) melalui setiausaha agungnya pada waktu itu, Encik ( sekarang Dr.) Sidek Baba, telah datang ke rumah saya dan meminta satu dialog tentang buku saya. Saya memberi persetujuan dengan syarat keputusan tidak diambil dalam dialog itu. Saya meletakkan syarat itu kerana pegangan umat Islam kepada hadis sangat kuat dan tidak boleh dihapuskan dalam masa sehari. Pihak ABIM bersetuju dengan syarat itu. Malangnya, apabila dialog itu diadakan di Universiti Islam Antarabangsa pada 28 Jun, 1986, saya terlupa untuk menyatakan kepada majlis dialog itu tentang syarat yang saya kenakan. Apabila dialog itu selesai, pihak ABIM telah mengeluarkan sehelai kertas dari saku ketua mereka yang mencatat bahawa buku saya menyeleweng dari ajaran Islam dan saya juga dianggap menyeleweng dari ajaran Islam sebenar!
Akibat dari dialog ini buku saya diharamkan oleh Kerajaan. Nyatalah pengharaman buku ini satu muslihat yang sudah diatur oleh pihak yang berkepentingan.
Kembali kepada soal Islam agama Persekutuan Malaysia atau Islam sebagai agama rasmi, ingin saya menyatakan bahawa pernyataan ini dalam Perlembagaan Malaysia menyalahi ajaran Quran dan menyalahi Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad sendiri. Dari segi logika, sesebuah negara-bangsa tidak ada ugama. Ugama dianut oleh penduduknya, sama ada Islam, Buddhist, Hindu atau Kristian.  Ajaran Quran mengisytiharkan dengan jelas tidak ada paksaan dalam agama. [13]   Ini bermakna warganegara Malaysia boleh menganut apa juga agama yang mereka suka tanpa halangan undang-undang.
Dalam Piagam Madinah, agama itu urusan penganut-penganutnya secara autonomi. [14] Ini bermakna orang Muslim mentadbirkan urusan-urusan agamanya secara autonomi. Demikian juga orang Buddhist, orang Hindu dan orang Kristian, dan lain-lain. Dengan ini, tidak akan berlaku konflik atau ketegangan antara agama dan kaum. Dengan ini perpaduan dan harmoni antara kaum di Malaysia akan menjadi lebih mantap dan stabil.
Kembali kepada soal jalan yang lurus yang harus dipilih oleh rakyat Malaysia untuk dijadikan sistem hidup mereka, perkara utama tidak lain dan tidak bukan pemerintahan yang adil yang ditubuhkan melalui perundingan.[15]  Sistem dwi-parti yang kita import dari Eropah tidak sesuai, pada dasarnya, dengan ajaran Islam. Kita diberikan Tuhan dua tangan: mengapa kita gunakan satu tangan untuk merosakkan kerja satu tangan lain? Tidak bolehkah kedua-dua tangan bekerjasama untuk melakukan kebaikan bagi masyarakat kita? Jelaslah teori sekat dan imbang (Ing.: cek and balance) ini satu teori yang tidak ada kebenarannya.
 Sebuah pemerintahan mestilah diwujudkan di Malaysia melalui kaedah muafakat dan mentadbirkan negara-bangsa Malaysia dengan adil. Inilah perintah Tuhan dan keperluan yang utama bagi rakyat Malaysia. Dengan demikian, walaupun Malaysia dari segi sejarah, lahir dari Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-15, hari ini sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada tahun 1957, ia telah menjadi sebuah negara berbilang kaum dan agama dengan semua kaum mempunyai hak yang sama.
Tadi telah saya nyatakan penyelewengan khusus yang telah dilakukan oleh umat Islam itu memecahkan masyarakat kepada sistem agama dan sistem sekular. Ini bersalahan dengan ajaran Nabi Muhammad dalam Quran yang menggabungkan kedua-dua sistem ini secara harmonis.[16]  Namun demikian, ajaran Quran juga menasihatkan umat Islam mengutamakan kediaman akhirat tanpa mengabaikan hak-hak mereka yang sah di dunia. [17]
Perkara yang akhir ini menunjukkan perbezaan antara dunia dan akhirat. Alam akhirat itu tidak lain dari alam dunia ini di peringkat yang lebih tinggi, yakni dari segi moral dan spiritual. Nyatalah satu kasta paderi telah bertindak sebagai diktator kepada masyarakat Islam tanpa membenarkan perbezaan fikiran. Perbuatan ini melanggar perintah Tuhan yang terang yang berbunyi, “Dengar semua pendapat dan ikut yang paling baik”.[18]
Harus diingat bahawa Islam yang datang ke dunia Melayu pada abad ke-15 dan 16, Islam pasca kejatuhan Baghdad, yakni Islam yang telah kalah. Walaupun ini fakta sejarah, telah dicatat oleh seorang sejarawan Melayu bahawa kota pelabuhan Melaka dalam abad ke-15 sebuah kota pelabuhan yang termasyhur di dunia, sama dengan Venice. [19]
Malah telah dinyatakan oleh penulis Portugis, Tome Peres, bahawa Melaka pada zaman itu begitu penting dan kaya ia tiada lawannya di dunia. [20]  Dinyatakan oleh sejarawan Melayu tadi, 84 bahasa dipertuturkan di pelabuhan Melaka dan bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca. Fakta ini menyalahi anggapan kita yang pertama tadi. Kemungkinan besar ada dua aliran Islam yang sampai ke Melaka dalam abad ke-14 dan 15.
Di awal tadi, telah kita petik sebuah ayat suci yang berbunyi, “ Rasul akan berkata:  ‘Tuanku, umatku telah membelakangkan Quran ini. Kami juga telah mewujudkan musuh-musuh bagi rasul-rasul kami dari kalangan mereka yang berdosa. Tuan kamu cukup sebagai pembimbing dan penolong’”.[21]  
Amaran yang dahsyat ini telah wujud dalam Quran selama 1400 tahun lebih. Saya tidak pernah bertemu dengan huraian yang panjang lebar atau sederhana panjang lebar tentang makna ayat-ayat yang menakutkan ini.
Apabila ayat-ayat Quran dibaca,  kerap kali kaum agamawan Islam melagukan mereka dengan tajwid-majwidnya yang sungguh enak didengar. Saya  teringat zaman remaja saya apabila saya sendiri terpengaruh dengan lagu-lagu Quran dibacakan. Saya telah mensifatkan perbuatan ini sebagai kaedah yang paling bijak untuk menyembunyikan Quran kepada umat Islam, yakni lagu mengatasi makna.[22]
Hari ini saya telah menjengkau umur 80 tahun. Saya berfikir inilah masanya saya mahu bercakap secara langsung kepada kepimpinan politik dan intelektual rakyat Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia tentang penyelewengan-penyelewengan yang telah mereka lakukan serta membetulkan kesilapan-kesilapan kita supaya 30 tahun yang akan datang dan seterusnya kita boleh mencapai jalan yang lurus yang telah diperintahkan oleh Tuhan kepada kita.
Harus diingat bahawa pertama sekali Quran itu bimbingan untuk orang-orang yang bertakwa. [23] Bimbingan ini hanya diberi oleh Tuhan sahaja  kepada pencari-pencari yang jujur. Jadi, rakyat Malaysia yang beragama Islam dan umat Islam di seluruh dunia mestilah bertekad untuk mencari bimbingan ini dengan jujur.
Kedua, Quran itu bukan untuk dilagukan dengan tajwid-majwidnya berdengung-dengung. Quran itu perutusan Tuhan yang terakhir kepada dunia. Ia bimbingan kepada seluruh manusia. Kita mesti ada satu kaedah yang saintifik untuk mentafsirkan ayat-ayat Quran itu supaya ia benar-benar menjadi bimbingan kepada umat Islam dan seluruh dunia. Kaedah saintifik ini pada dasarnya bermakna Quran itu menjelaskan dirinya sendiri, yakni ayat mentafsirkan ayat, bukan seperti kaedah tradisional yang mendakwa Hadis mentafsirkan Quran. [24]
Ketiga, kediktatoran kasta paderi (baca: ulama) harus disingkirkan. Kaedah saintifik dan demokratik, yakni perdebatan yang rasional dan bijaksana, mestilah diutamakan.
Keempat, Quran itu mesti ditafsirkan semula oleh generasi yang mendatang, mewarisi tafsiran yang betul dan menolak tafsiran yang silap daripada generasi yang terdahulu.
Kelima, mengikut ajaran Tuhan Sendiri, Quran itu diwariskan kepada mereka yang Tuhan pilih daripada pelbagai kalangan, bersalahan dengan pegangan tradisional bahawa pewaris Quran itu para ulama. [25]
Keenam, nyatalah sistem hidup yang dianjurkan oleh Quran itu bersifat republikan dan demokratik. Ini nyata daripada asal-usul nabi Muhammad dan empat khalifah ar-rasyidun ( Abu Bakr, Omar Ibni Khattab, Uthman Ibni Affan dan Ali Abi Talib). Apabila Muawiyah merampas kerajaan Islam dari tangan kaum republikan dan demokratik ini, bermulalah zaman feudalisme dalam sejarah Islam awal membawa kepada abad ke-20.
Umat Islam perlu kembali kepada zaman republikan dan demokratik yang telah kita sebutkan. Hanya dengan demikian, Islam yang sebenar akan kembali semula ke dalam dunia serta memimpin umat Islam dan seluruh dunia kepada alam kejayaan dan kebahagiaan, seperti yang dijanjikan oleh Tuhan kepada umat Islam. [26]
8.     Langkah-langkah Yang Perlu Diambil
UMNO, parti nasionalis, yang menjadi tulang belakang pemerintahan di Malaysia sekarang berasal sebagai sebuah gerakan massa pada 1946. Namun tiap benda yang hidup akan merosot. Demikianlah UMNO telah merosot. Hanya anggota UMNO dan rakyat Malaysia seluruhnya melalui Perhimpunan Agung UMNO boleh membaiki UMNO, melalui apa yang diperintahkan oleh Tuhan
“menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan”. Perhimpunan Agung UMNO Tahunan mestilah menjadi sekat dan imbang atau penjaga kepada sistem pemerintahan di Malaysia. Rasuah, pembaziran dan kejahatan lain mestilah dikoreksi dari dalam oleh kita yang sedar sendiri. Inilah yang harus dilakukan oleh rakyat Malaysia. Inilah juga yang harus dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia. Inilah juga yang harus dilakukan oleh rakyat di seluruh dunia. Tiada seorang Imam Mahdi atau Nabi Isa turun kali kedua boleh tolong mereka. Manusia tiada penolong dan pembantu kecuali diri mereka sendiri. Dengan izin Allah!
Saya telah menyatakan pada awal tadi bahawa saya akan meluahkan isi hatinya tanpa sekatan. Saya ingin menyatakan dengan rendah hati bahawa saya memohon kepada Tuhan Azza-Wajalla memberi taufik dan hidayah kepada saya dan menjauhkan diri saya daripada kesombongan dan kebanggaan.
Saya ingin menyatakan terima kasih yang tidak terhingga banyaknya kepada sahabat-sahabat saya dalam Jawatankuasa Penaja yang dipimpin oleh Sdr Nik Aziz Hassan dan juga dari pelbagai bangsa dan agama yang telah mera’ikan  hari jadi saya yang ke-80 dengan seminar penilaian kritis terhadap karya-karya saya. Saya mengucap berbanyak terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sudi merasmikan upacara ini.  Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak dewan yang membenarkan kami menggunakan dewan yang permai ini
Ucapan ini tidak kena-mengena dengan peringatan harijadi saya yang ke-80. Saya fikir sudah sampai masanya kita, rakyat Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia, berdepan dengan realiti kita secara realistik dan bijaksana untuk menentukan masa depan kita semua, bukan sahaja untuk 30 tahun akan datang, tetapi untuk selama-lamanya.
Saya bercakap ini langsung kepada elit kepimpinan politik dan intelektual dan kepada massa rakyat. Saya harap mereka ambil peduli.
Pendekatan, ini satu seruan untuk revolusi untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Contoh-contohnya sudah ada dalam sejarah: revolusi yang dilancarkan oleh nabi-nabi besar Ibrahim dan Muhammad, oleh Revolusi Amerika, Revolusi Perancis dan Revolusi Komunis, kedua-dua bengis dan berperikemanu-siaan. Kita mesti pilih yang kedua.
Terima kasih.
KASSIM AHMAD
16 Februari, 2014
1504, Persiaran Kulim Golf,
Kulim Golf & Country Resort,
09000 Kulim, Kedah Darul-Aman.
012-4291152/604-40318771


[1] Lihat sajak saya, “Satu Sumpahan”, dalam Kemarau di Lembah, Saudara Sinaran Brothers, Pulau Pinang, 1967. hlm. 46.
[2] Lihat sajak “Pidato” dalam Ibid., hlm. 67
[3] Lihat Kassim Ahmad, “Pembangunan Intelektual Bangsa” dalam Koleksi Pidato Penghargaan Siswazah Kehormat Konvensyen Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi: 1997) hlm. 87.
[4] Lihat risalah saya, Kontroversi Hukum Hudud, Forum Iqra’, Pulau Pinang, 2002.
[5] Lihat Quran, 15: 9.
[6] Quran, 5: 48.
[7] Sejarawan Inggeris Philip K. Hitti berkata tentang peristiwa ini, “Jika ada seseorang dalam dekad ketiga abad ketujuh berani meramalkan bahawa dalam satu dekad suatu kuasa yang tidak ditetahui dan tidak disangka dari tanah Arab yang masih dalam zaman gasar dan tidak dikenali akan muncul dan merempuh dua kuasa besar dunia pada ketika itu serta mewarisi Empayar Parsi dan merampas dari Empayar Baizantium tanah jajahannya yang elok, dia tentu akan dicop seorang gila. Namu demikian, itulah yang berlaku …” (Philip K. Hitti, History of the Arabs (Edisi ke-10: 1970: London), hlm. 142.)
[8] Lihat Quran. Surah 63, ayat satu membatalkan syahadah kedua.
[9] Rujuk Quran, 33: 43.
[10] Bahawa rambut wanita bukan ‘aurat dan kepala wanita tidak ditutup disebut dalam Quran. Pertama, apabila mengambil wuduk kita perlu menyapu kepala. Ini menunjukkan kepala wanita tidak ditutup. Kedua, ayat Quran tentang pakaian wanita berbunyi: “Beritahu kepada wanita muslim untuk menundukkan mata mereka dan memelihara kehormatan mereka. Hendaklah mereka jangan memperlihatkan mana-mana anggota badan mereka, kecuali yang mustahak. Hendaklah mereka tutup dada mereka dan jangan buka kecuali di hadapan suami mereka, bapa mereka …” (Quran, 24: 30-31). Frasa “kecuali yang mustahak” di sini bermakna muka, tangan dan kepala. Apabila kita mengambil wuduk, muka dan tangan disuruh basuh dan kepada disuruh sapu.
[11] Lihat Majid Khadduri (pent.) Islamic Jurisprudence: Shafi’I’s  Risalah, hlm 75-76.
[12] Lihat Kassim Ahmad, Hadis—Satu Penilaian Semula, Media Intelek, Petaling Jaya, 1986,  hlm. 93.
[13] Lihat Quran, 2: 225.
[14] Lihat esei penulis bertajuk “The Madinah Charter – A Short Note” dalam blog penulis
[15] Tentang menghukum dengan adil, rujuk 4: 58. Tentang membuat keputusan melalui perundingan, rujuk 42: 38.
[16] Quran, 2: 201.
[17] Quran, 28: 77.
[18] Quran, 39: 18.
[19] Lihat Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka (1990: Kuala Lumpur), hlm. 275.
[20] Lihat B. W. Andaya dan L. Y. Andaya, A History of Malaysia (London: 1982); hlm. 37.
[21] Quran, 25: 30-31.
[22]  Lihat Kassim Ahmad, Mencari Jalan Pulang, ZI Publications (2008: Petaling Jaya), hlm. 177.
[23] Quran, 2: 2.
[24] Lihat Kassim Ahmad, Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik,Media Indah, Kuala Lumpur, 1992, Bab 7.
[25] Lihat Quran, 35: 32.
[26] Ada beberapa ayat. Satu daripadanya 9: 33.  Cara hidup Islam sebenar itu sempurna dari semua segi, material, moral dan spiritual. Ini bukan saja bermakna tiada kezaliman, tetapi kejahilan dan kemiskinan juga tidak wujud lagi.

Thursday, 20 February 2014

ANTARA EMOSI DAN METALITI




 


Kognitif Emosi sendiri sedar secara rendah diri. (self concious emotions)
Penerangan Emosi sendiri Sedar
Dalam kehidupan abad ini , emosi baru mula muncul apabila sewaktu zaman kanak-kanak mereka mendapat pemahaman bahawa mereka sendiri adalah entiti yang berbeza dari orang lain dan mula membangunkan rasa diri . Perasaan emosi ini termasuk:

a) Malu
b) Kebanggaan
c) Rasa bersalah
d) Dengki
e) Merendah diri
f) Malu

Emosi peka telah terbukti mempunyai faedah sosial. Ini termasuk bidang-bidang seperti mengukuhkan tingkah laku sosial dan pampasan kesilapan sosial. Ada juga kajian yang mencadangkan bahawa mungkin kekurangan emosi peka merupakan punca penyumbang kepada kelakuan buruk.
Mereka mempunyai lima ciri-ciri yang berbeza yang membezakan mereka dari emosi lain iaitu:

*Memerlukan kesedaran diri dan perwakilan diri
*Muncul lewat daripada emosi asas
*Memudahkan pencapaian matlamat sosial yang kompleks
*Tidak mempunyai ekspresi muka universal diiktiraf berbeza kompleks
kognitif.

 



Kajian perkembangan Emosi sendiri Sedar

Emosi peka diantara kedua perkara emosi secara berkembang. Dua sebab berada mentaliti emosi diri adalah punca :

Melalui Bahasa Tubuh

Emosi seperti kegembiraan , ketakutan dan kesedihan semua boleh berkumpul bergantung pada hanya muka seseorang. Walau bagaimanapun emosi sendiri banyak melibatkan badan di samping reaksi muka itu. Ini bermakna bahawa apabila manusia cuba untuk belajar emosi , mereka mempunyai lebih cenderung untuk menjadikan emosi lebih sukar untuk memahami keadaan diri sendiri.

Perkembangan Kesedaran diri

Oleh kerana sifat emosi ini , mereka hanya boleh mula terbentuk sekali seseorang individu mempunyai kapasiti untuk diri menilai tindakan mereka sendiri . Jika individu memutuskan bahawa mereka telah menyebabkan keadaan berlaku , mereka kemudian perlu membuat keputusan jika keadaan itu merupakan satu kejayaan atau kegagalan berdasarkan norma-norma sosial yang mereka telah terkumpul dan kemudian melampirkan sesuatu peka perasaan yang sesuai. Ini adalah kemahiran kognitif yang kompleks dan satu yang mengambil masa untuk menguasainya.

PEMUDA PBB SARAWAK KECAM CAMPUR TANGAN LUAR







 
KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN PEMUDA PARTI PESAKA
BUMIPUTERA BERSATU (PBB)


Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan laman sesawang change.org sebagai wadah untuk melemparkan fitnah dan memburuk-burukkan pucuk kepimpinan negeri Sarawak.

Tindakan laman sesawang berkenaan yang mengumpul petisyen untuk dihantar kepada Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong, bagi membantah cadangan perlantikan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak selepas melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari ini, bertentangan dengan kehendak dan hasrat suara majoriti rakyat Sarawak sendiri, yang mahukan perlantikan berkenaan, sebagai tanda penghormatan kepada Pehin Sri Haji Abdul Taib, yang banyak berjasa kepada negeri Sarawak.

Pemuda PBB menganggap tindakan pihak berkenaan yang menggunakan laman sesawang change.org untuk membuat pelbagai andaian berbaur fitnah terhadap Pehin Sri Haji Abdul Taib, sebagai keterlaluan dan harus dikecam. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap pucuk kepimpinan negeri Sarawak yang juga Presiden PBB itu tidak berasas sama sekali dan lebih bermotifkan berkepentingan politik.

Pehin Sri Haji Abdul Taib mempunyai rekod cemerlang menerajui Sarawak selama 33 tahun, malah berjaya melonjakkan ekonomi Sarawak dengan menyaksikan sejumlah RM28 bilion pelaburan sudah diterima di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) setakat ini. SCORE juga diyakini akan meletakkan Sarawak sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Justeru Pemuda PBB menganggap pihak berkepentingan yang cuba memburuk-burukkan pucuk kepimpinan negeri Sarawak, sebenarnya cemburu dengan kekuatan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, kemakmuran yang dinikmati rakyat Sarawak dan keharmonian kaum di Sarawak, sehingga sanggup melakukan apa sahaja cara bagi memburuk-burukkan kepimpinan cemerlang Ketua Menteri Sarawak dan bagi mencapai cita-cita politik mereka.

Pemuda PBB yakin rakyat Sarawak tidak mahu pihak luar yang menentukan siapa patut menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan siapa patut menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Pemuda PBB menjunjung prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara, dan akur siapa sahaja yang bakal dilantik oleh Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong ke jawatan berkenaan. Lantikan jawatan itu adalah hak dan atas kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Pemuda PBB,
YB Datuk Hj Fadillah Hj Yusof
19 Februari 2014

 MELANAU BLOGGER


Wednesday, 19 February 2014

TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL KEPADA PEMBULI SIBER.

 

Secara asasnya, pembuli siber dapat diterjemahkan sebagai aktiviti individu yang dilakukan dengan niat mendatangkan kemudaratan kepada individu lain menerusi pelbagai saluran komunikasi termasuk internet dan telefon bimbit

Lazimnya, kegiatan membuli dilakukan oleh remaja lelaki atau perempuan dan kumpulan dewasa yang bermasalah dengan mengganggu, menakut-nakutkan dan memalukan pihak lain menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), emel, pesanan ringkas ruang sembang, ruangan sosial, dan laman web termasuk permainan dalam talian.

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MENGIKUT SEKSYEN 223; 
Yang menyatakan, sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi, yang berbunyi kelucahan, mencabul, salah, ancaman, menyerang atau menyakiti, dengan tujuan yang menjengkelkan, menganaiya, menakutkan, atau mengganggu pihak lain. 
JIKA DISABITKAN KESALAHAN boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun.

Sunday, 23 June 2013

BANGSA YAHUDI DISUMPAH MENJADI BERUK, AKIBAT MELANGGAR PERINTAH TUHAN PADA HARI SABTU.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah: “Sesungguhnya kamu telah mengetahui bagaimana balasan Tuhan ke atas orang-orang yang melanggar perintahNya pada hari Sabtu, lantas Kami katakan kepada mereka, jadilah mereka kera yang hina.” Al-Baqarah ayat 65


Teori Darwin, yang mengatakan bahawa manusia berasal daripada beruk, iaitu proses beruk menjalani evolusi iaitu (proses perubahan) dimana akhirnya sedikit demi sedikit berubaha bentuk menjadi manusia. Perkara ini yang dikatakan saintis barat sebagai teori Sains telah disangkal oleh ramai cendiakawan apabila mengemukakan bukti kukuh setelah menjalankan kajian terperinci terhadap tengkorak zaman batu pra-sejarah termasuk beberapa fosil (yang dijadikan bukti oleh Darwin bagi mengukuhkan teorinya). Teori beliau ini bukan sahaja bercanggah dengan ajaran agama yang memperjelaskan bahawa manusia diciptakan oleh Allah malah dianggap juga sebagai penipuan semata-mata kerana terpesong.  

Kisahnya. Umat Nabi Musa as pada hari Sabtu merupakan hari pantangan untuk menangkap ikan atau bekerja. Pada hari Sabtu tersebut, mereka dianjurkan untuk beribadah kepada Allah SWT. Bagi yang membangkang, maka akan menerima azab.

Dikisahkan dalam Al Qur'an bahwa Bani Israil merupakan umat Nabi Musa as. Saat itu Bani Israil tinggal di daerah pantai sehingga sebagian besar mata pencahariannya adalah sebagai nelayan.

Allah SWT memberikan kewajiban kepada Bani Israil untuk taat dan patuh melalui rasul-Nya. Melalui Nabi Msa as, Bani Israil diperintahkan untuk beribadah pada hari Sabtu. Pada hari itu, tidak boleh ada aktivitas mencari nafkah atau berburu ikan di laut. Pada hari itu hanya digunakan untuk menyembah kepada Allah SWT.

Sedangkan untuk menangkap ikan, Bani Israil diperbolehkan pada hari-hari yang lain, kecuali hari Sabtu. "Baiklah, kami taat kepadamu Musa karena engkau adalah nabi kami," kata Bani Israil.

Hari Sabtu Dimuliakan. Sejak saat itu, hari Sabtu menjadi hari yang dimuliakan oleh Bani Israil. Mereka mengisi hari tersebut dengan beribadah pada Allah SWT. Segala aktivitas baik berupa pencarian ikan di laut atau perniagaan berhenti semua pada hari itu.

Meskipun pada hari itu ikan-ikan di laut terlihat sangat banyak dan muncul di permukaan laut, tetapi mereka tetap patuh. Nah, saat itulah iblis mulai menggoda Bani Israil. Mereka menanamkan sesuatu yang buruk di hati Bani Israil tersebut. "Inilah kesempatanku untuk menggoda mereka," tutur iblis dengan hati senang.

Sesaat kemudian, iblis menyamar dan mendatangi Bani Israil. Ia pun duduk dan berbaur dengan orang-orang yang gelisah membicarakan hilangnya ikan. Setelah berbicara panjang lebar, iblis pun menawarkan suatu ide cemerlang. "Kawan-kawan, bagaimana kalau kita tetap melaut dan mencari ikan pada hari Sabtu. Ingatlah bahwa ada hari itu ikan-ikan ramai berdatangan di perairan kita. Di lain hari Sabtu, ikan-ikan menghilang entah kemana.Jadi, kita harus menangkap dan menjaring ikan tersebut pada hari Sabtu saja," penuturan iblis kepada Bani Israil yang gelisah.

Terjadilah perdebatan panjang dari Bani Israil. Mereka tak yakin dengan usulan iblis. Namun, iblis cukup cerdik dan akhirnya ia berhasil meyakinkan argumentasi untuk menguatkan godaannya. "Jangan ragu-ragu, kita akan makan apa jika kita jatuh miskin. Bagaimana dengan nasib anak-anak dan istri kita. Aku yakin, Musa pasti tidak tega jika kita menderita," tegas iblis menguatkan godaannya. "Baiklah, kita sepakat dengan usulmu. Kita tetap akan berlayar mencari ikan meskipun itu hari Sabtu," jawab Bani Israil dengan serempak.

Peringatan Allah SWT. Ketika hari Sabtu tiba, banyak kalangan Bani Israil yang menolak beribadah. Mereka tetap melaut untuk mencari ikan.

"Kenapa hanya sedikit Bani Israil yang datang beribadah di hari Sabtu ini?" tanya Nabi Musa as. Salah seorang penduduk yang masih taat pada Allah menjawab, "Wahai Nabi kami, kaum Bani Israil banyak yang melaut pada hari ini. Alasannya, ikan-ikan saat hari Sabtu sangat banyak, sedangkan di hari lain ikannya sangatlah sedikit."

"Ya Allah, kenapa mereka tetap tidak taat kepada-Mu, padahal mereka telah aku tolong dari berbagai bahaya yang mengancam. Dari itu, berikanlah peringatan kepada mereka," ucap nabi Musa as sambil berdoa kepada Allah SWT.

Ternyata Allah SWT mengabulkan doa Nabi Musa as. Seluruh Bani Israil yang tidak beribadah di hari Sabtu, dilaknat berubah menjadi monyet. Mereka pun tidak memiliki keturunan hingga mereka mati. Sedangkan orang-orang yang tetap taat, diselamatkan dari azab itu.




Tuesday, 28 May 2013

BLACKOUT 505 : 6 PEMIMPIN PEMBANGKANG DIDAKWA DI MAHKAMAH!!



SEREMBAN - Enam pemimpin pembangkang semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen negeri masing-masing atas dakwaan gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah dalam tempoh 10 hari lebih awal untuk menganjurkan perhimpunan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.


Di Seremban, Negeri Sembilan, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Mohd. Nazree Mohd. Yunus, 29, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh atas dakwaan itu ketika menganjurkan ceramah 17 Mei lepas.


Di Ipoh, Perak, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Siong daripada DAP dan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Muhammad Anuar Zakaria juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan menganjurkan perhimpunan haram.


Keong Siong yang juga Penolong Setiausaha DAP Kebangsaan dan Muhammad Anuar masing-masing didakwa menganjurkan perhimpunan itu di Wisma Chin Woo dan pejabat PKR negeri, Medan Istana pada pukul 7.30 malam 9 dan 12 Mei lalu.


Mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Julie Leck Abdullah


Di Kuantan, Pahang, Setiausaha PKR Pahang, Kamarzaman Mohamed Yunus, 57, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Fathiyah Idris.


Dia didakwa menganjurkan satu perhimpunan di kawasan Pejabat Perhubungan Negeri PKR Pahang, Lot 1051, Kilometer 8, Jalan Beserah pada pukul 8.30 malam 14 Mei lalu.


Di Butterworth, Pulau Pinang, tiada pengakuan direkodkan daripada Setiausaha Eksekutif Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Ong Eu Leong, 44, ketika dihadapkan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.


Eu Leong daripada PKR didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 8.30 malam 11 Mei lalu di Stadium Negeri Batu Kawan.


Di Johor Bahru, Johor, Setiausaha Kerja PKR Johor, R. Yuneswaran, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin atas dakwaan menganjurkan Himpunan Black 505 di Pejabat PKR di Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram pada pukul 8.30 malam 15 Mei lalu.


Keenam-enam tertuduh didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda RM10,000 jika sabit kesalahan.


Kesemua tertuduh yang diwakili peguam dibebaskan dengan jaminan antara RM3,000 hingga RM5,000.

APA LAGI ORANG CINA MAHU? ADAKAH KETERLALUAN?




Kenapa Utusan menulis begini, ujar seorang lelaki berketurunan cina. Reaksi nya yang jelas menolak serta tersinggung. Sudah tentu ramai dikalangan orang cina terkesan mengenai tajuk keluaran Utusan itu, persoalan yang dilontarkan boleh dikatakan menjurus. Apa lagi cina mahu?

Akan tetapi, bila dirujuk isi kandungannya, si pengarang menulis mengenai isu tsunami politik orang cina yang beralih angin dimana telah menolak Barisan Nasional secara total pada PRU-13 yang lepas. Dan persoalan “Apa lagi cina mahu?” sebenarnya ditujukan kepada tindakan pelajar-pelajar cina di luar negara yang memprotes keputusan PRU-13 yang mereka dakwa telah wujud penipuan.

Mereka yang memakai baju hitam itu telah bertindak melakukan provokasi dengan menterbalikkan jalur gemilang. Perkara ini mereka telah siarkan di laman sosial Facebook serta laman Twitter. Bukankah tindakan itu biadap?


Gambaran yang mereka berikan itu jelas menunjukkan ketidakpusaan hati dan ini dijelaskan oleh Utusan dengan memberi  kupasan menyeluruh seperti keputusan PRU-13 yang lalu dimana DAP mempunyai kerusi lebih banyak di dalam Parlimen berbanding PKR dan PAS. Maksudnya parti untuk orang cina ini lebih berkuasa berbanding PKR dan PAS. Apa yang menghairankan, protes yang ditunjukan oleh orang cina ini jelas mengatakan “masih lagi tidak cukup”.

Persoalannya, adakah jumlah yang mereka mahukan dengan niat yang mereka maksudkan betul-betul cukup untuk merealisasikan hasrat untuk melihat UMNO serta Barisan Nasional berkubur. Hal ini kerana strategi yang telah dibentuk oleh Pakatan Rakyat sekiranya mahu mengambil alih Malaysia adalah dengan memastikan kedua-dua parti itu dikalahkan. Namun hasrat itu gagal dan ini sekaligus menjadi punca mengapa mereka membuat protes di luar negara dan di dalam negara.

Rupa-rupanya mereka bukan berkehendakan betis, tetapi paha!

Bukan perkara baru apabila orang-orang cina bersikap tidak berpuas hati dengan pemerintah sememangnya dirasai sejak dari dahulu lagi tidak suka satu dua perkara yang termaktub Perlembagaan Malaysia. Perkara inilah telah disuarakan secara lantang oleh DAP, parti yang cenderung kepada bangsa cina ini kemudiannya dianggap pembela. Kerana memperjuangkan ketidakpuasan hati orang cina serta tuntutan yang mereka mahukan.

Oleh itu mereka berkempen menyalahi pemerintah sedia ada dengan mendakwa bersikap tidak adil dengan bangsa mereka, mereka dianak tirikan, hak kesamarataan, dimana kadang kala celupar menyentuh isu sentimen dan perkauman. 

Sedangkan taraf kehidupan mereka adalah lebih baik berbanding bangsa lain, bahkan jauh lebih baik berbanding orang cina yang hidup di negara Asia serantau, hatta jauh lebih baik berbanding di negara asal mereka. Ini kerana tuntutan seperti menghapuskan pertuanan Melayu terlalu keterlaluan berbanding persoalan Apa Lagi Cina Mahu?.

APA LAGI CINA MAHU? SOALAN INI TIDAK KETERLALUAN.! 

Utusan dilihat bersendirian bersuara lantang bagi orang Melayu serta Bumiputera di negara ini dengan melalui akhbar. Malangnya akhbar ini bersifat perkauman disebabkan tajuk Apa Cina Mahu? dakwa oleh akhbar The Star. Dan pengarangnya adalah orang berbangsa cina, tidak mengejutkan Utusan “ditegur” dengan penulisan pengarang berkenaan yang bertajuk “Win Then Over, Don’t Blame Them”.

Sebagai individu yang menyokong perjuangan Utusan Malaysia sejak dari dahulu lagi sebagai akhbar pemangkin minda rakyat, saya berpendapat tindakan untuk menghentam akhbar ini mengenai persoalan Apa Lagi Cina Mahu? yang mereka siarkan adalah tidak adil, ini kerana jika dibuat perbandingan antara Utusan dengan akhbar yang lain, hasil penulisan akhbar-akhbar berbahasa Cina ternyata jauh lebih sensitif apabila mengkritik. Bahkan semua akhbar berbahasa Cina mempunyai nada yang sama.

Perkara ini terlindung di dalam akhbar bahasa Cina, kerana mereka menggunakan bahasa mereka. Sebab itu ramai yang tidak tahu, adakah ini adil? tindakan mereka tidak dikecam disebabkan kerana lain bahasa? dan untuk lebih adil,

Jika kamu boleh menegur serta mempersoal orang lain bangsa lain, mengapa pula kami tidak boleh? Kami juga mempunyai suara, bukan hanya untuk perkara yang kami suka bahkan perkara yang kami tidak suka. Jika kamu boleh bercakap mengenai kami secara terang-terang, kami juga boleh tetapi dengan bersuluh.

TERUSKAN MENYOKONG UTUSAN MALAYSIA!

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA