Sehari dua ini terpampang didada akhbar dan juga media sosial tentang manifesto Pakatan Rakyat. Manifesto yang dikeluarkan pada hari mereka mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat di SACC, Shah Alam Isnin yang lalu. Nampaknya belum sejuk lagi cerita tentang manifesto yang mereka pertontonkan kepada orang ramai dengan janji-janji yang belum pasti menjadi kenyataan.
Hasil dari ketelitian beberapa individu termasuk rakyat yang sering menjadi pemerhati dan mengambil berat tentang politik semasa, beberapa manifesto yang disenaraikan mempunyai janji yang sama seperti dahulu yang mana belum tertunai,beberapa manifesto juga tidak logik akal fikiran untuk mereka laksanakan, malah ada satu manifesto bergambar gereja pada muka hadapan.
Gambar menceritakan segalanya. Gambar yang menjadi bualan hangat pada hari ini ialah gereja. Sudah pasti rakyat tertanya-tanya dan keliru, kenapa gereja disenaraikan? Beberapa komen telah didapati, ada yang mengatakan Pegawai strategik, Rafizi Ramli dengan sengaja meletakkan gambar gereja untuk menarik perhatian pengundi Cina untuk menyokong DAP. Ada juga yang mengatakan bahawa PAS hanya perlu dengar kata DAP dan PKR kerana manifesto kali ini PKR yang buat demi kebaikan rakyat.
Apa juga komen dari pembaca, kita dapati bahawa tiada pun hukum hudud dimasukkan dalam manifesto tersebut. Sudah pasti pengikut PAS juga hairan dan tertanya-tanya dimana perjuangan PAS selama ini? Hukum yang sering diperdebatkan di media-media. Pengikut PAS terkedu dan kesepian apabila manifesto ini keluar. Malah ada yang kecewa kerana belum PRU lagi, mereka sudah hilang semangat kerana apa yang mereka perjuangkan selama ini tiada dalam manifesto. Lebih menyedihkan, gambar gereja menjadi keutamaan.
Pasti kita dapat simpulkan bahawa apa tujuan gambar gereja tersebut dalam manifesto Pakatan Rakyat bukan? Dalam masa pemerintahan kerajaan sekarang, pembinaan gereja diminimumkan dan ada hadnya. Masjid-masjid dibina dengan banyaknya dan kerajaan mengutamakan rumah ibadat orang Islam. Tidakkah mereka sedari lagi bahawa DAP yang ingin berkuasa memegang Malaysia, ingin menjadikan negara ini seperti Singapura? Kononnya apabila Pakatan Rakyat menang, lebih banyak gereja akan dibina. Kerana itulah pemimpin Keadilan menerima tawaran DAP untuk membantu mereka mendapatkan kemenangan dalam PRU ke 13 nanti. PAS terpaksa mengikut sahaja apa kata mereka.
Sesungguhnya manifesto Pakatan Rakyat adalah janji kosong. Apa yang berlaku selama empat tahun di empat buah negeri yang mereka pegang? Tiada kemajuan yang banyak malah manifesto yang lalu tidak tertunai. Dalam setiap ceramah pakatan, mereka sering mengatakan itu dan ini dan berjanji bermaca-macam kepada rakyat. Seharusnya mereka mempunyai integriti untuk menjalankan ceramah tersebut.
Mereka juga sering menyalahkan kerajaan tentang kebebasan media. Sekiranya tidak bebas, bagaimana Harakah, Suara Keadilan, Roketkini dan Siasah mengkritik dasardasar kerajaan sesuka hati? Mereka juga tidak disekat dalam menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati mereka mengenai dasar-dasar kerajaan tanpa rasa takut apa-apa kekangan. Sebenarnya kebebasa media telah lama diamalkan di Malaysia, tetapi pembangkang hanya menyentuh mengenai perkara ini untuk disesuaikan dengan perjuangan mereka.
Mereka memasukkan hak kebebasan media hanya sebagai satu cara untuk merayu pengundi muda walaupun pembangkang itu sendiri tidak percaya dalam kebebasan media. Rakyat sudah tahu tentang mainan politik mereka. Kita seharusnya boleh berfikir secara rasional tentang apa yang pembangkang sedang lakukan. Mereka juga tidak pernah malu untuk merosakkan nama negara demi kepentingan politik pemimpin mereka. Jangan gadaikan negara yang kita sayangi demi seorang yang berkepentingan sendiri.
No comments:
Post a Comment