Sunday 3 March 2013

ISU LAHAD DATU : KOMEN TUN


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa pasukan keselamatan supaya meningkatkan kawalan serta rondaan di kawasan sempadan dan perairan negara bagi mengelakkan ia dicerobohi pihak luar.

Beliau berkata ia penting bagi mengelakkan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata seperti yang berlaku di Lahad Datu, Sabah daripada berulang.

“Nampak begitu mudah sekali, satu pasukan tak canggih dapat masuk dalam negara kita. Ini bermakna kita harus tingkatkan kawalan kita supaya tiada orang boleh ceroboh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Tradisi dan Kesinambungan: Tenunan dan Tekstil Berhias Semenanjung Tanah Melayu di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini.
Selain itu, Dr Mahathir berkata pembangkang sudah pasti akan mengggunakan isu berkenaan sebagai modal politik mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Pembangkang akan guna segalanya kerana pada mereka tak ada apa yang tak boleh dijadikan isu politik,” kata bekas perdana menteri.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata bagi tekstil tradisional untuk kekal relevan dan kompetitif dalam abad ke-21, pembuat dan artisan kraf perlu berusaha memenuhi permintaan pasaran yang sentiasa berubah.

“Bagaimanapun kita perlu ingat bahawa selain daripada fungsi asasnya, tekstil berperanan mendukung tradisi kita sejak zaman berzaman, khususnya pada majlis dan upacara,” katanya.

Dr Mahathir juga menggesa muzium supaya mengumpul dan memulihara warisan tekstil serta terus menjalankan penyelidikan, mendokumen dan mempamer koleksi tekstil.
BACA SELANJUTNYA...KLIK!

No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA