Sunday, 3 March 2013

Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kenapa Disanggah Kerana Politik. Siri 1




Perbuatan biadap seorang lelaki berbangsa Cina yang menunjukkan isyarat lucah terhadap Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Pulau Pinang baru-baru ini, telah mengundang kecaman hebat oleh orang ramai yang menganggap perbuatan biadap itu bukan sahaja tidak rasional untuk dilakukan, malah apa yang dilakukan langsung tidak menghormati kalangan mereka yang menyanjung tinggi akan Institusi Diraja Berperlembagaan.

Kecaman demi kecaman sehingga ramai yang mencadangkan agar si pelaku tersebut sewajarnya “harus ditendang keluar daripada rumah dan pergi kesana semula!”. Sehingga kini, masih ramai lagi yang mengutuk perbuatan biadap tersebut.

Sewajarnya rakyat marah, terkesan, serta peduli terhadap apa yang berlaku, apatah lagi soal lambang Negara telah dikotori sebegitu rupa. Tambah parah apabila Institusi ini sering dipersoal serta dipertikai oleh pembangkang, yang menghasut rakyat dengan cerita-cerita fitnah sehingga ada yang termakan ekoran tidak memahami sepenuhnya fungsi dan amanah yang digalas oleh Institusi Raja Berperlembagaan ini.

Maka muncul perbuatan biadap, tidak sopan, melulu, semberono dan seangkatan dengannya gara-gara tidak berfikir secara bernas. Adakah mungkin kita terlalu banyak orang yang hanya mengguna kepandaiannya dengan membaca sahaja? Yakni apa yang dibaca termasuk apa yang kita lihat, mahupun kita dengar, berupa mesej atau informasi terkini kita terima bulat-bulat sahaja. Maksudnya disini kita tidak mentafsir dahulu sesuatu perkara sebelum mengambil tindakan. Sebagai contoh, lihat apa yang berlaku sekarang, majority si pelaku adalah golongan yang telah diracuni pemikirannya, ekoran kekeliruan dan kesangasian diwujudkan oleh orang yang berpolitik.

Lihat sejarah bagaimana Malaysia dibentuk dahulu. Negara kita telah memilih sistem demokrasi berparlimen iaitu raja berperlembagaan. Sistem diguna pakai sehingga kini, malangnya tidak dilihat keberjayaannya sejak dahulu oleh kebanyakkan kita. Adakah ini semua berpunca kerana kita terlalu fokus memandang ke depan, atas faktor kemajuan? Sehingga kita tidak lagi melihat kebelakang, samada kita telah terlepas pandang, mahupun memang ramai yang dah terlajak ke hadapan. Apa pun yang pasti, semakin ramai yang terlanjur kini adalah bukan memperlihatkan ketamadunan langsung, malah “rentak yang ditari dahulu semakin sumbang dan terlanggar kaki…!”.

Kita memang mengekalkan sistem beraja, tetapi dengan perlembagaan. Bermaksud Raja bukan berkuasa mutlak, kerana kuasa yang dimiliki telah dipecahkan oleh doktrin pengasingan kuasa kepada tiga kelompok berasingan iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Namun yang utama, terletak dibawah kuasa raja berperlembagaan iaitu menjadi ketua turus angkatan tentera, berkuasa untuk memanggil, menangguhkan serta membubar parlimen, selain menjadi lambang Islam kepada negara, bangsa, bahasa, serta menjaga hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, dan lain-lain lagi yang utama.

Dengan adanya Raja, dan kuasa yang dimilki sebenarnya adalah untuk menseimbangi kuasa yang di urus tadbir 3 badan tadi. Sebab itulah Raja menjadi lambang kepada negara kita, kerana menjaga semua rakyat supaya mampu hidup dengan adil dan saksama, serta menjamin keharmonian dan kesejahteraan kita bersama. Sebagai contoh dengan menjaga hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Hak yang sering dipersoal dan dipertikai pihak parti politik pembangkang, dakwa mereka tidak berlaku adil terhadap bangsa lain, malah tidak relevan dan harus diubah. Sebenarnya kita harus lihat dahulu konteks ini.

Artikel disiar pada 28/02/2013 - 9:18 pm oleh Di Luar Kotak!

No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA