Sunday, 17 February 2013

True Leaders Don’t Create Follower, They Create More Leader…!

True Leaders Don’t Create Follower, They Create More Leader…!

wawasan

Bagaimana Merealisasikan Pembangunan Modal Insan Untuk Mencapai Tahap Pertama. Produk Apakah Yang Dihasilkan Melalui Pembangunan itu??? 


Melahirkan ramai pemimpin bukannya meramaikan pengikut adalah satu perkara yang sewajarnya dilakukan oleh semua orang, tanpa mengira idealogi politik, tanpa mengira kaum, bangsa, agama, ataupun perbezaan status quo dalam masyarakat. Melihat kepada perkembangan manusia pada zaman sekarang, samada dalam atau luar negara, kepantasan pertumbuhan ekonomi serta persaingan negara-negara membangun, memberi mesej yang jelas bahawa cabaran globalisasi semakin mencabar dalam apa jua aspek

.
Ini kerana, sebuah negara maju dilihat bukan sahaja kemajuan pembangunan infranstrukturnya, hatta mempunya pelbagai prasarana yang kondusif sekalipun, belum cukup menjadikan negara kita disegani oleh masyarakat dunia, jika sekiranya pembangunan modal insan tidak berkembang seiring dengan pembangunan fizikal. Bagi mengelak ketidakkeseimbangan ini, usaha negara kita yang masih membangun dan bercita-cita untuk maju pada tahun 2020, telah menggariskan pembangunan modal insan sebagai misi utama untuk merealisasikan hasrat kerajaan itu.

Melahirkan ramai pemimpin dikalangan anak muda, melalui pelbagai platform samada daripada inisiatif disediakan kerajaan ataupun usaha dilakukan oleh badan bukan kerajaan, bukan perkara yang kita boleh pandang enteng atau sekadar cakap-cakap sahaja. Ini kerana, penglibatan semua pihak dalam hal ini amatlah ditagih supaya pembangunan modal insan berkembang secara menyeluruh, holistic dan bersepadu.


Pentingnya perkara ini untuk dibangunkan, setelah kita melihat bagaimana negara Asia yang telah maju ini terus berkembang maju, sehingga mengangkat nama negara pada tahap tinggi di persada dunia ekoran hasil yang ditunjukkan oleh rakyatnya. Sebagai contoh Hong Kong, kepadatan pembangunan pesat dengan bangunan-bangunan pencakar langitnya, mampu menyayingi negara serantau, malah negara kita masih jauh ketinggalan untuk mengatasi mereka. Walhal Hong Kong tidak mempunyai apa-apa sumber asli untuk dieksport kepada negara luar. Walaupun begitu, kecekapan, kebolehan, pengalaman serta kepakaran yang dimiliki oleh penduduknya telah memberi nilai tambah dalam negara.

Jelas bahawa pembangunan modal insan yang dibangunankan mereka telah membuktikan “duduk sama rendah,berdiri sama tinggi” memberi gambaran Hong Kong umpama burung pipi, akhirnya boleh bertenggek juga dengan burung-burung enggang pada dahan yang sama. Jika bukan kerana kemajuan yang tonjolkan masyarakat mereka, untuk sebaris dengan negara-negara maju dan kuat tidak akan berlaku pada hari ini. Sejarah telah benar-benar mengajar mereka, untuk menjadi yang terbaik dan lebih kehadapan.

Sedangkan negara yang mempunyai hasil sumber yang banyak, serta jauh lebih luas berbanding Hong Kong, masih belom lagi mampu menjadi seperti Hong Kong dek kerana modal insan masyarakat mereka masih lagi terletak pada tahap di bawah negara yang masih membangun. Sekiranya tahap untuk negara yang masih membangun pada angka 3 atau 2, sudah pasti angka 5 dan kebawah adalah tahap mereka. Keadaan ini menyebabkan negara mereka dijajah semula oleh negara luar, sekaligus menyebabkan kekayaan mereka dirompak selain menjadikan pemimpin negara berkenaan sebagai “boneka” di tanah air sendiri.

Masyarakat mempunyai ilmu pengetahuan meluas, ataupun mempunyai kepakaran mahir dan professional, disamping turut mempunyai daya pemikiran pada tahap yang tinggi iaitu metaliti tahap pertama, dilihat mampu berdepan cabaran mendatang tidak kira bagaimana caranya, yang penting adalah terus hidup berkesinambungan bersama agama, bangsa, dan juga negara. Ini kerana, penjajahan secara halus yang masuk begitu mudah, pantas dan cepat adalah melalui cara penyebaran informasi maklumat boleh berlaku jika tidak ditapis sebelum ditafsir. Aspek yang dibimbangi ialah kita mungkin cenderung dimanipulasikan oleh media.

Artikel disiar pada 08/02/2013 - 8:10 pm oleh Di Luar Kotak!



No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA