15 Tahun Surau Menumpang Di Tadika Yang Dicemari Bau Najis Babi
Encik Syariff Bin Busrah, Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Sarawak menunjukan alat pembesar suara Surau Al-Muttaqin.
Amat mengejutkan apabila mengetahui penduduk Islam di Perumahan Taman Mutiara mengerjakan sembahyang di tadika perpaduan. Menurut penduduk yang ditemu bual, mereka telah menghadapi masalah ini sudah 15 tahun iaitu sejak mereka mula-mula menetap di situ. Tambah menghairankan, apabila pembesar suara untuk melaungkan azan, digantung di tepi tadika. Saya mengunjungi tempat ini apabila mendapat makluman daripada ahli Pertubuhan Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Sarawak yang tinggal tidak jauh dari tempat ini.
Bilik kecil inilah yang menempatkan Surau Al-Mutaqqin.
Semasa penulis dan beberapa ahli termasuk Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Sarawak, Encik Syariff Bin Busrah tiba di Tadika Perpaduan yang menjadi surau tumpangan, kami disajikan bau najis yang kuat. Lalu diajukan soalan kepada Encik Marzuki Bin Hashim, Pengerusi Surau Darul Muttaqin dan beliau memberitahu punca kepada bau berkenaan kerana Peusahaan Pertenakan Babi. Ditanya lagi oleh penulis, berapa jauh jarak kawasan berkenaan, mereka menjawab “hanya 5 minit perjalanan”.
Encik Marzuki Bin Hashim, Pengerusi Surau Al-Mutaqqin menunjukan tapak yang dijanjikan untuk pembinaan Surau kepada Encik Syariff Bin Busrah.
Encik Marzuki berkata, “kami sudah terbiasa dengan masalah bau ini, dan sejak dahulu lagi sudah ada (bau najis babi) dan hidung ini dah lali kata orang” katanya sambil berseloroh. Masalah bau najis babi ini dikatakan menyerang pada hari panas dan berangin, sekaligus menggangu penduduk yang mahu mengerjakan sembahyang di Surau berkenaan dan juga memberi kehidupan seharian.
Ruang inilah yang digunakan sekiranya jumlah jemaah ramai.
Kami kemudiannya memasuki Tadika berkenaan dan ditunjukan bilik kecil yang menempatkan ruang untuk dijadikan Surau tumpangan. Didalamnya, terbentang sejadah, peralatan siaraya, Al-Quran serta sejadah yang telah dilipat. Dibelakangnya beberapa telekung untuk kaum wanita mengejarkan solat, kemas digantung. Beberapa gulung tikar sejadah turut didirikan, jelas menunjukan aktiviti keagamaan sering kali diadakan di sini. Kesemua kelengkapan dan peralatan untuk beribadah adalah sumbangan penduduk Islam di taman perumahan itu.
Ruang yang terhad itu hanya mampu dipenuhi 3 saf jemaah sahaja. Sekiranya tidak mencukupi, jika melibatkan jemaah yang lebih banyak seperti tarawih pada bulan puasa, mereka akan menggunakan ruangan di luar bilik berkenaan iaitu tempat khusus untuk kanak-kanak tadika. Mujur kedatangan kami adalah musim cuti. Kami kemudiannya meninjau sekitar tadika berkenaan, agak menyedihkan apabila ruang pembelajaran di bilik berasingan berhadapan masalah kebocoran di siling. Bilik itu dikunci, dan turut diletakan baldi sebagai tempat tadahan untuk menakung titisan air supaya lantai tidak basah.
Bilik yang boleh mengundang bahaya kepada keselamatan kanak-kanak.
Kami kemudiannya ditunjukan lokasi tanah yang dijanjikan untuk pembinaan surau, iaitu hanya berada bersebelahan dengan tadika berkenaan. Geran tanah sudah diluluskan, dan surat juga telah diserahkan kepada Pejabat Residen Bau. Tetapi sehingga sekarang, belum ada jawapan bilakah tarikh pembinaan surau dijalankan. Menurut Encik Marzuki, segala kelengkapan dan peralatan pembinaan sudah berada di Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jumlah keseluruhannya adalah RM220 ribu. Tetapi mereka masih lagi memerlukan RM280 ribu untuk menyiapkan surau. Ini kerana, RM220 ribu hanya pembinaan asas sahaja dan tidak termasuk kos kemasan kelengkapan surau. Jumlah keseluruhan untuk surau adalah sebanyak RM500 ribu.
Kami meninjau kawasan yang dikatakan tapak untuk pembinaan surau, terletak betul betul di sebelah tadika, keadaanya masih lagi semak samun menunjukan tiada satu pun pembinaan yang dilakukan. Apabila ditanya, adakah wakil rakyat tahu akan perkara ini, mereka menjawab “Kami pernah menjemput beliau untuk datang semasa majlis berbuka puasa lama dahulu, dan beliau ada memberi sumbangan, tetapi sehingga sekarang kami masih lagi menumpang di sini (Surau)”.
Perkara ini sepatutnya mendapat perhatian daripada pihak berwajib sejak dahulu lagi, ini kerana tempat beribadat untuk agama lain seperti Tokong dan Gereja kelihatan hampir siap sepenuhnya bahkan berdekatan antara satu sama yang lain. Dan mengapa pula Surau untuk penduduk Islam disini terpaksa dibiarkan menanti sejak sekian lama.
Artikel disiar pada 15/11/2012 - 9:20 am oleh Di Luar Kotak!
www.suaragenerasibaru.com
No comments:
Post a Comment