Thursday 3 May 2012

Sembang Mesra Belia DUN Simanggang





Yang Berhormat Datuk Francis Harden Anak Hollis, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Menteri Muda Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.27 Simanggang telah menghadiri Program Sembang Mesra Belia.

Program berkenaan telah diadakan di Dewan Suarah Sri Aman dan telah dihadiri belia setempat seramai 107 orang. Kepelbagaian etnik peserta yang hadir telah menjadikan suasana program ini lebih cantik.
Pada sesi dialog bersama pemimpin, belia setempat telah membahaskan beberapa isu seperti isu pendidikan, isu peluang pekerjaan, isu sukan, isu sosial belia, dan juga isu pembangunan infranstruktur di kawasan setempat.

Isu pendidikan yang dimaksudkan ialah ketiadaan institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun swasta yang berhampiran dengan kawasan setempat. Mereka menjelaskan, perkara ini telah menjadi masalah kepada mereka kerana terpaksa pergi lebih jauh untuk menyambung pendidikan. Keadaan ini sebenarnya sangat membebankan mereka yang berhadapan sukar seperti kenaikan harga barang.

Menyetuh isu sukan, mereka memaklumkan bahawa kawasan yang mereka duduki sekarang mengalami masalah ketandusan kemudahan prasarana sukan. Disebabkan itu, belia-belia setempat menjadi kurang aktif sehingga menyebabkan mereka beralih kepada aktiviti yang lain.

Ketiadaan peluang pekerjaan telah menyebabkan masalah pengangguran semakin serius. Perkara ini amat merisaukan mereka kerana, peningkatan kegiatan jenayah seperti pecah rumah dilaporkan kerap berlaku di kawasan mereka. Bimbang akan keselamatan nyawa dan harta benda, mereka menggesa kepada pihak yang bertanggungjawab supaya memandang serius perkara ini.

Selain daripada itu, masalah sosial melibatkan remaja bawah umur dilihat semakin meruncing. Jelas mereka, masalah ini menunjukkan peningkatan drastik. Ujar mereka lagi, masalah sosial yang dimaksudkan ialah remaja bawah umur ini dilihat mula berjinak-jinak dengan aktiviti yang tidak sihat. Antaranya ialah remaja melibatkan diri untuk menganggotai kumpulan samseng, menghisap rokok, cenderung untuk ponteng sekolah, menyalahgunakan dadah, dan minum arak.

Senario ini sekaligus menyebabkan kawasan persekitaran yang mereka duduki menjadi tidak selamat ,keadaan ini jelas dilihat pada tingkah laku remajanya. Jika keadaan ini gagal dibendung ianya boleh mengundang persepsi negatif masyarakat luar yang datang ke kawasan mereka. 

Keadaan infranstruktur jalan raya dilaporkan mengalami kerosakkan yang agak teruk di kawasan Bandar, kawasan perumahan, dan juga rumah panjang. Bekalan elektrik di beberapa rumah panjang juga masih lagi belum dinaikkan, ini menyebabkan penghuni rumah panjang berkenaan bergantung sepenuhnya kepada mesin generator. 

Oleh itu, mereka sangat berharap kepada pihak berwajib supaya membantu mereka kerana kenaikan harga barangan semasa sedikit sebanyak telah menambah beban kepada mereka.
Selesai sahaja majlis dialog bersama pemimpin, aturcara program kemudiaanya diisi aktiviti cabutan tiket bertuah dan juga sesi karaoke.

No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA