Sunday 29 April 2012

Sembang Mesra Belia DUN Samariang


SAMARIANG  27 April – Hampir 200 orang belia turut serta dalam Program Sembang Mesra Belia DUN Samariang anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang juga turut dibantu oleh Pemuda PBB N.7 Samariang.



Pelaksanaan program telah diadakan di rumah Encik Awang Khairuddin Bin Awang Buang yang merangkap Ketua Pemuda PBB Ranting Astana Lot. Turut hadir ialah Encik Syed Zaid Bin Wan Asnawi Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching, pegawai-pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching dan juga turut disertai Exco Pemuda PBB N.7 Samariang.

Kemeriahan jelas kelihatan di perkarangan lokasi pelaksanaan program disebabkan ianya diselenggarakan oleh belia-belia yang hadir. Peningkatan jumlah kehadiran belia yang hadir juga meningkat dari semasa ke semasa sehingga menyebabkan perkarangan rumah menjadi penuh. Namun segalanya terkawal kerana persiapan program telah dirancang sangat rapi sekali.



Sebagai pembuka majlis, lagu “Biarlah Bulan Bicara”   didendangkan sambil diiringi persembahan live band oleh belia setempat. Persembahan berbakat mereka  telah menghiburkan para tetamu yang hadir. Selepas itu sesi ucapan alu aluan disampaikan oleh Encik Awang Khairuddin Bin Awang Buang, Ketua Pemuda PBB Ranting Astana Lot.

Di dalam ucapannya, beliau telah memperkenalkan sedikit sebanyak kepada tetamu yang hadir tentang perkembangan belia di kawasan Astana Lot. Menurut beliau, belia-belia kawasan setempatnya sangat aktif dalam aktiviti sukan, aktiviti kesenian dan kebudayaan, disamping ada di antara mereka sanggup menyumbang bakti walaupun sudah bekerja.

Tambah beliau lagi, ini semua kerana semangat keakraban dikalangan belianya yang telah wujud. Inisiatif ini adalah hasil usaha berterusan pemimpin belia setempat, ujarnya. Galakkan dari segi moral, dorongan serta menyokong penuh aktiviti yang direncanakan belia setempat juga antara medium pendekatan terbaik yang telah diguna pakai oleh beliau. Hasil daripada usaha itu, belia-belia di kawasan beliau telah menubuhkan beberapa persatuan aktif seperti Kaulsar iaitu kelab sukan. Antara lain, kelab kesenian dan kebudayaan juga turut ditubuhkan.

Selain berjaya menggerakkan golongan belia untuk aktif, kelab-kelab yang telah ditubuhkan juga telah berjaya di dalam pelbagai pertandingan sehingga ada di antara belia telah menempah nama. Sekaligus, meningkatkan semangat kesukanan, semangat berpasukan, dan perpaduan dikalangan belia juga semakin erat.

Dalam ucapan yang penuh bersemangat itu, beliau turut memaklumkan bahawa gerakan kepimpinan kampung sudah mempunyai cadangan untuk menubuhkan lagi persatuan. Persatuan yang dicadangkan untuk ditubuhkan ialah Persatuan Rekreasi dan Sosial Astana Lot.

Di samping memperkenalkan belianya dan juga menerangkan perancangan di masa kelak, beliau juga turut mengulas beberapa isu di kawasan setempat berkenaan kerosakkan gelanggang takraw yang memerlukan perhatian serius dan juga masalah dewan masyarakat. Tambah beliau lagi, kedua-dua isu berkenaan telah dibawa ke pengetahuan wakil rakyat.

Menurut beliau lagi, kedua-dua isu berkenaan mendapat perhatian wakil rakyat dimana kos membaik pulih infranstruktur dewan sebanyak RM20,000 telah disumbangkan oleh Yang Berhormat Sharifah Hasidah Binti Sayeed Aman Ghazali. Manakala kos untuk membaiki kerosakkan gelanggang takraw telah ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya. Beliau menambah, kedua-dua prasarana berkenaan penting dalam menggalakkan belia membuat aktiviti sebagai contoh gelanggang takraw untuk aktiviti sukan dan dewan masyarakat pula, untuk aktiviti kesenian dan kebudayaan.

Selesai sahaja ucapan daripada Encik Awang Khairuddin Bin Awang Buang, majlis dialog diteruskan dan telah dipengerusikan oleh Encik Syed Zaid Bin Wan Asnawi.


Antara intipati dialog yang pertama dipohon oleh belia setempat ialah Gelanggang Futsal. Mereka memohon gelanggang adalah disebabkan ketiadaan kemudahan sukan itu  di tempat mereka. Tambah mereka juga, selain daripada bermain sepak takraw mereka juga turut aktif bermain futsal.



Pemohonan seterusnya, memohon diberi kelengkapan latihan sukan seperti bola, kon-kon, dan pelbagai lagi peralatan sukan memandangkan mereka kerap menyertai aktiviti sukan komuniti. Dengan adanya kelengkapan tersebut, persediaan rapi dan prestasi atlet mereka juga mampu dipertingkatkan.

Antara lain yang dipohon ialah, aksesori kelengkapan kebudayaan untuk tarian dan juga kelengkapan alat-alat muzik. Dalam pada itu, mereka juga turut memohon sebuah pusat kegiatan kebudayaan untuk mereka menjalankan latihan tarian dan aktiviti seni yang lain.



Kesemua pemohonan daripada mereka mendapat perhatian Pegawai Belia dan Sukan yang hadir pada malam itu. Setelah tamatnya sesi dialog, majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan barbeque sambil turut disajikan dengan persembahan live band daripada belia-belia yang berbakat.








No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA