DUN PAKAN - Kawasan
Pakan yang berada di dalam kawasan Parlimen Julau telah melaksanakan Program
Sembang Mesra Belia. Program yang dianjurkan pada waktu petang itu telah
diadakan di Rumah Panjang Empi Tanjung Pakan. Antara tetamu yang hadir ialah
Encik Johari Abdullah Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, hadir
bersama ketika itu ialah Encik Empi Anak Daeng Tuai Rumah Panjang berkenaan.
Penyertaan belia setempat adalah seramai 55 orang.
Sesi dialog kemudiannya mengambil tempat dimana belia di kawasan
berkenaan telah mengemukakan pelbagai permohonan seperti memohon pembinaan
gelanggang futsal. Penulis difahamkan belia setempat sangat aktif menjalankan
aktiviti sukan. Sebab itu, memiliki prasarana sukan berkenaan sangat diperlukan
mereka.
Dalam pada itu juga, mereka turut memohon kepada pihak
berwajib untuk menaik taraf gelanggang sepak takraw yang dikatakan sudah uzur.
Keadaan ini, ujar mereka boleh mendatangkan kecerderaan jika kemudahan sukan
berkenaan diteruskan penggunaannya tanpa diselenggarakan dengan baik.
Bagi kaum wanita pula, mereka memohon untuk diberikan
latihan asas memasak.
Isu memeliki pekerjaan juga disentuh. Menurut mereka,
kekurangan peluang pekerjaan telah mengakibatkan ramai diantara mereka masih
lagi mengganggur. Mereka menjelaskan bahawa, memiliki kerjaya sehingga
memperolehi pendapatan tetap, mampu menjamin kehidupan yang lebih berkualiti. Tambah
mereka, kehidupan yang mereka hadapi kini sangat mencabar kerana kesemua
keperluan asas kehidupan memerlukan nilai ringgit. Disamping itu, mereka
semakin dibebani kesan kenaikan harga barangan keperluan asas dan lain-lain,
jelas mereka.
Mereka juga memohon pihak berwajib untuk memikirkan apakah
langkah terbaik bagi menyelesaikan isu kekurangan peluang pekerjaan
memandangkan kenaikan harga barang yang membebankan.
Disebalik itu, ada juga diantara mereka berminat untuk
memulakan perniagaan. Jadi mereka memohon supaya diberi suntikkan modal untuk membeli
mesin membuat parang dan sumpit. Jika bantuan berkenaan disumbangkan,
perusahaan pembuatan parang dan sumpit berjaya direalisasikan selain
menggalakkan daya saing industri kecil dan sederhana. Perusahaan sedemikian
akan memberi pulangan lumayan kepada pengusahanya, selain industri ini juga
mampu membuka peluang pekerjaan kepada belia setempat yang mengganggur, kata
mereka.
Luahan belia setempat antara lainnya ialah, belia setempat
terkilan disebabkan kelibat wakil rakyat ADUN dan Ahli Parlimen di kawasan
mereka hanya dilihat pada waktu proses pengundian sahaja. Keadaan ini
menyebabkan masalah yang mereka hadapi tidak mendapat perhatian yang
sewajarnya. Ujar mereka lagi, wakil rakyat seharusnya kerap menjenguk rakyat
supaya mengetahui apakah yang mereka perlukan. Komitmen wakil rakyat di kawasan
berkenaan harus segera diperbaiki supaya kebajikan rakyat terjamin.
Dari sudut pembangunan pula sangat menyedihkan Penulis,
mereka memaklumkan bahawa jalan perhubungan dari Rumah Panjang masih lagi belum
berturap sejak dari dahulu lagi. Usaha untuk menaikkan kemudahan asas pula, seperti
elektrik dan air bersih dilaporkan belum dilaksanakan. Buktinya, beberapa rumah
panjang masih lagi menggunakan bantuan generator untuk menghidupkan lampu.
Mengenai bekalan air bersih pula, penulis difahamkan perkara berkenaan telah
dipohon namun sehingga sekarang tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak
berwajib. Ini bukan lagi sekadar isu ketinggalan, malah mereka telah diabaikan sejak
dahulu lagi.
Isu berkenaan telah menjadi sesi dialog terakhir yang
dibahaskan oleh belia setempat. Program kemudiannya diteruskan dengan aktiviti
karaoke dan barbeque.
Penulis menyokong cadangan belia setempat yang mahu
mewujudkan perusahaan idustri kecil dan sederhana di kawasan setempat mereka. Disamping
menggalakkan orang bumiputera di bumi Kenyalang menceburi bidang perniagaan.
Kesemua keluh kesah belia setempat yang telah diluahkan
ketika sesi dialog ada diantaranya menggusarkan penulis, jadi penulis sangat terkesan
menegaskan bahawa beberapa isu kritikal yang dikatakan hampir nazak perlu
diberi perhatian, malah tindakan segera juga harus diambil.
Rakyat di
Dahulukan, Pencapaian di Utamakan
No comments:
Post a Comment