Friday 27 April 2012

Sembang Mesra Belia DUN Bukit Bengunan



Bukit Bengunan – Sembang Mesra Belia kali ini bertandang ke Sri Aman, Sarawak. Ianya diadakan di dalam kawasan DUN Bukit Bangunan. Bertempat di Padang Rumput, Sri Aman dan telah berlansung pada 29 Mac yang lalu.

Program Sembang Mesra ini telah dihadiri oleh Encik Wilton Lumpoi Pegawai JASA Sri Aman, Encik Jassie Bintoh Ketua Pemuda PRS, dan pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman. Kehadiran belia-belia kampung seramai 96 orang yang terdiri daripada kaum bumiputera dan melayu telah memeriahkan lagi program ini.

Program dimulai dengan ucapan oleh Encik Wilton Lumpoi iaitu Pegawai JASA Sri Aman. Di dalam ucapannya beliau telah memberi amanat dan nasihat kepada belia-belia yang hadir ketika itu. Selesai sahaja ucapan, majlis dialog bersama belia kemudiannya mengambil tempat.

Antara isu yang dibangkitkan belia di kawasan berkenaan ialah isu berkenaan sukan dan isu belia setempat. Isu berkenaan sukan dimana mereka mengemukakan cadangan untuk memohon pembinaan gelanggang futsal dan takraw. Selain daripada memohon pembinaan prasarana sukan berkenaan, mereka juga turut memohon supaya diberi peruntukkan kewangan bagi membolehkan mereka menganjurkan pertandingan. Antara pertandingan yang dicadangkan untuk diacarakan ialah futsal dan sepak takraw.

Aktiviti lain yang dipohon selain daripada aktiviti sukan, mereka juga turut menggesa Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman untuk menganjurkan program serta kursus yang berkaitan belia di kawasan mereka pada masa akan datang. Tambah mereka lagi, PBS juga harus memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti mana-mana program belia yang bakal dianjurkan.

Belia di kawasan berkenaan juga turut menyentuh isu kekurangan kemudahan awam di tempat mereka. Ketiadaan kemudahan awam seperti dewan masyarakat dan balai raya telah menyukarkan mereka untuk mengadakan sebarang aktiviti. Oleh disebabkan itu, mereka memohon sepenuhnya kepada pihak berwajib supaya dapat memberi kemudahan berkenaan kepada mereka.

Isu kurangnya peluang pekerjaan di kawasan setempat turut disentuh oleh mereka. Ini kerana, ramai di antara mereka telah melakukan penghijrahan ke kawasan Bandar. Tujuannya  untuk mencari peluang pekerjaan. Hal ini sebenarnya telah membeban mereka dimana terpaksa menanggung kos ulang alik dari bandar ke kampung yang meningkat saban hari. Selain dibebani kos pengangkutan ulang alik, mereka juga turut menanggung kos sewa rumah, makan minum, dan pelbagai lagi kos yang lain ketika mereka bekerja di Bandar.

Jadi disebabkan itu, mereka memohon jasa baik pihak wajib untuk menambah peluang pekerjaan di pelbagai sektor yang berdekatan dengan kampung mereka. Langkah ini sekaligus dapat mengurangkan penghijrahan belia setempat ke bandar dan langkah ini juga mampu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka selama ini.     

No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA