Friday, 27 April 2012

Apa itu Perhimpunan BERSIH dan apa Pembangkang mahu??? Wajib Baca!


Pelbagai Siri BERSIH Akan Menjelma Selagi Putrajaya Tidak Ditakluki


Artikel ini dipetik daripada http://www.suaragenerasibaru.com/ sebuah wadah perjuangan Penulis Blog seluruh Malaysia yang berjuang menegakkan Kebenaran dan Ketelusan.


BERSIH 3.0 yang bertemakan Duduk Bantah! akan dijalankan pada 28 April ini dengan membawa lapan tuntutan yang sama dengan siri BERSIH sebelumnya. Apa yang kita ketahui mengenai intipati tuntutan mereka pada siri kali ini ialah :
Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor
Persoalan yang seharusnya timbul dalam fikiran rakyat Malaysia ialah adakah pemimpin-pemimpin pembangkang itu sendiri BERSIH? Mereka sepatutnya berfikiran profesional dengan mengunakan saluran yang betul untuk membantah sesuatu perkara. Malahan kerajaan sendiri telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) yang dianggotai juga oleh wakil-wakil dari pihak pembangkang.
Pada 19 April yang lalu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan lima tuntutan yang diberikan perhatian iaitu :
Bersihkan senarai undi-SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi.  SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama. 
Reformasikan Undi Pos -Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan.  Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini. 
Gunakan Dakwat Kekal-Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal 
Akses Media yang Bebas dan Adil -SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding.   Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili. 
Tempoh Kempen Minima 21 Hari -Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.

Jelas, lima dari tuntutan BERSIH telah pun diberi perhatian  sementara tuntutan bersifat umum iaitu; 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor, telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang.   Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.
Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap. Semuanya berjalan dengan lancar dan professional. Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.
Dari satu segi atau dari segenap segi, BERSIH itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula BERSIHingin menuntut agar politik kotor dihentikan?  BERSIH didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah.  Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi BERSIH2.0.
Jika benar sistem pilihanraya di Malaysia tidak BERSIH, bagaimana pula mereka dapat menakluki lima negeri sebelum ini? Cuba anda fikirkan, jika benar sistem pilihanraya di negara tidak BERSIH dan SPR pula dikawal oleh Barisan Nasional seperti yang didakwa mereka, percayalah tidak akan Barisan Nasional akan lepaskan semua negeri terutamanya Selangor ke tangan pembangkang.
Malahan Anwar Ibrahim sendiri berkata bahawa beliau yakin BN tidak akan berjaya merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat. Itu menunjukkan keyakinan beliau kepada sistem pilihanraya kita yang BERSIH.
Sudah terang lagi bersuluh! Mereka sengaja mahu menganjurkan perhimpunan BERSIH ini dengan tujuan untuk menakluk pemikiran rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh dengan pembohongan dari mereka. Sedangkan kenyataanya ialah sistem pilihanraya kita adalah 100% BERSIH.

Renung-renungkan.

No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA