Tuesday 24 April 2012

LGBT : Umpan Anak Ikan Guna Android






Lelaki jika kemana-mana dan terserempak wanita cantik pasti akan menjeling. Bukan sahaja menjeling bahkan kepala juga mampu dipusing sehingga 90 darjah!. Berpeluang melihat wanita cantik secara HD (high definition) di depan mata sudah dikira rezeki dan hari berkenaan di anggap bertuah baginya. Bagi yang berani sudah pasti senyuman akan dilemparkan tanda ingin berkenalan. Walaupun perbuatan berkenaan boleh menyebabkan kaum hawa melabel lelaki sebagai gatal ianya masih lagi dapat diterima. Tetapi konsep pandang pandang jeling jeling ini antara arjuna dan arjuni saya tafsirkan normal kerana ianya fitrah manusia. Sebab itu kita kena menjaga mata, kerana dari mata boleh turun ke hati. Normal, sihat, betul, sehingga agama pun tidak menolak lelaki dan perempuan menjalinkan hubungan tetapi biarlah ianya terbatas dan tidak pula terlebih.

Tetapi zaman sekarang ini, sudah timbul pula fenomena pelik dimana lelaki mengorat lelaki!. Setiap kali berjalan untuk bersiar sudah pasti kita akan terserempak lelaki lembut yang berjalan dengan budak lelaki berwajah jambu. Adakah mereka ini berpasangan? Ataupun sekadar kawan? Fenomena ini mengundang persoalan minda masyarakat negara kita. 

Dahulunya kita hanya mengetahui lelaki yang menyerupai perempuan adalah pondan ataupun bapok. Tetapi sekarang tidak, lelaki lembut ini menggunakan baju yang sama seperti lelaki lain sehingga kita sukar mengenal pasti sebenar identiti mereka. Untuk melabel semua lelaki lembut adalah gay adalah tidak patut, kerana ada juga lelaki lembut ini mendirikan rumahtangga bersama perempuan dan mempunyai zuriat.

LGBT terus menjadi fokus di media massa perdana kerana gejala ini dilihat semakin berkembang. Bukan sekadar menjadi fokus media, isu ini turut menjadi tajuk perbualan di kedai-kedai kopi. Hasil perbualan dan perkongsian seorang rakan telah menceritakan pengalaman beliau menjadi “anak ikan”. Saya kemudiannya bertanya, apakah yang dimaksudkan anak ikan?. Rupa-rupanya anak ikan ialah gelaran kepada budak lelaki yang “dipelihara” oleh lelaki gay. Lelaki gay? Salah satu gejala di dalam huruf akronim LGBT. Gay adalah merujuk golongan lelaki yang sukakan lelaki, kelakuan yang melawan fitrah manusia. Gejala ini dilihat muncul kembali di negara Uncle Sam pada zaman 70an dahulu dan berkembang sedikit demi sedikit sehingga ke Asia Tenggara.

Saya kemudiannya bertanya kembali, mengapa rakan saya itu boleh terjebak dengan mereka. Rakan saya menjawab segalanya bermula hasil perkenalan melalui telefon. Pada mulanya berkawan, penghujungnya jadi pula isu “kawan mengawan”. Perwatakkan gay berkenaan digambarkan seorang lelaki yang lembut, bercakap penuh sopan, ada gaya, bergaji besar sehingga mampu memiliki mobiliti dan kediaman selesa. Rakan saya itu diumpan dengan pemberian hadiah-hadiah mewah seperti komputer riba, pakaian, telefon selular, dan wang saku. Kalau difikirkan akal, pemberian itu mestilah kita akan terima kerana di dunia ini sukar untuk kita berjumpa manusia sebaik itu.

Manusia baik???

Rupa-rupanya pemberian itu semua adalah pelaburan. “Ada udang di sebalik batu “Yang gay itu mahu sebagai balasan adalah tubuh badan untuk dijadikan santapan. Boleh berdiri bulu tengkuk bila kita menggambarkan situasi berkenaan. Ini kerana perbuatan berkenaan adalah jelik serta menjijikkan. Golongan gay ini mensasarkan budak lelaki yang berwajah jambu, polos, kacak, tampan, lurus, mahu bergaya tapi tidak berduit, dan tubuh badan yang menarik. Kebanyakkan mereka yang menjadi anak ikan adalah remaja yang berada di sekolah menengah dan university. Disebabkan mahu tampak bergaya, berharta serta poket tebal golongan remaja ini telah terjerat. Ini bermakna, tiada benda yang percuma di dunia ini. Rakan saya itu terjerat akibat desakan hidup di Universiti yang memerlukan belanja besar untuk menampung kehidupannya. Mujurlah beliau berjaya melepaskan diri dari gay berkenaan setelah tamat pengajian dan sekarang mempunyai karier untuk hidup.

Yang terbaru ketika saya membelek belek akhbar perdana, android pula dijadikan umpan. Gadjet terbaru di pasaran yang menjadi perhatian. Memelikinya sudah pasti ada yang menjeling kerana harga alat elektronik itu bukannya seringgit dua. Berjaya memelikinya sudah boleh tersenyum puas. Tapi jangalah pula sampai kita menjadi riak sehingga mahu menunjuk nunjuk. Sikap inilah telah menyebabkan ramai remaja menjadi mangsa rakus seksual lelaki gay. Kerana mahu memiliki android tubuh badan sanggup digadai. Berfikiran terlalu singkat memakan diri. Taktik memberi sesuatu dengan tujuan mahu mendapatkan habuan adalah cara memanipulasikan. Remaja kita telah dimanipulasikan dengan materialistik serta wang ringgit sehingga kelabu mata itu adalah fakta.

Tindakan golongan gay ini ternyata menambah kesan buruk terhadap masalah sosial remaja. Isu remaja kita di arus perdana sekarang, bukan sahaja melibatkan kelakuan bahkan moral mereka juga turut sedikit demi sedikit rosak. Dulu kes buang anak, sekarang pula budak lelaki menjadi songsang. Songsang kerana telah di tunggang terbalik.

Perlu kita ingat, golongan gay bukan golongan cetek akal fikiran, mereka rata-ratanya golongan elit. Berpelajaran tinggi serta berjawatan besar, sebab itu mereka kaya. Jadi “perangkap” yang mereka pasang adalah yang terbaik. Sebab itu bukan sekadar perangkap mangsa, mereka juga mempunyai strategi berkesan. Kejar mangsa sehingga jatuh kedalam perangkap dan ikat mereka dengan kemewahan.

Oleh sebab itu, marilah bersama-sama kita menyokong usaha yang dilakukan kerajaan untuk membendung gejala yang tidak sihat ini supaya tidak menjadi penyakit di dalam masyarakat.
Saya tegaskan LGBT tidak seharusnya berada di Malaysia dan ianya bukan budaya orang timur. Usah kita persamakan mahupun cedok segala-galanya dari barat yang nyata dan sahih kita lihat akhlak masyarakatnya runtuh. Walaupun negara barat membenarkan golongan LBGT ini berkahwin atas dasar hak kebebasan bersuara di negara yang mengamalkan demokrasi, ianya lansung tidak sesuai untuk negara Islam contoh seperti negara kita.

Demokrasi jangan di salah ertikan. Memanglah kita berhak menyuarakan pendapat serta mendapat kebebasan tetapi membenarkan LGBT berkembang di negara ini tidak akan membawa kebaikan. Malah masalah kekeliruan identiti pula yang berlaku. Selain itu, masyarakat kita tidak akan berkembang disamping keruntuhan akhlak golongan muda yang serius. Sebagai contoh logic, tidak akan ada pengusaha ladang ternakan ayam yang menternak ayam jantan sahaja sudah pasti tiada telur di reban itu! selain penternak berkenaan mengalami kerugian disebabkan kepupusan ayam.

Umat manusia pupus kerana LGBT? Satu mimpi ngeri. Kita dikurniakan akal fikiran oleh Allah S.W.T seharusnya bijak serta pandai menilai buruk dan baiknya sesuatu perkara. Sedangkan binatang tidak mempunyai akal, tidak pula mahkluk ini melakukan aktiviti seks songsang. Jadi, janganlah kita menjadi lebih hina daripada binatang sedangkan binatang tidak pula berkelaluan seperti itu.
Natijahnya, jika ada di antara kita sudah tersasar daripada landasan sebenar, masih belum terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan. Renungan buat bersama. Salam 1 Belia!!! Cegah LGBT sebelum negara pula jadi tunggang terbalik.

1 comment:

  1. Nahhhh..umat manusia tidak akan pupus,tidak akan berkurangan..bukan semua orang gay..analogi saudara juga salah..

    ReplyDelete

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA