KUCHING – Promosi Sambutan Hari Belia Negara 2012 telah
dilaksanakan di Perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada 21
April, Sabtu yang lalu. Antara yang hadir di majlis pelancaran berkenaan ialah
Encik Wan Ramli Bin Wan Daud Setiausaha Bahagian Sumber Manusia Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia, Tuan Haji Razali Bin Mohamad Timbalan Pengarah Belia
dan Sukan Negeri Sarawak, pegawai-pegawai Belia dan Sukan Negeri, anak-anak
yatim daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga pelatih-pelatih Tunas
Bakti Kuching.
Promosi yang berlansung seawal 8 pagi sehingga 5 petang itu
telah dihadiri seramai 500 orang pengunjung. Antara pengisian di dalam promosi
berkenaan seperti Pertandingan Fotografi, Liveband, Car Booth Sale, Gerai-gerai
Jualan, Autoshow yang menghimpunkan 25 buah kereta 10 kereta antik dan 15 buah
kereta proton daripada Kelab BLM, pameran daripada Kelab Scooter, Pocket Bike,
Pertandingan Gymkhana, Pertandingan Bikeshow, Latihan Renang untuk anak-anak
yatim dan Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak kategori (5-6 tahun) dan (7-9
tahun).
|
Antara gerai jualan yang mengambil bahagian |
|
Sesi Senamrobik |
|
Gerai-gerai jualan |
|
Encik Wan Ramli Bin Wan Daud ketika menyampaikan ucapan. Turut kelihatan ialah Tuan Haji Razali Bin Mohamad. |
|
Upacara perasmian dengan memotong reben sebagai tanda simbolik perasmian Promosi Sambutan Hari Belia. |
|
Belon perasmian telah dilepaskan. |
|
Encik Wan Ramli Bin Wan Daud turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri Bigbike. |
|
Bikeshow. |
|
Pameran Kereta Antik |
|
Kelab Proton BLM |
Pameran Scooter
|
Pertandingan Gymkhanna |
|
Pocket Bike |
|
Persembahan Live Band |
|
Latihan Asas Renang bersama anak-anak yatim. |
|
Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak. |
No comments:
Post a Comment