Thursday 26 April 2012

ISU PTPTN.ARTIKEL YANG TERBAEKKK!!!


Pembiayaan Pendidikan PTPTN: Perlu Transformasi 

Penulis : SGB Selangor Abu Mundzir




Adalah perlu dimaklumi bahawa perlaksanaan pembiayaan pendidikan PTPTN dengan pengenalan ‘ujrah’ atau upah sebanyak 1% setahun atas kadar rata (flat rate) ini adalah bagi menggantikan kaedah pinjaman sedia ada yang mengenakan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun.
Kaedah baru ini adalah selaras dengan Syariah Islam sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 28 Julai 2008. Kaedah ini juga telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 6 Ogos 2008.
Terdapat beberapa pihak yang kini dilihat cuba untuk menghapuskan caj 1% yang dikenakan kepada peminjam pinjaman berkenaan yang telah bermula berkuatkuasa pada jun 2008. Tidak dinafikan bahawa tindakan menghapuskan caj upah berkenaan pastinya akan mengembirakan mereka yang sudah dan sedang meminjam pinjaman tersebut, akan tetapi adakah itu merupakan sesuatu yang baik serta sesuai dengan iklim ekonomi di Negara kita.
Perlu juga kita ketahui bahawa caj 1% itu adalah perlu bagi menampung kos perbelanjaan penggurusan serta pembayaran gaji kira – kira 2000 orang kakitangannya setiap bulan. Bagi sesebuah organisasi yang menguruskan pinjaman, penggurusan yang effektif serta mempunyai tenaga kerja yang berkualiti, berkelayakan serta mencukupi adalah amat diperlukan bagi menjamin kelancaran urusan pentadbiran.
Cuba kita bayangkan jika PTPTN hanya mengenakan bayaran balik pinjaman hanya berdasarkan apa yang dipinjam oleh pelajar, oleh itu sudah pasti Kerajaan melalui Kementerian Penggajian Tinggi terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak setiap tahun bagi menanggung kos – kos pentadbiran yang mencecah jutaan ringgit kerana PTPTN merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian terbabit. Oleh itu ianya boleh dianggap suatu pembaziran kerana dengan peruntukan sebanyak itu dapat digunakan bagi manfaat kepada mereka yang lebih memerlukan.
Sepatutnya kita semua bersyukur kerana caj PTPTN sudah berubah daripada faedah yang agak tinggi sehingga 5% kepada hanya 1%, daripada sistem konvensional yang sudah jelas tergolong dalam pengamalan amalan riba yang diharamkan oleh Allah S.W.T, kepada sistem Syariah yang disuruh untuk diikuti dan dijadikan panduan dalam menjalankan aktiviti muamalah diatas muka bumi ini.
Oleh itu, sebagai manusia, kita harus sentiasa bersyukur serta tidak hanya mementingkan diri sendiri hingga menyebabkan kemaslahatan golongan hamba rakyat yang teramai tergugat serta tidak mendapat keadilan sepatutnya.
Kepada pihak – pihak yang berkeras untuk menghapuskan caj upah tersebut, seruan penulis agar mereka pergi cuba mencari mana – mana agensi yang memberi pinjaman terutama pinjaman pelajaran yang langsung tidak mengenakan sebarang caj jika ada di bumi Malaysia ini untuk dijadikan perbandingan serta digunakan untuk menyokong hujah – hujah mereka tentang pemansuhan tersebut.
Jika tidak, mereka juga boleh mewujudkan sebuah agensi yang mampu serta sudi memberi pinjaman tanpa apa – apa caj sama ada yang tersembunyi atau tidak kepada masyarakat supaya mereka dapat merasai bagaimana ingin menjalankan perkhidmatan tanpa sebarang upah yang sepatutnya digunakan untuk menampung kos – kos pegurusan. Penulis pasti akan menjadi orang pertama yang akan menjadi pemohon pinjaman tersebut.
Akhir kata, daripada bercadang untuk memansuhkan caj pengurusan dan memansuhkan terus pinjaman PTPTN, ada baiknya jika pihak – pihak berkenaan cuba merancang serta mencadangkan kaedah – kaedah lain yang lebih baik serta adil dalam menangani permasalahan ini supaya situasi menang – menang kepada pihak kerajaan, pelajar serta rakyat terbanyak yang lain dapat dicapai.
Dengan semangat serta kesungguhan Perdana Menteri dalam melaksanakan belbagai program transformasi ketika ini, maka eloklah sistem pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) ini juga ditransformasikan agar beberapa penambahbaikan boleh dilaksanakan supaya tidak menganiaya mana – mana pihak.
Bak seperti kata pepatah, yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang.

Rasional Antara Mahasiswa dan Politik Negara 

Penulis : Warisan Bonda

Sejak kebelakangan ini dilihat ramai golongan mahasiswa yang begitu memberikan perhatian dalam isu politik tanahair. Tidak ketinggalan juga segelintir dari mereka yang mengambil keputusan untuk mendesak malahan ada yang telah ‘terjun’ untuk bersama-sama memainkan peranan dalam pentas politk.
Antara isu yang dibawa antaranya melahirkan penegasan agar AUKU dimansuhkan hinggalah kepada mendesak kerajaan untuk memansuhkan PTPTN. Tidak dinafikan pembabitan dan sumbangan mahasiswa dalam politik tanah air suatu ketika dulu telah melahirkan ramai pemimpin muda dan berkaliber, namun apa yang perlu di ingat zaman sudah berubah.
Negara bukan lagi menentang penjajah atau ketidakseimbangan sosial atau ekonomi seperti dulu. Malah perjuangan ahli politik ketika ini juga bercampur baur antara tanggungjawab terhadap rakyat serta tuntutan kepentingan politik masing-masing.
Dalam hal ini, mahasiswa perlu membuktikan dan menunjukkan justifikasi dan tahap kewajaran untuk mereka agar diberi peluang terbabit dalam politik. Ahli politik kerjanya berpolitik sepenuh masa. Guru yang dibenar berpolitik juga memiliki tugas hakiki dan mereka sudah berada pada kedudukan kukuh dari segi kerjaya mahupun pemikiran yang lebih matang.
Bagi mahasiswa pula kerja utama mereka ialah belajar dan selagi tidak menggenggam ijazah, mereka belum boleh berasa selamat dan bebas untuk melangkah dari alam menara gading ke dunia kehidupan nyata yang penuh dengan liku dan cabaran.
Namun, hal ini tidak bermaksud mahasiswa tidak boleh menyumbang kepada kelangsungan pembangunan negara melalui pembabitan dalam politik. Kita percaya kelompok anak muda ini memiliki idea dan daya kreativiti yang boleh diketengahkan dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang betul.
Apa yang penting ialah kewarasan pemikiran dan kematangan bertindak, di samping kebijaksanaan menyatakan pendirian, hujah serta kemampuan membahagikan masa antara akademik dan politik, dilihat antara inti pati formula yang perlu dimiliki mahasiswa andai mahu aktif berpolitik.
Jika elemen ini mampu diterjemahkan, maka rasional untuk mereka berpolitik ada kewajarannya. Dan yang paling utama statistik mereka yang lulus dengan cemerlang atau setidak-tidaknya berjaya menamatkan pengajian perlu ada peningkatan. Ini kerana barulah negara ini dapat diwariskan kepada golongan anak muda agar dapat memacu negara kearah yang lebih baik.
Apa yang diharapkan, semoga keputusan kerajaan untuk meminda AUKU bagi memenuhi aspirasi dan suara generasi orang muda dapat digunakan dengan penuh kematangan dan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA