Thursday 26 April 2012

ISU LGBT! Wajib Baca!


LGBT : Dampingi Belia Untuk Menolak Kewujudannya Di Malaysia 

Penulis : Anak Merdeka




Membaca kisah teladan tentang balasan Allah terhadap kaum Nabi Luth membuatkan penulis terfikir perkara yang sama mungkin akan menimpa kita satu hari nanti sekiranya gejala LGBT yang sedang diperjuangkan untuk dihalalkan di negara kita ini menjadi kenyataan.
LGBT adalah singkatan kepada ‘Lesbian, Gay, Biseksual and Transgender’ di mana keempat-empat perkara yang terdapat di dalam rangkuman LGBT itu merupakan perkara yang melampaui norma kehidupan manusia normal. Ia juga merupakan perbuatan yang dilaknat Allah.
Sukar untuk kita mengetahui kecenderungan seks seseorang individu itu. Ada kalanya seorang lelaki yang kelihatan normal pada pandangan mata kasar, bertubuh tegap dan ‘macho’ namun di sebaliknya, beliau merupakan seorang yang mempunyai keinginan terhadap kaum sejenisnya.
Begitu juga lelaki yang kelihatan lembut, mempunyai raut wajah yang ’jambu’, suka kepada aktiviti kewanitaan seperti memasak dan mengandam. Seringkali kita akan menganggap mereka semua menyukai hubungan sesama jenis, namun sebenarnya hanya segelintir sahaja yang bersikap begitu.
Relevankah LGBT dihalalkan di negara kita? Persoalan ini sebenarnya tidak patut ditanya kerana seluruh rakyat Malaysia sudah tahu budaya tersebut tidak sesuai untuk masyarakat Malaysia.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama, dan menjunjung Islam sebagai agama rasmi, budaya songsang tersebut tidak harus dibiarkan menular di negara kita. Bahkan ia tidak sepatutnya dibiarkan bertapak sekalipun di sini.
Bagaimana hendak menyelesaikan masalah sosial seperti seks bebas yang berlaku di kalangan belia kita hari ini sekiranya masih ada golongan yang berpengaruh yang mempunyai kecenderungan terhadap LGBT ini? Golongan ini sanggup pula menganjurkan program seumpamanya yang sudah pasti menarik minat para belia.
Adakah ini salah satu tektik Pakatan Pembangkang untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak pandai menguruskan masalah sosial di kalangan belia dan seterusnya gagal menguruskan kebajikan negara? Ataupun adakah ini sebagai tektik untuk menarik sokongan golongan belia terhadap mereka?
Penulis berpendapat, golongan belia ini adalah golongan sasaran yang sangat-sangat penting untuk didekati dan didampingi. Golongan ini mahukan pendapat dan pandangan mereka didengari oleh semua. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mendengar pandangan mereka dan mendampingi mereka supaya mereka tidak terpengaruh oleh tektik Pakatan Pembangkang.

No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA