Friday 11 May 2012
Wednesday 9 May 2012
BELIA : Jadikan Bidang Perniagaan Sebagai Kerjaya Pilihan.
Kuching, Unit Pembangunan Sosioekonomi di Jabatan Belia dan
Sukan Negeri Sarawak baru-baru ini telah menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan
Peringkat Negeri 2012 pada 4 hingga 6 Mei yang lalu.
Kursus yang dijalankan selama 3 hari itu telah diadakan di
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan telah disertai 50 orang belia
tempatan.
Menggunakan kaedah “mengalami dan memahami” melalui aplikasi dan simulasi perniagaan. Pendekatan ini dianggap mudah dan berkesan kerana belia dan usahawan belia boleh memahami konsep-konsep perniagaan melalui penglibatan aktif percambahan minda, tugasan, pelaksaan perancangan, pelan pemasaran dan kewangan, pengawasan dan penambahbaikkan perniagaan.
TEKUN ... Peserta Kursus Asas Keusahawanan sedang menyiapkan tugasan yang diberi. |
MEMBERI PERHATIAN ... Peserta Kursus fokus ketika sesi ceramah keusahawanan berlangsung. |
KERJASAMA ... Peserta kursus turut diberi tugasan di dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah selain mengeratkan hubungan silaturahim diantara peserta. |
BERKONGSI PENGALAMAN ... Penceramah jemputan sedang menyampaikan syarahannya mengenai bidang perniagaan kepada peserta kursus. |
Kursus yang memantapkan lagi ilmu keusahawanan ini, sangat
jelas dalam memberi pelbagai pendedahan kepada peserta. Ianya juga sebagai satu
usaha membentuk usahawan yang bertanggungjawab dalam aspek pengurusan kewangan
dan pengurusan perniagaan. Sehingga mampu mewujudkan jaringan hubungan dan
kerjasama antara usahawan dan perkongsian perniagaan. Objektifnya, supaya
golongan belia lebih yakin untuk menjadikan bidang perniagaan sebagai kerjaya
pilihan yang menjamin masa depan.
Hal ini kerana, belia yang menceburi bidang perniagaan berfungsi menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Belia yang kreatif serta berinovatif dalam bidang perniagaan dilihat mampu membuka peluang baru. Keadaan ini secara tidak lansung menyumbang kepada bahagian perkhidmatan dan produk yang memenuhi kehendak pelanggan.
TAHNIAH ... Tuan Haji Razali Bin Mohamad menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus pada majlis penutupan di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. |
Monday 7 May 2012
Sarawak Intai Johan Paralimpik 2012 Di Pahang
Ahad, 6 Mei 2012. Negeri Sarawak berhasrat untuk terus
mengungguli sebagai johan di Kejohanan Paralimpik Ke-10 di Pahang dalam bulan
Oktober nanti.
Ahli Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi ADUN N.4
Pantai Damai berkata, tidak mustahil untuk Negeri Sarawak menjadi johan buat
kali Ke-10, setelah 9 kali Johan Paralimpik Kebangsaan.
“Apa yang penting ialah kerjasama dan tolong menolong
diantara agensi seperti JBS, MSN, JKM, dan PESRON Sarawak perlu ada disamping
kerjasama pemimpin-pemimpin sukan”,katanya.
Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi juga menekankan
perlunya perancangan yang rapi dan atlet yang berdisiplin dan berjiwa besar
bagi mengibar bendera Sarawak di Pahang kelak.
Seramai 47 orang yang terdiri dari AJK PESRON dan
wakil-wakil Persatuan Sukan dan atlit OKU telah menghadiri Seminar Pembangunan
PESRON 2012 bertempat di Dewan Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri
Sarawak.
Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri
Sarawak Tuan Haji Razali Mohamad dan Presiden PESRON Sarawak Encik Ahmad Othman.
Thursday 3 May 2012
Anwar dan Azmin diasak wartawan! Jawab isu rempuhan di Dataran Merdeka.
SEKARANG, KITA LIHAT BAGAIMANA MEREKA MENJAWAB SEMUA INI.
FIKIR-FIKIRKANLAH.
DEMI MASA DEPAN MALAYSIA!
Sembang Mesra Belia DUN Bengoh
DUN BENGOH – Balai Raya Kampung Punau telah menjadi vanue
Program Sembang Mesra Belia peringkat DUN Bengoh, iaitu kawasan di dalam
Parlimen P.198 Mambong.
Program ini telah dihadiri oleh Encik Wilson Anak Mapus,
Ketua Pemuda SUPP DUN N.16 Bengoh. Turut hadir bersama pegawai-pegawai Belia
dan Sukan Bahagian Kuching. Jumlah belia yang hadir pada malam itu sebanyak 43
orang.
Antara isu-isu belia yang dibangkitkan di dalam sesi dialog
antaranya memohon penglibatan belia di kawasan setempat untuk menyertai aktiviti
yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ataupun mana-mana
agensi yang berkaitan pembangunan belia. Dengan menyertai seumpama itu masalah
sosial melibatkan belia setempat mampu dikurangkan.
Dari sudut sukan pula, belia setempat turut memohon kepada
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak supaya membina Gelanggang Futsal 1
Malaysia di tempat mereka. Ini kerana, kemudahan seperti itu tidak terdapat di
tempat mereka.
Menyentuh mengenai isu informasi dan maklumat, belia
setempat memaklumkan penyebarannya tidak meluas. Sekaligus menyebabkan
informasi mengenai peluang-peluang pendidikan mahupun kemahiran yang disediakan
oleh pusat-pusat latihan kemahiran tidak sampai kepada mereka.
Kegagalan mendapat info terkini seperti itu telah menyebabkan
belia setempat ketinggalan dalam arus pembangunan dari pelbagai sudut seperti
pendidikan, pekerjaan, dan lain-lain yang berkaitan.
Keadaan ini jelas merugikan mereka disamping jurang antara
belia luar Bandar dan Bandar dilihat semakin ketara.
Penyebaran informasi dan maklumat mengenai peluang-peluang
pendidikan seharusnya menyeluruh di kesemua tempat wakima kawasan itu jauh
ataupun dekat. Penambahbaikkan saluran ini harus disegerakan supaya jumlah
keciciran belia di luar Bandar dan juga belia di kawasan pendalaman dapat
dikurangkan, ujar mereka.
Mereka juga menyambut baik pelaksanaan program sebegini (Program Sembang Mesra Belia) kerana
kehendak dan keperluan belia setempat di dengar serta diambil kira. Ini kerana,
keciciran di kalangan belia setempat dikatakan berpunca daripada penyebaran
informasi dan maklumat yang tidak meluas. Disebabkan itu, pendekatan secara
terus seperti kaedah yang diguna pakai Kementerian Belia dan Sukan ini dilihat
sangat berkesan, kata mereka.
Ujar mereka lagi, sesi dialog bersama agensi berkaitan
pembangunan belia seperti ini hendaklah diteruskan dari semasa ke semasa.
Apabila medium ini digunapakai, isu keciciran belia setempat dari pelbagai
sudut diatasi dengan berkesan dan sistematik. Disamping,usaha bagi merapatkan jurang
antara belia luar Bandar, belia kawasan pendalaman dan belia Bandar dapat
direalisasikan.
Mereka berharap setelah tamatnya sesi dialog ini, segala
perkongsian permasalahan yang mereka alami mampu memberi impak yang akan
membawa kepada tindakan susulan pihak berwajib.
Pemuda Harapan
Bangsa, Pemudi Tiang Negara
Subscribe to:
Posts (Atom)