Tuesday 28 May 2013

BLACKOUT 505 : 6 PEMIMPIN PEMBANGKANG DIDAKWA DI MAHKAMAH!!



SEREMBAN - Enam pemimpin pembangkang semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen negeri masing-masing atas dakwaan gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah dalam tempoh 10 hari lebih awal untuk menganjurkan perhimpunan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.


Di Seremban, Negeri Sembilan, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Mohd. Nazree Mohd. Yunus, 29, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh atas dakwaan itu ketika menganjurkan ceramah 17 Mei lepas.


Di Ipoh, Perak, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Siong daripada DAP dan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Muhammad Anuar Zakaria juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan menganjurkan perhimpunan haram.


Keong Siong yang juga Penolong Setiausaha DAP Kebangsaan dan Muhammad Anuar masing-masing didakwa menganjurkan perhimpunan itu di Wisma Chin Woo dan pejabat PKR negeri, Medan Istana pada pukul 7.30 malam 9 dan 12 Mei lalu.


Mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Julie Leck Abdullah


Di Kuantan, Pahang, Setiausaha PKR Pahang, Kamarzaman Mohamed Yunus, 57, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Fathiyah Idris.


Dia didakwa menganjurkan satu perhimpunan di kawasan Pejabat Perhubungan Negeri PKR Pahang, Lot 1051, Kilometer 8, Jalan Beserah pada pukul 8.30 malam 14 Mei lalu.


Di Butterworth, Pulau Pinang, tiada pengakuan direkodkan daripada Setiausaha Eksekutif Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Ong Eu Leong, 44, ketika dihadapkan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.


Eu Leong daripada PKR didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 8.30 malam 11 Mei lalu di Stadium Negeri Batu Kawan.


Di Johor Bahru, Johor, Setiausaha Kerja PKR Johor, R. Yuneswaran, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin atas dakwaan menganjurkan Himpunan Black 505 di Pejabat PKR di Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram pada pukul 8.30 malam 15 Mei lalu.


Keenam-enam tertuduh didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda RM10,000 jika sabit kesalahan.


Kesemua tertuduh yang diwakili peguam dibebaskan dengan jaminan antara RM3,000 hingga RM5,000.

APA LAGI ORANG CINA MAHU? ADAKAH KETERLALUAN?




Kenapa Utusan menulis begini, ujar seorang lelaki berketurunan cina. Reaksi nya yang jelas menolak serta tersinggung. Sudah tentu ramai dikalangan orang cina terkesan mengenai tajuk keluaran Utusan itu, persoalan yang dilontarkan boleh dikatakan menjurus. Apa lagi cina mahu?

Akan tetapi, bila dirujuk isi kandungannya, si pengarang menulis mengenai isu tsunami politik orang cina yang beralih angin dimana telah menolak Barisan Nasional secara total pada PRU-13 yang lepas. Dan persoalan “Apa lagi cina mahu?” sebenarnya ditujukan kepada tindakan pelajar-pelajar cina di luar negara yang memprotes keputusan PRU-13 yang mereka dakwa telah wujud penipuan.

Mereka yang memakai baju hitam itu telah bertindak melakukan provokasi dengan menterbalikkan jalur gemilang. Perkara ini mereka telah siarkan di laman sosial Facebook serta laman Twitter. Bukankah tindakan itu biadap?


Gambaran yang mereka berikan itu jelas menunjukkan ketidakpusaan hati dan ini dijelaskan oleh Utusan dengan memberi  kupasan menyeluruh seperti keputusan PRU-13 yang lalu dimana DAP mempunyai kerusi lebih banyak di dalam Parlimen berbanding PKR dan PAS. Maksudnya parti untuk orang cina ini lebih berkuasa berbanding PKR dan PAS. Apa yang menghairankan, protes yang ditunjukan oleh orang cina ini jelas mengatakan “masih lagi tidak cukup”.

Persoalannya, adakah jumlah yang mereka mahukan dengan niat yang mereka maksudkan betul-betul cukup untuk merealisasikan hasrat untuk melihat UMNO serta Barisan Nasional berkubur. Hal ini kerana strategi yang telah dibentuk oleh Pakatan Rakyat sekiranya mahu mengambil alih Malaysia adalah dengan memastikan kedua-dua parti itu dikalahkan. Namun hasrat itu gagal dan ini sekaligus menjadi punca mengapa mereka membuat protes di luar negara dan di dalam negara.

Rupa-rupanya mereka bukan berkehendakan betis, tetapi paha!

Bukan perkara baru apabila orang-orang cina bersikap tidak berpuas hati dengan pemerintah sememangnya dirasai sejak dari dahulu lagi tidak suka satu dua perkara yang termaktub Perlembagaan Malaysia. Perkara inilah telah disuarakan secara lantang oleh DAP, parti yang cenderung kepada bangsa cina ini kemudiannya dianggap pembela. Kerana memperjuangkan ketidakpuasan hati orang cina serta tuntutan yang mereka mahukan.

Oleh itu mereka berkempen menyalahi pemerintah sedia ada dengan mendakwa bersikap tidak adil dengan bangsa mereka, mereka dianak tirikan, hak kesamarataan, dimana kadang kala celupar menyentuh isu sentimen dan perkauman. 

Sedangkan taraf kehidupan mereka adalah lebih baik berbanding bangsa lain, bahkan jauh lebih baik berbanding orang cina yang hidup di negara Asia serantau, hatta jauh lebih baik berbanding di negara asal mereka. Ini kerana tuntutan seperti menghapuskan pertuanan Melayu terlalu keterlaluan berbanding persoalan Apa Lagi Cina Mahu?.

APA LAGI CINA MAHU? SOALAN INI TIDAK KETERLALUAN.! 

Utusan dilihat bersendirian bersuara lantang bagi orang Melayu serta Bumiputera di negara ini dengan melalui akhbar. Malangnya akhbar ini bersifat perkauman disebabkan tajuk Apa Cina Mahu? dakwa oleh akhbar The Star. Dan pengarangnya adalah orang berbangsa cina, tidak mengejutkan Utusan “ditegur” dengan penulisan pengarang berkenaan yang bertajuk “Win Then Over, Don’t Blame Them”.

Sebagai individu yang menyokong perjuangan Utusan Malaysia sejak dari dahulu lagi sebagai akhbar pemangkin minda rakyat, saya berpendapat tindakan untuk menghentam akhbar ini mengenai persoalan Apa Lagi Cina Mahu? yang mereka siarkan adalah tidak adil, ini kerana jika dibuat perbandingan antara Utusan dengan akhbar yang lain, hasil penulisan akhbar-akhbar berbahasa Cina ternyata jauh lebih sensitif apabila mengkritik. Bahkan semua akhbar berbahasa Cina mempunyai nada yang sama.

Perkara ini terlindung di dalam akhbar bahasa Cina, kerana mereka menggunakan bahasa mereka. Sebab itu ramai yang tidak tahu, adakah ini adil? tindakan mereka tidak dikecam disebabkan kerana lain bahasa? dan untuk lebih adil,

Jika kamu boleh menegur serta mempersoal orang lain bangsa lain, mengapa pula kami tidak boleh? Kami juga mempunyai suara, bukan hanya untuk perkara yang kami suka bahkan perkara yang kami tidak suka. Jika kamu boleh bercakap mengenai kami secara terang-terang, kami juga boleh tetapi dengan bersuluh.

TERUSKAN MENYOKONG UTUSAN MALAYSIA!

Saturday 13 April 2013

Kadar Kemiskinan Menurun, Pendapatan Isi Rumah Meningkat #betterNation

Better-Nation


Hasil kaji selidik yang dijalankan, menunjukkan Malaysia telah berjaya mencapai sasaran dalam mengurangkan kadar kemiskinan sebelum tempoh 2015 seperti yang rancangkan. Lebih 60 peratus telah berjaya dikurangkan sejak awal kemerdekaan, kepada 1.7 peratus pada 2012.


Selari dengan itu kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera, Cina & India nyata berkurangan, sementara pendapatan isi rumah telah berjaya ditingkatkan daripada RM4,025 pada tahun 2009 kepada 5,000 pada 2012. Malah jurang pendapatan dalam kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik dengan kadar pekali Gini menurun kepada 0.431 pada 2012.

Dari segi kategori etnik pula, pendapatan isi rumah bulanan bumiputera meningkat 6.9 peratus kepada RM4,457 sebulan manakala Cina dan India meningkat lapan peratus dan sembilan peratus, masing-masing kepada RM6,366 dan RM5,233.

Hasil kejayaan negara ini juga dapat dilihat daripada peningkatan lebih 1,200 peratus ini, bermula sejak Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah pada tahun 1974. Angka Pendapatan Negara Kasar (PNK) perkapita turut menunjukan peningkatan daripada AS$257 pada 1957 kepada AS$9,970 pada tahun lalu. Ia merupakan peningkatan hampir 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad.

Ini merupakan petanda kejayaan kerajaan Barisan Nasional dalam usaha menggalakkan pembinaan landasan ekonomi yang kukuh melalui pelebaran pembangunan di kawasan bandar bagi memenuhi kepesatan urbanisasi yang menempatkan lebih 71 peratus penduduk.

Dengan pencapaian ini, ia membuktikan bahawa sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk mengurangkan kadar kemiskinan secara keseluruhan kepada dua peratus pada 2015 telah pun tercapai tiga tahun lebih awal. Setinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada kerajaan @BarisanNasional.

Semua angka ini membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak perlu bersikap retorik kerana kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib telah membuktikan bahawa mereka benar-benar serius untuk membangunkan sosioekonomi negara.

Walaupun usaha kerajaan ini dilihat berjaya menepati sasaran yang ditetapkan, Perdana Menteri berkata usaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang berpendapatan rendah bukan saja akan diteruskan, malah akan ditingkatkan lagi.

Kesimpulannya, kerajaan BN/Umno telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan serta melakukan yang terbaik dalam mengurus tadbir dan memacu ekonomi negara. Malah pelan perancangan Transformasi Negara yang diatur secara bijaksana ini selari dengan pendekatan wasatiyyah yang diperkenalkan tidak lama dahulu telah terbukti dan memberikan impak kesan yang positif.

Barisan Nasional, Janji Di Tepati!!!
Pakatan ‘Manifesto Bukan Janji’!!!

Pakar Ekonomi Puji Manifesto BN


 PM
Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Barisan Nasional pada 6 April lalu telah dengan secara rasmi mengumumkan manifestonya di hadapan lebih 25,000 penyokong yang hadir serta jutaan lagi yang menyaksikannya menerusi siaran langsung yang dibawakan oleh beberapa stesyen televisyen tempatan.

Ketika mengumumkannya, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak telah memberikan jaminannya bahawa manifesto yang diumumkan itu adalah janji kerajaan kepada rakyat yang akan dilaksanakan dalam masa lima tahun akan datang jika terus diberikan kepercayaan oleh rakyat dengan memberikannya mandat baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Jaminan beliau ini nyata berbeza dengan janji ‘fantasi dan khayalan’ (seperti yang dirujuk Najib di dalam ucapannya) pakatan pembangkang seperti yang dibuktikan mereka dengan tidak melaksanakan janji-janji manifesto 2008.

Antara janji yang dimuatkan dalam manifesto yang diumumkan Najib itu adalah sasaran kerajaan untuk menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada RM500 kepada RM1200 bagi setiap keluarga yang berpendapatan RM3000 ke bawah, membina satu juta unit rumah mampu milik, termasuk 500 ribu unit rumah PR1MA dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan baru dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.

Bertemakan ‘Menepati Janji Membawa Harapan’, manifesto ini menumpukan kepada 17 bidang utama yang dilihat hampir memenuhi kehendak dan keperluan rakyat merangkumi transformasi ekonomi, politik dan sosial, sehingga kepada menjunjung hak asasi manusia dan demokrasi.

Dan menyedari pengangkutan awam adalah nadi penting kebanyakan rakyat di negara ini, justeru industri ini tidak ketinggalan dari turut disenarai sebagai salah satu elemen penting yang difokuskan kerajaan sejajar dengan komitmennya untuk meringankan beban rakyat selain memacu negara ke arah yang lebih maju lagi.

Justeru itu, Najib di dalam ucapannya menegaskan bahawa salah satu agenda BN untuk penggal akan datang ialah untuk mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.

Selain itu, laluan bas juga akan disusun semula untuk memastikan perkhidmatan lebih cekap dan memudahkan rakyat.

BN juga berjanji untuk memperluaskan sistem rel Transit Pantas Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan komuter, dan membina terminal bas, rel dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.

Selain itu BN juga berhasrat meningkatkan jumlah permit teksi individu serta melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi serta memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

Tegas Perdana Menteri itu lagi, kerajaan BN, sejak menerajui Malaysia selama 55 tahun telah berusaha membuat pelbagai pembaharuan dan strategi baharu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Nyata ia bukan sekadar omong kosong semata. Lihatlah langkah yang diambilnya di dalam memfokuskan bidang pengangkutan sebaik sahaja mengambil-alih tampuk pemerintahan negara daripada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Antaranya adalah memperkenalkan sebuah suruhanjaya bebas iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi melihat dengan lebih mendalam isu yang menyelubungi industri ini dan seterusnya mencadangkan dasar dan rancangan polisi yang melibatkan pengangkutan awam, dan membangunkan strategi selaras dengan dasar dan rancangan yang telah diluluskan kerajaan.

Walaupun terdapat suara-suara sumbang (yang sememangnya lazim didengari setiap kali kerajaan melaksanakan sesuatu dasar baru) yang mempertikaikan kewujudan suruhanjaya ini sebagai sebuah badan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dikatakan tidak sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan yang bebas, namun apa yang pasti ialah ketetapan itu kini terbukti membuahkan hasil apabila mutu perkhidmatan pengangkutan awam kini telah semakin baik dan menunjukkan perkembangan yang positif.

Lantas, rasionalnya di sini Najib meletakkan SPAD di bawah JPM itu ialah ia menunjukkan komitmen beliau untuk menyelesaikan permasalahan yang wujud. Operasi suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar itu dapat beliau pantau secara terus di mana langkah yang lebih proaktif dapat dilaksanakan.

Dan sejak pelancarannya, manifesto ataupun aku janji BN ini telah tidak putus-putus menerima pujian pelbagai lapisan masyarakat termasuklah daripada para pengkaji serta golongan ilmuwan dan akademik.

Antara lain, ianya dilihat berupaya menangani masalah kos sara hidup rakyat di negara ini seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUMKL), Datuk Mohd Yusof Kasim.

Pernyataan beliau itu nyata bukan sekadar serkap jarang semata. Jika dirujuk kepada manifesto yang dibentangkan itu, jelas kelihatan komitmen kerajaan menyediakan keperluan asas dan perkhidmatan pada harga yang rendah melalui produk 1Malaysianya. Jelas ia merupakan langkah bijak kerajaan bagi melaksanakan apa yang dinyatakan Yusof Kasim itu.

Selain Yusof, manifesto BN ini turut menerima respon yang positif daripada Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang beberapa hari lalu menyatakan beliau optimis isi kandungannya boleh dilaksanakan. Menyifatkan ia sebagai realistik, justeru manifesto tersebut disimpulkan beliau sebagai bernas.

Sesungguhnya mudah bagi kita untuk menjangkakan mengapa manifesto BN ini menerima pujian daripada pakar-pakar tersebut yang secara tidak langsung menunjukkan ia lebih baik dari manifesto pakatan pembangkang.

Pertamanya ialah jika dilihat kepada manifesto pembangkang, mereka telah gagal menyatakan perkara yang paling fundamental sekali untuk sesebuah manifesto iaitu sumber bagaimana pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai melalui pelaksanaannya.
Ia adalah satu elemen penting buat rakyat menilai janji-janji mereka memandangkan janji yang diutarakan itu bukan kepalang seperti pendidikan percuma dan penambahbaikan sistem pengangkutan awam, maka adalah penting bagi pimpinan pembangkang untuk menjelaskan kepada rakyat mengenainya. 

Bukan sekadar umum sahaja.

Dan jangan kita lupa bahawa pakatan pembangkang ini melalui manifesto mereka berazam mahu memansuhkan sebuah dasar yang telah terbukti selama ini berjaya mengangkat tahap pencapaian masyarakat di negara ini terutamanya di kalangan kaum Melayu iaitu Dasar Ekonomi baru (DEB).

Kejayaan dasar ini cuba ditidakkan mereka dengan cuba mewujudkan perasaan sentimen di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini sedangkan hakikatnya kita tahu bahawa semua kaum terbuka menerima hasil daripada pelaksanaannya walaupun fokusnya adalah kepada bumiputra.

Justeru tidak keterlaluan sebenarnya jika disimpulkan niat menghapuskan DEB itu sebenarnya adalah untuk mensabotaj hak istimewa Melayu dan bumiputra seperti yang ditegaskan penganalisis politik Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad.

Lantas, terpulang kepada diri kita sendiri sekarang ini untuk samada terus membiarkan diri hanyut di alam ‘fantasi dan khayalan’ pakatan pembangkang ataupun segera bangkit dari khayalan dan membantu di dalam memastikan agenda konkrit memakmurkan ekonomi, politik dan sosial negara dapat dilaksanakan dengan memberikan sokongan yang padu kepada Najib dan barisan kepimpinannya pada pilihanraya kali ini.

Friday 12 April 2013

Wan Azizah Bakal Dedah Kandungan Surat????

wan azizah



Datin Seri Wan Azizah Ismail perlu memberi penjelasan berhubung isi kandungan suratnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran kelakuan dan perangai Anwar Ibrahim semasa ketua pembangkang itu masih lagi berkhidmat di dalam kerajaan. 

Pengakuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau masih menyimpan surat isteri Ketua Pembangkang itu mengenai aduan dan kekecewaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata mengejutkan banyak pihak.

Dr Mahathir yang telah menyimpan rahsia itu sejak 15 tahun lalu bagaimanapun enggan mendedahkan isi kandungan surat 18 muka surat yang ditujukan kepadanya itu demi menjaga nama baik dan memelihara aib Anwar.

Menurutnya ia terlalu peribadi untuk didedahkan dan beliau juga tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

“Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

“Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Beliau juga berkata, kekhuatirannya itu timbul apabila individu berkenaan berjaya memerintah negara ini, dan pada masa itu nanti barulah beliau akan mendedahkan isi kandungan surat berkenaan.

“Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan,” katanya.

Dr Mahathir yang telah memerintah Malaysia selama 22 tahun juga menegaskan, walaupun dilempar cacian dan makian oleh pemimpin pembangkang, beliau masih tidak mendedahkan surat berkenaan, beliau bukanlah jenis yang suka memburukkan sesiapa.

Anwar dan pemimpin pembangkang kerap melemparkan dakwaan dan tuduhan terhadap Dr Mahathir, namun atas dasar sesama manusia, beliau tidak sekalipun mengambil peluang memalukan Anwar dengan mendedahkan kandungan surat tersebut.

Sikap itu ternyata berbeza dengan pembangkang yang gemar menuduh, memfitnah, dan menyebarkan berita palsu terhadap pemimpin negara.

Ajak PM Berdebat- Agenda Jahat Pembangkang

debat-PM-dan-pembangkang
Beberapa hari lepas, kecoh ada kumpulan kecil mahasiswa ditangkap polis kerana merempuh masuk bangunan Angkasapuri RTM Kuala Lumpur. Tersebar gambar-gambar tiga anak muda ditangkap dan digari. Ada juga gambar anak muda yang memakai gari bergambar dengan riak wajah bangga menayangkan tangan yang digari. Anda boleh nampak agenda sebenar perlakuan tersebut?

Pasti ada yang tidak terfikir bahawa semua kejadian telah diatur sempurna untuk memastikan keputusan di akhir rancangan, kerajaan yang salah dan kejam. Agenda terancang tersebut sudah beberapa kali dibuat oleh pembangkang termasuk demonstrasi BERSIH yang telah berlaku.

Agendanya mudah sahaja, bermula dengan demonstrasi hadapan RTM, kemudian membuat provokasi untuk memasuki RTM dan dihalang oleh pengawal keselamatan. Akhirnya mereka ditangkap oleh polis kerana tidak mengikut arahan. Agenda tersebut berjaya dan akhirnya keluar di media-media pembangkang isu “double standard” di mana demonstrasi anjuran kerajaan tidak ada tangkapan dan demonstrasi pembangkang ada tangkapan.

Itu sahaja agenda sebenar kejadian yang berlaku tempoh hari. Namun rakyat tidak bodoh untuk menilai perkara sebenar yang berlaku. Oleh itu, rakyat harus tahu juga apa agenda sebenar ajakan pembangkang untuk mengajak Perdana Menteri berdebat secara umum. Pasti ada agenda buruk yang dirancang untuk menjatuhkan kerjaan.

Ianya juga boleh dikatakan satu perancangan yang mudah. Sekiranya PM menerima ajakan untuk berdebat, sudah pasti pihak pembangkang akan mengutuk dan sentiasa mencari salah kerajaan di mana dalam debat hanya suara yang berkumandang. namun fakta suara tersebut masih dicurigai. Adakah Fakta tersebut fakta sebenar atau direka-reka?

Penyokong pembangkang yang hanya akan bersorak seperti yang sudah berlaku di dalam debat-debat anjuran pembangkang. Namun, di akhir perdebatan, tiada apa-apa keputusan dapat dibuat. Sudah pasti dalam debat umum tidak akan menyelesaikan sebarang masalah dan hanya mencari salah.

Agenda busuk pembangkang sudah lama dihidu kerajaan. Seperti pengalaman penulis yang telah banyak meghadiri debat-debat umum, terasa seperti menghadiri sebuah majlis yang membuang masa dengan melihat ke dua-dua parti hanya menunding jari menyalahkan pihak lawan. Tiada faedah atau penyelesaian masalah yang diperolehi di akhir majlis debat.

Oleh itu, anda sebagai rakyat harus sedar agenda sebenar pembangkang tidak habis-habis bersuara mengajak Perdana Menteri berdebat. Jadi lah rakyat yang bijak berfikir dan jangan terlalu taksub dengan parti politik yang hanya memperjuangkan sesuatu yang tidak jelas.

Cita Rasa Pengundi Cina Mengenai Politik Kita



pix_gal0SEMEMANGNYA menarik diungkit kembali perbandingan sejarah di antara pilihan raya umum 1974 dan paling terkini yang bakal dilangsungkan pada 5 Mei 2013. Tidak dapat dinafikan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang telah memperkenan pembubaran Parlimen kedua-dua era tersebut adalah satu peristiwa yang begitu sukar untuk diulangi.

Juga begitu menakjubkan dan mungkin juga secara kebetulan Perdana Menteri ketika pertama kali Sultan Abdul Halim menandatangani pembubaran Parlimen ialah Tun Abdul Razak Hussein iaitu bapa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tetapi satu perkara paling menarik dan juga kritikal untuk dihayati oleh rakyat Malaysia adalah suasana pilihan raya 1974 adalah begitu getir sekali kerana keputusan pilihan raya 1969 yang menjerumus kepada rusuhan kaum paling terburuk dalam sejarah Malaysia.
Pengundi pilihan raya 1974 memikul tanggungjawab yang begitu berat pada ketika itu kerana pilihan mereka akan menentukan arah tuju politik negara sama ada mahu terus bersama dengan corak kepimpinan Barisan Nasional (BN) atau dengan pembangkang yang diketuai oleh DAP.

Pembangkang terutama sekali DAP begitu yakin bahawa pengundi terutama sekali daripada kaum Cina akan memilih mereka jika keputusan 1969 diambil kira yang banyak memihak kepada DAP. Tetapi akhirnya rakyat Malaysia memilih corak perkongsian kuasa yang diamalkan oleh BN dengan memberi mandat yang begitu besar malah melebihi 2/3 jumlah kerusi Parlimen.

Keputusan pilihan raya umum 1974 telah mencorakkan kestabilan dan kemakmuran Malaysia hampir empat dekad lamanya sehinggalah keputusan pilihan raya umum 2008 sekali lagi mengulangi detik persimpangan ke mana arah tuju rakyat Malaysia.

Begitu kritikalnya keputusan pilihan raya 1974 yang dibayangi oleh pilihan raya 1969 sekali lagi berulang kerana pilihan raya tahun ini juga dihantui oleh keputusan pilihan raya 2008 yang tidak memihak kepada BN dan buat kali kedua gagal memperolehi mandat 2/3 kerusi Parlimen seperti mana yang telah berlaku pada tahun 1969.

Tetapi selama lima tahun pasca 2008 rakyat telah melalui era politik pembangkang yang sedikit sebanyak telah mencacatkan keharmonian dan pembangunan negara. Memang benar tidak berlaku rusuhan kaum tetapi politik melampau pembangkang yang telah mempolitikkan segala isu daripada isu ekonomi, sosial, pendidikan sehinggalah kepada hal keselamatan dan kedaulatan telah memporak-perandakan keharmonian dan perpaduan rakyat.

Pengundi Melayu dan India kebanyakannya telah akur dengan kesilapan 2008 kerana suasana politik melampau tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Tidak syak lagi wujud perasaan pengajaran dan iktibar dari kalangan pengundi kedua-dua kelompok ini.

Tetapi pembangkang begitu yakin bahawa pengundi Cina tetap akan menyokong mereka seperti mana yang telah berlaku pada tahun 2008. Sebab itu Johor dikatakan menjadi tumpuan mereka kali ini kerana persepsinya adalah pengundi Cina di Johor dianggap sebagai undi penentu di kebanyakan kawasan sama ada Parlimen atau negeri.

Johor juga merupakan kubu kuat MCA kerana pilihan raya 2008 menyaksikan negeri itu menyumbang tujuh kerusi Parlimen dari keseluruhan 15 yang dimenangi oleh parti tersebut. Menjadi cita-cita DAP jika pengundi Cina Johor memilih mereka maka MCA bukan sahaja dapat dihapuskan tetapi DAP akan menjadi parti yang paling dominan dalam pembangkang.

Strategi politik DAP yang berteraskan kaum Cina dan berada dalam kelompok pembangkang adalah begitu berbahaya kerana ini memungkinkan senario kaum Cina tidak diwakili dalam Kerajaan Pusat. Tambahan pula Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pernah menyatakan bahawa parti itu tidak akan menerima jawatan Kabinet jika keputusan pilihan raya 2013 lebih buruk daripada 2008.

Begitu tidak sihat bagi Malaysia jika sebahagian besar kaum Cina berada di luar kerajaan jika diteliti pengajaran pengalaman yang dialami pengundi Melayu di Singapura. Majoriti pengundi Melayu tidak menyokong kerajaan PAP pada pilihan raya 2001 kerana merasa terkilan dengan pendirian Singapura yang menyokong kempen memerangi keganasan Amerika Syarikat yang ditafsirkan sebagai kempen menindas umat Islam.

Walaupun PAP memperolehi jumlah sokongan yang begitu padu iaitu sebanyak 75 peratus undi, tetapi sokongan tersebut hanya datang daripada satu kelompok pengundi sahaja iaitu kaum Cina.

Tetapi keputusan pilihan raya 2006 telah mempamerkan penghijrahan pengundi Melayu di mana hampir 80 peratus telah kembali ke pangkuan PAP. Malah PAP dikatakan bernasib baik masih mampu memperolehi 66 peratus undi hanya kerana ihsan pengundi Melayu.

Berlakunya perubahan sikap pengundi Melayu dari tahun 2001 hingga 2006 adalah kerana selama lima tahun kaum Melayu bagaikan terpinggir daripada arus pembangunan Singapura gara-gara di label sebagai penyokong pembangkang.

Pengundi Cina di Malaysia tidak boleh memperlekehkan peranan yang telah dimainkan oleh MCA selama lima tahun kebelakangan ini. Walaupun berada dalam keadaan yang agak lemah kerana persepsi keputusan pilihan raya 2008, parti itu masih mampu memainkan peranan yang agak efektif.

Hubungan diplomatik dan ekonomi di antara Kuala Lumpur dan Beijing menjadi bertambah erat terutama sekali ketika era kepimpinan Najib. Walaupun kedua-dua negara mempunyai masalah pertindihan sempadan maritim di Laut China Selatan, tetapi isu ini tidak bergolak seperti mana yang dihadapi oleh Filipina atau pun Vietnam.

Begitu juga dengan hubungan ekonomi menjadi bertambah rancak seperti pembinaan kompleks penyelenggaraan kereta api oleh syarikat pengeluar lokomotif terbesar dunia China South Locomotive & Rolling Stock Corporation Ltd. dan juga penubuhan kampus cawangan luar negara Universiti Xiamen di Salak Tinggi adalah manifestasi betapa pentingnya pengaruh MCA dalam Kerajaan Pusat.

Pengundi Cina mempunyai tanggungjawab yang agak berat kali ini kerana pilihan mereka akan menentukan arus pembangunan negara yakni sama ada mereka mahu bersama-sama menjayakannya atau pun hanya menjadi pemerhati sahaja.

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA