Friday, 14 September 2012

Video Kontroversi Bicara Kampus


INILAH SEDUTAN VIDEO KONTROVERSI BICARA KAMPUS YANG DIKATAKAN TELAH MENGUNDANG REAKSI KURANG SENANG PELBAGAI PIHAK TERUTAMANYA PENDUDUK SARAWAK & SABAH, JADI MENILAILAH SENDIRI...!



PANDANGAN MASYARAKAT TENTANG ISU INI

Thursday, 13 September 2012

MAHASISWA RASIS

INILAH WAJAH INDIVIDU YANG DIKATAKAN MENGELUARKAN KENYATAAN RASIS TERHADAP PENDUDUK NEGERI SARAWAK.



Profile Picture

Tuesday, 11 September 2012

SARAWAK SECOND CLASS??? RACIST???

Antara beberapa Bicara Kampus yang pernah disiarkan di TV1

MEMETIK SEBUAH LAMAN SOSIAL : chrome://newtabhttps//www.facebook.com/ilovesarawak 

Semalam TV1 Bicara Kampus; salah seorang panel Md Yusri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia mengatakan:-

1. Peruntukan hendaklah dilebihkan kepada Semenanjung kerana pusat pentadbiran Malaysia berada di tanah Semenanjung;
2. 5% royalti minyak itu lebih baik untuk Sabah Sarawak daripada tiada langsung diberikan oleh Kerajaan Persekutuan;
3. Sarawak adalah sebuah negeri maju kerana wujudnya res
toren makanan segera McDonald di Kuching...
4. Jangan salahkan orang semenanjung mengambil peluang pekerjaan yang ada kerana orang Sabah Sarawak lebih gemar untuk menjadi PETANI dan NELAYAN??

~ Info dari Alice Angel Chen
 — with Emily Sigau.

KENYATAAN DARI FITRIA DARI UNIMAS :

"Fitria dari UNIMAS ingin memohon maaf kepada semua, kerana kelemahan Fitria dalam menjawab dalam bahasa Melayu Formal sewaktu sidang Bicara Kampus... 

Walaupun kebanyakkan menganggap bahawa Sarawak tidak ingin berusaha, dan juga masih ketinggalan... 
Video ini merupakan salah satu inisiatif, seorang budak Sarawak, cuba untuk memperkenalkan Sarawak... Now u want to come here? Maka kita sama2 share video ini... 



Fitria hanya ingin mengupas kembali berkaitan dengan tag gambar yang viral pasal Yusry.. instead of menuduh seperti yang Fitria perkatakan semalam dalam sidang sewaktu bicara kampus...

Mengapa tidak kita berbincang dengan baik.. Sekarang fitria betul2 ingin mengurangkan bara api kemarahan ini.. Fitria betul2 mohon maaf untuk pihak Yusri, dan juga Fitria sendiri, kerana tidak cukup hebat untuk mempertahankan Sarawak.. Tetapi terima kasih semua kerana watching.." 



Profile Picture

Tuesday, 28 August 2012

Meroboh Sangat Mudah. Membina Semula, Itu Yang Payah : Siri 2


 Meroboh Sangat Mudah. Membina Semula, Itu Yang Payah

SIRI 2



Harus diingat sewaktu ketika dahulu, orang-orang Melayu telah bersatu hati, senada, seiya sekata, kerana menentang Malayan Union. Orang-orang Melayu terdahulu ini bukannya golongan yang hidup dalam kemewahan, taraf pendidikan pula tidak setinggi mana bahkan hanya segelintir sahaja yang tahu menulis dan membaca, walaupun demikian faktor-faktor diatas tidak menjadi penghalang untuk mereka memperjuangkan nasib bangsa Melayu serta tanah air.

Hasil perjuangan mereka yang jitu itulah akhirnya tanah air ini memperolehi kemerdekaan daripada British. Rentetan daripada itu, mereka kemudiannya berjaya memiliki kuasa eksekutif untuk mentadbir sendiri tanah air. 

Walaupun telah lama dipinggirkan melalui dasar pecah dan perintah yang diamalkan penjajah, mereka telah berjaya membuktikan bahawa penyatupaduan bangsa sebenarnya adalah asas kekuatan Melayu. 

Tiada bangsa lain mahu membantu bangsa Melayu, selain bangsa Melayu itu sendiri bukan?

Mendapat segala nikmat, kepujian, pangkat ataupun darjat sehingga kaya raya sehingga mampu menggemgam kuasa untuk mula perintah sebilangan besar orang, kemampuan berkenaan dilihat telah menjadi rebutan segelintir orang Melayu sekarang. 

Maka tidak hairanlah wujud individu tertentu yang sanggup memperjudikan nasib bangsanya. Demi meraih undi kaum-kaum lain sanggup dijanjinya untu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Ekoran itu juga, hampir semua perkara-perkara yang sudah sedia termaktub di dalam perlembagaan turut dipersoal. 

Tidak cukup dengan itu, agama pula dipolitikkan. Lalu timbullah pelbagai persoalan serta kekeliruan. Tanpa mereka sedari kesannya terhadap golongan orang muda yang pastinya akan menyambung kepimpinan negara ini kelak.

Sebagai individu yang tidak berkecimpung didalam arena politik, penulis melahirkan rasa amat khuatir dan juga kesal, kerana terkesan mengenai perpecahan orang-orang Melayu ini. Orang Melayu sekarang ini seharusnya bersikap profesional ketika berpolitik, dan bukannya semberono. 

Lagipun mereka-mereka yang terjun ke dalam bidang ini semuanya mempunyai profile yang tinggi. Maknanya, mereka antara individu yang berpendidikan tinggi serta luas pengetahuan.

Oleh itu, untuk orang-orang Melayu kembali bersatu sebenarnya masih lagi belum terlambat. Ini kerana, kesan daripada perpecahan yang dirasai sekarang dirasakan lebih membawa kepada kemudaratan kepada bangsa Melayu itu sendiri. Maka, kesedaran daripada kelompok-kelompok Melayu yang berpecah diminta supaya untuk memikirkan juga nasib pelapis yang akan datang. 

Wajarkah kamu mewariskan kepimpinan negara ini dalam keadaan kucar kacir kepada mereka? dan inikah contoh yang kamu berikan?
Bertolak ansur, merendah diri, menjaga antara satu sama lain, memelihara hak bersama supaya kekal terpelihara, membuang sikap tamak haloba, mementingkan diri serta mampu mengikis sifat ego,bongkak,sombong merupakan antara elemen di dalam diri orang Melayu yang harus diperbaiki mulai sekarang. 

Wakima mereka yang berpangkat besar, kaya raya, berkuasa, berpengaruh dan lain-lain, mengembleng usaha kearah itu adalah perkara yang perlu dititikberatkan semua.

Sedarlah Wahai Melayu, Perjuangan Kita Belum Selesai.

Monday, 27 August 2012

BENARKAH PAS DOMINAN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG?

Sumber :


BENARKAH PAS DOMINAN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG?


images (1)

Setinggi-tinggi penghargaan harus diberikan kepada kepimpinan Pas kerana ‘istiqamah’ dalam perjuangan bersama-sama pakatan pembangkang yang di ketuai oleh DAP. 

Walaupun Hadi Awang selaku Presiden Pas berulang kali menegaskan antara parti gabungan di dalam pakatan pembangkang, Pas adalah merupakan parti politik yang paling ‘KUAT’ sekiranya dinilai dari bilangan ahli dan petugas gerak kerja parti. 

Walaupun ada yang bersikap skeptical terhadap kenyatan itu namun PAS melalui Hadi Awang dan Nik Aziz yakin mereka merupakan parti dominan di dalam pakatan.

Antara sedar atau tidak, Pas sebenarnya sedang bermimpi untuk menjadi dominan kerana pada hakikatnya PKR dan DAP sudah pasti tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku. Sebab itulah ramai pemerhati politik melihat impian Pas untuk bertanding 80 kerusi hanyalah satu impian yang tidak akan kesampaian.

Ini memandangkan PKR biar pun sedang menghadapi pelbagai kemelut dalaman dan luaran serta semakin terhakis sokongannya di kalangan rakyat, namun parti itu tetapi mahu menjadi pemimpin utama dalam pakatan pembangkang. 

Impian PKR sudah tentulah bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan kerana parti itu mempunyai hubungan rapat dengan DAP dan ia jauh lebih erat berbanding hubungan PKR dengan Pas.

Sebab itulah kita menyaksikan bagaimana dalam apa juga isu, pemimpin-pemimpin PKR dikatakan lebih menyebelahi DAP biar pun ia boleh menyinggung perasaan Pas. 

Walaupun dari satu sudut kita melihat PKR agak dominan, namun antara sedar atau tidak, hakikat sebenarnya PKR hanyalah merupakan alat dan menjadi kuda tunggangan DAP semata-mata. 

Perkongsian kuasa ini buat seketika dilihat akan menguntungkan PKR, namun untuk jangka masa panjang ia sebenarnya merugikan PKR dan PAS sendiri.

Ini kerana DAP hanya bermodalkan persetujuan untuk memberikan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dan sebagai timbal balik sedikit demi sedikit keistimewaan dan kekuatan orang Melayu akan ditarik pelah-lahan tanpa sedar. 

Dengan penarikan itu, secara tidak langsung akan merugikan Islam secara keseluruhan. Kerana tonggak kekuataan Islam di negara ini terletak kepada Melayu yang dianggap sebagai ‘Assabiyah’ oleh Pas melalui Nik Aziz.

Sebagai contoh selaku Mursyidul Am atau merupakan pimpinan tertinggi ‘Ulama’ di dalam Pas, Nik Aziz sering menegaskan dia menolak dan tidak percaya kepada pengertian kebangsaan – atau dalam konteks gagasan perpaduan, Melayu. 

Melayu baginya adalah merupakan elemen assabiyah yang menurut pengertiannya tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Dia berpegang kepada Teras Islam semata-mata dan perjuangan Melayu itu tidak seharusnya wujud.
Pernah suatu ketika Nik Aziz memarahi Nasharuddin kerana dilihat mahu membuka ruang perbincangan dengan UMNO yang dilihat begitu tebal semangat kebangsaan. T

idak cukup dengan itu Nik Aziz juga pernah menjadi terlalu emosional sehingga meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk UMNO.

Itulah perwatakan sebenar Nik Aziz, ahli politik totok yang kita kenali sejak lama dulu. Seorang yang kononnya berperwatakan lembut, tapi sebanarnya amat keras pemikiran berpolitiknya. Dia pernah menyamakan UMNO seperti Ayah Pin dan menyamakan UMNO seperti pengganas komunis. 

Demi perkongsian kuasa itu juga Pas terpaksa mengugurkan matlamat negara Islam kepada Berkebajikan dan yang terbaru melupakan hasrat memartabatkan undang-undang Hudud kerana ingin terus berada dalam ‘dakapan mesra’ PKR dan DAP.

Ramai yang mengenali Nik Aziz secara dalaman mengatakan dia bukan tok guru yang mengajar untuk mengaji semata-mata, tapi merupakan ahli politik totok yang berjuang atas nama prinsipnya yang tersendiri. Tanpa sedar dia telah membawa PAS yang suatu ketika dahulu dibina atas pendirian ulama yang ingin memperjuangkan Islam ke lembah kehancuran.

Persoalannya apakah ia mampu membuatkan para pengikut dan penyokong mereka sedar? Atau terpaksa mendiamkan diri untuk bersetuju kerana patuh dan akur dengan pemimpin yang bertopengkan ‘Ulamak’?

Penulis - Warisan Bonda

Sunday, 26 August 2012

Anwar Tolak Hudud

SUMBER :


Anwar Tolak Hudud

ANWAR

Di sebalik perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang buat masa ini.

Menurut Anwar, undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.

Katanya, walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP.
Ini kerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, pakatan pembangkang memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

“kita menghormati hak (Pas) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetap pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu ragu, sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (Pakatan Pembangkang) dan Penentangan DAP boleh dihormati dan diambik kira,” katanya.

Anwar berkata demikian pada siding ahkbar selepas mempengurusikan mesyuarat pakatan Pembangkang di ibu pejabat Pas di sini pada 28 september 2011 seperti dipetik dalam video siaran blog propembangkang http://suarapakatanrakyat.com hari ini.

Video tersebut boleh ditonton di dalam entri bertajuk hudud: Mufti kedah elok diam, jauhkan diri dari politik.

Ia disiarkan berikutan ketidakpuasn hati pengendali blog itu terhadap kenyataan tegas mufti kedah, Datuk Shiekh Muhamad Baderudin Ahmad yg meminta pengerusi DAP, Karpal Singh menghentikan segala kritikan berkaitan agama islam kerana tindakan karpal menentang hudud di lihat tidak menghormati sensitivity umat islam.

Menurut pengendali blog berkenaan, Sheikh Muhamad tidak sepatutnya masuk campur dalam soal politik yang hanya layak didebatkan oleh orng politik sahaja dan bukan pegawai kerajaan biasa yg ‘makan gaji’ seperti beliau
Perbalahan di antara Pas dan DAP dalam isu hudud muncul kembali apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam satu debat baru baru ini mendakwa karpal Sedia berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud namun pekara itu segera dinafikan oleh karpal.

Sementara itu, dalam entri sama, blog berkenaan turut memaparkan video sidang akhbar setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng berkenaan isu hudud tanpa menyatakan tarikh serta tempat siding akhbar itu berlansung.
Kata Guan Eng, isu hudud tidak timbul kini kerana ai bukan merupakan sebahagian daripada dasar yang dipersetujui pakatan Pembangkang.

“jika nak dilaksanakan sesuatu seperti hudud, sekiranya munkin kalau PKR atau Pas setuju tapi DAP tidak bersetuju, ia tidak boleh dilaksanakan dalam pakatan rakyat. Ia mesti dibincangkan dahulu sehingga ketiga tiga pihak bersetuju,” Tegasnya..

– Petikan dari Utusan



KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA