Sunday, 15 July 2012

CARA ANGKAT SUMPAH KONGSI GELAP DI MALAYA KURUN KE-19


GAMBAR HIASAN


  1. Lokasi di hutan, ladang, atau perkuburan Cina di tengah malam. Lokasi berkenaan diterangi lilin, ditanda dengan ranting dan tali, dihiasi jurai-jurai kertas merah bertulisan Cina dan sebuah altar yang diatasnya diletakkan mangkuk berisi beras serta dicacakkan padanya pembaris, gunting, cermin, atau pedang, di samping bendera-bendera kertas bewarna dan colok.
  2. Ketua kongsi gelap kemudiannya membacakan jampi serampah untuk menyeru roh nenek moyang dan para anggota lain masuk dan berdiri dalam kawasan yang ditentukan itu, mereka kemudiannya perlu menunggu dengan sabar bersama calon-calon anggota atau "kuda baru" yang lain di luar kawasan, memerhati dan mendengar.
  3. Kemudian mereka menanggalkan sepatu (selipar/kasut) dan jaket. Menanggalkan benda logam seperti perhiasan dan kepala tali pinggang. Sinting tangan baju sehingga bahu terdedah. Bersama calon lain, mereka kemudiannya mengikat kain putih di kepala.
  4. Mereka kemudiannya mengelilingi kawasan berkenaan  mengikut arah lawan jam sehingga sampai ke laluan terbuka. Setelah itu, mereka kemudiannya dihentikan dan disoal oleh dua pengawal anggota kongsi, soalan yang ditanyakan untuk menguji pengetahuan mereka mengenai kongsi gelap.
  5. Setelah berjaya menjwab soalan, mereka kemudiannya di bawa masuk ke dalam kawasan berkenaan dengan menundukkan kepala, sambil memegang colok. Salah seorang senior anggota kongsi gelap akan meletakkan sebilah parang di tengkuk, dan calon berkenaan hendaklah berikrar sumpah setia terhadap organisasi kongsi gelap serta bersumpah menjaga rahsia.
  6. Setelah itu, calon berkenaan dibawa mendekati altar bersama anggota baru yang lain. Mereka mencucuk jari hantu dengan jarum dan membiarkan darah mengalir ke dalam mangkuk. Proses berkenaan disusuli dengan bacaan doa serampah mengikut kepercayaan Cina.
  7. Ayam Putih disembelih (lambang pengkhianat), silang lengan dan memegang parang, mereka dikehendaki menyentuh bangkai ayam sambil bersumpah setia dan rahsia.
  8. Ketua Kongsi Gelap membaca "36 sumpah" mengenai pantang larang kongsi. Sebagai contoh "Di larang berzina dengan isteri atau saudara perempuan lain, untuk mengelak perkelahian antara anggota kongsi gelap. Juga anggota kerajaan di larang menyertai organisasi ini".
  9. Hukuman akan dikenakan seperti berikut sebagai contoh, "makan bihun" (diikat dengan tali), "mati dengan mandi" (diikat dalam guni dan dilemaskan dalam air) dan "mati dengan pisau".
  10. Apabila mangkuk darah diedarkan di atas bilah parang, mereka hirup sedikit darah berkenaan dan sekali lagi diminta untuk bersumpah setia dan rahsia.
  11. Sijil : sekeping kertas merah yang di atasnya tertulis nama calon, nama anggota-anggota yang hadir dalam upacara tersebut dan beberapa abjab Cina yang jika dipecahkan kodnya membentuk suatu ungkapan rahsia.
Sumber daripada THE IMPACT OF CHINESE SOCIETIES IN MALAYA, Wilfred Blythe, 1969.

Monday, 25 June 2012

SAIFUL APEK TIDAK BERSALAH!!!



PETALING JAYA: Pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama tiga rakannya dibebas dan dilepaskan tanpa perlu membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini berhubung tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka dua tahun lalu.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat percanggahan terhadap bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Ahmad Solihin berkata, percanggahan material iaitu sampel air kencing yang diambil daripada kesemua tertuduh dan disimpan terlalu lama telah menimbulkan keraguan dalam membuktikan mereka bersalah.
Tambahnya, percanggahan tarikh spesimen yang diambil itu juga telah melemahkan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa raya.
"Kelewatan ujian air kencing yang dilakukan dan percanggahan tarikh spesimen itu diambil selain beberapa faktor lain seperti kewujudan dua borang permohonan untuk melakukan ujian saringan dadah dan kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti lain telah menjadikan kes ini lemah," ujarnya.
Keempat-empat tertuduh diwakili oleh peguam Mohd Fadli Hashim sementara pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad.
Terdahulu, Ahmad Ishrakh memberitahu mahkamah berdasarkan keseluruhan keterangan saksi-saksi, pihaknya berjaya membuktikan bahawa kesemua tertuduh telah menggunakan dadah berbahaya kerana mereka disahkan positif kanabis menerusi hasil ujian pengesahan dadah yang dibuat terhadap sampel air kencing masing-masing.
Beliau berkata biarpun terdapat kesilapan penandaan tarikh pemungutan sampel pada label botol Saiful Apek dan Noremy, penjelasan sewajarnya telah diberi saksi pendakwaan kedua Sarjan M. Sanggar yang mengakui silap menulis tarikh pada botol berkenaan iaitu 12.9.2010 berbanding tarikh sebenar 12.6.10, yang mana kesilapan itu disedari saksi tersebut ketika memberi keterangan di mahkamah.
Mereka semua sebelum itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, dekat sini pada 12 Jun 2010 kira kira pukul 11 malam.
Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun pada 1 November tahun lepas, Saiful Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.
mStar Online

Friday, 1 June 2012

HBN 2012 PENDEKATAN INDIKATOR TERBAIK KEPADA BELIA

Himpunan Jutaan Belia 2012 melabuhkan tirai pada 27 Mei yang lalu setelah berlangsung pada 23 Mei. Perhimpunan selama 5 hari ini mendapat sambutan khususnya belia. Ini kerana pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung yang hadir ke Putrajaya. 


Kementerian Belia dan Sukan Malaysia selaku penganjur boleh dikatakan  berjaya "menembak tepat pada sasaran" yakni visi dan misi mereka mencapai matlamat dengan cemerlang sekali. 


Feedback yang diterima daripada pengunjung yang hadir pula rata-ratanya menyarankan HBN "wajar diteruskan".


Penganjuran HBN 2012, boleh dikatakan sebagai  hari mengiktiraf penyertaan belia yang dinamik dalam proses pembangunan urbanisasi sosial.


Sekaligus minoriti daripada kita mampu mencapai, 


"Minda Tahap Pertama"







   



KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA