RENUNG-RENUNGKAN WAHAI RAKYAT MALAYSIA
Thursday, 3 May 2012
Sembang Mesra Belia DUN Bengoh

DUN BENGOH – Balai Raya Kampung Punau telah menjadi vanue
Program Sembang Mesra Belia peringkat DUN Bengoh, iaitu kawasan di dalam
Parlimen P.198 Mambong.
Program ini telah dihadiri oleh Encik Wilson Anak Mapus,
Ketua Pemuda SUPP DUN N.16 Bengoh. Turut hadir bersama pegawai-pegawai Belia
dan Sukan Bahagian Kuching. Jumlah belia yang hadir pada malam itu sebanyak 43
orang.
Antara isu-isu belia yang dibangkitkan di dalam sesi dialog
antaranya memohon penglibatan belia di kawasan setempat untuk menyertai aktiviti
yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ataupun mana-mana
agensi yang berkaitan pembangunan belia. Dengan menyertai seumpama itu masalah
sosial melibatkan belia setempat mampu dikurangkan.
Dari sudut sukan pula, belia setempat turut memohon kepada
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak supaya membina Gelanggang Futsal 1
Malaysia di tempat mereka. Ini kerana, kemudahan seperti itu tidak terdapat di
tempat mereka.
Menyentuh mengenai isu informasi dan maklumat, belia
setempat memaklumkan penyebarannya tidak meluas. Sekaligus menyebabkan
informasi mengenai peluang-peluang pendidikan mahupun kemahiran yang disediakan
oleh pusat-pusat latihan kemahiran tidak sampai kepada mereka.
Kegagalan mendapat info terkini seperti itu telah menyebabkan
belia setempat ketinggalan dalam arus pembangunan dari pelbagai sudut seperti
pendidikan, pekerjaan, dan lain-lain yang berkaitan.
Keadaan ini jelas merugikan mereka disamping jurang antara
belia luar Bandar dan Bandar dilihat semakin ketara.
Penyebaran informasi dan maklumat mengenai peluang-peluang
pendidikan seharusnya menyeluruh di kesemua tempat wakima kawasan itu jauh
ataupun dekat. Penambahbaikkan saluran ini harus disegerakan supaya jumlah
keciciran belia di luar Bandar dan juga belia di kawasan pendalaman dapat
dikurangkan, ujar mereka.
Mereka juga menyambut baik pelaksanaan program sebegini (Program Sembang Mesra Belia) kerana
kehendak dan keperluan belia setempat di dengar serta diambil kira. Ini kerana,
keciciran di kalangan belia setempat dikatakan berpunca daripada penyebaran
informasi dan maklumat yang tidak meluas. Disebabkan itu, pendekatan secara
terus seperti kaedah yang diguna pakai Kementerian Belia dan Sukan ini dilihat
sangat berkesan, kata mereka.
Ujar mereka lagi, sesi dialog bersama agensi berkaitan
pembangunan belia seperti ini hendaklah diteruskan dari semasa ke semasa.
Apabila medium ini digunapakai, isu keciciran belia setempat dari pelbagai
sudut diatasi dengan berkesan dan sistematik. Disamping,usaha bagi merapatkan jurang
antara belia luar Bandar, belia kawasan pendalaman dan belia Bandar dapat
direalisasikan.
Mereka berharap setelah tamatnya sesi dialog ini, segala
perkongsian permasalahan yang mereka alami mampu memberi impak yang akan
membawa kepada tindakan susulan pihak berwajib.
Pemuda Harapan
Bangsa, Pemudi Tiang Negara
Sembang Mesra Belia DUN Pakan

DUN PAKAN - Kawasan
Pakan yang berada di dalam kawasan Parlimen Julau telah melaksanakan Program
Sembang Mesra Belia. Program yang dianjurkan pada waktu petang itu telah
diadakan di Rumah Panjang Empi Tanjung Pakan. Antara tetamu yang hadir ialah
Encik Johari Abdullah Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, hadir
bersama ketika itu ialah Encik Empi Anak Daeng Tuai Rumah Panjang berkenaan.
Penyertaan belia setempat adalah seramai 55 orang.
Sesi dialog kemudiannya mengambil tempat dimana belia di kawasan
berkenaan telah mengemukakan pelbagai permohonan seperti memohon pembinaan
gelanggang futsal. Penulis difahamkan belia setempat sangat aktif menjalankan
aktiviti sukan. Sebab itu, memiliki prasarana sukan berkenaan sangat diperlukan
mereka.
Dalam pada itu juga, mereka turut memohon kepada pihak
berwajib untuk menaik taraf gelanggang sepak takraw yang dikatakan sudah uzur.
Keadaan ini, ujar mereka boleh mendatangkan kecerderaan jika kemudahan sukan
berkenaan diteruskan penggunaannya tanpa diselenggarakan dengan baik.
Bagi kaum wanita pula, mereka memohon untuk diberikan
latihan asas memasak.
Isu memeliki pekerjaan juga disentuh. Menurut mereka,
kekurangan peluang pekerjaan telah mengakibatkan ramai diantara mereka masih
lagi mengganggur. Mereka menjelaskan bahawa, memiliki kerjaya sehingga
memperolehi pendapatan tetap, mampu menjamin kehidupan yang lebih berkualiti. Tambah
mereka, kehidupan yang mereka hadapi kini sangat mencabar kerana kesemua
keperluan asas kehidupan memerlukan nilai ringgit. Disamping itu, mereka
semakin dibebani kesan kenaikan harga barangan keperluan asas dan lain-lain,
jelas mereka.
Mereka juga memohon pihak berwajib untuk memikirkan apakah
langkah terbaik bagi menyelesaikan isu kekurangan peluang pekerjaan
memandangkan kenaikan harga barang yang membebankan.
Disebalik itu, ada juga diantara mereka berminat untuk
memulakan perniagaan. Jadi mereka memohon supaya diberi suntikkan modal untuk membeli
mesin membuat parang dan sumpit. Jika bantuan berkenaan disumbangkan,
perusahaan pembuatan parang dan sumpit berjaya direalisasikan selain
menggalakkan daya saing industri kecil dan sederhana. Perusahaan sedemikian
akan memberi pulangan lumayan kepada pengusahanya, selain industri ini juga
mampu membuka peluang pekerjaan kepada belia setempat yang mengganggur, kata
mereka.
Luahan belia setempat antara lainnya ialah, belia setempat
terkilan disebabkan kelibat wakil rakyat ADUN dan Ahli Parlimen di kawasan
mereka hanya dilihat pada waktu proses pengundian sahaja. Keadaan ini
menyebabkan masalah yang mereka hadapi tidak mendapat perhatian yang
sewajarnya. Ujar mereka lagi, wakil rakyat seharusnya kerap menjenguk rakyat
supaya mengetahui apakah yang mereka perlukan. Komitmen wakil rakyat di kawasan
berkenaan harus segera diperbaiki supaya kebajikan rakyat terjamin.
Dari sudut pembangunan pula sangat menyedihkan Penulis,
mereka memaklumkan bahawa jalan perhubungan dari Rumah Panjang masih lagi belum
berturap sejak dari dahulu lagi. Usaha untuk menaikkan kemudahan asas pula, seperti
elektrik dan air bersih dilaporkan belum dilaksanakan. Buktinya, beberapa rumah
panjang masih lagi menggunakan bantuan generator untuk menghidupkan lampu.
Mengenai bekalan air bersih pula, penulis difahamkan perkara berkenaan telah
dipohon namun sehingga sekarang tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak
berwajib. Ini bukan lagi sekadar isu ketinggalan, malah mereka telah diabaikan sejak
dahulu lagi.
Isu berkenaan telah menjadi sesi dialog terakhir yang
dibahaskan oleh belia setempat. Program kemudiannya diteruskan dengan aktiviti
karaoke dan barbeque.
Penulis menyokong cadangan belia setempat yang mahu
mewujudkan perusahaan idustri kecil dan sederhana di kawasan setempat mereka. Disamping
menggalakkan orang bumiputera di bumi Kenyalang menceburi bidang perniagaan.
Kesemua keluh kesah belia setempat yang telah diluahkan
ketika sesi dialog ada diantaranya menggusarkan penulis, jadi penulis sangat terkesan
menegaskan bahawa beberapa isu kritikal yang dikatakan hampir nazak perlu
diberi perhatian, malah tindakan segera juga harus diambil.
Rakyat di
Dahulukan, Pencapaian di Utamakan
Sembang Mesra Belia DUN Simanggang

Yang Berhormat Datuk Francis Harden Anak Hollis, Menteri Muda
Pembangunan Luar Bandar Menteri Muda Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan
Negeri N.27 Simanggang telah menghadiri Program Sembang Mesra Belia.
Program berkenaan telah diadakan di Dewan Suarah Sri Aman
dan telah dihadiri belia setempat seramai 107 orang. Kepelbagaian etnik peserta
yang hadir telah menjadikan suasana program ini lebih cantik.
Pada sesi dialog bersama pemimpin, belia setempat telah
membahaskan beberapa isu seperti isu pendidikan, isu peluang pekerjaan, isu
sukan, isu sosial belia, dan juga isu pembangunan infranstruktur di kawasan
setempat.
Isu pendidikan yang dimaksudkan ialah ketiadaan institusi
Pengajian Tinggi Awam mahupun swasta yang berhampiran dengan kawasan setempat.
Mereka menjelaskan, perkara ini telah menjadi masalah kepada mereka kerana
terpaksa pergi lebih jauh untuk menyambung pendidikan. Keadaan ini sebenarnya
sangat membebankan mereka yang berhadapan sukar seperti kenaikan harga barang.
Menyetuh isu sukan, mereka memaklumkan bahawa kawasan yang
mereka duduki sekarang mengalami masalah ketandusan kemudahan prasarana sukan.
Disebabkan itu, belia-belia setempat menjadi kurang aktif sehingga menyebabkan
mereka beralih kepada aktiviti yang lain.
Ketiadaan peluang pekerjaan telah menyebabkan masalah
pengangguran semakin serius. Perkara ini amat merisaukan mereka kerana,
peningkatan kegiatan jenayah seperti pecah rumah dilaporkan kerap berlaku di
kawasan mereka. Bimbang akan keselamatan nyawa dan harta benda, mereka menggesa
kepada pihak yang bertanggungjawab supaya memandang serius perkara ini.
Selain daripada itu, masalah sosial melibatkan remaja bawah
umur dilihat semakin meruncing. Jelas mereka, masalah ini menunjukkan
peningkatan drastik. Ujar mereka lagi, masalah sosial yang dimaksudkan ialah
remaja bawah umur ini dilihat mula berjinak-jinak dengan aktiviti yang tidak
sihat. Antaranya ialah remaja melibatkan diri untuk menganggotai kumpulan
samseng, menghisap rokok, cenderung untuk ponteng sekolah, menyalahgunakan
dadah, dan minum arak.
Senario ini sekaligus menyebabkan kawasan persekitaran yang
mereka duduki menjadi tidak selamat ,keadaan ini jelas dilihat pada tingkah
laku remajanya. Jika keadaan ini gagal dibendung ianya boleh mengundang persepsi
negatif masyarakat luar yang datang ke kawasan mereka.
Keadaan infranstruktur jalan raya dilaporkan mengalami
kerosakkan yang agak teruk di kawasan Bandar, kawasan perumahan, dan juga rumah
panjang. Bekalan elektrik di beberapa rumah panjang juga masih lagi belum
dinaikkan, ini menyebabkan penghuni rumah panjang berkenaan bergantung
sepenuhnya kepada mesin generator.
Oleh itu, mereka sangat berharap kepada
pihak berwajib supaya membantu mereka kerana kenaikan harga barangan semasa
sedikit sebanyak telah menambah beban kepada mereka.
Selesai sahaja majlis dialog bersama pemimpin, aturcara
program kemudiaanya diisi aktiviti cabutan tiket bertuah dan juga sesi karaoke.
Sunday, 29 April 2012
Sembang Mesra Belia DUN Samariang
SAMARIANG 27 April – Hampir 200 orang belia turut serta dalam Program Sembang Mesra Belia DUN Samariang anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang juga turut dibantu oleh Pemuda PBB N.7 Samariang.
Pelaksanaan program telah diadakan di rumah Encik Awang Khairuddin Bin Awang Buang yang merangkap Ketua Pemuda PBB Ranting Astana Lot. Turut hadir ialah Encik Syed Zaid Bin Wan Asnawi Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching, pegawai-pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching dan juga turut disertai Exco Pemuda PBB N.7 Samariang.
Kemeriahan jelas kelihatan di perkarangan lokasi pelaksanaan program disebabkan ianya diselenggarakan oleh belia-belia yang hadir. Peningkatan jumlah kehadiran belia yang hadir juga meningkat dari semasa ke semasa sehingga menyebabkan perkarangan rumah menjadi penuh. Namun segalanya terkawal kerana persiapan program telah dirancang sangat rapi sekali.
Sebagai pembuka majlis, lagu “Biarlah Bulan Bicara” didendangkan sambil diiringi persembahan live band oleh belia setempat. Persembahan berbakat mereka telah menghiburkan para tetamu yang hadir. Selepas itu sesi ucapan alu aluan disampaikan oleh Encik Awang Khairuddin Bin Awang Buang, Ketua Pemuda PBB Ranting Astana Lot.
Di dalam ucapannya, beliau telah memperkenalkan sedikit sebanyak kepada tetamu yang hadir tentang perkembangan belia di kawasan Astana Lot. Menurut beliau, belia-belia kawasan setempatnya sangat aktif dalam aktiviti sukan, aktiviti kesenian dan kebudayaan, disamping ada di antara mereka sanggup menyumbang bakti walaupun sudah bekerja.
Tambah beliau lagi, ini semua kerana semangat keakraban dikalangan belianya yang telah wujud. Inisiatif ini adalah hasil usaha berterusan pemimpin belia setempat, ujarnya. Galakkan dari segi moral, dorongan serta menyokong penuh aktiviti yang direncanakan belia setempat juga antara medium pendekatan terbaik yang telah diguna pakai oleh beliau. Hasil daripada usaha itu, belia-belia di kawasan beliau telah menubuhkan beberapa persatuan aktif seperti Kaulsar iaitu kelab sukan. Antara lain, kelab kesenian dan kebudayaan juga turut ditubuhkan.
Selain berjaya menggerakkan golongan belia untuk aktif, kelab-kelab yang telah ditubuhkan juga telah berjaya di dalam pelbagai pertandingan sehingga ada di antara belia telah menempah nama. Sekaligus, meningkatkan semangat kesukanan, semangat berpasukan, dan perpaduan dikalangan belia juga semakin erat.
Dalam ucapan yang penuh bersemangat itu, beliau turut memaklumkan bahawa gerakan kepimpinan kampung sudah mempunyai cadangan untuk menubuhkan lagi persatuan. Persatuan yang dicadangkan untuk ditubuhkan ialah Persatuan Rekreasi dan Sosial Astana Lot.
Di samping memperkenalkan belianya dan juga menerangkan perancangan di masa kelak, beliau juga turut mengulas beberapa isu di kawasan setempat berkenaan kerosakkan gelanggang takraw yang memerlukan perhatian serius dan juga masalah dewan masyarakat. Tambah beliau lagi, kedua-dua isu berkenaan telah dibawa ke pengetahuan wakil rakyat.
Menurut beliau lagi, kedua-dua isu berkenaan mendapat perhatian wakil rakyat dimana kos membaik pulih infranstruktur dewan sebanyak RM20,000 telah disumbangkan oleh Yang Berhormat Sharifah Hasidah Binti Sayeed Aman Ghazali. Manakala kos untuk membaiki kerosakkan gelanggang takraw telah ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya. Beliau menambah, kedua-dua prasarana berkenaan penting dalam menggalakkan belia membuat aktiviti sebagai contoh gelanggang takraw untuk aktiviti sukan dan dewan masyarakat pula, untuk aktiviti kesenian dan kebudayaan.
Selesai sahaja ucapan daripada Encik Awang Khairuddin Bin Awang Buang, majlis dialog diteruskan dan telah dipengerusikan oleh Encik Syed Zaid Bin Wan Asnawi.
Antara intipati dialog yang pertama dipohon oleh belia setempat ialah Gelanggang Futsal. Mereka memohon gelanggang adalah disebabkan ketiadaan kemudahan sukan itu di tempat mereka. Tambah mereka juga, selain daripada bermain sepak takraw mereka juga turut aktif bermain futsal.
Pemohonan seterusnya, memohon diberi kelengkapan latihan sukan seperti bola, kon-kon, dan pelbagai lagi peralatan sukan memandangkan mereka kerap menyertai aktiviti sukan komuniti. Dengan adanya kelengkapan tersebut, persediaan rapi dan prestasi atlet mereka juga mampu dipertingkatkan.
Antara lain yang dipohon ialah, aksesori kelengkapan kebudayaan untuk tarian dan juga kelengkapan alat-alat muzik. Dalam pada itu, mereka juga turut memohon sebuah pusat kegiatan kebudayaan untuk mereka menjalankan latihan tarian dan aktiviti seni yang lain.
Kesemua pemohonan daripada mereka mendapat perhatian Pegawai Belia dan Sukan yang hadir pada malam itu. Setelah tamatnya sesi dialog, majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan barbeque sambil turut disajikan dengan persembahan live band daripada belia-belia yang berbakat.
Friday, 27 April 2012
Sembang Mesra Belia DUN N.1 Opar
MAS GADING – Sembang Mesra Belia DUN Opar telah dilaksanakan pada 6 April 2012 yang lalu, bertempat di Dewan Kampung Sebiris Kuching. Program tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Encik Ranum Anak Mina ADUN N.1 Opar. Turut hadir sama ialah Encik Syed Zaid Bin Wan Asnawi Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching dan barisan para pegawai yang lain, ahli-ahli PBB dan juga belia setempat. Penyertaan keseluruhan daripada kalangan belia pula ialah seramai 76 orang.
Antara ringkasan sembang-sembang pada malam berkenaan ialah ucapan, sesi dialog, karaoke, dan barbeque.
Sesi dialog kemudiannya mengambil tempat. Antara isu belia yang diketengahkan mereka ialah permohonan pembinaan gelanggang futsal. Selain daripada gelanggang futsal, mereka juga turut memohon mengadakan program khusus untuk belia tempatan. Langkah ini bertujuan bagi mengurangkan masalah sosial di kalangan belia setempat.
Dalam pada itu juga, mereka juga turut memohon pemasangan kemudahan jalur lebar di kawasan Pekan Lundu dan Sematan.
Selesai sahaja aktiviti dialog, majlis kemudiannya diteruskan dengan aktiviti karaoke.
Kesimpulan Politik Yang Saya Dapat
Ketika saya belajar di Tingkatan Enam Rendah di sebuah sekolah Kerajaan kebangkitan parti pembangkang di arena politik negera dilihat sangat terserlah.
Kebangkitan itu telah menyebabkan berlakunya Tsunami Politik dimana parti pemerintah hilang beberapa kerusi dan negeri yang ditakhluki dahulu. Satu tamparan dan kejutan yang agak besar dirasai. Media pula ligat dan rancak. Jadi umumnya tahu perkara ini. Kemenangan besar ini berpunca daripada penggabungan parti pembangkang di Malaysia seperti PAS, KEADILAN RAKYAT dan DAP yang membentuk Pakatan Pembangkang. Satu bentuk kerajaan campuran.
Kekalahan daripada Parti Pemerintah pula dikatakan kesilapan manusia yang ketara.
Terlalu lama memegang tampuk pemerintahan negara yang diterajui mesti akan berlaku kesilapan di mana-mana.
Secara jujur, pada ketika itu saya menyokong aspirasi perjuangan Parti Pembangkang. Menyokong mereka akibat pengaruh persekitaran yang memihak kepada mereka di samping kekuatan karisma pemimpin mereka pada waktu itu iaitu Anwar Ibrahim.
Saya hanya tertarik isu rakyat.
Walaupun pada ketika itu saya tidak menyokong parti pemerintah, saya masih lagi menyokong kuat Tun Mahathir dan menghormatinya.
Perubahan tampuk kepimpinan telah dilakukan Parti Pemerintah satu bentuk Transformasi Kepimpinan Negara.
Meletakkan Datuk Seri Najib, dilihat satu keputusan yang saya fikir bijak.
Sejak daripada itu, Parti Pembangkang yang saya sokong mula menukar strategi. Dimana strategi itu telah menyebabkan saya muak dan kembali menyokong Pemerintah.Pada masa itu, saya mula mengambil keputusan untuk menilai kedua-dua parti politik ini.
Jadi Kesimpulan yang saya perolehi ialah,
Strategi yang diguna pakai oleh Pembangkang ialah FITNAH.!
Strategi itu jugalah menyebabkan pelbagai keraguan timbul mengenai perjuangan Parti Pembangkang.
HINDRAF, ISU MORAL, FITNAH, BERSIH, dan pelbagai lagi telah menyebabkan rakyat Malaysia mula berpecah kerana politik.
Perkara ini mula menggusarkan saya.
Pada pendapat saya, kewujudan parti pembangkang di dalam negara yang mengamalkan Demokrasi adalah perlu. Tetapi biarlah membangkang cara yang betul. Taktik yang diguna pakai oleh pembangkang pada pengamatan saya dilihat sangat agresif. Slogan Lawan tetap Lawan! seperti mahu berperang.
Saya kemudiannya melihat isu global, dimana keadaan kucar kacir sering menghiasi kaca television kita.
Tanpa disedari fenomena itu telah di"copy" "paste" kan di negara kita.
Oleh itu, kepada mereka yang belum mengetahui panorama politik negara harus ambil tahu isu ini supaya kita tidak sewenang wenangnya diperkotak katikkan oleh mana-mana pihak. Kita Seharusnya Belajar Menilai dan Mempelajari Sejarah!
Demi Negara Yang Tercinta!
Subscribe to:
Posts (Atom)