Wednesday 22 August 2012

Ustaz Nasharuddin Dan PAS

SUMBER :






Ustaz Nasharuddin Dan PAS





ust_nasharudin-pas1-321x215


Penulis merujuk kepada tulisan seorang ahli PAS Melaka untuk ditujukan khas buat Ustaz Nasharudin Mat Isa. Beliau seorang penyokong kuat parti PAS dan merupakan pemimpin di salah satu cawangan di Melaka. Sudah 30 tahun menjadi ahli PAS. Besarnya pengorbanannya dan kesetiaannya.

Beliau menulis menyatakn keresahannya terhadap 2 perkembangan yang berlaku dalam PAS (walaupun banyak perkembangan lain yang melanda PAS). Pertamanya apabila beliau melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apabila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor.

Keduanya merujuk kepada percakapan bohong oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama (dituliskan beliau jijik dan tak sanggup beliau nak tulis namanya di sini), di hadapan jutaan umat Islam lain kononnya DAP telah bersetuju untuk melaksanakan hudud. Penulis menambah yang Ketua Pemuda Ustaz Nasaruddin Tantawi juga berbohong.

Penulis tidak akan merasa terkilan jika yang berbohong itu seorang pencuri atau yang yang kurang berpendidikan agama Islam.
Beberapa hari yang lalu dengan tersiarnya gambar Ustaz Nasha bersama Perdana Menteri Malaysia di Mekah. Ada pemimpin PAS seperti Tok Guru Nik Aziz dan Khalid Samad meroyan dan mengacau.
Keluarlah kenyataan seperti `Ustaz Nasha baik keluar PAS’, `Ustaz Nasha tidak dapat jawatan’, `Ustaz Nasha akan masuk UMNO’ dan sebagainya. Begitulah `buruk sangkanya’ pimpinan PAS terhadap Ustaz Nasha.
Sekembalinya dari Mekah tadi beliau mengadakan siding akhbar dan menjelaskan kekeliruan dikalangan pimpinan PAS. Antaranya beliau menjelaskan:-

“Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam”

Ustaz Nasha juga menafikan khabar angin yang beliau akan masuk UMNO.  Jelas sekali Ustaz Nasha berusaha menyatukan umat Islam di Malaysia dan di dunia Islam antarabangsa. Biarlah Ustaz Nasha memainkan peranan di sana kerana di Malaysia dah terlalu ramai player.

Berbalik kepada penulisan ahli PAS dari Melaka tadi, beliau tidak terjawab satu soalan daripada anak beliau yang menanyakan “benarkah apa yang kita (PAS sebagai parti politik dan ahli PAS) sema ini wahai ayah?”.
Penulis berpendapat ini adalah realiti PAS dan kebanyakan ahli PAS (Ahli PAS dan penyokong PAS di Kelantan majoritinya masih setia (taksub) dengan pimpinan). Ahli PAS berada di dalam keadaan `confusion’ dalam banyak isu atau perkara termasuklah fatwa oleh Tok Guru Nik Aziz yang berubah ubah dan ada yang bertentangan.

Pemecatan Dato Hassan Ali yang cuba mempertahankan akidah Islam, penjenamaan semula negara Islam ke negara kebajikan, perlaksanaan hudud serta penetangan keras DAP, rakan PAS dalam Pakatan Rakyat dan sebagainya. Dalam banyak hal, kepimpinan PAS terpaksa tunduk pada DAP, pembohongan oleh Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Ulamak Kelantan.

Tok Guru Nik Aziz pula berkata Pakatan Rakyat akan laksana hudud selepas PRU13 jika dapat 2/3 majoriti. Jangan berbohong dengan ahli PAS dan penyokong PAS (dan perbezaan. Jikalau ahli PAS sudah confuse, penyokong PAS akan lebih confuse dan boleh tukar sokongan)dalam semua perkara. Pembohongan begini dilaknati Allah dan berdosa.

Penulis turut berpendapat pimpinan UMNO jangan meneguk di air yang keruh. Jangan tarik Ustaz Nasha ke dalam UMNO kerana Ustaz Nasha berpotensi dan berkeupayaan menyatupadukan umat Islam di Malaysia, jika kita semua menyokong dan mendoakan Ustaz Nasha menjadi Presiden PAS selepas Tok Guru Haji Hadi.
Jika Ustaz Nasha masuk UMNO, beliau dan mungkin pengikutnya 10,000 atau 100,000 ahli dan penyokong PAS (unjuran optimis) atau 1,000 ahli dan penyokong PAS (pesifmis) akan menjadi ahli UMNO tetapi UMNO gagal dalam penyatuan umat Islam.

– PENULIS BEBAS

Tuesday 21 August 2012

Ramai Saudaraku Yang Baik Telah Dipijak! – Siri 2



SIRI 2 : PENINDASAN TERHADAP ORANG ISLAM MINORITI DI ASIA TENGGARA. APA KESUDAHANNYA?


DILEMMA PRIMADONA


Berlarutannya krisis kemanusiaan di Myanmar tanpa jalan penyelesaian yang konkrit merupakan kegagalan utama pemimpin pro-demokrasi, Aung San Suu Kyi. Walaupun kerajaan junta tentera tidak lagi mempunyai kuasa autokratik yang sepenuhnya ke atas pemerintahan namun ianya seolah-olah tidak memberi apa-apa makna kepada golongan minoriti seperti etnik Rohingnya dan Karen. Sikap membisu pemimpin pro-demokrasi itu juga turut dipersoal banyak pihak kerana sehingga kini beliau masih enggan mengkritik penindasan yang dilakukan.

Taraf ekonomi, sosiopolitik dan pendidikan pula dilihat masih lagi jauh ketinggalan di belakang dan ini jelas membuktikan penganiayaan sekarang semakin teruk khususnya ke atas umat Islam minoriti. Dakwaan ini disokong berikutan etnik Rohingya dan Karen dikatakan gagal menyediakan wakil daripada etnik mereka yang fasih berbahasa Inggeris berikutan kunjungan wakil PBB ke Myanmar. Rundingan yang diadakan oleh PBB itu, adalah bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung konflik berdarah yang berlaku di Myanmar.

Ketidakupayaan Aung San Suu Kyi untuk menyelesaikan krisis ini mungkin disebabkan terhadnya kuasa untuk membuat keputusan kerana Myanmar masih ada lagi pelobi di dalam kerajaan yang cenderung ke arah proksi junta yang lama. Selain beralasankan mahu menghormati undang-undang negaranya mengenai keperluan penguatkuasaan undang-undang imigresen yang lebih jelas. Campur tangan kuasa luar seperti China dan Amerika Syarikat yang memberi kesedian untuk membantu Myanmar pula sebenarnya telah memburukkan lagi keadaan.

Beralasankan mahu menegakkan demokrasi, hanyalah tipu-helah semata-mata kerana masalah dalaman sesebuah negara tidak boleh diselesaikan oleh sebuah negara asing yang sudah pasti mempunyai budaya dan pemikiran yang berlainan. Lagipun kita sedia maklum, negara Amerika Syarikat bukan contoh terbaik untuk membawa proses kedamaian kerana imejnya sudah terkenal sebagai samseng besar. 

Tambahan pula, China juga turut melakukan penindasan yang sama juga terhadap golongan Islam minoriti di dalam negaranya yang selama ini “dibungkus kemas”.


SEANTERO

Dalam konteks yang lebih global, organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sepatutnya memainkan peranan yang lebih dalam menangani isu kemanusiaan yang berlaku di serata dunia. Simbol zaitun di atas peta dunia yang menjadi logo rasmi pertubuhan sepatutnya menjalankan peranan yang lebih serius dan tidak mengamalkan berat sebelah dalam menjalankan tugas.

Sejak penubuhannya selepas Perang Dunia Ke-2, pemberian kuasa veto kepada lima kuasa bersekutu yang memenangi perang tersebut iaitu negara Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Rusia dan China memberikan mereka kuasa yang lebih untuk menyokong atau membantah sesuatu usul yang dicadangkan oleh perwakilan yang bersidang. Ini bermakna sebarang resolusi yang tidak menguntungkan pihak yang berkepentingan akan segera ditolak seperti yang berlaku ke atas isu Syria baru-baru ini.

Situasi sebegini sudah pasti menimbulkan persoalan tentang keupayaannya untuk menegakkan demokrasi kerana suara majoriti boleh ditolak bulat-bulat oleh sebarang negara yang mempunyai kuasa veto. Kesannya dapat dilihat pada isu Israel-Palestin yang berlarutan sejak dari tahun 1948 sehingga hari ini kerana dasar luar Amerika Syarikat yang melindungi saudaranya Israel dari dikenakan sebarang tindakan atau sekatan walaupun terang-terangan rejim zionis membunuh rakyat Palestin.

DIMENSI MEMBUTAKAN MATA, MEMEKAKAN TELINGA.

Kesatuan umat Islam yang berjumlah 1.5 bilion di bawah naungan Pertubuhan Negara Islam (OIC) pula hanyalah seperti “melukut di tepi gantang” yakni mengambil sikap “tunggu dan lihat”. Berpuluh persidangan yang dianjurkan tidak membawa apa-apa makna tanpa sebarang penyelesaian yang tuntas.

Faktor ini disebabkan tiadanya perpaduan dan kesepakatan dalam kalangan negara anggota mahupun sikap tidak ambil tahu ke atas bangsa seagamanya di tempat lain menjadi punca permasalan umat Islam kini.OIC tidak mempunyai sebarang kuasa baik dari segi teori mahupun praktikal seperti kuasa ketenteraan untuk menghentikan kekejaman yang berlaku, tidak seperti Kesatuan Eropah (EU) yang mempunyai Kesatuan Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Afrika yang memiliki Tentera Pengaman Afrika.

Jangan lupa bahawa, dahulu kita terpaksa bergantung kepada bantuan kuasa Barat untuk menyelamatkan umat Islam di Bosnia daripada terus disembelih tentera Kristian Serb melalui bantuan NATO dan juga peranan ISAF (International Security Asistant Force) untuk menjaga keamanan di Afghanistan.Penyertaan dari negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia iatu Indonesia pula amatlah dialu-alukan kerana ianya adalah sesuatu yang pelik kerana ketiadaan negara `bakso` ini membuktikan segala cakap-cakap mereka untuk memajukan umat Islam hanyalah omong kosong.

Negara Iran yang menganut fahaman Syiah pula dibiarkan bersendirian menghadapi kuasa-kuasa Barat hanya kerana menganut mazhab yang berbeza. Contoh yang lain adalah Turki yang masih terus-menerus ingin melaksanakan impiannya untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) tanpa ada sebab yang jelas. Kesemua permasalah dalaman di negara Islam ini akan melemahkan struktur organisasi itu sendiri sekaligus memberi tiket kepada negara bukan Islam untuk terus menindas dan membuli umat Islam di Myanmar, China, Palestin, Iraq, Afghanistan dan berterusan ke seluruh dunia.

Blok Asia Tenggara yang mempunyai penduduk seramai 500 juta orang serta dikuniakan hasil bumi yang banyak dilihat mampu mengimbangi pengaruh India dan China yang dilihat semakin agresif dalam menyebarkan kekuatan ekonomi dan ketenteraan mereka khusunya di rantau Laut China Selatan dan Lautan Hindi. Negara ASEAN yang dianggotai 10 negara boleh menjadi sekuat Kesatuan Eropah (EU) jika perpaduan dan sengketa dalaman dapat diselesaikan dengan bijak. 

Prinsip ASEAN yang tidak mahu mencampuri urusan dalaman negara anggota inilah yang menjadi penyebab berlakunya campur tangan negara luar untuk menangani permasalahan yang berlaku. Polisi ini sebenarnya harus diubah supaya keupayaan ASEAN akan dilihat lebih proaktif dalam menyelesaikan pelbagai isu termasuk kemanusiaan. Selain hanya bertindak membuka pintu kepada pelarian yang memohon suaka politik selama ini dilihat bukan cara harus dikekalkan .

Ini kerana kebanyakan etnik dan suku kaum di setiap negara mempunyai kaitan dengan saudara mereka yang menetap di negara jiran. Sebagai contoh Indonesia, Malaysia, Singapura, selatan Thailand dan Filipina merupakan sebuah kepulauan Melayu pada zaman dahulu sebelum dipecah-belahkan oleh penjajah Barat. Begitu juga Indochina yang dibahagikan menjadi tiga negara oleh Perancis kepada Laos, Kemboja dan Vietnam untuk mengelakkan mereka bersatu. 

Sementara susur-galur penduduk Thailand dan Myanmar dikatakan berasal dari rumpun yang sama tetapi berpecah menjadi bangsa yang berlainan. Ini boleh dijadikan bukti betapa seharusnya nilai perpaduan boleh disemai melalui pertubuhan ASEAN seperti penganjuran Sukan SEA dan Kejohanan Bola Sepak AFF Suzuki.

Oleh itu, kebergantungan kepada kuasa Barat seharusnya dihentikan sama sekali khususnya dalam hal-ehwal ketenteraan. Keadaan ini menjadi tanda bahawa hormat-menghormati di antara negara jiran itu wujud seperti di Filipina yang membenarkan Amerika Syarikat membina pangkalan tentera laut di negara mereka walaupun dibantah oleh rakyat tempatan. 

Negara Brunei pula wajib keluar dari kepompongnya dan terbang ke dunia realiti kerana konflik yang berlarutan di negara serantau lambat-laun akan merebak ke negara mereka jika sikap tidak ambil tahu gagal dibuang. Peranan negara ASEAN yang lain boleh dimaksimakan melalui bantuan kepakaran untuk memajukan ekonomi negara yang kurang membangun seperti Timor Leste, Kemboja dan Laos. 

Walaupun perkara ini kedengarannya agak mustahil namun jika kita berusaha dan bertekad sudah pasti akan ada sedikit sinar harapan dan bantuan daripada-Nya. Amin.



Monday 20 August 2012

Mercun Setiap Tahun “Makan” Tangan.



Mercun Setiap Tahun “Makan” Tangan.


Tiba sahaja Bulan Ramadhan, bunyi mercun sudah mula bersahut-sahutan. Malah dikatakan bertambah riuh rendah apabila selesai sahaja berbuka puasa dan solat Maghrib.  

Puncanya, bahan ini sangat mudah diperolehi. Sebab itulah, perniagaan menjual mercun dan bunga api di negara ini seperti “cendawan tumbuh selepas hujan”.
Jika dilihat dari sudut yang positif, benar dengan adanya bunga api dan mercun ini akan lebih memeriahkan lagi musim perayaan.

Lagi-lagi jika dimainkan di malam ambang Raya, dentuman bunyi mercun serta percikan bunga api yang menghiasi angkasaraya dengan serentak secara tidak lansung menggambarkan kemeriahan ketibaan Hari Raya. 

Maka tidak hairanlah setiap tahun kita disajikan bunyi-bunyian mercun, serta bergegas keluar rumah untuk melihat bunga api yang mekar dan berwarna warni. Disebabkan begitu ramai yang bermain bunga api dan mercun, asap yang terhasil pula menjadi jerebu. Perkara biasa.

Bagi peniaga mercun dan bunga api pula, ini adalah sumber rezeki tambahan untuk menampung keperluan di Hari Raya. Ekoran itulah, pembukaan gerai-gerai menjual bahan ini juga sangat mudah kita lihat di kiri dan kanan kita.

Tapi dari segi undang-undang negara, bahan ini diharamkan penjualannya sejak diwartakan pada tahun 1957 lagi. Ini kerana, mercun dan bunga api dikatakan lebih membawa kepada kesan negatif yang banyak berbanding kesan baiknya. 

Lantaran itu operasi demi operasi daripada pihak berkuasa mengawal kemasukan bahan ini ke dalam negara, selain giat bertindak merampas dan menahan individu yang mengedarnya kepada umum. Langkah ini diambil untuk mencegah berlakunya kemalangan jiwa disebabkan bahan itu.

PEMBAZIRAN

Bermain mercun seharusnya kena pada tempat dan waktunya. Ini tidak, kalau sudah tahu orang-orang sedang mengerjakan solat terawih, tadarus dan aktiviti keagamaan lain di dalam masjid mahupun surau, janganlah membakar mercun berhampiran dengan rumah ibadat tersebut. 

Ini kerana, dentuman mercun berkenaan akan menganggu jemaah yang sedang mengejarkan ibadat. Secara jujurnya, perbuatan tidak bertanggungjawab itu sangat menyakitkan hati.

Menjadikan mercun sebagai alat guraun dengan tujuan menakut-nakutkan individu lain, jangan sesekali dilakukan. Harus diingat, mercun boleh mendatangkan kecerderaan fizikal. Malahan ada yang berisiko cacat seumur hidup, ataupun hilang keupayaan pancaindera.

Lihat sahaja cerita di akhbar-akhbar perdana dan juga berita television baru-baru ini, beberapa orang telah hilang tangan akibat kecuaian bermain mercun. Tambahan pula, ini bukan insiden yang pertama dilaporkan di negara ini.

Kekerapan berlakunya insiden ini kepada orang Melayu terutamanya ketika di bulan Ramadhan sering berlaku saban tahun. Adakah orang kita tidak pandai bermain mercun? walhal sudah beberapa kali diberitahu, dinasihat serta ditunjukkan bukti implikasi bahana mercun ini.

Cukuplah, mercun bukan bahan yang sesuai untuk kita berseronok ataupun berlagak pandai membuat eksperimen keatasnya. 

Banyak lagi perkara lain yang boleh kita lakukan, malahan untuk tidak membelinya salah satu cara mengelak untuk hilang anggota tubuh badan selain mengelakkan pembaziran wang ringgit.

Prihatin~



Saturday 18 August 2012

Tiada Kesepakatan Dalam Pakatan

kaldai-pas-pkr

Memang sudah sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat (PKR, PAS & DAP) masih lagi gagal mencari mekanisme.

Ini jelas terbukti berhubung beberapa kenyataan "orang kuat" di dalam DAP yang menolok dasar yang hendak dibawa oleh PAS.

Malahan kebisuan PKR pula telah menjadi tanda tanya, dan adakah mereka hanya fokus untuk merampas Putrajaya?

Dahulunya mereka tidak seGah ini. Ketiga-tiga parti pembangkang ini memilih untuk bersatu bagi menumbang BN dalam Pilihanraya pada 2008 dahulu. 

Kalau mereka tidak bersatu atas nama "Pakatan", sehingga kini mereka mungkin tidak boleh menerajui beberapa buah negeri yang mereka telah tawan. 

Namun kekeliruan mulai timbul apabila setiap parti yang bergabung ini tidak pada satu dasar. Yang di dengar, hanya mahu menawan Putrajaya setelah itu dijanjikan penurunan harga minyak serta mendakwa mereka lah yang layak memperjuangkan nasib rakyat.

Tetapi ada beberapa lagi dasar asal perjuangan parti gabungan masih lagi dipinggirkan malahan ditolak. Ternyata mengelirukan ramai pihak. Kalau sudah begini, wajarkah mereka melabel mereka sebagai orang yang layak untuk menerajui negara? Sedangkan tiada kesepakatan di dalam kalangan anggota parti?

Wednesday 8 August 2012

Ramai Saudaraku Yang Baik Telah Dipijak! – Siri 1

burma


SIRI 1 : PENINDASAN TERHADAP ORANG ISLAM MINORITI DI ASIA TENGGARA.
Kepimpinan junta tentera tidak mengiktiraf kaum Rohingya sebagai pribumi Myanmar sebaliknya menganggap mereka sebagai pendatang dari negara Bangladesh sekaligus menanam mentaliti yang sama terhadap penduduk awam. Sekalipun, angin demokrasi telah bertiup dengan kencangnya baru-baru ini namun ianya tidak membawa apa-apa maksud kepada etnik Rohingnya.

Hak asasi dan kebebasan mer style="font-family: Geneva, Arial, Helvetica, sans-serif; padding: 0px;"> Apabila menyingkap jendela dunia, benua rantau Asia Tenggara di sekeliling kita ini sebenarnya tidak sunyi. Negara-negara Asia Tenggara yang kita sedia maklum, sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan sejak dari dahulu lagi. Bergelut dengan masalah ekonomi, politik tidak menentu, pengusaan junta tentera, masalah kemiskinan, pengangguran yang serius, puak pemisah yang bergiat aktif, kegiatan lanun yang beroperasi, aktiviti penyeludupan manusia, dan terkini iaitu rusuhan kaum.

PREJUDIS

Golongan Islam minoriti sewenang-wenangnya dikeronyok dan dipijak-pijak begitu sahaja di rantau ini. Satu bentuk penindasan yang ketara. Penindasan yang dimaksudkan, sememangnya diketahui umum sering berlaku sejak dahulu lagi. Faktor dihimpit kemiskinan serta hidup dalam serba kekurangan, telah menyebabkan golongan ini tidak terdaya untuk menahan segala asakan serta ancaman yang datang. 

Disebabkan itu, mereka tiada pilihan lain untuk menyelamatkan nyawa, selain memohon suaka politik di negara jiran. Itulah nasib yang terpaksa dihadapi golongan ini. Hidup dalam ketakutan di bumi sendiri sehingga terpaksa menagih simpati di negeri orang. Lebih malang, penindasan terhadap golongan ini berlaku ketika umat Islam mengejarkan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

MYANMAR, Etnik Rohingya telah ditakrikfkan PBB sebagai `minoriti yang paling tertindas di dunia. Populasi mereka yang berjumlah 800 000 orang tidak termasuk pelarian di negara-negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Bangladesh pula dianggarkan sebanyak 524 000 orang yang berdaftar di bawah UNCHR (Un Refugee Agency). Majoritinya beragama Islam dan hanya mewakili tidak sampai 1%  daripada keseluruha  60 juta rakyat Myanmar.

Kepimpinan junta tentera tidak mengiktiraf kaum Rohingya sebagai pribumi Myanmar sebaliknya menganggap mereka sebagai pendatang dari negara Bangladesh sekaligus menanam mentaliti yang sama terhadap penduduk awam. Sekalipun, angin demokrasi telah bertiup dengan kencangnya baru-baru ini namun ianya tidak membawa apa-apa maksud kepada etnik Rohingnya.

Hak asasi dan kebebasan mereka telah dicabul dengan sewenang-wenangnya sekaligus membuatkan etnik Rohingya begitu mundur dan daif kerana akses kepada pendidikan, ekonomi, politik, kebebasan beragama dan peluang pekerjaan telah disekat. Asas kepada kepercayaan bahawa mereka merupakan pendatang dari Bangladesh tidaklah diketahui tetapi faktor fizikal dan agama yang dianuti mungkin merupakan puncanya.

Karakter fizikal yang berkulit gelap dan mempunyai wajah seperti penduduk dari Asia Selatan jelas ketara bezanya mereka dari kaum pribumi Myanmar yang lain seperti Bamar, Shan dan Karen di mana majoriti mereka berkulit cerah dan beragama Buddha. Sungguhpun begitu, tuduhan bahawa etnik Rohingya merupakan pendatang dari Bangladesh hanyalah sebagai `kunci` untuk kepimpinan junta tentera untuk terus melakukan penindasan.

Buktinya, kerajaan Bangladesh sendiri dilihat berdiam-diri tatkala ribuan saudara seagama mereka disembelih dengan kejamnya oleh etnik Buddha Rakhine dalam konflik yang berlaku di Rakhine baru-baru ini. Bahkan kawasan sempadan dikawal ketat untuk mengelakkan pelarian dari melarikan diri dari konflik ke negara mereka. Sesiapa yang berjaya menyusup masuk pula akan ditangkap dan dihantar pulang. 

Situasi ini seperti menghantar makanan ke `kandang singa` kerana keselamatan mereke tidak terjamin kerana pihak berkuasa Myanmar hanya menutup mata bahkan sanggup bersekongkol untuk terus melakukan kekejaman ke atas etnik Rohingya.

CHINA, Permasalan yang dihadapi umat Islam di negara `Tembok Besar` ini tidak banyak diketahui masyarakat antarabangsa kerana dasar Parti Komunis China yang menapis dan menyekat sebarang berita yang boleh mencalarkan maruah mereka. Majoritinya merupakan etnik Uighur yang berbahasa Turki dan menetap di wilayah Xinjiang dengan ibu negerinya ialah Urumqi. 

Dianggarkan sebanyak 10 juta kaum Uighur menetap di China dan ini hanyalah satu jumlah yang kecil berbanding dengan keseluruhan rakyat China yang berjumlah 1.3 bilion. Etnik Han merupakan majoriti dengan mewakili 91 %.

Selama berdekad, etnik Uighur telah mengadu ditindas dari segi politik, ekonomi dan sosial. Punca permasalah ini disebabkan oleh kemasukan ribuan imigran Han dari wilayah lain ke kawasan mereka. Ini menyebabkan persaingan yang sengit di antara penduduk tempatan dan pendatang terhadap sumber seperti tanah dan air. 

Taraf ekonomi kaum Han yang lebih tinggi pula menyemarakkan lagi api kebencian kerana rata-ratanya etnik Uighur hidup tidak diberi peluang untuk memajukan diri mereka. Penganalisis berkata diskrimanasi terhadap peluang pekerjaan adalah penyebab ketidakadilan ini.

Kerajaan China pula dilihat cuba mengasimilasikan budaya kaum Uighur dengan kemodenan dengan menekan hak kebebasan bersuara dan beragama. Sebarang bentuk tindakan yang dianggap mencabar kedaulatan pula akan dibalas dengan hukuman keras yang boleh dipersoalkan mutu pengadilannya. 

Selama berdekad, penindasan ini berjaya disembunyikan hasil dari sistem penapisan yang begitu ketat.
Namun, pada Julai 2009 berpunca dari pembunuhan 2 orang etnik Uighur di sebuah kilang di provinsi Guangdong. Pembunuhan yang bermotifkan  kaum ini telah menyebabkan kaum Uighur melakukan protes. Mereka membalas dendam dengan menyerang kedai dan kepentingan kaum Han di Urumqi.

Sebagai membalas dendam, serangan balas pula dilakukan oleh etnik Han dan berlarutan ke seluruh kawasan Xinjiang. Konflik yang tercetus selama sebulan ini telah meragut lebih 200 nyawa.Tindakan keterlaluan pula diambil oleh kerajaan China dengan menahan mereka yang disyakit terlibat tanpa sebarang keadilan dan perbicaraan yang adil. 

Dianggarkan sebanyak 4000 orang ditahan di penjara kerana disyaki terlibat dalam konflik ini sekalipun tanpa bukti yang kukuh dan kerana kesalahan kecil seperti mengkritik kelemahan kerajaan China dalam menangani isu ini.



IMBAS KEMBALI

Mengenang kembali peristiwa yang berlaku di Tak Bai, Selatan Thailand. Pemuda-pemuda Islam yang diikat tangannya, kemudian dilonggok beramai-ramai begitu sahaja di dalam trak-trak tentera setelah ditahan berikutan insiden yang berlaku di hadapan Balai Polis Tak Bai. 

Peristiwa yang juga berlaku di bulan ramadhan itu, sangat menyayat hati apabila 78 orang pemuda yang ditahan didapati mati setelah diperiksa kerana sesak nafas dan lemas akibat dilonggak secara bertindih, ditambah pula mereka ketika itu sedang menjalani ibadah puasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRC), mereka yang ditahan itu dipukul dengan belantan, ditendang serta turut ditumbuk, malah ada juga antaranya diperlakukan begitu semasa terbaring di atas tanah dengan tangan diikat ke belakang. 

Tindakan kejam pihak berkuasa negara itu telah mendapat kritikan hebat dunia kerana mengambil tindakan yang keterlaluan. Walaupun peristiwa itu berlaku pada Oktober 2004, tragedi yang menyentuh perasaan itu harus diingati sebagai bukti jelas bahawa golongan minoriti Islam di rantau ini sememangnya ditindas!


Sunday 29 July 2012

Sarawak : Internet Tidak Begitu Maju, Menyeluruh Dan Pesat.




Penggunaan kemudahan jalur lebar di kawasan bandar di bumi kenyalang peratusannya semakin meningkat. Gagal mencapai jaringan itu adalah satu perkara yang mustahil. Hal ini kerana, penempatan penduduk di kawasan Bandar adalah tersusun dan sebarang halangan pula tiada. Oleh sebab itu, kemudahan ini terdapat di mana-mana dan mudah diperolehi.

Keadaan yang amat baik ini, telah membantu memudahkan syarikat telekomunikasi menyalurkan perkhidmatan jalur lebar mereka. Cuma masalah kepantasan jalur lebar sahaja dicadangkan perlu dinaik taraf tanpa perlu dikenakan sebarang cas tambahan.

Bagi mereka yang menggunakan Broadband mudah alih pula, perkara yang mustahil ialah mendapat full bar dikawasan luar bandar. Dapat dua atau tiga bar sudah boleh dikira beruntung berbanding di sesetengah kawasan luar Bandar dan pendalaman. Liputan yang tidak meluas, bukan sahaja berlaku kepada pengguna internet bahkan talian telefon bimbit juga turut menghadapi masalah yang sama.

Geografi Fizikal

Keadaan muka bumi yang mencabar  telah menjadi rintangan dalam usaha memperluas liputan jalur lebar ke seluruh bumi kenyalang. Cabaran fizikal yang terpaksa dihadapi seperti gunung, bukit bukau, sungai, hutan tebal, selain berhadapan kepadatan jumlah penduduk di sesebuah kawasan yang dikatakan tidak mencukupi. 


Manakala, kos untuk menyebarkan jalur lebar ke semua bahagian di negeri Sarawak pula, amat tinggi.
Jika diperhatikan, masalah kepadatan jumlah penduduk ini adalah berpunca daripada penempatan penduduk itu sendiri yang tidak tersusun secara sistematik.

Penempatan yang terpisah oleh muka bumi sehingga sukar untuk diakses masih lagi wujud di beberapa bahagian. Hal ini kerana, kepelbagaian etnik penduduk bumi kenyalang yang sangat jelas berbeza dari segi pegangan agama dan kepercayaan, pertuturan, adat resam, menjadi faktor mengapa kemudahan jalur lebar tidak meluas penggunaannya di Sarawak.

Perkara ini dijelaskan dengan mengambil contoh penempatan orang Iban adalah di rumah panjang, begitu juga dengan orang Bidayuh. Namun mereka tidak duduk sebumbung walaupun ciri-ciri rumah panjang yang mereka duduki mempunyai banyak persamaan. 


Hal ini kerana, mereka mempunyai banyak perbezaan antara satu sama lain dan hanya bentuk kediaman sahaja yang hampir serupa. Jadi penempatan orang Iban dan Bidayuh sudah semestinya terpisah mengikut daerah ataupun kampung. Situasi ini, bukan sahaja berlaku kepada mereka bahkan turut berlaku kepada etnik-etnik yang lain.

Disebabkan itu, untuk membangunkan kemudahan jalur lebar secara menyeluruh di Sarawak boleh dikategorikan sangat perlahan. Manakala, usaha dari pemerintah pula dilihat “bergerak, bertungkus lumus dan bukannya bergelut”.

Kesedaran

Bukan bodoh mahupun jahil mengenai IT cuma kemudahan itu sahaja yang tidak sampai. Jadi, apalah gunanya memeliki komputer jika internet tiada.

Perkara yang jelas menjadi isu adalah kewujudan jurang yang besar. Jurang yang dimaksudkan ialah jurang untuk mendapatkan informasi dan maklumat oleh penduduk luar bandar dan pendalaman.

Isu ini telah menjadi antara masalah yang sering diluahkan di sesi dialog Program Sembang Mesra Belia di kawasan luar bandar dan pendalaman. 


Jadi, mereka memohon kepada pihak berwajib untuk mencari kaedah terbaik dalam memperluaskan kemudahan jalur lebar sekaligus menghapuskan jurang pengetahuan informasi maklumat antara penduduk.

Jelas, mereka juga tidak mahu ketinggalan. Luahan mereka itu sebenarnya telah membuktikan bahawa, mereka juga berhasrat untuk bersama-sama bergerak seiring bersama agenda kerajaan dalam proses pembangunan negara.

Sunday 22 July 2012

Program Kerjasama Jabatan Belia Sukan Negeri Sarawak Dan SABERKAS

DSC_0041



Perbincangan panjang lebar kemudiannya dimulai dengan penerangan serba ringkas daripada Yang Berbahagia Tuan Haji Razali kepada pihak exco SABERKAS. Selain menjelaskan peranan serta tanggungjawab yang di galas samaada telah dilaksanakan, sedang berjalan mahupun yang bakal dirancang, pihak Jabatan juga turut mewar-war kemudahan yang disediakan di bangunan KOMBES yang baharu siap dibina itu. Bangunan yang menjadi ibu pejabat kepada pihak jabatan pusat (negeri) dan bahagian Kuching itu memiliki ciri-ciri pelbagai fungsi kemudahan dan kegunaan untuk menganjurkan pelbagai bentuk aktiviti.
Kemudahan seperti bilik kuliah, hostel, dewan serbaguna, kantin, surau, padang futsal, gym, dan banyak lagi untuk sukan selain turut dilengkapi sebuah auditorium dan juga pusat akuatik. Kemudahan yang dimiliki oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada hari ini merupakan adalah kemudahan yang sangat diperlukan sejak dahulu lagi. Ini kerana, disebabkan kekurangan fasiliti seperti ini sangat jelas dirasakan sebagai halangan. Sebaik sahaja KOMBES beroperasi, banyak pihak menarik nafas lega terutamanya pihak SABERKAS kerana kedudukannya yang hanya sekangkang kera.

Berkemampuan daripada pelbagai segi dan sudut serta terletak di lokasi yang strategik untuk di akses, pihak jabatan dilihat sudah kehadapan dan lebih bersedia. Keyakinan itu sekaligus menjadikannya sebuah badan yang sangat progresif untuk menjalinkan usahasama selain berfungsi sebagai sumber rujukan.
Kunjungan exco SABERKAS pada kali ini, bukan sahaja sekadar lawatan. SABERKAS ditakrifkan sebagai “merangkumi atau menyerumpunkan” merupakan satu pertubuhan belia yang mewakili negeri Sarawak, sangat dikenali kerana keunikkan disebabkan kepelbagaiannya dan juga kemampuannya  sedia maklum mempunyai hubungan yang akrab dengan pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Hubungan yang telah terjalin sejak dahulu lagi inilah dilihat juga telah banyak membantu sedikit sebanyak kepada pertubuhan ini untuk bergerak seiring serta aktif dalam merencana aktiviti kepada belia.


Pada pertemuan kali ini, konsep “smart partnership” telah dikemukakan pertubuhan itu kepada pihak jabatan supaya konsep berkenaan diterapkan di masa kelak. Langkah ini dicadangkan bertujuan untuk menaikkan imej pertubuhan SABERKAS supaya lebih menonjol mahupun bergerak seiring lagi. Dalam erti kata lain, pengusulan cadangan ini berikutan pertubuhan ini dilihat masih lagi jauh ketinggalan di belakang sehingga dilabel tidak relevan.
Antara lain, masalah ini juga dilihat berpunca daripada pucuk pimpinan konservatif dimana telah mengakibatkan pertubuhan ini masih berada di takuk yang lama. Namun itu, kesedian daripada pucuk pimpinan tertinggi untuk menerima generasi Y untuk menjadi teraju kepada pertubuhan ini seterusnya turut menjadi yang topik perbincangan, mereka menyuarakannya dengan nada yang optimis.
Ini kerana, jika gagalnya untuk bergerak kearah proses itu, kesinambungan pertubuhan berkenaan akan berada di dalam keadaan yang samar-samar tanpa dan hala tuju. Oleh yang demikian, usahasama strategik yang dicadangkan dalam merencanakan agenda untuk belia di masa kelak ataupun tahun-tahun mendatang di negeri ini dirasakan mereka, mampu memberi impak sehingga membawa kesan kepada perubahan yang lebih positif.
Jelas mereka lagi, usahasama yang terjalin ini akan mewujudkan perkongsian ilmu, kebolehan serta kepakaran diantara kedua-dua pihak dimana hasilnya kemudian akan memberi manfaat bersama-sama.


Bercakap mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh SABERKAS yang telah ataupun sedang dirancang, tidak banyak mereka dapat bercakap mengenai hal itu. Perkara yang mereka sering titikberatkan adalah belia. Dicadangkan mereka, remaja luar bandar haruslah dibawa untuk menyertai program-program yang dianjurkan di bandar (merujuk kepada kemudahan yang disediakan oleh KOMBES)  supaya mereka juga turut berpeluang merasai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
Dalam pada itu, mereka turut meminta kerjasama daripada pihak media untuk menyokong usahasama yang bakal dilakukan kelak. Tambah mereka lagi, perhatian daripada pihak media amatlah penting untuk menyebarkan maklumat, memperkenalkan serta menaikkan imej sesebuah pertubuhan malah pihak media juga amat dialu-alukan untuk turut serta.

Artikel disiar pada July 22, 2012 - 11:17 am oleh SGBSARAWAK HAMRIZAN






KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA