Saturday 23 March 2013

SAYA BUKAN MEMBELA SAYA, SAYA MEMBELA KAMU...! Katanya Kepada YANG ARIF!



SADDAM HUSSEIN Seorang Pemimpin Islam yang dilabel Amerika dan sekutunya sebagai DIKTAKTOR yang kejam terhadap rakyatnya sendiri dan digantung sampai mati atas pertuduhan dirancang dan terancang Amerika, disebalik penipuan Uncle Sam yang nyata "menakhluk Iraq" setelah gagal menemukan bukti Iraq memiliki senjata pemusnah. Ikuti rakaman perbicaraan ini....sememangnya menarik kerana itu adalah kata-kata seorang pemimpin yang dikatakan segarang "SINGA".

Janji Ditepati NKRA Lepasi Sasaran

 
 
nkra_graph_upPengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 sudah pastinya akan membuatkan jauh di sudut hati para pencacai pakatan haram mengangkat tangan tabik hormat kepada kerajaan BN/Umno. 

Malah pembentangan laporan tersebut sepatutnya berjaya membuka mata dan hati mereka sekiranya mengambil pendekatan berlapang dada dan menilai semula antara fakta dan penipuan.
Ia susulan kejayaan kesemua NKRA kerajaan yang berjaya menunjukkan pencapaian yang baik dan menepati sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini. 


Malah setiap baris ayat yang diucapkan oleh Perdana Menteri semalam, adalah merupakan bukti bahawa kerajaan BN telah mengotakan segala janji kepada rakyat
.
Ia selari dengan tema kerajaan ‘Janji Ditepati’ sekaligus menepati slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Berbeza dengan pembangkang melalui ‘Manifesto bukan Janji’ yang hanya mampu memberikan impian ‘bulan dan bintang’ namun apabila sampai masanya memungkiri janji tersebut ibarat melepaskan batu ditangga.
 

Laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 semalam membuktikan transformasi dilaksanakan kerajaan sebelum ini telah berjaya menunjukkan keberhasilan. Semua maklumat dikaji, dikumpul dan kemudiannya dibentangkan kepada seluruh rakyat bagi menunjukan ketelusan kerajaan dalam memberikan fakta yang benar dan sahih.
 

Lebih menarik lagi ialah, ketika pakatan pembangkang yang sebelum ini mengkritik tindakan kerajaan yang dikatakan terlalu boros berbelanja semata-mata untuk meraih undi pendapatan negara (GNI) masih berjaya menunjukkan peningkatan sebanyak 49% sepanjang 3 tahun lepas. Walaupun ekonomi dunia berada dalam kegawatan, namun pertumbuhan negara sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012.
 

Tambah membanggakan, kadar kemiskinan negara juga menunjukan indeks penurunan dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Malam kadar inflasi negara juga turut kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013.
 

Bukan setakat itu sahaja, sepanjang menerajui pentadbiran negara, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib juga telah berjaya mewujudkan sebanyak 438,000 peluang pekerjaan dari 2011-2012. Malah seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka dan sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun.
 

Walaupun pakatan pembangkan sering mengatakan, kononnya kerajaan BN/Umno rasuah, tidak selamat dan sebagainya, namun mengikut indeks kadar jenayah yang dikeluarkan telah menunjukkan kadar penurunan sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas. Malah Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International juga menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012 dengan seramai 1,172 pesalah rasuah telah disiarkan dalam laman web MACC.
 

Secara keseluruhan pembangkang hanya mampu melemparkan pelbagai dakwaan untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat, namun hakikat sebenarnya semuanya langsung tidak mempunyai asas.
 

Dengan data-data yang dibentangkan semalam turut membuktikan bahawa kerajaan benar-benar ikhlas ingin menawarkan perkhidmatan terbaik buat rakyat.

BAHAYA FAHAMAN LIBERAL - SIRI 2



SUMBER :
Bahaya Fahaman Liberal Yang Didukung Pembangkang (Part 2)

islam liberal Apa motif Ketua Pembangkang, Anwar ibrahim duduk bersama Musdah Mulia (kanan), tokoh Islam Liberal Indonesia yang menghalalkan homoseksual & lesbian yang diharamkan Al Quran dan Sunnah.

Selain daripada Gerakan Pemikiran Liberal didapati mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dari aspek akidah, mereka juga didapati menyeleweng dari aspek syariah.

Aliran pemikiran sesat ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang diguna pakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. 


islam-liberal1Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.

Aliran pemikiran ini juga berpegang kepada ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Quran, ianya sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat. Tafsiran – tafsiran lama dikatakan tidak lagi sesuai dengan zaman moden kini.

Golongan aliran pemikiran ini juga secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru itu, bagi mereka sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah bagi mereka, mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti


Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul alHadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.

Golongan fahaman liberal ini juga mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum dan bukan bentuk sesuatu hukum.

Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan semua umat Islam Malaysia untuk bersama – sama membenteras puak – puak sesat ini daripada berjaya menjadi pemimpin Negara selepas pilihanraya yang akan datang demi memelihara kesucian agama Islam yang diredhai Allah ini.







BAGAIMANA "HACKERS" MAMPU MEROBAH DUNIA - WE ARE LEGION...!



Ikuti dokumentari khas BBC merungkai disebalik kisah Penggodam Komputer di alam maya yang telah merobah dunia angkara tidak senang dengan pemerintah, ikuti kisah menarik mereka melalui kupasan di dalam dokumentari ini...


BAHAYA FAHAMAN LIBERAL - SIRI 1

SUMBER :

 


Bahaya Fahaman Liberal Yang Didukung Pembangkang (Part 1)

jefrei nordin“Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas PRU 13,”
Jefrei Nordin, ( Bekas Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor)


 Baru – baru ini kita dikejutkan dengan pengakuan daripada saudara Jefrei Nordin yang merupakan bekas Pegawai Khas kepada Y.B Ronnie Liu tentang hasrat pembangkang khususnya DAP ingin meletakkan tokoh melayu liberal sebagai calon mereka di Selangor dan tidak mustahil juga di perak pada pilihanraya akan datang.

Apa yang perlu kita ketahui ialah, aliran pemikiran liberal adalah sesat dan menyeleweng dari aspek akidah dan syariah. Perkara ini diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke – 74 pada 25 hingga 27 julai 2006 selepas mendapati penyelewengan berkenaan aspek akidah dan syariah.

Antara ciri pihak yang mendukung fahaman ini ialah mereka berpegang kepada konsep pluralisme. Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pihak pluralisme agama ini berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Mereka juga mengakui bahawa semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

Ini adalah amat menyimpang dengan hakikat kerana hanya agama Islam sahaja yang diterima sebagai sebuah cara hidup yang sempurna dan tidak memerlukan ideologi atau sistem lain dari luar sistem Islam, kerana ideologi Islam itu telah sempurna sebagai sebuah cara hidup yang diredhai oleh Allah SWT seperti FirmanNya:

“Sesungguhnya agama yang diterima Allah adalah Islam”

(Ali-Imran 3 : 18).

Dalam ayat lain Allah berfirman:

“ Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam, maka tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat nanti termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.”

( Āli-Imran 3 : 85).

Antara ciri lain golongan ini ialah mereka mengatakan bahawa akal manusia adalah wahyu. Aliran ini juga turut membahagikan wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Manakala wahyu tidak bertulis pula adalah akal manusia, dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, dan kesesuaian mengikut keadaan semasa.

Adalah dangkal untuk mengatakan bahawa akal manusia yang mempunyai seribu satu kelemahan sebagai salah satu sumber wahyu.

Golongan sesat ini juga turut meragui ketulenan Al-Quran. Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka juga menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab.

Hakikatnya, kita sebagai umat manusia diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah untuk selalu berpegang teguh kepada Al-quran dan sunnah, kerana kedua pegangan tersebut tidak akan membuat kita sesat selama-lamanya.

Apabila kita tidak berpegang pada kedua pegangan tersebut kita akan sesat selama-lamanya. sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan keduanya: Kitabullah dan Sunnahku. Dan keduanya tidak akan terpisahkan hingga keduanya mendatangiku di Al-Haudh (telaga)”.


TIPS BISNES ORANG CINA...! MESTI BACA!



1. Mereka mendahului orang lain seperti kemajuan serta kekayaan yang diperoleh, selain berkemahiran proses jual beli sejak berabad lamanya dan mendominasinya, adalah kerana menambah "RAJIN" dan "DISIPLIN" di dalam diri setiap mereka.

2. Bahkan kata mereka, "BUKAN SATU DOSA UNTUK MENJADI KAYA". Tiada halangan serta larangan untuk mendapatkan untong dan kaya, sebab itu perkara yang HARAM bagi orang Melayu Islam boleh dikatakan sangat memberi manfaat kepada mereka. Bukan lagi soal BELAKANG KIRA" bagi orang Cina.

3. Sekaligus "komunikasi tidak seberapa untuk bertutur bahasa Malaysia" bukan penghalang utama, kerana ketajaman mereka mengendalikan nilai mata wang dalam urusan perniagaan serta "berkira wakima sepuluh sen pun" yakni prinsip yang dipegang sebagai contoh, telah memberitahu kita secara jelas mengapa bisnes mereka sangat KONSISTEN.

4. Bantu membantu antara satu sama lain sama bangsa melalui Persatuan yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan, sangat membantu mengembangkan jaringan perniagaan mereka, maka tidak hairanlah perkembangan perniagaan mereka begitu rancak. LINK YANG BEGITU BAIK.

5. "Disana ada lubuk, sudah pastinya ada udang...Nah apa tunggu lagi, cepat!" MEREKA PANTAS MEREBUT PELUANG DAN RUANG JIKA ITU ADALAH UNTONG.


6. PERKARA MEREKA ELAK SEMASA BISNES TERUTAMANYA LELAKI, JANGAN MAIN JUDI...! (habis duit risiko akan lingkup). JANGAN SIMPAN AMOI (perempuan akan melekakan dan fokus lari), JANGAN MASUK KONGSI GELAP (risiko gelap masa depan atau tidak mempunyai karier yang baik) JANGAN BOROS...! (mesti simpan wang, jgn membazir) 







 
 JUGA TIPS UNTUK ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA...! BERPESAN-PESAN~

  • BANGSA LAIN DALAM MALAYSIA JUGA MAMPU MENJADI SEPERTI ORANG CINA DALAM PERNIAGAAN TERUTAMANYA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA MALAH BERUPAYA SEIRING "DUDUK SAMA RENDAH, BERDIRI SAMA TINGGI" 

  • JIKA MENUKAR "GEAR 1 KEPADA 5" UNTUK BERGERAK PANTAS MEREBUT PELUANG-PELUANG BARU PERNIAGAAN SERTA BERJAYA MENUKAR METALITI DENGAN "MENGHAPUSKAN PERSEPSI LAPUK MASYARAKAT KONSERVATIF" DIMANA TELAH LAMA DIKETAHUI TELAH MEMBERI IMPAK TERHADAP BANGSA SENDIRI SEHINGGA TIADA YANG MENGAMBIL RISIKO UNTUK MENEMPUH CABARAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN AKIBAT TERKESAN. 

  • EKORAN INILAH TIADA KONSEP BANTU MEMBANTU DALAM KUMPULAN UNTUK MENAIKKAN REPUTASI "NEXT LEVEL" "PERNIAGAAN BERKEMBANG" "JARINGAN BESAR DAN MELUAS" SEPERTIMANA YANG TELAH DILAKUKAN ORANG CINA BERPERSATUAN SEBAGAI SALAH SATU RESEPI "BERJAYA" MEREKA. 

  • SIKAP DENGKI SERTA CEMBURU AKAN KEJAYAAN ORANG LAIN HENDAKLAH SEGERA DIKIKIS, KERANA BUKAN CARA SEPATUTNYA "BERSAING", ATAU MENJADIKAN PESAING ITU "MUSUH UTAMA" UNTUK DIKALAHKAN SEHINGGA WUJUD "PERTELINGKAHAN MEREBUT UNTONG" YAKNI PERSAINGAN TIDAK SIHAT,

  •  SEBALIKNYA BERSIKAP OPTIMIS, UNTUK MENINGKAT PRESTASI MUTU DAN KUALITI, SUPAYA DIKATAKAN "BERDAYA SAING" DAN "CARA PEMIKIRAN INTELEK YANG TINGGI,JAUH,MELUAS DAN MATANG" HARUS ADA JUGA SEHINGGA MAMPU DITANAM DIDALAM SETIAP PEMIKIRAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SUPAYA MENJADI PRINSIP YANG DIPEGANG BAGI MENCAPAI SESEBUAH MATLAMAT.    


PENCAPAIAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SETAKAT INI AMAT MEMBERANGSANGKAN! SEMOGA LEBIH RAMAI YANG TURUT SERTA!



Friday 15 March 2013

TUNTUTAN FILIPINA MELALUI KESULTANAN SULU KE ATAS SABAH


IMBAS KEMBALI “Selagi Ada Bintang Dan Cekerawala”


Kerajaan Filipina pada Jun 1962 telah membuat tuntutan ke atas Sabah bagi pihak waris Kesultanan Sulu. Filipina pada masa itu mendakwa bahawa Sabah hanya dipajak dan bukannya dijual sepertimana termeterainya perjanjian antara Sultan Sulu dengan Baron Von Overback dan Alfred Dent pada tahun 1874, dan pajakan itu telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British sememangnya mengakui kedaulatan Filipina keatas Sabah, namun enggan melayan tuntutanan itu.



Dalam pada itu juga, semasa pembentukan Malaysia sedang giat dilaksanakan, kerajaan Tanah Melayu ketika itu dikatakan tidak berhajat untuk mengembalikan Sabah kepada Filipina atau hanya membiarkan sahaja isu tuntutan itu menjadi penghalang kepada proses pembentukan Malaysia.


Oleh yang demikian, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk berunding pada Febuari 1963 namun gagal mencapai kata putus kerana kerajaan British enggan mengiktiraf kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Hubungan dua hala Malaysia dan Filipina pada ketika itu tegang. 
 
Berdasarkan fakta sejarah dan bukti-bukti yang lain, Kesultanan Sulu dikatakan sudah tidak wujud lagi lama dahulu sekaligus menjadi faktor yang menolak tuntutan Jamalul Kiram III ke atas Sabah.



Berakhirnya legasi Kesultanan Sulu, semasa Sultan Sulu ketika itu Jamalul Kiram II menandatangani Protokol Madrid pada 1885 yang mengesahkan semua wilayah, kedaulatan, dan kuasa Kesultanan Sulu kepada Sepanyol dan menyerahkan kedaulatan Sabah kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (BNBC)


Protokol Madrid itu kemudiannya diiktiraf sah oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada tahun 2003.
22 Januari 1878 satu penjanjian telah ditandangani oleh Sultan Sulu kepada Overback dan Dent setelah mendapat tahu bahawa Sultan Sulu juga mempunyai hak ke atas Sabah setelah dimaklumkan oleh Pemangku Gabenor Labuan dan Konsul Agung Borneo ketika itu iaitu, William Hood Treacher. Di dalam perjanjian itu, Sultan Sulu bersetuju menyerahkan kesemua tanah dan “hak pertuanan” meliputi kawasan dari sungai Sibuku hingga ke Sungai Padasan di Sabah kepada syarikat Overback dan Dent.
Pajakan yang dipersetujui oleh Sultan Sulu itu merupakan penyerahan kekal sebagaimana yang termaktub di dalam perjanjian “selagi ada bintang dan cakerawala”.

Di dalam perjanjian antara Sultan Sulu dengan BNBC pada 1878 pula, waris-waris Sultan Sulu telah menerima bayaran ‘cession’ sehingga ke hari ini, yang membawa maksud waris-waris Sultan Sulu mengakui Sabah telah diserah (ceded) , dan bukannya dipajak (leased) , kepada British North Borneo Company.

Kesultanan Sulu kemudiannya menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat pada 22 Mac 1915 iaitu Perjanjian Carpenter dimana Sultan Sulu menyerahkan sepenuhnya kuasanya ke atas wilayah-wilayah serta “kedaulatannya” kepada AS. Maka dengan kedua-dua penjanjian itu, sudah jelaslah Kesultanan Sulu tidak lagi wujud sebagai sebuah negara, mahupun sebuah kerajaan, tetapi hanya tinggal sebagai institusi beraja tanpa kekuasaan.

Isu pajakan Sabah kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara ini telah dibawa dua kali ke mahkamah, dan tahun 1939 adalah yang pertama. Keputusan Hakim Mahkamah Seksyen Borneo Utara memutuskan BNBC untuk terus membayar kepada waris-waris Kesultanan Sulu. Setelah Sabah menyertai Malaysia dan merdeka, pihak kerajaan telah meneruskan bayaran pajakan itu kepada Sembilan waris Kesultanan Sulu, setelah mengambil alih pemerintahan daripada pihak British.

Status Kesultanan Sulu sebagai sebuah kerajaan terus hilang ekoran Kesultanan Sulu telah menyerahkan wilayah-wilayah serta kedaulatannya kepada Filipina diikuti tindakan kerajaan Filipina berhenti mengiktiraf Sultan Sulu selepas kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.


Oleh yang demikian, tuntutan Jamalul Kiram III dianggap tidak sah memandangkan Kesultanan Sulu tidak lagi wujud sebagai sebuah negara dan kerajaan, serta sudah hilang kedaulatan dan kekuasaannya kerana telah menyerahkan wilayah-wilayah serta kedaulatannya kepada Sepanyol, Amerika Syarikat dan Filipina. Tambahan pula, perjanjian pajakan itu diantara Kesultanan Sulu dengan BNBC dan bukannya antara waris Kesultanan Sulu dengan BNBC. Malahan Jamalul Kiram III tidak diiktiraf sebagai Sultan Sulu oleh mana-mana kerajaan, termasuk kerajaan Filipina dan juga waris-waris yang lain.





















KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA