Friday 1 June 2012

HBN 2012 PENDEKATAN INDIKATOR TERBAIK KEPADA BELIA

Himpunan Jutaan Belia 2012 melabuhkan tirai pada 27 Mei yang lalu setelah berlangsung pada 23 Mei. Perhimpunan selama 5 hari ini mendapat sambutan khususnya belia. Ini kerana pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung yang hadir ke Putrajaya. 


Kementerian Belia dan Sukan Malaysia selaku penganjur boleh dikatakan  berjaya "menembak tepat pada sasaran" yakni visi dan misi mereka mencapai matlamat dengan cemerlang sekali. 


Feedback yang diterima daripada pengunjung yang hadir pula rata-ratanya menyarankan HBN "wajar diteruskan".


Penganjuran HBN 2012, boleh dikatakan sebagai  hari mengiktiraf penyertaan belia yang dinamik dalam proses pembangunan urbanisasi sosial.


Sekaligus minoriti daripada kita mampu mencapai, 


"Minda Tahap Pertama"







   



Tuesday 22 May 2012

Program Bina Taqwa dan Insan


Program Bina Taqwa dan Insan

Memahami, menghayati dan melaksanakan ibadah dengan tepat dan sempurna, secara lansung akan memberi satu kekuatan dalaman yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat.
Usaha membina kekuatan dalaman ini perlu dijalankan terhadap setiap belia secara konsisten melalui pendekatan yang bersifat dari dalam ke luar (inside-out).
Pada hari Jumaat, 4 Mei yang lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah dianjurkan Program Bina Taqwa dan Insan. Program yang dijadulkan sehingga 6 Mei itu, telah berjaya mengumpul penyertaan lebih 50 orang remaja yang merupakan pelajar daripada sekolah menengah di sekitar Bandar Kuching.
Antara sekolah yang menghantar wakil ialah, SMK Agama Matang, SMK Matang Jaya, St. Joseph, St. Mary dan SMK Demak.
Modul-modul yang diterapkan antaranya ialah, Harmoni dan Serasi, Menganalisis watak dan Karakter peribadi, Siapa manusia yang cemerlang?, Celik mata hati, Visi dan Misi hidup, Ibadah itu cara hidup, Aplikasi ikhlas dalam beribadah, Ibadah : Konflik dan cara atasinya, Solat sebagai ibadah, dan Luahan rasa.



TAHNIAH … Wakil peserta Program Bina Taqwa dan Insan menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Tuan Haji Razali Bin Mohamad Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di majlis penutupan program berkenaan.


MENDENGAR … Peserta menunjukkan komitmen mereka ketika menghadiri salah satu modul program.


MUSLIMAH … Penyertaan daripada kalangan remaja perempuan ketika mengikuti program.



1 BELIA!!! … Peserta bersemangat ketika melaungkan slogan 1 Belia, membawa makna objektif program yang dianjurkan telahpun mencapai matlamatnya.

Program yang berbentuk Bengkel Ibadah ini merupakan program awalan yang akan mendorong seseorang untuk melakukan perubahan diri secara sukarela kearah membina kekuatan dalaman bagi merubah sikap, seterusnya memupuk tabiat-tabiat yang cemerlang dalam diri.

Artikel disiar pada May 19, 2012 - 2:51 pm oleh SGBSARAWAK HAMRIZAN

Sembang Mesra Belia DUN Pantai Damai



MESRA … Yang Berhormat Dr. Haji Wan Junaidi ceria ketika bersama belia di Kampung Bako Lot DUN Pantai Damai.



BAKO, Kuching 19 Mei – Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara. Slogan yang pernah kita dengar satu ketika dahulu, yang membawa erti betapa pentingnya belia kepada negara.


Oleh sebab itu, beberapa inisiatif telah dirangka kerajaan bertujuan melahirkan modal insan yang berkualiti sebagai pelapis yang benar-benar mampu menyambung kesinambungan keharmonian dan kesejahteraan negara.

Yang Berhormat Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar berkata, salah satu kaedah terbaik dan berkesan ialah melalui pendekatan secara dekat kepada belia.

Ujar beliau lagi, apabila kaedah ini digunapakai segala info daripada akar umbi akan cepat sampai kepada pemimpin masyarakat, pemimpin belia setempat, ataupun wakil rakyat.

Menurut beliau, Program Sembang Mesra Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini adalah tepat dalam usaha mendekati golongan belia.

Dalam pada itu juga, beliau menyambut baik penubuhan Parlimen Belia sebagai platfom untuk belia, kerana saluran berkenaan menyeluruh dari pelbagai aspek pembangunan belia.

Menyentuh serba sedikit mengenai Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, beliau memberi cadangan supaya kouta penyertaan belia-belia daripada Sarawak perlu ditambah.

Penyertaan yang terhad ini berpunca daripada bajet pengangkutan tambang tiket kapal terbang yang tinggi kerana tiada jalan perhubungan yang lain untuk ke semenanjung.

Tambah beliau, belia-belia yang tidak berpeluang untuk pergi program seumpama itu adalah sangat rugi.
Dengan nada berseloroh, beliau berkata “Kita naik guna kapal terbang tentera pun boleh sebagai salah satu alternatif lain untuk sampai ke Putrajaya, kalau kos yang lain sangat membebankan”.

“Mereka yang berpeluang hadir di Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, anda sebenarnya sangat beruntung terpilih untuk pergi bagi menyaksikannya dan apabila anda pulang kelak, sila kongsikan pengalaman yang telah diperolehi kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang ke sana” katanya.

Tambah beliau lagi, belia-belia di negara ini seharusnya berbangga kerana memeliki sebuah negara yang stabil dari segi sudut politik, sosial sehinggakan kita mampu membangun dalam situasi aman dan damai.

Di akhir ucapannya, “Belia-belia seharusnya fokus dalam pelajaran serta menolak budaya demonstrasi di jalanan, kerana peperangan yang tercetus sebenarnya tidak menyelesaikan masalah”katanya.

Artikel disiar pada May 21, 2012 - 4:33 am oleh SGBSARAWAK HAMRIZAN

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA