Program Bina Taqwa dan Insan
Memahami, menghayati dan melaksanakan ibadah dengan tepat dan sempurna, secara lansung akan memberi satu kekuatan dalaman yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat.
Usaha membina kekuatan dalaman ini perlu dijalankan terhadap setiap belia secara konsisten melalui pendekatan yang bersifat dari dalam ke luar (inside-out).
Pada hari Jumaat, 4 Mei yang lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah dianjurkan Program Bina Taqwa dan Insan. Program yang dijadulkan sehingga 6 Mei itu, telah berjaya mengumpul penyertaan lebih 50 orang remaja yang merupakan pelajar daripada sekolah menengah di sekitar Bandar Kuching.
Antara sekolah yang menghantar wakil ialah, SMK Agama Matang, SMK Matang Jaya, St. Joseph, St. Mary dan SMK Demak.
Modul-modul yang diterapkan antaranya ialah, Harmoni dan Serasi, Menganalisis watak dan Karakter peribadi, Siapa manusia yang cemerlang?, Celik mata hati, Visi dan Misi hidup, Ibadah itu cara hidup, Aplikasi ikhlas dalam beribadah, Ibadah : Konflik dan cara atasinya, Solat sebagai ibadah, dan Luahan rasa.
TAHNIAH … Wakil peserta Program Bina Taqwa dan Insan menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Tuan Haji Razali Bin Mohamad Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di majlis penutupan program berkenaan.
MENDENGAR … Peserta menunjukkan komitmen mereka ketika menghadiri salah satu modul program.
MUSLIMAH … Penyertaan daripada kalangan remaja perempuan ketika mengikuti program.
1 BELIA!!! … Peserta bersemangat ketika melaungkan slogan 1 Belia, membawa makna objektif program yang dianjurkan telahpun mencapai matlamatnya.
Program yang berbentuk Bengkel Ibadah ini merupakan program awalan yang akan mendorong seseorang untuk melakukan perubahan diri secara sukarela kearah membina kekuatan dalaman bagi merubah sikap, seterusnya memupuk tabiat-tabiat yang cemerlang dalam diri.
No comments:
Post a Comment