Tuesday 22 May 2012

Sembang Mesra Belia DUN Pantai Damai



MESRA … Yang Berhormat Dr. Haji Wan Junaidi ceria ketika bersama belia di Kampung Bako Lot DUN Pantai Damai.



BAKO, Kuching 19 Mei – Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara. Slogan yang pernah kita dengar satu ketika dahulu, yang membawa erti betapa pentingnya belia kepada negara.


Oleh sebab itu, beberapa inisiatif telah dirangka kerajaan bertujuan melahirkan modal insan yang berkualiti sebagai pelapis yang benar-benar mampu menyambung kesinambungan keharmonian dan kesejahteraan negara.

Yang Berhormat Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar berkata, salah satu kaedah terbaik dan berkesan ialah melalui pendekatan secara dekat kepada belia.

Ujar beliau lagi, apabila kaedah ini digunapakai segala info daripada akar umbi akan cepat sampai kepada pemimpin masyarakat, pemimpin belia setempat, ataupun wakil rakyat.

Menurut beliau, Program Sembang Mesra Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini adalah tepat dalam usaha mendekati golongan belia.

Dalam pada itu juga, beliau menyambut baik penubuhan Parlimen Belia sebagai platfom untuk belia, kerana saluran berkenaan menyeluruh dari pelbagai aspek pembangunan belia.

Menyentuh serba sedikit mengenai Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, beliau memberi cadangan supaya kouta penyertaan belia-belia daripada Sarawak perlu ditambah.

Penyertaan yang terhad ini berpunca daripada bajet pengangkutan tambang tiket kapal terbang yang tinggi kerana tiada jalan perhubungan yang lain untuk ke semenanjung.

Tambah beliau, belia-belia yang tidak berpeluang untuk pergi program seumpama itu adalah sangat rugi.
Dengan nada berseloroh, beliau berkata “Kita naik guna kapal terbang tentera pun boleh sebagai salah satu alternatif lain untuk sampai ke Putrajaya, kalau kos yang lain sangat membebankan”.

“Mereka yang berpeluang hadir di Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, anda sebenarnya sangat beruntung terpilih untuk pergi bagi menyaksikannya dan apabila anda pulang kelak, sila kongsikan pengalaman yang telah diperolehi kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang ke sana” katanya.

Tambah beliau lagi, belia-belia di negara ini seharusnya berbangga kerana memeliki sebuah negara yang stabil dari segi sudut politik, sosial sehinggakan kita mampu membangun dalam situasi aman dan damai.

Di akhir ucapannya, “Belia-belia seharusnya fokus dalam pelajaran serta menolak budaya demonstrasi di jalanan, kerana peperangan yang tercetus sebenarnya tidak menyelesaikan masalah”katanya.

Artikel disiar pada May 21, 2012 - 4:33 am oleh SGBSARAWAK HAMRIZAN

No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA