Thursday, 14 March 2013

Sultan Sulu Bukan Sekadar Memajak Tanah - Sejarah



Isu pajakan tanah oleh Sultan Sulu ke atas Sabah bukan sekadar "memajak tanah" tetapi turut "memajak maruah kepada penjajah..!"

Semasa termeterainya perjanjian di antara Overback dan Alfred Dent empunya Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada 1878, Sultan Sulu telah menyerahkan kesemua wilayah-wilayahnya termasuk "hak ketuanan" yakni kedaulatannya kepada SBBU.

Pajakan yang dipersetujui oleh Sultan Sulu itu merupakan penyerahan kekal sebagaimana yang termaktub di dalam perjanjian “selagi ada bintang dan cakerawala”.

Kesultanan Sulu yang dahulunya gah dengan jolokan nama "Defender Of Islam" selama 3 dekad di Filipina menentang Sepanyol semasa pemimpin terdahulu Kesultanan Sulu, namun mengalami zaman kejatuhan apabila diterajui Jamalul Kiram II pada ketika itu sebagai Sultan Sulu.

Beliau yang telah melakukan satu pengkhianatan kepada kaumnya sendiri iaitu Tausug apabila merestui AS untuk membunuh 4000 orang Islam Tausug yang terdiri daripada wanita dan kanak2 yang tidak membayar cukai kepada AS. Beliau jugalah yang turut menyerahkan wilayah2nya utk dipajak termasuk juga kedaulatannya untuk kali yang kedua pada 1915.

Ramai waris2 Kesultanan Sulu yang lain menentang pembayaran pajakan kepada 9 waris Kesultanan Sulu yang terdiri daripada keluarga "Kiram" oleh Mahkamah Sesyen Borneo Utara pada 1939 dengan menganggap mereka sebagai "penjual negara" kerana sanggup mengadaikan tanah kubur ayahanda mereka sendiri demi keuntungan wang semata-mata.



~MHR

No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA