The Philippines Inquirer beberapa hari lalu menyiarkan laporan kononnya pihak keselamatan Malaysia telah bertindak kejam terhadap warga Filipina yang melarikan diri dari Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak apabila keganasan tercetus berikutan pencerobohan puak Sulu di Sabah.
Media tersebut turut memetik kenyataan beberapa pelarian yang menceritakan kononnya mereka telah diheret keluar rumah, ditendang dan dipukul oleh pihak keselamatan Malaysia. Kononnya juga, mereka telah dipaksa berlari sepantas mungkin atau mereka akan ditembak. Menurut laporan tersebut lagi, kononnya mereka yang mempunyai dokumen yang sah, termasuk MyKad juga turut menerima nasib yang sama, malah ada yang ditembak.
Sebagai rakyat Malaysia, atau warga luar yang pernah tinggal di Malaysia atau mereka benar-benar mengenali Malaysia, pasti tahu bahawa apa yang dilaporkan tersebut adalah fitnah belaka. Sifat kejam dan ganas bukanlah sifat rakyat Malaysia. Manakala pihak keselamatan negara pula telah diiktiraf antara terbaik di dunia, iaitu professional, dedikasi dan prihatin. Malaysia sudah terkenal sebagai negara pengaman, bukan pengganas. Bukan sekali Malaysia membantu dalam usaha keamanan di negara-negara lain yang berkrisis, malah berkali-kali sejak dahulu sehingga kini.
Oleh itu, fitnah yang dilaporkan oleh media Filipina ini membuktikan apa yang kita syaki selama ini iaitu terdapatnya agenda yang lebih besar selain ‘merampas’ Sabah. Apatah lagi, apabila cerita-cerita kekejaman pihak keselamatan Malaysia ini pantas mendapat respon dari Human Rights Watch dan PBB.
Kepantasan kedua-dua pihak ini memberi maklumbalas amatlah ‘mengkagumkan’ memandangkan mereka masih belum berbuat apa-apa mengenai nasib Palestine, Rohingya mahupun Syria yang terbukti jauh lebih dahsyat.
Namun, apa yang nak dihairankan dengan ‘minat’ Human Rights Watch dalam isu mengenai Malaysia memandangkan organisasi itu telah lama mengambil sikap ‘tidak mesra’ dengan Malaysia dan secara terbuka membela Anwar Ibrahim atas alasan homoseksual merupakan hak asasi manusia.
PBB juga seperti yang diketahui hanyalah satu lagi organisasi yang sering ‘terpaksa’ menurut perintah kuasa besar yang didalangi Zionis. Jika tidak, tidak mungkin nasib Rohingya akan begitu buruk dan tidak mungkin Palestine masih menderita.
Hubungan langsung Anwar dengan Zionis bukan lagi rahsia. Beliau yang duduk bersama tokoh-tokoh Zionis di dalam beberapa organisasi dengan menggunapakai kapasiti sebagai ‘wakil pihak Islam’ membuktikan betapa Anwar amat ‘dipercayai’ oleh musuh Islam itu. Mungkin kepercayaan itu berkait rapat dengan kesediaan Anwar menandatangani ‘Annapolis Summit 2007’ yang mengiktiraf Negara Israel.
Walaupun penyokong Anwar di Malaysia sedaya upaya cuba menafikan kaitan dan keakraban Anwar dengan Zionis tetapi, mereka tidak sedar yang Anwar sendiri tidak pernah menafikannya. Malah, Anwar bangga Wolfowitz dan Al-Gore merujuk kepada dirinya sebagai sahabat.
Selain itu, pihak yang melakukan kerja-kerja mencetuskan huru-hara dan memburukkan kerajaan bagi pihak Anwar seperti Bersih dan Suaram juga, telah membuat pengakuan bahawa mereka menerima dana dari rangkaian Soros yang turut membiayai pertukaran rejim di mana-mana negara yang mempunyai kepentingan pihak Zionis.
Tarikh yang dipilih untuk melancarkan pencerobohan dan keganasan iaitu menjelang PRU-13, mengukuhkan lagi watak Anwar Ibrahim sebagai dalang keganasan Sulu dan perkakas Zionis sekali gus sebagai manusia terpilih untuk menjadi pemimpin boneka kuasa besar di rantau ini.
Kita sedia maklum kini bahawa tujuan musuh-musuh negara dan musuh Islam itu adalah untuk memastikan negara menjadi lemah dengan berlakunya pencerobohan dan keganasan. Dengan memahami motif di sebalik fitnah yang dilaporkan oleh Philippines Inquirer, maka rakyat Malaysia wajib berdiri teguh di belakang kerajaan dan bukannya berpecah belah demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara ini.
Ketahuilah bahawa perancangan musuh hanya akan berjaya sepenuhnya jika kita turut membantu mereka dengan berpecah belah sesama sendiri sepertimana yang berlaku di negara-negara Arab. Namun, jika kita bersatu, memberi mandat yang kukuh kepada kerajaan, maka InsyaAllah, segala rancangan jahat mereka akan gagal sama sekali. Bersatu kita teguh, bercerai…maka kita bakal kehilangan nikmat yang dinikmati hari ini.
No comments:
Post a Comment