Saturday 14 April 2012

Sembang Mesra Belia Dun Pantai Damai

PANTAI DAMAI – Usaha bagi mendekati golongan belia serta mendengar mereka menyuarakan pandangan  telah dilaksanakan di Kampung Telaga Air, Pantai Damai sebuah kampong yang mempunyai pelbagai prasarana yang memuaskan hasil pemerintahan kerajaan yang sedia ada. Sesi dialog bersama pemimpin telah berlansung di Plaza Ria iaitu sebuah jeti yang berhadapan dengan Pulau Satang. Kawasan yang sinonim dengan kaki pancing serta dihiasi dengan panorama alam yang indah. Sesi dialog ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi Ahli Dewan Undangan Negeri N.4 Pantai Damai dan para pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir bagi memberi sokongan ialah Ketua Kampung dan Ketua Pemuda PBB.








Kehadiran belia seramai 80 orang di kawasan berkenaan menunjukkan konsep dialog bersama pemimpin ini diterima baik. Sesi dimulakan oleh pegawai Belia dan Sukan dengan memberi sedikit ucapan dan perhargaan kepada belia di kawasan berkenaan kerana sudi melapangkan waktu mereka untuk menyertai sesi dialog. Selain itu juga pegawai tersebut sempat mewar-warkan kemudahan yang disediakan oleh Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang baru sahaja siap dibina.Turut diberi penghargaan adalah Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi kerana komitmen yang telah ditunjukkan beliau dalam menjayakan program sembang mesra bersama belia. Untuk pengetahuan semua, komitmen yang ditunjukkan oleh beliau selama ini sangat baik dan beliau sentiasa menyokong aktiviti yang disertai oleh belia di kawasan beliau. Boleh saya katakan beliau merupakan seorang pemimpin yang senang didekati, peramah, dan sentiasa mengambil berat tentang belia.





 Sesi dialog kemudiannya dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dr.Abdul Rahman Junaidi iaitu sesi yang dinanti-nantikan oleh belia yang hadir pada malam itu. Antara permintaan belia di kawasan berkenaan ialah dewan masyarakat untuk mereka bermain badminton dan sepak takraw. Selain itu ada juga belia yang memohon kursus-kursus kejurulatihan bagi mereka menambah kemahiran yang sedia ada. Akhir sekali, mereka turut memohon lampu kalimantang untuk mereka bermain street soccer pada waktu malam. Kesemua permintaan belia pada malam itu, diambil perhatian oleh beliau dan beliau turut menyatakan bahawa permintaan kecil seperti lampu akan ditangani segera. Pada malam itu juga, beliau turut menyumbangkan alat permainan indoor games seperti meja pingpong, papan dart, carom, dan permainan catur untuk belia di kawasan berkenaan.    





Program Sembang Mesra diakhiri dengan persembahan karaoke oleh penduduk kampong dan kami turut diundang untuk menjamu selera. Antara menu yang menarik di malam berkenaan ialah tiram yang dipanggang dan air kelapa muda.








No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA