Tuesday 3 April 2012

Paparan Menarik Sembang Mesra Belia DUN Tupong Siri 2

TUPONG- Kawasan Petra Jaya telah menjadi pilihan untuk kali kedua bagi mengadakan program sembang Mesra Belia yang bertempat di restoran Seven On Seven, Matang Jaya Kuching. Program yang berbentuk santai dan mesra belia ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran oleh Ybhg. Datuk Jamil Bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, YM Engku Mohd Azmi Bin Engku Mohd Basri Pengarah Cawangan Perhubungan dan Strategik serta pegawai-pegawai kanan KBS dan JBS Sarawak. Majlis perjumpaan ini tambah menarik dengan kehadiran Azlan Iskandar anak kelahiran Sarawak yang juga pemain Squash Negara. Program ini telah menghimpun kira-kira 120 orang belia dari kalangan ahli Kelab Rakan Muda Petra Jaya dan ahli kelab Motor Kuching Scootlan. Sambutan program ini adalah amat menggalakkan. Disini saya kongsikan sedikit bingkisan dari bumi kenyalang untuk tatapan pembaca Suara Generasi Baru.
 

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan live band.




Belia tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar bersama Datuk Jamil dan Azlan Iskandar.


"Prihatin" - Datuk Jamil mendekati belia di program berkenaan dengan kunjungan meja ke meja untuk bertanya khabar dan mendengar pandangan mereka sambil diperhatikan oleh Tuan Haji Razali Bin Mohamad Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak (berbaju biru). 


Datuk Jamil mendengar dengan teliti pandangan yang diberikan oleh belia di malam berkenaan.


Sesi dialog ini turut disertai juga oleh Tuan Haji Razali Bin Mohamad (Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak). Sambil diperhatikan oleh Datuk Jamil dan Encik Syed Zaid Bin Wan Asnawi (Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching).





Penulis juga tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar bersama Azlan Iskandar dan belia DUN Tupong sebagai tanda kenang kenangan di program Sembang Mesra Belia. 

Kehadiran Ybhg. Datuk Jamil di malam berkenaan bersama tetamu VIP yang lain untuk berdialog secara terus kepada belia tenyata telah membawa impak yang positif. Ini kerana beliau sangat mengambil berat mengenai belia setempat dan memahami kehendak mereka. Ini sekaligus membuktikan bahawa usaha yang telah ditunjukkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada program itu telah membuktikan keperihatinan badan kerajaan berkenaan yang sememangnya peka dan mengambil berat terhadap isu dan masalah belia. 

Maklum balas belia yang diterima di malam berkenaan telah menyatakan bahawa keprihatinan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk mendengar suara mereka amat mereka hargai dan menyambut baik segala usaha badan berkenaan untuk memajukan belia negara ke arah yang lebih gemilang. Jadi, penulis berharap usaha sebegini seharusnya diteruskan lagi dari semasa ke semasa kerana dengan adanya program sebegini belia lebih mudah untuk menyuarakan pendapat mereka secara terus. SYABAS KBS....!!!    






No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA