Tuesday 24 April 2012

Bingkisan Sembang Mesra Belia DUN Tanjung Datu


Tanjung Datu – Program Sembang Mesra Belia DUN Tanjung Datu telah berlansung di Kampung Sekambal Daerah Lundu. Program yang diadakan di dewan masyarakat kampung berkenaan telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dr. Haji Wan Junaidi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap ahli Parlimen P.193 Santubong. Turut hadir ialah Encik Syed Zaid Bin Wan Asnawi Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching, pegawai-pegawai Belia dan Sukan, Ketua Kampung, wakil persatuan dan belia-belia di kawasan sekitar. Program ini telah dihadiri seramai 50 orang belia.

Antara yang menjadi fokus perbincangan belia ialah memohon gelanggang futsal yang berdekatan, memohon sumbangan peralatan muzik bagi menubuhkan persatuan kugiran kampung, dan juga memohon kursus asas pengadil futsal atau kursus-kursus lain berkaitan sukan.

Segala permohonan mereka diberi perhatian sepenuhnya oleh Encik Syed Zaid dan berjanji akan membantu untuk mengusulkan perkara ini dengan segera. Beliau mengakhiri sesi dialog dengan mempromosikan fungsi Kompleks Belia dan Sukan untuk belia. Selain itu, beliau juga turut mempromosikan Hari Belia.  
Selesai sahaja sesi dialog, program diteruskan dengan aktiviti berkaraoke. Tambah meriah apabila ianya juga turut disertai oleh pegawai Belia dan Sukan.   


Yang Berhormat Dr. Haji Wan Junaidi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap ahli Parlimen P.193 Santubong, menyampaikan amanat di Program Sembang Mesra Belia DUN Tanjung Datu.


Belia yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Yang Berhormat.
Belia yang hadir di Program Sembang Mesra Belia.

Encik Syed Zaid Bin Wan Asnawi Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching sedang berdialog bersama belia di kawasan Tanjung Datu
Sebahagian Belia yang mengajukan soalan kepada pihak Jabatan Belia dan Sukan



Sebagai kenangan Pegawai Belia dan Sukan Negeri Sarawak merakamkan gambar bersama belia Tanjung Datu, Kampung Sekambal Daerah Lundu




No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA