Hasil kaji selidik yang dijalankan, menunjukkan Malaysia telah berjaya mencapai sasaran dalam mengurangkan kadar kemiskinan sebelum tempoh 2015 seperti yang rancangkan. Lebih 60 peratus telah berjaya dikurangkan sejak awal kemerdekaan, kepada 1.7 peratus pada 2012.
Selari dengan itu kadar kemiskinan di
kalangan Bumiputera, Cina & India nyata berkurangan, sementara
pendapatan isi rumah telah berjaya ditingkatkan daripada RM4,025 pada
tahun 2009 kepada 5,000 pada 2012. Malah jurang pendapatan dalam
kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik dengan kadar pekali Gini
menurun kepada 0.431 pada 2012.
Dari segi kategori etnik pula,
pendapatan isi rumah bulanan bumiputera meningkat 6.9 peratus kepada
RM4,457 sebulan manakala Cina dan India meningkat lapan peratus dan
sembilan peratus, masing-masing kepada RM6,366 dan RM5,233.
Hasil kejayaan negara ini juga dapat
dilihat daripada peningkatan lebih 1,200 peratus ini, bermula sejak
Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah pada tahun 1974. Angka Pendapatan
Negara Kasar (PNK) perkapita turut menunjukan peningkatan daripada
AS$257 pada 1957 kepada AS$9,970 pada tahun lalu. Ia merupakan
peningkatan hampir 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad.
Ini merupakan petanda kejayaan kerajaan
Barisan Nasional dalam usaha menggalakkan pembinaan landasan ekonomi
yang kukuh melalui pelebaran pembangunan di kawasan bandar bagi memenuhi
kepesatan urbanisasi yang menempatkan lebih 71 peratus penduduk.
Dengan pencapaian ini, ia membuktikan
bahawa sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk mengurangkan
kadar kemiskinan secara keseluruhan kepada dua peratus pada 2015 telah
pun tercapai tiga tahun lebih awal. Setinggi penghargaan dan tahniah
diucapkan kepada kerajaan @BarisanNasional.
Semua angka ini membuktikan bahawa
Barisan Nasional tidak perlu bersikap retorik kerana kerajaan pimpinan
Datuk Seri Najib telah membuktikan bahawa mereka benar-benar serius
untuk membangunkan sosioekonomi negara.
Walaupun usaha kerajaan ini dilihat
berjaya menepati sasaran yang ditetapkan, Perdana Menteri berkata usaha
untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang berpendapatan rendah bukan
saja akan diteruskan, malah akan ditingkatkan lagi.
Kesimpulannya, kerajaan BN/Umno telah
berjaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan serta
melakukan yang terbaik dalam mengurus tadbir dan memacu ekonomi negara.
Malah pelan perancangan Transformasi Negara yang diatur secara bijaksana
ini selari dengan pendekatan wasatiyyah yang diperkenalkan tidak lama
dahulu telah terbukti dan memberikan impak kesan yang positif.
Barisan Nasional, Janji Di Tepati!!!
Pakatan ‘Manifesto Bukan Janji’!!!