Datin Seri Wan 
Azizah Ismail perlu memberi penjelasan berhubung isi kandungan suratnya 
kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran kelakuan dan perangai Anwar 
Ibrahim semasa ketua pembangkang itu masih lagi berkhidmat di dalam 
kerajaan. 
Pengakuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa
 beliau masih menyimpan surat isteri Ketua Pembangkang itu mengenai 
aduan dan kekecewaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata 
mengejutkan banyak pihak.
Dr Mahathir yang telah menyimpan rahsia 
itu sejak 15 tahun lalu bagaimanapun enggan mendedahkan isi kandungan 
surat 18 muka surat yang ditujukan kepadanya itu demi menjaga nama baik 
dan memelihara aib Anwar.
Menurutnya ia terlalu peribadi untuk 
didedahkan dan beliau juga tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain 
menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat 
Anwar didedahkan pengamal media alternatif.
“Saya setakat boleh kata memang ada 
terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya 
tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat 
itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya 
kita rujuk kepada surat yang sulit.
“Dia (Wan Azizah) memang cuba nak 
pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak 
buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa 
yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata,” 
katanya.
Dr. Mahathir berkata demikian ketika 
diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah 
menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai 
kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh 
membantu.
Beliau juga berkata, kekhuatirannya itu 
timbul apabila individu berkenaan berjaya memerintah negara ini, dan 
pada masa itu nanti barulah beliau akan mendedahkan isi kandungan surat 
berkenaan.
“Cuma dalam konteks ini, takut orang 
seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua 
(kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya 
dedahkan,” katanya.
Dr Mahathir yang telah memerintah 
Malaysia selama 22 tahun juga menegaskan, walaupun dilempar cacian dan 
makian oleh pemimpin pembangkang, beliau masih tidak mendedahkan surat 
berkenaan, beliau bukanlah jenis yang suka memburukkan sesiapa.
Anwar dan pemimpin pembangkang kerap 
melemparkan dakwaan dan tuduhan terhadap Dr Mahathir, namun atas dasar 
sesama manusia, beliau tidak sekalipun mengambil peluang memalukan Anwar
 dengan mendedahkan kandungan surat tersebut.
Sikap itu ternyata berbeza dengan 
pembangkang yang gemar menuduh, memfitnah, dan menyebarkan berita palsu 
terhadap pemimpin negara.

No comments:
Post a Comment