Friday 15 March 2013

KONFRANTASI SETELAH 50 TAHUN SABAH MERDEKA DALAM MALAYSIA.


  1. Usia penyatuan Sabah,Sarawak dan Tanah Melayu bagi membentuk sebuah negara demokrasi sebagai Persekutuan Malaysia telah menjangkaui 50 tahun. Cadangan yang pada satu ketika dahulu telah mendapat tentangan hebat daripada Republik Indonesia dibawah teraju Presiden Sukarno dimana telah bertindak menjalankan konfrantasi ke atas Sarawak melalui kempennya iaitu “Ganyang Malaysia” dengan menghantar askarnya bagi melancarkan perang gerila.
  2. Republik Indonesia dan Filipina pada ketika itu bersama-sama menentang proses pembentukan Malaysia dimana enggan menerima kuputusan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang memperakui Laporan Suruhanjaya Cobbold iaitu satu pungutan suara yang dijalankan keatas penduduk Sabah dan Sarawak mengenai persetujuan pembetukan Malaysia.
  3. Menurut Laporan Suruhanjaya Cobbold kajian yang dijalankan ke atas penduduk Sarawak dan Sabah yang dijalankan pada 16 Ogos sehingga 5 September 1963 itu, mendapati 80 peratus menyokong dengan majority dua pertiga. Namun, Filipina pada ketika itu melalui tuntutan Kesultanan Sulu telah mempertikai keputusan PBB itu.
  4. Menurut kenyataan Setiausaha PBB ketika itu, U Thant dipetik berkata “penduduk Sabah ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka”. Demikian sejarah 50 tahun yang lalu.
  5. Baru-baru ini, Lahad Datu digemparkan dengan insiden pencerobohan bersenjata apabila disahkan telah diceroboh oleh pengikut Jamalul Kiram III yang lengkap bersenjata pada 9 Febuari yang memaksa penduduk setempat dipindahkan serta penutupan beberapa buah sekolah, termasuk premis-premis kerajaan manakala aktiviti harian penduduk juga terpaksa diberhentikan ekoran kebimbangan terjadinya insiden yang tidak diingini akan berlaku.
  6. Pencerobohan yang didalangi Jamalul Kiram III itu, adalah disebabkan mahu menuntut hak ke atas Sabah. Oleh itu proses “memberi muka” kepada penceroboh yang dikatakan ada kena mengena dengan Kesultanan Sulu telah diadakan pihak Malaysia bertujuan mencari cara jalan penyelesaian terbaik di antara kedua-dua pihak.
  7. Akan tetapi, Jamalul Kiram III melalui kenyataannya dengan tegas tidak akan tunduk kepada kerajaannya iaitu Filipina dan juga kerajaan Malaysia supaya mengarahkan pengikut-pengikutnya meletakkan senjata. Detik hitam 1 Mac, apabila negara telah dikejutkan dengan kematian 2 orang anggota polis daripada unit komando VAT69 akibat serangan mortar yang disasarkan oleh penceroboh di pos kawalan.
  8. Ketegangan kian memuncak daripada kedua-dua pihak saban hari dimana serangan penceroboh telah mengorbankan 9 orang anggota keselamatan negara yang terdiri daripada lapan orang anggota polis dan seorang askar baru-baru ini. Kerajaan Malaysia yang sebelum ini dikatakan berlembut akhirnya terpaksa bertindak balas serta tegas dengan memberi kata putus kepada penceroboh samada “genjatan senjata tanpa syarat” atau berhadapan operasi “Ops Daulat”.
  9. Ini adalah sebagai tindak balas pihak keselamatan negara terhadap penceroboh, berikutan serangan yang dilakukan penceroboh Kesultanan Sulu itu diklasifikasikan sebagai serangan yang tidak berperikemanusian apabila bertindak kejam terhadap anggota keselamatan apabila didapati mereka disiksa terlebih dahulu sebelum dibunuh dengan kejam dengan mengeluarkan organ dalaman daripada badan mereka manakala kepala salah seorang lagi mangsa telah dipenggal.!
  10. Ekoran itu, serangan demi serangan telah dilancarkan pihak keselamatan negara keatas penceroboh bagi menamatkan insiden berdarah ini, selain membersihkan seluruh wilayah Sabah daripada ancaman daripada luar.

No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA