Wednesday, 6 March 2013

Durjana dan Peduli Apa. Bukan Yang Kami Minta.


Pro Dan Kontra Penglibatan Anak Muda Dalam Politik

Pemahaman anak muda zaman sekarang apabila diminta untuk mengulas mengenai politik, respon mereka rata-ratanya masih lagi sangsi. Apa yang mereka ketahui adalah asas, Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi jadi pembangkang itu perlu, demokrasi juga adalah kuasa rakyat menentukan pemimpin, dan demokrasi juga rakyat mempunyai hak kebebasan dan juga hak untuk bersuara.

Namun tidak semua anak muda memahaminya secara mendalam, bahkan masih ramai lagi tidak tahu menahu langsung, ini mungkin disebabkan faktor urbanisasi. Manakala mereka yang berjaya bergelar mahasiswa pula, hasil tinjauan mendapati mereka lebih selesa untuk berada di atas pagar. Pilihan bukan sahaja terjamin dan selamat, masa depan juga tidak diperjudikan ujar mereka.

Bagi segelintir mahasiswa yang langsung berkecimpung hal politik tidak kira berhaluan kiri atau kanan sememangnya ada pihak yang menyokong, namun ada juga pihak yang tidak bersetuju. Persoalannya disini pihak mana yang menyokong dan pihak siapakah yang tidak setuju?

Kalangan mereka yang berpolitik adalah kelompok menyambut baik penyertaan anak muda. Tidak dinafikan, penyertaan anak muda adalah sangat ditagih, bukan hanya sebagai penambah bilangan ahli, mahupun akan diasah sebaik mungkin untuk dijadikan pemimpin masa akan datang, anak muda juga umum kita ketahui punyai “sesuatu” dan ini sekaligus menjadi sasaran orang politik.

Durjana dan Peduli Apa. Bukan Yang Kami Minta.

Anak muda diheret dan libatkan ke dalam kancah politik ini adalah rentetan apa yang berlaku pada pilihanraya 2008. Ketika itu, parti pemerintah yang hanya memenangi 140 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, hal ini telah membuktikan majority dua pertiga bukan lagi genggaman mudah sebelum ini. Melihat kepada situasi itu, anak muda yang layak mengundi mempunyai keupayaan besar terhadap keputusan PRU-13 akan datang.

Sebab itulah pelbagai strategi serta taktik digunakan bagi menarik hati anak muda oleh pemerintah dan pembangkang. Ini kerana PRU-13 adalah penentu hidup dan mati bagi orang politik, dan pemerintah untuk menang mudah tidak lagi akan berlaku. Landskap politik sangat jelas berubah secara mendadak, beberapa gerakan dan tindakan dilakukan orang politik kini semuanya cenderung kepada anak muda.

Anak muda kini bukan sahaja boleh mempengaruhi keputusan PRU 13, bahkan sesuatu yang dimiliki, mampu memberi impak besar terhadap senario politik arus perdana. Sesuatudimaksudkan adalah energy tenaga yang hebat, berkeupayaan juga sebagai pencetus, didorong pula oleh elemen darah orang muda dan cepat marah menjadikan mereka berani, bernafsu, golongan yang sangat berisiko apabila menjadi extreme, mudah hilang kawalan, semberono, membuta tuli, berfikir dua kali pada setiap tindakan tidak mungkin, tertarik kepada keganasan, lawan, tentang, kuasa, keseronokan boleh menjadi apa sahaja, kebebasan sebagai pegangan, tidak suka disekat, dikongkong, dikawal, sangat mudah terpengaruh, dan mudah terikut-ikut, lebih-lebih lagi perkara yang berlaku melibatkan semua kriteria di atas, yakni didorong.

Sikap anak muda yang kompleks inilah ramai yang telah menjadi liar dan radikal ketika berpolitik. Ironinya, Sesuatu yang dimiliki telah digunakan orang-orang politik bagi menjayakan agenda politik mereka.

Realitinya, anak muda adalah kelompok berisiko diperalatkan dan dimanipulasi. Ini ekoran penerimaan input putar belit orang politik yang bercakap mengenai demokrasi, kuasa rakyat, perjuangan rakyat, dasar negara, dan beberapa perkara sensitive serta sentiment turut dikaitkan, tanpa mereka ketahui agenda dan motif sebenar perjuangan politik yang diikuti.

Kegagalan untuk mentafsir setiap tindak tanduk orang politik telah menyebabkan anak muda terus menerus dihasut, dan juga turut diajak melakukan tindakan provokasi dengan meletakkan mereka sebagai demonstrator. Bertujuan mewujudkan sengketa terhadap pihak penguatkuasa. Sekiranya wujud, tindakan itu mereka katakan penafian hak bersuara, sekaligus akan memberi gambaran tidak demokratik kepada pemerintah.

Malangnya ramai yang percaya, lantas mengkehendakan perubahan pemerintah secara total, sedangkan perkara itu tidak perlu, tidak wajar, tidak relevan, ini kerana tindakan itu jelas akan merugikan semua pihak. Malah itu bukan tindakan mencerminkan demokrasi yang sebenar apabila tindakan itu dilakukan dengan rampas, tawan, jelas acapkali dilaungkan mereka sebagai slogan.

Putar belit berlaku disini, pihak pembangkang menunding jari kepada pemerintah terhadap pelbagai dakwaan berkenaan urus tadbir negara, lalu mereka katakan lakukan perubahan. Perubahan yang dimaksudkan mereka meliputi keseluruhan kuasa sebagai pemerintah, bermakna pemerintah sedia ada hendaklah disingkirkan supaya pihak pembangkang pula yang memerintah.

Untuk berjaya ke tahap itu, rakyat khususnya orang muda dipertaruhkan untuk agenda politik ini. Lali pembangkang menyebarkan beberapa propaganda terhadap pemerintah, dengan mengaitkan apa yang berlaku di dalam sistem pentadbiran selama ini telah menyebabkan rakyat menanggung beban.

Jadi mereka menggesa rakyat dan orang muda untuk menunjukan hak mereka di dalam sebuah negara demokrasi untuk menjatuhkan pemerintah, dengan melalui tindakan tawan” atau lawan bagi merampas Putrajaya. Penolakan pemerintah itu mereka katakan apabila rakyat mula bersuara sedangkan itu adalah agenda mereka, dan hasrat mereka untuk memerintah negara, tetapi menggunakan hak rakyat dan kuasa anak muda untuk tujuan itu. Taktik manipulasi dan memperalatkan.
Artikel disiar pada 16/01/2013 - 12:12 pm oleh Di Luar Kotak!

Iklan Berbayar

1 comment:

  1. wah hebat lah blog nih lupa pautkan link blog saya yer

    ReplyDelete

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA