Monday 4 March 2013

‘Bubar Artikel 88′

raja-ahmad-pahang-378x215

Kuantan: Jalan penyelesaian masih terbuka luas sekiranya ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggunakan saluran yang betul untuk memansuhkan Artikel 88 Statut FAM yang dianggap lebih zalim daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (KDN).
Presidennya, Sultan Ahmad Shah, berkata mereka boleh membuat cadangan ketika kongres FAM bersidang dan sekiranya mendapat sokongan, keputusan terbaik akan dibuat.
Setiap ahli gabungan perlu akur terhadap peraturan organisasi, sebarang kritikan secara terbuka akan mengundang tindakan undang-undang yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM,” Sultan Ahmad Shah, Presiden FAM

Beliau berkata, hanya ahli gabungan FAM boleh mengubah Artikel 88 dan membuat keputusan sama ada ia sesuai digunakan lagi atau sebaliknya.

“Jika ahli gabungan berpendapat artikel itu wajar dipinda atau dibubarkan, mereka boleh berbuat demikian pada kongres FAM.

“Presiden, timbalan presiden dan ahli majlis FAM tidak ada kuasa mengubah Artikel 88 yang kini menjadi perbualan hangat banyak pihak sejak kebelakangan ini,” katanya semalam.

Pada Rabu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu FAM memastikan Artikel 88 dalam statusnya tidak bercanggah dengan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Katanya, jika benar bercanggah, FAM harus melakukan pengubahsuaian.

Artikel 88 yang memperuntukkan hanya presiden dan setiausaha agung FAM boleh mengkritik badan berkenaan mencetuskan kontroversi apabila ramai pemimpin ahli gabungan FAM dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan berkenaan.

Saya sudah lali dengan kritikan: Sultan Ahmad Shah

Sultan Ahmad Shah berkata, sudah menjadi sifat semula jadi manusia memperbesarkan perkara atau isu yang buruk tanpa memikirkan kesan terhadap pihak lain dan ia juga membabitkan Artikel 88 yang terus diperbahaskan.

“Setiap ahli gabungan perlu akur terhadap peraturan organisasi, sebarang kritikan secara terbuka akan mengundang tindakan undang-undang yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM,” katanya.

Beliau berkata, membuat kritikan bukan cara terbaik untuk menjernihkan keadaan sebaliknya memburukkan lagi imej FAM yang menjadi badan induk bola sepak negara ini.

Justeru, katanya semua pihak tidak seharusnya cepat melatah kerana dengan cara itu isu yang boleh diselesaikan secara harmoni akan berlarutan tanpa sebarang keputusan.

“Sebagai Presiden FAM saya sudah lali dengan kritikan, dalam isu Artikel 88 ini saya berpendapat jalan penyelesaiannya terbuka luas sekiranya ahli gabungan menggunakan saluran yang betul.

“Bila kongres FAM bersidang nanti ahli gabungan boleh membuat cadangan, sekiranya mendapat sokongan, keputusan terbaik akan dibuat,” katanya.

Iklan Berbayar

No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA