Friday 27 April 2012

Kesimpulan Politik Yang Saya Dapat

Ketika saya belajar di Tingkatan Enam Rendah di sebuah sekolah Kerajaan kebangkitan parti pembangkang di arena politik negera dilihat sangat terserlah.

Kebangkitan itu telah menyebabkan berlakunya Tsunami Politik dimana parti pemerintah hilang beberapa kerusi dan negeri yang ditakhluki dahulu. Satu tamparan dan kejutan yang agak besar dirasai. Media pula ligat dan rancak. Jadi umumnya tahu perkara ini. Kemenangan besar ini berpunca daripada penggabungan parti pembangkang di Malaysia seperti PAS, KEADILAN RAKYAT dan DAP yang membentuk Pakatan Pembangkang. Satu bentuk kerajaan campuran.

Kekalahan daripada Parti Pemerintah pula dikatakan kesilapan manusia yang ketara. 
Terlalu lama memegang tampuk pemerintahan negara yang diterajui mesti akan berlaku kesilapan di mana-mana.

Secara jujur, pada ketika itu saya menyokong  aspirasi perjuangan Parti Pembangkang. Menyokong mereka akibat pengaruh persekitaran yang memihak kepada mereka di samping kekuatan karisma pemimpin mereka pada waktu itu iaitu Anwar Ibrahim.

Saya hanya tertarik isu rakyat. 

Walaupun pada ketika itu saya tidak menyokong parti pemerintah, saya masih lagi menyokong kuat Tun Mahathir dan menghormatinya.

Perubahan tampuk kepimpinan telah dilakukan Parti Pemerintah satu bentuk Transformasi Kepimpinan Negara.

Meletakkan Datuk Seri Najib, dilihat satu keputusan yang saya fikir bijak.

Sejak daripada itu, Parti Pembangkang yang saya sokong mula menukar strategi. Dimana strategi itu telah menyebabkan saya muak dan kembali menyokong Pemerintah.Pada masa itu, saya mula mengambil keputusan untuk menilai kedua-dua parti politik ini. 

Jadi Kesimpulan yang saya perolehi ialah,

Strategi yang diguna pakai oleh Pembangkang ialah FITNAH.!

Strategi itu jugalah menyebabkan pelbagai keraguan timbul mengenai perjuangan Parti Pembangkang.

HINDRAF, ISU MORAL, FITNAH, BERSIH, dan pelbagai lagi telah menyebabkan rakyat Malaysia mula berpecah kerana politik. 

Perkara ini mula menggusarkan saya.

Pada pendapat saya, kewujudan parti pembangkang di dalam negara yang mengamalkan Demokrasi adalah perlu. Tetapi biarlah membangkang cara yang betul. Taktik yang diguna pakai oleh pembangkang pada pengamatan saya dilihat sangat agresif. Slogan Lawan tetap Lawan! seperti mahu berperang. 

Saya kemudiannya melihat isu global, dimana keadaan kucar kacir sering menghiasi kaca television kita. 

Tanpa disedari fenomena itu telah di"copy" "paste" kan di negara kita.


Oleh itu, kepada mereka yang belum mengetahui panorama politik negara harus ambil tahu isu ini supaya kita tidak sewenang wenangnya diperkotak katikkan oleh mana-mana pihak. Kita Seharusnya Belajar Menilai dan Mempelajari Sejarah!

Demi Negara Yang Tercinta!   

No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA